Wednesday, February 12, 2014

Shafee V's Anwar

Mari kita berpolemik dengan individu yang bernama Shafee dan Anwar Ibrahim. Keduanya saling mengenali sejak berada di tingkatan enam. Bermaksud mereka berdua sangat rapat dan tidaklah menghairankan kalau Shafee banyak mengetahui secara mendalam keperibadian Anwar.

Sebab itulah Anwar sangat mengelak kalau Shafee menjadi peguam pendakwa terhadap dirinya. Pun begitu ada pula pihak yang mempersoal keintegritian Shafie atas beberapa perkara antaranya; Beliau pernah terlibat secara langsung dengan individu yang bernama Saiful, ketika Saiful bertemu dengan Perdana Menteri bagi memaklumkan kes liwat bersama Anwar. Kedua Shafee pernah mengeluarkan kenyataan mengenai Gani Patail pasal pengambilan Pulau Batu Putih oleh Kerajaan Singapura, beliau mendakwa kalau Gani Patail telah menerima sejumlah wang bagi membolehkan Pulau Batu Putih menjadi milik Singapura. Tapi akhirnya dakwaan itu tidak dapat dibuktikan secara khusus,  walaupun ia telah disambut oleh Rafizi sebagai isu politik terhangat di abad ini.

Yang sebenarnya siapapun Shafee, ketika dia mengutarakan hujahnya bagi membenarkan bukti buktinya pasal perlakuan Anwar sebagai pelaku liwat, pasti saja peguam bela Anwar akan menyaksikannya, sama ada ia fitnah atau tidak, apa lagi mereka nanti berada dalam bilik Mahkamah yang akan di saksikan oleh seorang Hakim. Ditambah, Anwar akan diwakili oleh seorang peguam yang cukup hebat sepertinya Karpal Singh. Jadi tidak mudah kok untuk Shafee memanipulation bukti kes hanya kerana Shafee mengenali Anwar atau Shafee pernah mengeluarkan kenyataan pasal Gani tapi tidak dapat membuktikannya secara khusus, selain Shafee juga  dikaitkan dengan pemimpin pemimpin UMNO dimana Shafee pernah menjadi peguam kepada mereka.

Kesimpulannya, sepatutnya Anwar tidak perlu menyimpan risau atau saja takut pada Shafee, sebab secara logiknya, kalau memang dia tidak melakukan liwat, tidak ada apa yang boleh dibuktikan oleh Shafee Abdullah. Karpal Singh tidaklah begitu bodoh membiarkan anak guamnya dianiya tanpa mengeluarkan hujah untuk mempertahankan Anwar. Betul tidak? akhirnya kita sebagai rakyat Malaysia harus memerhatikan perbicaraan ini dengan penuh kepercayaan terhadap sistem kehakiman negara, dan apapun keputusannya nanti, kita semua harus menerimanya dengan penuh keterbukaan demi negara bangsa. Sebab saya tahu setiap diri daripada kita, tidak akan mahu kalau nanti negara ini dipimpin oleh seorang individu yang kurang berkelayakan apa lagi kekurangan itu melibatkan hal hal moral. Betul  tidak ?

Atau bagaimana kalau Shafee Abdullah digantikan dengan orang lain, agar pemimpin pemimpin PR dan penyokong Anwar berpuas hati, lalu menerima apapun keputusan yang akan diputuskan oleh Mahkamah ?

No comments: