Wednesday, March 6, 2013

PAS Antara Penyumbang Kepada Amarah Kaum Suluk Di Sabah.

Mahu di tanya pendirian para pendokong PR. Salah satu tuntutan penceroboh di Lahad Datu ialah agar kerajaan Malaysia tidak menghantar pulang kaum mereka yang ada di bumi Sabah ke Philipine, Kenapa penghantaran kaum Suluk di Sabah menjadi syarat ? Siapa yang menyebabkan perkara ini menjadi syarat kepada tuntutan tersebut ?. Nah semua ini gara gara RCI yang di dalangi organisasi PAS. RCI telah menyebabkan kaum Suluk dan Bugis merasa terhina kerana inquiri ini. Maka itu kaum Suluk dari Selatan Philipine (Kiram) bertindak nekad bagi konon mempertahankan hak mereka. Isunya kenapa RCI ini tiba tiba menjadi bahan politik dan kenapa pula kompenan PR yakni PAS terutamanya yang melebih lebih dalam hal hal kewarganegaraan sedang dalam PAS Sabah itu sendiri ada ramai yang tidak jelas kewarganegaraannya ? Dan kenapa STAR muncul secara tiba tiba yang juga nekad menafikan hak kaum Suluk yang diistilakan sebagai "Pilak" ? Harus diingat STAR dan PR pada akhirnya akan bersekongkol dalam konon membentuk kerajaan PR.

Wahai pemimpin tegar organisasi PAS, kalian telah bertanggujawab dalam mencetuskan sentimen kaum di negeri Sabah, terutamanya dikalangan kaum Suluk yang merasakan diri mereka telah terhina angkara RCI tersebut. Dalam inkuiri RCI tersebut bangsa Suluk adalah bangsa yang di persoalkan secara total dan mereka inilah yang di perlu diselesaikan demi konon menghapuskan isu PTI di negeri Sabah.

Ekoran dari sebutan RCI tersebut gelaran "pilak" yang ditujukan kepada kaum Suluk semakin menjadi jadi dan tidak menghairankan kalau amarah kaum Suluk ini telah sampai kekemuncaknya lalu mencetuskan keganasan seperti mana yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna baru baru ini.

Dan anda yang berbangsa Bajau Suluk atau Bugis tetap menyokong PAS/PKR ?



No comments: