Wednesday, January 14, 2015

Justifikasi Cadangan Datuk Jumat Idris, Pemisahan Jawatan Ketua Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.

Idea memisahkan jawatan Ketua Menteri Sabah dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, adalah idea yang realistik dari MP Sepanggar, (Ketua UMNO Bahagian Sepanggar) Datuk Jumat Idris. Maksudnya serahkan saja jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah kepada Dato Sri Shafie Apdal.

Mengikut haraki pusat. Tidak pun Datuk Musa Aman memegang jawatan tinggi di dalam organisasi UMNO. Tapi boleh menentukan masa depan UMNO/BN di negeri Sabah.?

Ertinya juga ada kemungkinan kemungkinan negatif yang berlaku dan akan memudaratkan UMNO dimasa hadapan. Andai jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri tidak dipisahkan dari jawatan Ketua Menteri Sabah, ialah orang lain yang berjuang orang lain yang dinobatkan. Kalau pun nanti UMNO yang lemah, bukan juga Datuk Musa Aman boleh dipertanggungjawabkan.

Oleh itulah tidak menolak pada satu masa, Datuk Musa hanya menjaga kelangsungan kompenan BN tidak pada UMNO. Siapa tahu, tidak ada yang mustahil di dalam politik, apa lagi dari konteks politik di negeri Sabah, yang terkenal dengan keyakinannya tapi sebenarnya lemah. Kekalahan Datuk Haris sebelum ini, tumbang kepada calon yang tidak terkenal, kerana apa. Nah itu kerana pentadbiran Haris yang tidak mempedulikan kehendak masyarakat politik yang di tunjagi UMNO. Ironinya, apa hubungan Datuk Musa dengan Datuk Haris bukan kah dari spesis politik yang sama.?

Sedikit benarnya mengenai apa yang dikatakan oleh Datuk Abdul Rahim Ismail, Papar. Bahwa sistem pentadbiran yang ada sekarang telah lama digunapakai dimana Ketua Eksekutif negeri juga merangkap jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, sebab itulah katanya tidak ada dia punya justifikasi.

Tapi adakah tanggungjawab Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah telah dilaksanakan oleh Datuk Musa dengan begitu cemerlang maka itulah tiada justifikasi.?

Pemimpin pemimpin kompenan BN tidak berpuashati dengan kepimpinan Datuk Musa, mereka mempersoal pembahagian kuasa diantara mereka. Di antaranya mereka yang mempersoal Datuk Maximus Ongkili. Termasuklah Tan Sri Pairin, berdasarkan cengkamannya terhadap kaum KDM yang kian hambar.

(Penurunan sokongan KDM sebanyak 70% terhadap BN. Ekoran itu pernah tu Tan Sri Pairin diberikan nasihat oleh seorang Menteri katanya, persoalkan sikit kepimpinan Musa, nah kalau tidak di ludah kamu itu oleh kaum mu)

Tidak pemimpin pemimpin kompenan BN diberikan kekuatan dalam mengurus sokongan KDM terhadap mereka. Kuasa eksekutif negeri hanya dimonopoli oleh seorang Ketua Menteri, Musa. Senang cerita, kek tidak dibahagi sama rata.

Beberapa kerusi DUN dan Parlimen telah berjaya dirampas oleh pembangkang. Alasannya, itu semua hasil kelemahan kompenan BN itu sendiri, yang saling bercakaran. Logik kah, jadi dimana lah tanggungjawab Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Sabah.? Mudahnya.

Ini dia punya justifikasi sekaligus menyokong kenyataan Datuk Jumat Idris pasal pemisahan kuasa, Pengerusi Perhubungan negeri Sabah merangkak Ketua Menteri Sabah yang tidak mampu menjaga hubungan baik diantara parti. Sebab itulah kebanyakan kompenan BN yang bertanding tumbang kepada pembangkang. Maksudnya Datuk Musa telah gagal memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Buktinya seperti mana dibawah :-

Undi popular BN Sabah secara keseluruhannya hanyalah berjumlah 10,515 undi. Dapatan BN 427,251 manakala pembangkang 416,742.
Hanyalah berjumlah - + 10 ribu, sedang Sabah simpanan tetap. Kegagalan siapa.?

Sebanyak 60 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Hanya dua kerusi dimana pertandingan melibatkan satu lawan satu, yang lain macam rojak. Kegagalan siapa.?

Itu pertambahan kerusi Pembangkang, sebelum PRU13, 1 kerusi DUN sekarang 12 kerusi. Parlimen 2, sekarang 3.

Semua bukti kelemahan di atas tidak boleh kah dipanggil mejustifikasikan pendapat Datuk Jumat.?

Berkenaan pula, kenyataan berbalik Datuk Zainab yang juga Ketua Wanita UMNO Sepanggar. Katanya, Datuk Jumat telah menyalahi kebebasan bersuara di dalam parti. Sebab terlalu lantang mengkritik kepimpinan Datuk Musa di ruang maya. Adalah pendapat peribadi mereka semata-mata.

Sebelum Datuk Jumat Idris, bersikap mempersoal kepimpinan Datuk Musa di ruang maya. Telah ada perbincangan awal secara empat mata dengan Datuk Musa, di pejabat Ketua Menteri Sabah sendiri. Disebabkan beberapa isu yang berbangkit.

Tapi pertemuan itu tidak berjaya membuahkan hasil yang positif. Ertinya menyuarakan pendapat di ruang maya selepas melalui proses toleransi adalah tindakan yang wajar, lagi memenuhi keinginan masyarakat politik negeri Sabah, agar pemimpin pemimpin Sabah bersikap berani apa lagi kalau perkara itu melibatkan kepentingan mereka sebagai masyarakat.

Justeru kelantangan Datuk Jumat Idris mempersoal pentadbiran negeri adalah sebenarnya mewakili atau memenuhi kehendak masyarakat terutamanya di kawasan kawasan yang diperintah oleh pembangkang. Selain matlamatnya untuk mempertahankan Sabah sebagai negeri simpanan tetap BN.

Apa ini bukan justifikasi kepada cadangan pemisahan jawatan yang di sandang oleh Datuk Musa Aman selain jawatan Ketua Menteri Sabah.?


Posted via Blogaway Jals

No comments: