Sunday, March 17, 2013

Penulis USNO Berpolemik Di Sebalik Kebobrokan.

Ada sudah politikus lawan yang bersuara dengan berpolemik dengan kenyataan Tun M itu hari.

Yang Tun M maksudkan dengan "kaum ganas" ialah penceroboh militan yang bertindak ganas di Semporna itu hari. Kenapa juga tidak ganas kalau mangsa mereka di siat siat macam haiwan buruan. Dalam Islam pun musuh dalam peperangan tidak boleh diperlakukan seperti itu.

Penulis itu cuba menyalahkan konon ketegasan pemimpin yang berbangsa Bajau Suluk yang konon tidak bertindak atas konon tuduhan diatas oleh Tun M, apa dan siapa yang dibela tu ? Pengganas kah ? Pemimpin apalah tu kalau kelompok yang jahatpun harus di bela.

Kurang dari itu penulis sekali lagi konon berpolemik dengan juga kenyataan Tun M, di mana Tun M mencadangkan agar perumahan atas air di hapuskan sebab pada pendapat Tun M perumahan yang tidak teratur seperti sekarang adalah tempat bersarangnya para penjenayah. Pada hakikatnya hampir semua bangsa bersetuju dengan cadangan Tun M, kaum Bajau Suluk yang cintakan keamanan juga akan turut bersetuju 100%, pokoknya asal ia cadangan yang baik pasti ia akan di persetujui.

Sebelum kenyataan Tun M itu keluar, Dato Sri Shafie Apdal ada mencadangkan perkara seperti diatas di sidang media yang bertempat di dewan masyarakat selepas beliau melancarkan tabung kutipan untuk prajurit. Pada sidang media itu Dato Sri berpendapat bahawa operasi pembersihan di kampung kampung yang dikenal pasti yakni rumah rumah di syaki sebagai sarang jenayah akan di hapuskan dan bukan pula melibatkan rumah rumah yang tidak terlibat. Harus kok itu difaham.

Mengenai ada tertuduh yang memakai baju yang ada gambar Dato Sri Shafie Apdal, itu bukan menjadi soal siapapun boleh menggunakannya sedangkan azimat/tangkal yang ada Kalimah Allah pun tetap juga diguna pakai apa lagi baju yang diberi secara percuma. Cubalah berlagak bijak sikit walapun sebenarnya tidak bijak.

Dato Sri Shafie Apdal adalah pemimpin yang budiman dia akan menjaga kebajikan semua lapisan masyarakatnya apa lagi masyarakat itu adalah komuniti yang menjadi pengundi kepada diri dan parti itu sendiri sedang mereka yang tidak boleh mengundipun tetap juga beliau hargainya sebagai insan manusia. Jadi tidak timbul soal konon Dato Sri Shafie tidak menghiraukan kebajikan masyarakat Suluk.

Kalian pembaca juga boleh turut membaca artikel yang ada di blog ini sebagai bukti betapa Dato Sri sangat sensitif dengan keselamatan masyarakat Semporna khasnya dan umumnya Sabah dari konteks pencerobohan.

Jangan sesekali percaya dengan kelompok tertentu yang ada pada masyarakat ini yang hanya tahu mempersoal sedang dia sendiri tidak jelas akan apa sudah yang telah dilaksanakan. Dalam hal ini saya lihat Pertubuhan USNO telah cuba memanipulasinya demi politik mereka, dimana USNO cuba menggunakan pengaruh perjuangan Bangsamoro sebagai alat politik mereka untuk menarik perhatian bangsa Suluk, sebab itu juga mereka cuba menyalahkan pemimpin sepertinya Dato Sri Shafie Apdal.
Sent from my BlackBerry® Jalin Luin

No comments: