Sunday, April 20, 2014

Pemergian Karpal Di Tukar Kepada Keuntungan Politik Oleh DAP ?





Siapa yang perasan, kalau pemimpin politik pembangkang telah mengambil kesempatan dari pemergian Karpal Singh. Menutup keranda mandiang dengan bendera parti DAP dan bendera negeri Pulau Pinang adalah sebenarnya bermotifkan politik semata-mata.

Dalam kematian juga ada unsur yang boleh di tukar kepada keuntungan politik, begitu ? seharusnya kok tidak berlaku, biarlah pemergian namanya makhluk Tuhan balik dengan ketenangan tanpa ada lagi cerita politik yang mengiringinya yang boleh membangkitkan rasa kepolitikan dikalangan masyarakat khasnya penyokong PR terhadap pemerintah. Andaian ini kita tidak boleh tolak begitu saja, sebab selepas peristiwa pemergian Karpal tersebar luas di ruang maya, ada pula dari kalangan penyokong PR yang menulis di status facebooknya kalau pemandu lori yang terlibat dengan kematian Karpal adalah seorang ahli UMNO. Seolah olah ada konspirasi yang menyebabkan Karpal terkorban sekaligus cuba memalitkan politik UMNO secara total. Tidak elok sebenarnya, politik yang jahat.

Atau kalau tidak pun, pasti ada unsur politik yang cuba di pahat walaupun tidak merujuk kepada apa yang saya nyatakan di atas berdasarkan penggunaan bendera keatas keranda seorang pemimpin pembangkang.

Warna warni politik Malaysia hingga yang pergi pun boleh di libatkan dengan pergolakan politik semasa. Macam pula seorang anggota tentera yang terkorban di medan perang demi negara bangsa yang sedang di ancam.

Maksud saya perlakukan mereka yang pergi buat selamanya dengan ritual agama bukan strategi politik. Arios

No comments: