Friday, March 29, 2013

Pendapat Politik Yang Tidak Matang Dari Penyokong PR Dan STAR

Pendapat saya selepas membaca satu artikel yang ada di Portal Sabahkini yang bertajuk "Pengundi Sabah Mesti Bijak" artikel ini sebenarnya ingin menghasut masyarakat Sabahan biar memihak PR di PRU mendatang. Maka itu saya ingin membidasnya :-

Ini lagi satu pendapat sengal dari penyokong PR dan STAR.
Mereka kata negeri Sabah ini tetap tidak akan kemana selagi ia tidak diperintah oleh konon Pemimpin dari Sabah contoh seperti sekarang konon ia didalangi oleh pemimpin dari Semenanjung. Nampak tak, betapa kelompok ini berfikir mengundur. Mereka cuba menyuntik politik kebencian di kalangan Sabahan sedang mereka tahu lagi sedar PR itu juga datangnya dari Semenanjung, yang bakal menentukan kepimpinan di negeri Sabah, itu kalau mereka konon mendapat kemenangan :).

Mungkin saja kelompok yang sengal ini melihatnya dari konteks politik STAR yang pada mereka ia adalah parti yang mewakili masyarakat tempatan. Kalau inilah pendapat mereka, nah dimana kemampuan STAR dalam hal ini ? Apa ia boleh menang tanpa bantuan PR yang pasti akan menentukan kepimpinan di negeri Sabah ?

Jadi dimana justifikasinya yang konon Sabah ini akan perintah oleh pemimpin yang tidak terlibat dengan parti yang datang dari Semenanjung ?

Kesimpulannya, percayakan saya 100%, baik PKR, PAS dan DAP juga STAR mereka cuba memperbodoh masyarakat Sabahan sebab itu mereka menyuntik politik kebencian dikalangan masyarakat Sabahan melalui organisasi STAR. Ingat STAR pada akhirnya akan bersekongkol dengan PR.

Di andaikan STAR ini akan menang besar di PRU mendatang maka sudah tentu pasti Dr Jeffry akan menjual diri, lalu mungkin dia akan menjadi Ketua Menteri Sabah atas persetujuan PR. Hello kaum Bajau Suluk apa kalian boleh menerimanya ? Nah maka itu tolak PKR/PR secara total. Anda adalah kaum yang mampu menentukan menang kalahnya mana mana parti yang bertanding di negeri Sabah. Alang alang, kasih silang jak.

No comments: