Friday, April 25, 2014

Badan Agama Tidak Berfungsi Seadanya ?

Saya mulakan dengan kebobrokan sosial yang berlaku di dalam masyarakat hasil kelemahan badan agama yang kurang berfungsi dalam memastikan masyarakat tetap hidup dalam keharmonian hasil penguatkuasaan mereka.

Kita sedar lagi tahu awal kebobrokan sosial ini datang dari penggunaan syabu yang kurang mendapat perhatian dari pihak tertentu, tapi akhirnya menjadi tanggunjawab para agamawan yang bernaung di bawah jabatan /badan agama.

Dalam pemerhatian saya,  kerosakan akhlak yang ada hanya di sandarkan pada takdir ilahi tanpa sikit pun ada campurtangan dari badan agama bagi membetulkan atau mengurangkan kebobrokan yang ada. Bermaksud badan agama yang ada sekarang hanya berfungsi pada hal hal nikah kahwin tidak lebih dari itu selain menjaga kegiatan pondan pondan itu pun agak berskala :)

Tidak  cukup dengan hanya melontarkan nasihat yang di sampaikan melalui khutbah disetiap hari Jumaat tapi selepasnya harus ada penguatkuasaan susulan bagi memantau sekaligus mengekang kerosakan dari berterusan hingga pula memalitkan keluarga orang lain.

Konsep dakwah wajar di jadikan agenda oleh badan agama, agar ia mampu menarik perhatian masyarakat untuk turut sama terlibat dalam mengekang kebathilan yang kian menghantui sosial budaya masyarakat di semua peringkat.

Tidak ada gunanya memiliki suara yang merdu bila berkhutbah atau ketika berdoa sedang apa yang di larang di dalam agama tidak mendapat penguatkuasaan yang sewajarnya oleh agensi yang dipertanggungjawabkan.

Tidak percaya cuba tanya para imam berbayar yang ada di tempat anda, apa yang mereka telah laksanakan ? selain hanya sibuk mengatur cerita cerai kahwin seperti yang diri ungkit diatas.

Malu kita, nanti orang kata syok sendiri jak harap saja songkok melekat di kepala, adapaun tanggungjawab yang mereka patut kuatkuasakan tidak pun kenampakan sekaligus mampu memberikan kesan positif terhadap masyarakat. Adeh

No comments: