Saturday, April 5, 2014

Analisis Berdasarkan Pengalaman Kapten Nik Huzlan Pasal MH370



Akhirnya, segala analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya. 

Sama ada kita suka atau tidak - beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan seluruh teori berkenaan dakwaan bahawa pesawat MH370 mengalami masalah teknikal atau kerosakan.

Pada peringkat awal kehilangan MH370 - dengan segala data dan bukti yang ada dalam tempoh seminggu sejak peristiwa kehilangan pesawat ini berlaku, Datuk Kapten Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang lain daripada pakar-pakar penerbangan paparkan. 

Beliau seolah-olah lebih cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak bertanggungjawab" yang dilakukan secara sangat rapi dan terancang. Antara kesimpulan awal Datuk Kapten Nik Huzlan adalah seperti berikut :

1)Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2)Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3)MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

4)Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurutnya, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

5)Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

6)Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

7)Kapten Nik Ahmad Huzlan sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan

8)Datuk Kapten Nik Huzlan juga mendakwa bahawa, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.

9)Negara seperti Singapura memiliki radar sangat hebat serta mampu mengesan sebarang pesawat sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.

Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susur alur setiap jalan di udara.

Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan pesawat adalah stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang.

10)Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 dirampas, ia tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia? MH370 boleh dirampas dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” yang mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando

11)Datuk Kapten Nik Huzlan mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh seseorang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan daripada dikesan radar.

12)Andaikata MH370 dirampas, ia tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV untuk pilot/co-pilot melihat disebalik pintu tersebut.

13)Tetapi Kapten Nik Huzlan ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konspirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 dirampas.

14)Sekiranya berlaku rampasan MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.

15)Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apakah motif mereka Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhstan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara
Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu di sana

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang bolehmengesan MH370, sekiranya pesawat tersebut melakukan "turn over" ke arah Barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, maka barulah kata kapal terbang MH370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini. 

Secara peribadi saya tetap berpendapat  kehilangan MH370 dilakukan oleh individu yang mahir mengendalikan pesawat khasnya MH370 sebab itulah laluan pesawat ini agak teratur walaupun menyimpang dari laluan komersial. Selain faktor kemahiran pilot, mematikan fungsi transponder pun sudah cukup untuk menyokong pendapat bahwa kehilangan MH370 di lakukan oleh individu yang betul betul tahu atau rapat dengan peralatan yang ada di MH370.

http://daisyteapot.blogspot.com/2014/04/analisis-muktahir-mh370-segalanya-sudah.html

No comments: