Keterlibatan kelompok tertentu atau pertubuhan tertentu yang mengambil kesempatan dari insiden ini semakin sukar untuk nafikan.
Interest disebalik nama Bangsamoro telah cuba dimanipulasi untuk kepentingan politik oleh individu tertentu yang memihak lawan.
Walaupun mungkin kelompok sebenar Bangsamoro ini tidak lagi memperjuangkan agenda MNLF seperti mana era perjuangan Nur Misuari di era 70an tapi kehadiran mereka telah cuba dimanipulasi terutamanya oleh pertubuhan yang bergerak secara NGO, bagi konon menunjukkan kekuatan politik pertubuhan mereka.
Saya cukup yakin mana mana pertubuhan alah alah politik di Sabah ini Bangsamoro tidak akan memberikannya sokongan. Seperti mana pihak MNLF, Muslimah Sema ketika dihubungi Bernama mereka gembira melihat Bangsamoro ini hidup berbahagia di negeri Sabah dan pihak mereka akan menyiasat mana mana ahlinya yang terlibat dengan insiden tersebut. Ini jelas menunjukkan mereka tidak terlibat
Mana lagi mahu bha kelompok Bangsamoro ni berada dalam situasi yang tegang sedang hidup mereka sudah bahagia. Apa lagi tujuan mereka datang ke Sabah dahulu adalah untuk mencari perlindungan, adeh.
Orang bebal berlagak bijak jak yang merasakan dia mendapat sokongan dari Bangsamoro atau mungkin juga ada tapi bukannya pejuang Bangsamoro sebenar, tapi anak muda bodoh yang berlagak pejuang :)
Sent from my BlackBerry® Jalin Luin
No comments:
Post a Comment