Wednesday, November 5, 2014

Menyokong Pemberian Surat Beranak Kepada Anak Pendatang

Secara peribadinya saya bersetuju tu. Kalau anak anak pendatang yang dilahirkan di Sabah di berikan keterangan diri yang sah yakni surat beranak. Terutamanya mereka yang datang dari selatan Philipine.

Tapi ada pula segelintir pemimpin Pemerintah atau pembangkang di negeri ini yang berpolemik dengan pemberian surat beranak berkenaan. Sepatutnya tidak berlaku, apa lagi kalau mereka yang diberikan surat beranak datang dari selatan Philipine. Sebab sememangnya mereka mempunyai pertalian darah dengan masyarakat tempatan, sejak dulu lama.

Perlembagaan negara ada memaktubkannya yakni membenarkannya. Begitu juga dengan undang undang di peringkat antarabangsa.

Secara logiknya, kalau anak anak pendatang ini tidak berikan keterangan diri, lalu negara mana yang bertanggungjawab keatas mereka.? Bagaimana untuk mengenakan hukuman mahkamah mengikut kesalahan. Kalau mereka tidak ada status kewarganegaraannya yang jelas. Seperti contoh hukuman buang negara, macam mana dikenakan sedang pesalah tidak jelas status kewarganegaraannya.

Kamu orang tahukah, pemerintah negara asal mereka terutamanya pemerintah Philipine, tidak mengakui anak-anak pendatang yang lahir di Malaysia sebagai warganegara Philipine walaupun pada hakikatnya ibu bapanya berasal dari Philipine. Sebab itulah kalau kita perhati tidak ada pejabat kedutaan Philipine di negeri Sabah khasnya di Tawau. Bermaksud mereka tidak peduli dengan masyarakat mereka yang berhijrah ke Malaysia.

Berbeza dengan pemerintah Indonesia, ada meletakkan pejabat kedutaan mereka di Tawau, Sabah. Bermaksud mereka peduli dengan masyarakat mereka yang berhijrah ke Malaysia.

Berbalik pada halangan yang datang dari segelintir pemimpin pemerintah dan sudah tentu pemimpin dan penyokong pembangkang di negeri Sabah. Mereka tidak tahu di Semenanjung, politik pembangkang terutamanya DAP tidak melihat proses pemutihan oleh pemerintah sebagai masalah negara. Sebab mereka, untuk menambah bilangan penyokong mereka, caranya ialah mewarganegarakan individu China yang datang dari tanah besar China sebagai masyarakat Cina. Maka itulah kita tidak pernah atau jarang melihat kuburan kanak kanak atau bayi yang berbangsa Cina. Itu belum lagi beroperasi secara haram total yang melibatkan kakitangan awam, berkaitan keterangan diri.

Dari konteks politik khasnya di negeri Sabah. Sikap berpolitik dikalangan penyokong pembangkang dengan mencetuskan sentimen bangsa atau saja agama yang bukan dari kalangan mereka. Telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai parti pembangkang.

Perkembangan ini sudah tentu pasti mendatangkan gusar pada pihak lawan yakni BN. Dan saya yakin tindakan pemerintah memberikan keterangan diri pada anak anak pendatang, adalah sebahagian dari caranya. Daripada negara tergadai, ada baiknya memutihkan anak anak bekas pendatang. Sebenarnya cara ini telah mendapat sokongan daripada masyarakat Bumiputera selain KDM STAR apa lagi mereka yang beragama Islam.

Kalau saya tidak lupa, kita pernah katakan, kalau saja cara berpolitik pembangkang yang suka menimbulkan sentimen bangsa dan agama tidak dihentikan, bertujuan melemahkan cengkaman BN. Maka sewajarnya politik BN perlu membuat sesuatu. Politik adalah politik.

Itupun tidak semestinya bila pemerintah menambah bilangan penyokong dengan cara menukar status pendatang kepada warganegara maka secara automatiknya mereka menjadi penyokong BN buat selama lamanya. Ia tergantung pada pendekatan parti politik masing masing di dalam usaha memenangi pilihanraya.

Ada berapa ramai anak anak bekas pendatang yang aktif berpolitik tapi memihak pembangkang. Kenapa perkara ini tidak ditimbulkan. Kenapa Sebab mereka menyokong pembangkang, begitu.?
Sekali lagi, saya menyokong pemberian surat beranak, tapi pula mestilah melalui proses yang sah. Apa yang penting, pastikan anak anak berkenaan terdiri dari ibu bapanya yang tidak ada rekod jenayah. Jangan pula mereka yang budiman tercicir dari diputihkan berbanding mereka keluarga yang berkarier sebagai penjenayah. Hal ini perlu dilakukan secara telus supaya kesannya tidak terlalu memudaratkan.
Posted via Blogaway Jals

No comments: