Saturday, March 30, 2013

Ketua Cabang PKR, Banyak Yang Haram

Chegu Bard yakni PKR sibuk mempersoal status Cawangan Cawangan UMNO yang beliau umpamakan sebagai haram. Ini konon disebabkan Ketua Cawangan UMNO tidak mengadakan mesyuarat tahunan di peringkat Cawangan sekaligus meminitkannya/dokumen lalu disahkan oleh Ketua Bahagian. Maka itu konon kalau menurutnya UMNO itu adalah parti politik yang haram.

Tapi pihak PKR sendiri tidak tahu atau mungkin saja tahu, bahwa ada dikalangan individu yang mengundi semasa proses pemilihan Ketua Cabang tempoh hari bukannya ahli PKR, tapi kenapa pula mereka layak memilih/mengundi sedangkan mereka bukannya ahli PKR ? :)

Mana yang lebih layak di persoal, untuk diketegorikan sebagai haram atau halal, Cabang yang dipilih oleh bukan ahli kah atau Cawangan yang wujud melalui pendaftaran ahli yang sah tapi hanya tidak mengadakan mesyuarat tahunan ? :) Sedangkan di peringkat Pilihan Raya Umum (PRU) sekali pun seseorang individu itu perlu mendaftar dahulu sebagai seorang pengundi sebelum diri itu layak mengundi mana mana parti yang dia pilih.



No comments: