Thursday, October 30, 2014

Masyarakat Sabah Harus Berpolemik Pasal Himpitan Kemiskinan Sabah Dari Konteks Negeri.

Masyarakat Sabah secara keseluruhannya harus kuat berpolemik pasal kemunduran yang menghimpit. Ini tidak berlaku, maka selamanya sistem yang difikirkan sesuai tidak dicari sekaligus dilaksanakan. Terutama dari aspek modal insan.

Bahwa pentadbiran negeri yang ada sekarang tidak sebenarnya berjaya. Simpanan rezab kewangan yang agak banyak tidak boleh dijadikan kayu ukur berjaya atau tidaknya satu satu pentadbiran negeri.

Kayu ukur yang sebenarnya ialah dirujuk pada himpitan kemiskinan yang dialami masyarakat Sabah itu sendiri atau keselamatan dan persoalan semasa yang dihadapi oleh masyarakat. Bukan merujuk pada bilangan bangunan yang telah didirikan, sebab sudah tentu ia milik orang perseorangan yang duduk di dalam politik, yang boleh juga menyumbang kepada kebobrokan yang saya maksudkan diatas.

Tidak salah mencari kelebihan tapi pastikan orang lain juga boleh kaya seperti mana mereka. Jangan ingat tujuan Tuhan mencipta manusia sebagai masyarakat Sabah hanya untuk menyokong sekaligus hanya mengayakan pemimpin pemimpin BN khasnya yang ada di negeri Sabah.

Hanya masyarakat Sabah yang bodoh saja kok yang tidak terfikir pasal perkara ini. Sekaligus dalam diam mengekalkan kepimpinan negeri Sabah yang sedia ada. Mahu juga menjadi "kadam" kepada mereka yang juga sebenarnya" kadam".

Kesinambungan cetusan peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah perlu ada titiknya.???


Posted via Blogaway Jals

No comments: