Thursday, March 14, 2013

Jurucakap Kiram Menipu ?

Politik awal pagi. Sedikit muskil bagaimana Jurucakap "Sultan Sulu" Abraham Idjirani yang berada di Philipine boleh berhubung dengan Ketua Kumpulan, Agbimuddin Kiram yang berada di Lahad Datu dan dia yang mengkhabarkan bahawa Komander Musa itu masih hidup ketika beliau memberitahu media ABS-CBN News

Sebab kalau Agbimuddin masih berada di Kg Tanduau/Tanjung Batu, apa lagi kalau dia berada di dalam Ladang/Hutan bagaimana dia mencharge alat komunikasinya ya sedang dia sudah berminggu minggu disana, dengan menggunakan tenaga Solar kah ?

Perbualan mereka tidak boleh di pintaskah ?
atau mereka menggunakan Atur untuk berhubung maka itu tidak boleh dipintas ?

Kalau begitu, dimana kedudukan sebenar Agbimuddin dan Musa ?

Atau kenyataan Jurucakap tersebut adalah cerita dongeng yang disengajakan untuk konon memberikan keyakinan kepada semua pengikutnya :). Keras kepala memang.

Sent from my BlackBerry® Jalin Luin

No comments: