Tuesday, March 19, 2013

Polemik Penyokong Pak Anwar

Politik awal pagi. Semakai ramai yang berlagak sebagai konon pengamal politik muafakat dan kelompok ini berada dalam organisasi PKR.

Sifat berlagak mereka khas hanya untuk kes yang menyentuh moral Pak Anwar. Mereka menganggap perbuatan yang menyebarkan gambar aib itu sebagai konon jijik, sebab mereka melihat Pak Anwar itu sangatlah suci yang terhindar dari segala salah laku maka sebab itu mereka tidak pernah mengkritik beliau walau sedikit termasuklah dalam isu penggunaan kalimah Allah yang mendapat persetujuan dari Pak Anwar untuk digunakan.

Pada dasarnya memang menyebarkan aib itu jahat tapi kita juga harus melihat pada keperluannya seperti mana pendapat pemimpin PAS, Tuan Guru Haji Hadi, dalam politik kekurangan pihak lawan itu harus didedahkan sebab politik itu sendiri terletaknya masa depan negara.

Bermaksud tak kanlah negara ini dibiarkan dipimpin oleh pemimpin yang bermoral rosak pula kan. Maka itu perlu diselesaikan, tugas rakyat ialah mencari pemimpin yang layak sedang pemimpin pula berusaha untuk menonjolkan kelebihannya yakni menepis dengan berhemah lagi jelas segala tuduhan atas kekurangannya, apa lagi ia menyentuh moral jelek sepertinya liwat.

Dulu kes liwat Saiful diadili di Mahkamah Sivil. Pak Anwar didapati tidak bersalah hanya kerana teknikal dakwaan, Saiful mendakwa dirinya di paksa melakukan liwat sedang Hakim tidak melihatnya begitu, Hakim berpendapat perlakuan liwat tersebut adalah atas kerelaan kedua belah pihak yakni suka sama suka dan bukan paksaan seperti yang didakwa, nampak ? Sedang liwat tetap ada berlaku.

Lalu dengan cara apa lagi masyarakat ini mencari kebenarannya selain menyebarkan aib agar pemimpin yang tertuduh/terbabit itu sendiri yang menafikannya dengan hujah dan bukti yang logik. Mahukah kita dipimpin oleh pemimpin yang bermorak rosak lagi jelas sepertinya Pak Anwar ?

Apa nanti negara ini tidak diturunkan bencana sebab dipimpin oleh pemimpin seperti ini ?

Saya masih ingat, dulu pihak PR mencanang kehulu kehilir konon Dato Sri Shafie berskandal dengan seorang artis yang dikenali sebagai Zahidah. Ada pelbagai spekulasi hingga mengaibkan keluarga Shafie itu sendiri sedang tuduhan itu tidak berbukti jelas malah datang dari seorang pemandu yang di tuduh mencuri. Ingat tuduhan itu hanya cerita yang tidak berfakta/berbukti berbanding dengan tuduhan Pak Anwar sekarang berbukti jelas dengan gambar dan pastinya mempunyai rakaman video.

Fikir dan renungkan. Jawabannya ada pada Pak Anwar.


Sent from my BlackBerry® Jalin Luin

No comments: