Tuesday, March 26, 2013

PKR Tukar Strategi Atas Tuduhan Liwat

Kalian tahukah sikap politik PKR sekarang, ia sudah diubah. Dia lebih kurang macam ini, untuk memadamkan api dalam kebakaran yang besar bukan dengan hanya menyiramkanya dengan apa apa bahan selain air tapi juga dengan membakar beberapa rimbunan hutan/pokok yang bertentangan agar nanti kebakaran itu bertembung lalu mengarah pada satu arah dengan itu ia mudah di kawal. Faham mungkin maksud saya kan. Strategi ini mereka sedang praktikkan.

Dalam satu kenyataan terbaru oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan bahawa mereka telah di datangi oleh individu yang dikenali sebagai ejen UMNO/BN bagi mempertontonkan konon filem seks/liwat Pak Anwar tapi katanya rakaman itu kabur dan ia dakwa dihasilkan dengan menggunakan teknologi digital. Nurul Izzah juga ada terlibat dalam babak tersebut.

Uiina, babak itu diproses dengan menggunakan teknologi digital tapi kabur ?

Dan dia Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di datangi secara terus oleh konon ejen UMNO/BN ? Macam pula jual Insuran :)

Macam cerita komek pula, disaat getir beginipun ada orang yang cuba menawarkan sesuatu yang konon rakaman Liwat, kenapa sebelum ini tidak ada dan kenapa tidak saja berjumpa dengan mana mana Blogger Pro UMNO atau mana mana pemimpin UMNO/BN, kenapa pula dengan pihak lawan ?

Atau memang cerita itu benar tapi individu yang disebutkan sebagai ejen UMNO itu sebenarnya di upah oleh PR sendiri :). Atau saja ia sungguh benar tapi dilakukan oleh individu tertentu yang tiada kaitan dengan UMNO langsung tapi menganggap PKR ini parti yang dihuni oleh ramai pemimpin pemimpin bebal maka itu agak mudah diperbodoh, siapa tahu kan, itu juga satu kemungkinan :)

Nah itu di atas yang saya maksudkan sebagai menukar strategi. Macam Kamizake tapi bukan :)


No comments: