Tuesday, October 14, 2014

Peralihan Jawatan Ketua Menteri, Mahu Wang Atau Kuasa.?

Siapa selepas Musa, Mahu Wang Atau Kuasa.?

Pemimpin politik di negeri Sarawak nampak tegas memperjuangkan nasib masyarakatnya. Mereka faham kenapa mereka menjadi pemimpin dan kenapa BN.

Berbeza dengan pemimpin politik di negeri Sabah. Sudahlah masyarakatnya terhimpit, terpinggir, terkebelakang, malah mahu lagi mulut masyarakat ini di tampal walaupun masyarakat ini terkenal dengan kesetiaan mereka terhadap pemimpin dan BN itu sendiri. Sudahlah terpinggir, di kasih sengal lagi, nanti apa yang ada.?

Begitu teruk pun pentadbiran yang berjalan, ada lagi pemimpin di negeri ini, yang menyarankan agar peruntukan/dana Federal disalurkan terus kepada mereka. Agar kononnya pembangunan yang ditunggu tunggu oleh masyarakat dapat di realisasikan.???

Biar saya berterus terang ya, kalau saja Menteri KKLW dari kalangan mereka, sudah lama kok bumi Sabah ini menjadi milik individu seorang Ketua Pemimpin dan gerombolannya.

Dengar saja perkhabaran terbaru pasal pemilikan tanah, seluas 45 ribu ekar di hutan simpan Bonggaya telah menjadi milik pemimpin dan keluarganya. Begitu juga dengan Pulau Pulau utama di pesisir laut Sabah.???

Dua anak syarikat Yayasan Sabah yang mengalami kerugian jangan dilupakan ya, ini juga hasil kebobrokan tadbir yang merugikan.

Lain itu, perintis hutan dianggap penceroboh. Tidak percaya tanya marhaen yang terpalit di daerah Tenom, Ranau dan di pantai timur Sabah. Mereka menangis tak bererti mata, hingga mengundang campurtangan Menteri KDN, agar diselesaikan. Ini semua kerana pentadbiran yang salah yang memerlukan transformasi dalaman.???

Cukup cukuplah, masyarakat tahu lagi sedar apa yang berlaku pada diri dan generasi hadapan mereka, selepas kepercayaan yang mereka berikan.

Pemimpin pemimpin negeri sepatutnya telah sedia maklum, bahwa generasi muda Sabah yang ada sekarang, sudah pun matang, mereka sedar apa jenis pembangunan yang sepatutnya mereka kecapi memandangkan Sabah adalah sebuah negeri yang kaya lagi diperintah oleh pemerintahan BN. Lain itu, generasi ini juga tahu pasal peruntukan tahunan Federal yang diterima oleh kerajaan negeri. Apa yang berlaku, peruntukan tahunan berkenaan telah disalahgunakan, pembangunan berlangsung tapi milik kumpulan pemimpin tertentu.???

Siapa tahu pasal tanah UMNO di negeri Sabah, mulanya meminta bahagian tapi akhirnya lesap entah ke mana, angkara siapa.?

Ekoran pentadbiran yang tidak menguntungkan masyarakat itulah, sokongan masyarakat KDM telah berkurangan dengan begitu mendadak, hingga mencecah 70% pada PRU13 yang lepas.

Itu yang saya katakan sebelum ini, bahwa krisis kepimpinan di negeri Sabah tidak hanya melibatkan dua kumpulan yang berbeza pendapat tapi lebih kepada kepercayaan pengundi terhadap kemampuan BN.

Ada dua pilihan tu, ingin BN kekal memerintah Sabah atau apa dia.? Kalau ingin kekal, titikkan peralihan pada masa yang sama beri kerusi TYT pada mantan, agar peralihan tidak meninggalkan kesan yang terlalu negatif. Tapi pastikan pula pengganti KM, adalah individu pemimpin yang betul betul di terima oleh masyarakat Sabah secara keseluruhannya, tidak mengira jenis bangsa atau saja agama. Ini penting dalam meraih balik sokongan masyarakat Sabah khasnya kaum KDM.

Mahu wang atau kuasa. Siapa selepas Musa.?


Posted via Blogaway Jals

No comments: