Tuesday, April 8, 2014

Pos Keselamatan Di 11 Pusat Pelancongan Tapi Gejala Syabu ?

KUALA LUMPUR: Semua 11 Pulau peranginan di Semporna kini dilengkapi pos kawalan keselamatan dengan yang terbaharu di Singamata Adventures Reef and Resort.

Untuk kesan yang lebih baik dan meyakinkan masyarakat ada baiknya kalau pos pos keselamatan seperti ini juga di letakkan di kampung kampung yang telah dikenal pasti mengandung pelbagai kegiatan sosial yang negatif. Bukan hanya tertumpu di pusat pusat peranginan. Dengan itu juga ia akan mampu  membenteras kegiatan pengedar dadah/syabu di daerah ini khasnya dan umumnya di pantai timur Sabah.

Bukan apa, kalau kita mengukur kesannya kepada keamanan, berikutan pengwujudan pos keselamatan hanya di sekitar Pulau Pulau pelancongan ekoran insiden penculikan di Pulau Singgahmata, sebenarnya ia tidak memberikan kesan positi yang mendalam.

Memandangkan di tanah besar daerah Semporna sendiri telah agak sarat dengan kehadiran pendatang baharu yang mampu melakukan kegiatan jenayah kalau tidak ada pemantaun keselamatan walaupun ia cukup hanya bersifat umum.

Sebab itu suka saya mencadangkan agar penyelesaian ekoran insiden penculikan di Pulau Singgamata dipanjangkan ke tanah besar, supaya kesannya betul betul di rasa dan bersifat jangka panjang. 


Posted via Blogaway

No comments: