Wednesday, March 27, 2013

Sebelum, Semasa dan Selepas Pencerobohan Di Semporna

Sebelum, Semasa dan Selepas Pencerobohan Di Kampung Sri Jaya, Simunul Semporna.

Untuk makluman artikel inilah yang saya baca ketika saya terlibat secara langsung dalam program Dialog di TV1 bersama Dato Sri Shafie Apdal pada 27hb Mach 2013 jam 10.05 malam. Saya membacakannya melalui panggilan telefon yang dibuat oleh pihak RTM.

Sebelum 02hb Mac 2013 yakni sebelum peristiwa pencerobohan di Kampung Sri Jaya, Simunul oleh Pengganas Sulu. Situasi di Daerah Semporna cukup sibuk dengan aktiviti harian masyarakatnya dan berada dalam keadaan tenang dan hormani. Malah ada yang berlepak santai sehingga jam 12 malam di restoran restoran tertentu.

Tapi pada petang Sabtu sekitar jam 7pm bersamaan 02hb Mach 2013, (Kejadian Pencerobohan). Suasana berubah, Pekan Semporna mula kelihatan lenggang, kenderaan kurang kelihatan apa lagi masyarakatnya, ramai yang duduk diam di rumah tidak kurang juga ada yang melarikan diri ke Daerah Daerah berhampiran. Pada individu yang tinggal di Kampung Sri Jaya, Simunul tapi lewat balik rumah pada petang itu terpaksalah menginap di rumah keluarga atau kawan yang berhampiran Pekan walaupun terpaksa meninggalkan keluarga mereka di rumah dan berhadapan dengan Pengganas Sulu. Pada kejadian itu dua Pegawai dan empat Anggotan Polis telah terkorban.

Suasana lengang dan menakutkan di Pekan Semporna berlanjutan sehingga seminggu, baik siang atau malam sehinggalah Dato Sri Shafie merakamkan pesananya di Media Maya agar masyarakat Semporna bersikap tenang dalam menghadapinya juga apabila OCPD Semporna membuat kenyataan di TV1 pada sisipan Berita, bahawa Pekan Semporna berada dalam keadaan terkawal yakni tidak lagi menerima sebarang ancaman dari penceroboh.

Seminggu kejadian berlalu barulah keadaan pulih seperti biasa, masyarakat mula menjalankan aktiviti harian mereka, premis perniagaan mula dibuka, kenderaan mula mengisi jalan jalan di Pekan Semporna tapi sikap berhati hati masih lagi diutamakan, maklum dikatakan saki baki Penceroboh Sulu masih lagi bebas berkeliaran sehinggalah ketua penceroboh/pembelot dapat ditangkap berserta anggotanya. Barulah masyarakat Semporna totally hidup bersosial seperti biasa, individu yang berlepak santai sehingga jam 12 malam juga sudah mula kelihatan.






No comments: