Saturday, April 12, 2014

Budak GST Patut Malu ?


Selayaknya mereka yang paling layak untuk bising pasal perlaksanaan GST ialah mereka yang berasal dari kalangan masyarakat Sabah dan Sarawak lagi menetap di negeri ini, maklum disebabkan kehidupan mereka yang agak susah berbanding mereka yang menetap di negeri yang paling maju di Malaysia yakni Selangor. :)

Oleh sebab itulah sepatutnya macai macai PR ni merasa malu dengan apa yang mereka persoalkan. Bukan juga nanti kalau sudah GST dilaksanakan maka yang hanya terlibat ialah mereka yang berada di negeri Selangor/Kuala Lumpur, semua juga nanti masyarakat Malaysia akan merasa susahnya kalau memang ia akan membebankan rakyat.

Malah sepatutnya politik PR membiarkan kerajaan melakukan kesilapan dengan melaksanakan GST itu sendiri agar nanti pengundi menghukum BN menjelang PRU yang ke 14, kalau memang benar GST membebankan mereka.

Jadi kenapa lagi berlagak hero ? Sudah sudahlah tu jangan berpolitik pada perkara yang tidak pun menguntungkan, merugikan adalah.

9 comments:

Sana sini salah said...

Betul tu tuan..aku peliklah dengan agenda pr ni, kalau tak silap dorang juga ni yang desak kerajaan.. sorong sana sini dah aki tengok perkara ni...

Sana sini salah said...

Padahal dorang yg nak sangat malaysia maju, kalau nak maju patutnya dorang akur dengan pelaksanaan GST,.. padahal kadar gst yg dibentangkan di parlimen taklah tinghi sangat berbanding singapore yg melaksanakan system GST.. sana sini salah..aku pum hairan...

jalsjalin@blogspot.com said...

Setuju sangat bro, sikap seperti ini yang perlu ada pada individu yang ingin merasa kemajuan.

Tidak mungkin pemerintah sengaja membuat perkara yang boleh bertukar kepada senjata makan tuan.

Sana sini salah said...

Betul,.entah sampai bila mereka akan paham..hehehe..

jalsjalin@blogspot.com said...

Agak lama, sebab sebenarnya juga ia seiring dengan sikap pemimpin pemimpin muda BN,yang kekadang semacam lupa diri. :)

Sana sini salah said...

Ada pula kalanya sesorang tu bila ditanya apa maksud GST pun dia tak tau, aku amat terkilan bila seseorang memperjuangkan sesuatu perkara dengan memikul panji perjuangannya, tapi di sebalik peejuangannya dia tak mengenali simbol panji yang di pikul,...hemmm.. terlalu mudah terpengaruh sedang apa yang di perjuangkan itu tidak memberikan makna kebaikan untuk generasi2 yang akan datang..

Sana sini salah said...

Tuan, saya malas mau komen di post tuan di fb, dorang tu agresif sangat bila di bawa berbahas..ujung di tanya apa maksud GST dorang pun tak tau.. kalau kalah, nanti cakap saya ni penyibuk dan takyah masuk campur.. padahal aku ni tak sebelahi mana2 pihak, cuma saya ada akal untuk menilai mana baik dan mana buruk...

jalsjalin@blogspot.com said...

Masyarakat muda di negara ini harus bersikap seperti saudara. Terbuka tapi pada masa yang sama mempertimbangkan perkara dari semua sudut agar tidak membawa kepada penyesalan.

jalsjalin@blogspot.com said...

Masyarakat muda di negara ini harus bersikap seperti saudara. Terbuka tapi pada masa yang sama mempertimbangkan perkara dari semua sudut agar tidak membawa kepada penyesalan.