Sunday, October 5, 2014

Polemik Disebalik Forum Sabah Luar Atau Dalam Malaysia Bersama DARD

Ekoran forum dan dialog rakyat, dibawah tajuk Sabah dalam atau luar Malaysia yang berlangsung di Kota Kinabalu, pada 04hb Oktober 2014.

Ada pula pihak dari kalangan penyokong pembangkang yang berpolemik dengan kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan, pasal kedudukan Sabah di dalam Malaysia. Benar apa yang diperkatakan oleh DARD. Bahwa Sabah adalah sebenarnya sebuah negeri berdasarkan fakta yang tercatat, mengikut hemat diri.

1. Kalau saja Sabah sebuah negara selepas perjanjian 1963  sudah tentu pasti Sabah sekarang dikenali sebagai Republik of Sabah tapi disebabkan Sabah merdeka melalui persekutuan Malaysia yang terdiri dari beberapa buah negeri maka Sabah merdeka sebagai negeri.

2. Jawatan yang dipegang Tunku Abdul Rahman selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Merdeka 1957 ialah sebagai Perdana Menteri  persekutuan tanah Melayu yang dikenal sebagai Semenanjung, yang terdiri dari beberapa buah negeri. Itu bererti Sabah merdeka melalui negara.

3. Memang benar, sebelum Sabah mencapai kemerdekaan Sabah adalah sebuah entiti  tapi harus di ingat melalui memorandum yang dikenali sebagai suruhanjaya Cobbold, bahwa masyarakat Sabah bersetuju duduk bersama  Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri dari 11 buah negeri. Bererti Sabah adalah negeri.

4. Tidak mungkin sebuah negara merdeka melalui negara, sebab itulah Sabah merdeka melalui persekutuan Tanah Melayu. Bukan macam  Brunei merdeka melalui tuntutan satu entiti yang dipanggil negara.

Kesimpulannya cerita sama ada Sabah sebuah negara atau negeri hanyalah polemik politik yang tidak berpenghujung kalau ia tidak dihentikan secara sengaja. Apa yang penting ialah penduduk Sabah secara majoritinya sedang dan akan harmoni di dalam negara Malaysia. Itu juga bererti, semua point atau perkara yang terkandung di dalam perjanjian 20 Perkara tidak kesemuanya relevan untuk dipraktikkan.


Posted via Blogaway Jals

No comments: