Saturday, January 3, 2015

Bantuan BN Terhadap Mangsa Banjir Di Negeri PR

Sebahagian kecil gambar yang menunjukkan pemimpin pemimpin BN sedang berusaha membantu mangsa banjir.

Ekoran bantuan banjir di pantai timur Semenanjung, khasnya negeri Kelantan. Telah mencetuskan pelbagai polemik yang cuba di tukar kepada keuntungan politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, yang besar kemungkinan terdiri dari kumpulan penyokong pembangkang. Ekoran itu juga tergerak diri untuk tampil, supaya dengan itu tidak mudahlah masyarakat terpengaruh tapi sebalik kalau ia menguntungkan BN. Begini :-

Ini bukan soal meraih sokongan, sebab itulah pemerintah BN membantu separuh penat di Negeri Kelantan. Tapi ini lebih kepada namanya kemanusiaan yang duduk di dalam satu negara.

Sebelum ini ada pelbagai bantuan yang di hulurkan di negeri negeri yang di perintah oleh PR, tapi tidak pun menyebabkan BN mencapai kemenangan di saat PRU. Malah sebaliknya yang berlaku, undi berkurangan.

Tinggal lagi dari konteks budi dan jasa diharapkan pada kali ini. Wajarlah ia di ukur dengan akal yang sihat, hati yang mentauhidkan Tuhan tidak dengan dendam atau saja lebih kepada prasangka yang jelek. Semoga dengan itu juga ia dapat memupuk semangat atau sikap yang budiman dikalangan masyarakat. Tidaklah nanti mana mana kumpulan masyarakat berkira kira sebelum menghulurkan bantuan baik dalam bentuk yang kecil atau saja besar.


Posted via Blogaway Jals

No comments: