Jelas keintegritian para blogger pro PR sudah tidak boleh lagi untuk dipercayai secara TOTAL.
Buktinya lihat/baca artikel pada blog pro PR yang menyentuh pergeseran Anwar dan pemilik blog Papa Gomo, mereka masih tetap mengatakan bahawa Video Berwarna yang di dedahkan baru baru ini sebagai fitnah demi konon memjatuhkan politik Anwar. Saya tidak tahu dari sudut mana ia dikatakan fitnah ?
Sebab pada saya budak tahun 1 pun tahu bahawa individu dalam rakaman video yang berwarna tersebut ialah Anwar, itu belum lagi mendengar suara pelakunya.
Tidakkah dengan menafikan perkara yang jelas lagi benar telah mencalar keintegritian seseorang/ blogger ? Siapapun yang cuba menafikannya dengan hanya memalitkan isu liwat tersebut pada individu yang mendedahkannya maka ia tidak berintegriti, dia itu yang sebenarnya yang fasik lagi tidak boleh dipercayai. Ini termasuklah Rafizi dan Peguam Anwar jika mereka meneruskan samannya terhadap pemilik blog Papa Gomo.
Rafizi ketika mengadakan sidang media khas mengenai pendedahan rakaman Video berwarna Anwar, telah menuduh pemilik blog Papa Gomo sebagai fasik sebab terlibat dengan perlakuan rasuah dan orang fasik tidak boleh dipercayai. Apa Rafizi tidak fasik dalam hal ini, fasik kerana menafikan perkara yang benar ?
Selain tuduhan fasik, Rafizi juga mendakwa pemilik blog Papa Gomo yakni Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah pengundi hantu sebab konon boleh mengundi sebanyak dua kali pada satu masa. Berikutan itu blogger MyMassa telah mendedahkan, bahawa Rafizi juga boleh mengundi di lima kawasan pada satu satu masa, jadi tidak timbul disini istilah pengundi hantu seperti yang didakwa, sebab kedua duanya juga "hantu" :)
Saya sisipkan disini beberapa artikel yang menafikan pendedahan tersebut dan ingat pemilik blog yang menafikan liwat dibawah pernah dikaitkan dengan khalwat bersama isteri orang ?. Juga disisipkan beberapa gambar yang menerangkan maksud di atas :).
Ingat orang fasik yang sebenar benarnya ialah orang yang menafikan perkhabaran yang benar.
No comments:
Post a Comment