Rafizi mengkhabarkan bahawa Agbimudin (Ketua Pengganas Kiram) pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kudat Sebagai Pegawai Muda Tadbir dengan lantikan bermula 1 Mac 1974.
Dengan itu dia menyalahkan organisasi UMNO sebab konon tidak membuat penapisan dalam hal hal pemutihan pendatang. Sebab itulah tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna hingga mengorbankan ramai Askar Malaysia. Mentang mentanglah pencerobohan itu berlaku di era pemerintahan UMNO jesteru ia adalah kesalaham pemimpin UMNO secara total :).
Kedengaran lucukan artikel Rafizi tu kan, menyalahkan perkara luar jangka. Dia juga membayangkan perkara yang lebih buruk akan berlaku yang akan dilakukan oleh kelompok individu yang pernah melalui proses pemutihan di era Tun M.
Mana ada sistem di dunia ini yang boleh mengenal pasti bahawa seseorang itu akan melakukan kejahatan bila sahaja dia sudah menjadi warganegara. Syarat hanya menyatakan seseorang itu layak memohon sebagai warganegara bila sahaja dia boleh berbahasa Malaysia dengan fasih dan sudah lama menetap di negeri Sabah.
Sekecil itu Rafizi mempersoalkannya, tapi yang peliknya kenapa Rafizi tidak menyalahkan Mat Sabu/PAS yang mengangkat pemimpin Komunis sepertinya Mat Indra sebagai pejuang yang kononya berjasa kepada negara ya ? Mat Indra itu warganegara mana ya ?
(Ingat Mat Indera adalah salah seorang pemimpin PKM (Parti Komunis Malaya) berbangsa Melayu yang mengetuai serangan terhadap Balai Polis di Bukit Kepong pada 25 Februari 1950. Dalam serangan itu, PKM telah membakar hidup hidup beberapa orang anggota keselamatan termasuklah isteri dan anak anak anggota tapi kenapa PAS/Mat Sabu masih mengangkat Mat Indera sebagai perjuang negara, alasannya sebab PKM pernah berjasa kepada Kolonial British memerangi pihak Jepun sekitar tahun 1942-1945)
No comments:
Post a Comment