Friday, March 22, 2013

Apa Sebenarnya Yang Di Mahu Dalam Politik Ni

Apa sebenarnya yang dimahu oleh masyarakat Malaysia dalam konteks politik ni hingga ada yang sanggup memaki hamun sesama Islam mendedahkan itu dan ini malah ada yang sampai saman menyaman. Kurang dari itu ada juga yang sanggup berbunuhan sesama Islam demi mempertahankan parti yang didokong. Tidak lupa juga ada sampai suami isteri yang sanggup bercerai berai akibat taksub dengan fahaman politik masing masing.

Kalau dinilai dari fenomena diatas seolah olah Malaysia ini sedang mengalami krisis pentadbiran yang teruk, atau boleh saja kita anggap yang Malaysia ini sedang berada dalam konflik ekonomi yang dahsyat sepertinya Greece. Sedangkan pada hakikatnya Malaysia berada dalam suasana yang harmoni, rujuk saja pada laporan Perdana Menteri baru baru ini :-

"Perancangan dan perlaksanaan GTP dan ETP ini bukan sahaja membuktikan iltizam Kerajaan untuk membangunkan negara, tetapi juga merupakan satu eksperimen paling berani Kerajaan dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat. Melalui GTP dan ETP ini rakyat boleh menilai prestasi Kerajaan menerusi laporan tahunan dan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kecemerlangan prestasi negara ini boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita negara yang meningkat kepada AS$9,970 pada 2012 berbanding hanya AS$257 sahaja pada 1957. Ini adalah peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad ini. Ia boleh diperjelaskan lagi apabila Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara untuk tahun 2012 meningkat kepada RM5,000 daripada hanya RM4,025 pada 2009.

Saya juga gembira kerana kadar kemiskinan negara berada pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi negara juga kekal berada pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini.

Selain itu, saya sangat berbangga apabila insiatif yang diperkenalkan Kerajaan berjaya mengeluarkan kira-kira 100,000 orang rakyat daripada belenggu kemiskinan. Sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan agar setiap rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM3.78 bilion untuk membiayai subsidi untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat.

Ini membuktikan setiap apa yang diperkenalkan Kerajaan memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Ia sekali gus selari dengan konsep 1Malaysia yang mahu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Sebab itulah, semasa perbentangan semalam, saya turut mengumumkan yang Kerajaan akan menjadikan dan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan kepada rakyat"

Jadi apa sebenarnya yang berlaku atau apa yang di mahu ? Sebab konon adanya perlakuan rasuah seperti yang dicanang oleh para politikus PR kah ? Yang mana satu kes rasuah yang dimaksudkan ? Sebab skandal Lembu kah, atau apa dia ? Ingat, dimana mana parti politik di dunia ini, perlakuan rasuah tetap ada berlaku ini kerana dorongan kroni di kalangan penyokong tegar parti poltik itu sendiri. Lihat saja kes kes rasuah yang berlaku di negeri Selangor, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Pusat Konvensyen SACC Shah Alam, Menara PKNS Petaling Jaya dan Wisma yang diserahkan kepada PREC, PREC adalah Syarikat milik individu yakni kroni PR di Selangor, itu bukan perlakuan rasuah kah ? Maka itu..... Ada banyak lagi saudaraku sekalian. Jangan ceritalah rasuah di negeri Kedah, PAS tengah syok mengendolkan hutannya, Pulau Pinang pula tengah asyik menaikkan harga hartanahnya biar orang Melayu merempat. Kelantan begitu juga habis sudah tanahnya diserahkan kepada syarikat syarikat luar dimana pemiliknya adalah pendokong parti DAP, menanggis sudah bangsa Melayu disana tu. Jadi kenapa pula cuba memberikan mandat pada PR ?

Atau mari kita anggap semua kemajuan yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri diatas tidak berlaku, jadi siapa yang layak menggantikannya, Anwar Ibrahim ? sedang Anwar Ibrahim tidak mempunyai moral yang baik lalu bagaimana beliau akan mentadbir negara ini kalau secara prinsipnya dia sendiri tidak mampu mengawal hawa nafsunya, tidakkah nanti negara ini akan rosak binasa, Peliwat menjadi Perdana Menteri :)

Atau juga nanti kalian akan meletakkan tanggungjawab itu kepada DAP ? sedangkan kalian tahu DAP adalah serpihan PAP yang menolak sistem Perlembagaan yang sedia ada yakni menafikan prinsip Raja Berperlembagaan, juga nanti Islam bukan lagi Agama resmi negara ini, apa kalian mahu melihat semua ini terjadi ?

Atau mungkin juga nanti kalian akan meletakkan tanggungjawab itu kepada PAS ? Tapi bukankah PAS itu di bawah kawalan DAP, buktinya baru baru ini Karpal mengelar negeri Kelantan itu sebagai negeri yang tidak bertamadun ekoran tindakan seorang penguatkuasa bandaraya Kelantan yang mengeluarkan kompaun kepada seorang pelanggan lelaki yang mengunting rambutnya di premis kecantikan dimana pekerjanya itu adalah seorang wanita. Kenapa kerajaan negeri PAS tidak bertindak tegas lalu mengkritik balik Karpal agar tidak mencampuri hal hal pentadbiran negeri Kelantan itu sendiri, kenapa PAS sanggup berkompromi dengan hal tersebut sedangkan ia melibatkan Agama, malah PAS berjanji akan mempertimbangkan Undang Undang Kecil tersebut agar tidak di laksanakan kepada mereka yang bukan beragama Islam. Jadi layakkah PAS diberikan tanggungjawab ini ya ?

No comments: