Saturday, January 3, 2015

Azmin Ali Lebih Mementingkan Politik Berbanding Pembangunan Kelantan


Pilihan bukan di tangan Azmin Ali, mentang mentang lah dia berjawatan Menteri Besar Selangor, dalam usaha melihat Kelantan di bangunkan semula.

Yang hanya boleh menentukan ialah masyarakat Kelantan baik yang berada di luar atau di dalam negeri Kelantan itu sendiri. Sekaligus sebagai pendesak kepada Azmin untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan BN, sebagai wakil mereka. Memandangkan Azmin Ali lah yang memulakan cetusan kerjasama.

Sebelum ini, Azmin menafikan kerjasama antara BN dan PR dalam usaha membangunkan semula negeri Kelantan yang teruk di landa banjir. Walaupun BN nampak ingin menjalinkannya. Yang hanya dia mahukan ialah kerjasama antara PR dan Federal semata-mata, atas alasan yang keluar dari konteks politik. Alahai

Kamu orang sedar kah, apa sebenarnya yang tersirat di sebalik kemahuannya Azmin di atas.? Nah dia lebih mementingkan kepentingan politik berbanding kepentingan masyarakat di negeri Kelantan. Kepentingan masyarakat diletakkan di tangga kedua. Dalam masa yang sama, PR terangkat sedang Federal tidak lebih dari seorang macai, membantu tanpa keuntungan politik. Siapa yang mahu diperdaya.?

Masyarakat PR harus mempersoal balik, kalau selama ini mereka yang berkorban demi kemenangan PR, di mana mana negeri sebagai pengundi luar. Nah sudah tiba masanya pemimpin pemimpin PR pula membalas balik budi yang telah ditabur. Jangan masyarakat Kelantan atau penyokong PR secara keseluruhannya menjadi bahan politik hingga ke akhirnya. Tidak mudah membangun semula sebuah negeri tanpa sokongan kuat dari BN sebagai pemerintah negara.

Sudah berpenggal penggal Kelantan di perintah oleh PR. Begitu juga dengan Selangor tapi tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Hanya untuk mengelakkan banjir teruk dari berulang sudah tidak berkemampuan. Balik balik BN yang dipersalahkan. Sampai bila.?


Posted via Blogaway Jals

No comments: