Friday, November 28, 2014

Transformasi Mengikut Keadaan Semasa

KUALA LUMPUR – Keputusan mengekalkan dan mengukuhkan Akta Hasutan 1948 bukan alasan Perdana Menteri tidak mengotakan transformasinya, sebaliknya ia perlu dilakukan mengikut keadaan semasa.

Ketua Pemuda Umno Semporna, Mohd Azis Jamman berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas melihat keadaan hari ini ketika masih akta sama ada pelbagai unsur provokasi dilakukan walaupun akta ini masih ada.

“Saya melihat ia bukan memberi kepentingan kepada Islam sahaja, malahan agama lain juga tidak boleh dihina. Akta ini menunjukkan ia bukan hanya esklusif untuk Islam sahaja.
“Agama lain juga diberikan perhatian oleh kerajaan,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perasmian Perhimpunan Agung Umno mengatakan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan menambahbaik akta berkenaan.

Mengulas lanjut berhubung ucapan Najib yang juga Presiden Umno yang memerlukan peremajaan secara holistik Azis berkata, bukan hanya pemuda diletakkan sebagai pemimpin atau calon, sebaliknya pemuda yang diterima akar umbi diperlukan.

“Jika letak orang muda yang tidak diterima, ia tidak akan bermakna untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Sumber Sinar Harian


Posted via Blogaway Jals

No comments: