Thursday, April 17, 2014

Hudud Antara DAP, PKR, PAS Dan UMNO ?

Pemimpin PAS sedar dengan sesungguhnya bahwa DAP dan PKR menolak hudud.

Kalau PAS tidak mementingkan kuasa politik maka semestinya PAS patut keluar dari PR (Pakatan Rakyat). Ini tidak, tetap bertahan di dalam politik PR tapi dalam masa yang sama cuba pula menegakkan hudud. Pun begitu PAS masih boleh melaksanakan hudud di negeri Kelantan walaupun tidak mendapat  persetujuan dari DAP dan PKR dan sedikit sebanyak sokongan daripada UMNO. Persoalannya, adakah nanti DAP boleh menerima kehadiran PAS di dalam PR selepas hudud berjaya di tegakkan ? jawabnya tidak, dan adakah dengan itu kekuataan politik PAS akan berkurangan ? jawabnya ya, nah sebab itulah PAS tidak berani keluar dari PR sekaligus kita menilai, kalau sebenarnya hudud hanyalah cukup sebagai pancingan politik untuk menarik perhatian masyarakat agar memihak politik PAS. Bermaksud PAS adalah organisasi politik sekular yang tidakpun memperjuangkan Islam secara total seperti yang difahami oleh ramai penyokongnya.

Pasti selepas ini ada tu yang menimbulkan persoalan tapi kenapa konon UMNO tidak melaksanakan hudud sedangkan UMNO adalah parti pemerintah di negara ini, jawabnya sebab sebelum hudud di laksanakan ia mestilah mendapat persetujuan terlebih dahulu dari DAP dan PKR serta MCA menerusi undian di peringkat Parlimen selain faktor kemiskinan dan pengangguran yang masih dalam proses penyelesaian, menurut Tuan Guru Haji Hadi, hudud tidak boleh dilaksanakan selagi pengganguran dan kemiskinan masih menjadi persoalan kepada masyarakat itu sendiri.

Pokoknya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud ialah PR (PKR dan DAP) sebab itulah PKR dan DAP wajib di tolak oleh masyarakat Malaysia yang beragama Islam dan bukannya UMNO sebab pada dasarnya UMNO bersetuju dengan perlaksanaan hudud di negeri Kelantan sebagai pentadbir di peringkat Federal yang bertanggungjawab kepada penggubalan Perlembagaan dalam melaksanakan hudud di negeri berkenaan. Berbanding DAP dan PKR   hanya mendominasi di peringkat organisasi sudah secara jelas menafikan hudud belum lagi menjadi parti politik yang menjadi pemerintah negara. Betul tidak ?


Artikel sebagai bukti kalau DAP dan PKR menolak Hudud.

KUALA TERENGGANU 15 April - Pas tidak akan mempedulikan bantahan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebaliknya akan tetap mengemukakan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara tegas menyatakan, tiada sebarang perjanjian dalam pakatan pembangkang yang boleh menghalang Pas daripada berbuat demikian.

Oleh itu tegas beliau terpulang kepada PKR dan DAP untuk membantah kerana itu tidak akan menggugat pendirian Pas yang konsisten untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Bercakap kepada pemberita ketika sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini, Abdul Hadi juga menarik perhatian langkah bagi melaksanakan hudud yang diperjuangkan Pas sudah bermula sebelum kewujudan pakatan pembangkang lagi.

“Yang pertama, kita sokong kerajaan Kelantan (untuk laksanakan hukum Hudud). Kedua, isu hudud di Kelantan telah mendahului Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) sejak awal 1990-an lagi.

“(Masa itu) tak ada lagi pakatan pembangkang. Ini benda (hukum hudud) yang terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (rang undang-undang persendirian bagi laksanakan hudud)," katanya.

Beliau mengulas penentangan keras yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP berhubung hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, parti itu akan mematuhi perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan pada 2011 yang antara lain tidak akan melaksanakan hudud demi menghormati penentangan konsisten oleh DAP.

DAP pula menegaskan, kesemua 38 ahli Parlimen parti itu telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat Jun ini.

Ditanya adakah pendirian Pas itu akan menjejaskan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi berkata: “Itu terpulang kepada mereka. Kita konsisten dan kita menyokong kerajaan Kelantan (laksana hudud)".


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20140416/po_01/Hudud-Pas-ketepi-DAP-PKR#ixzz2z4fZ79Ay
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: