Sunday, April 6, 2014

Anwar Berhutang Dengan Rakyat Berhubung MH370

Ada juga benarnya tu, kalau Anwar Ibrahim hanya membuat tuduhan pasal kehilangan MH370, dengan kononnya kerajaan ada menyembunyikan sesuatu. Tapi tidak pula memaklumkan kepada rakyat apa perkara yang telah di sembunyikan oleh kerajaan tu.

Kita sedar lagi faham,  namanya pemimpin pembangkang dalam konon memastikan negara tetap berada dalam keadaan stabil beliau harus mempersoal apa apa pergolakan di dalam negara tapi bukan dengan membabi buta.

Kalau setakat membuat tuduhan tanpa bukti yang jelas, bukankah itu namanya memfitnah ?

Kenyataan menyembunyikan sesuatu perihal MH370 di keluarkan oleh Anwar ketika beliau di temuramah oleh media antarabangsa.

Nah sekarang Anwar Ibrahim telah berhutang kepada rakyat Malaysia ? Betul tidak

Selagi Anwar Ibrahim tidak memberikan fakta berhubung tuduhan yang beliau lemparkan jelas Anwar memang kaki spin.

Posted via Blogaway

No comments: