Thursday, October 9, 2014

Letupan Bom Di Bukit Bintang, KL.

Pada pagi tadi berlaku letupan bom tangan dan di Bukit Bintang . Mengakibatkan 14 orang cedera termasuklah 2 orang warga asing. Selain merosakkan beberapa buah kenderaan mewah.

Dipercayai dua bom tangan berkenaan dilontarkan dari tingkat dua berhampiran lokasi kejadian. Walau bagaimanapun hanya satu yang meletup.

Ini mesti kes jenayah berat ni, yang dijayakan oleh kumpulan kongsi gelap.

Hakikatnya, saya percaya bahwa senjata berat haram telah pun berlambak di Malaysia, terutamanya di bandar bandar utama. Secara logiknya kalau sudah benda haram sepertinya dadah yang berjumlah besar diseludup dengan mudah apa lagi setakat senjata sebesar bom tangan.

Itulah, kalau masyarakat mempersoal, nanti dinafikan dengan kenyataan kononnya kes terpencil. Alahai

Saya masih berpendapat, setakat bom tangan, apa lah sangat andai dibandingkan dengan gejala syabu yang sudah mampu membunuh beribu ribu jiwa manusia.

Pun begitu kita menyimpan keyakinan bahwa pihak pemerintah sedang berusaha keras menghapuskan kebobrokan ini. Dengan syarat harus anggota yang terlibat terdiri dari mereka yang berkredibiliti lagi berintegriti tinggi. Semoga pemerintah diberikan cukup kekuatan. In Shaa Allah.


Posted via Blogaway Jals

No comments: