Friday, October 24, 2014

Aduan Terhadap Tadbir Hospital Dan Sekolah Di Empat Pulau Di Daerah Semporna

Saya menerima dua aduan dari dua individu masyarakat awam pasal kelengkapan frasarana (tadbir) Hospital Semporna dan tadbir Sekolah di empat Pulau. Selepas ini sebagai tanggungjawab saya untuk memaklumkannya kepada pemimpin atau saja masyarakat awam. Lebih kurang dibawah :-

Katanya, peralatan yang ada di hospital Semporna sudah ketinggalan zaman seperti contoh tilam katil yang ada sudah lebih 30 tahun tidak ditukar, jarum suntik tertentu ada yang berkarat. Tidak ada pembelian peralatan baru atau menukar peralatan lama kepada yang lebih canggih sedangkan bajet tahunan ada diberikan.

Nasib baik saja peralatan baharu yang ada, hasil sumbangan peribadi Dato Sri Shafie Apdal. Nah kalau tidak, hanya mungkin demam panas jak yang boleh dirawat.

Walaupun kakitangan bawahan memajukan permohonan bagi menambah atau menukar peralatan yang difikirkan perlu, tapi tidak mendapat kelulusan yang sepenuhnya dari pentadbir. Jadinya kekallah yang sedia ada begitu rupa.

Yang hanya dilakukan ialah penambahan blok bangunan dan baik pulih bangunan yang sedia ada. Oleh itulah walaupun penyakit yang ditanggung oleh pesakit tidaklah teruk mana atau saja kronik tapi pesakit akan dihantar ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjutan. Sebab itulah sering kita mendengar siren Ambulance bergema berulang kali dalam sehari. Macam di HKL sudah, adeh.

Menurut pengadu, tandas hospital juga perlu diberikan perhatian yang amat serius, sangat tidak terurus.?

Kebobrokan tadbir ini kalau dibiarkan tanpa ada usaha untuk membetulkannya nanti akhirnya yang rugi ialah masyarakat Semporna itu sendiri. Berbanding hospital di daerah jiran, sudahlah bangunan baharu ditambah lagi dengan peralatan untuk merawat yang moden.

Saya juga menerima aduan pasal Sekolah di Pulau Pulau tertentu, sepertinya Salakan, Manampilik, Dannawan dan Larapan. Pentadbiran Sekolah di empat Pulau kecil ini hanya menyediakan kelas sehingga tahun 3, selepas itu murid di sekolah berkenaan perlu berpindah ke Sekolah berpusat Pulau Bum Bum. Dan perkara ini telah menyusahkan ibu bapa, murid sekaligus menjejaskan kehadiran murid untuk hadir ke sekolah berpusat disebabkan oleh faktor jarak.

(Paling tidak pihak sekolah perlu berbuat sesuatu, walaupun sedikit memaksa agar murid yang terbabit tinggal di asrama yang disediakan).

Semoga dengan ini, agar dua persoalan yang ditimbulkan diatas mendapat pertimbangan yang sewajarnya sekaligus bertemu dengan titik penyelesaian.

Letakkan hak pada tempatnya.


Posted via Blogaway Jals

No comments: