Wednesday, December 3, 2014

Hari Ini Keputusan RCI, Jadi Apalah.???

Hari ini keputusan RCI akan diketahui oleh masyarakat umum, khasnya masyarakat Sabah.

Yang selama ini menjadi tanda tanya ekoran desakan agar keputusan RCI dipercepatkan, ialah

Sebenarnya masyarakat atau mereka yang berkenaan telah sedia maklum bagaimana imigran mendapat keterangan diri dengan jalan yang mudah, di sebabkan oleh beberapa faktor yang difikirkan perlu pada ketika itu, bukan hanya perlu dari konteks politik tapi tuntutan dari masyarakat antarabangsa, dimana pelarian mesti diberikan layanan yang wajar. Seperti juga halnya dengan kaum Cina dan India yang akhirnya menjadi warganegara Malaysia, tidak pun mereka di jemput datang ke Tanah Melayu pada ketika itu oleh Sultan Sultan Melayu untuk diberikan status kewarganegaraan, tapi bila perlembagaan semasa membenarkannya maka mereka secara automatik menjadi warganegara. Ini adalah hakikat kebenaran dan siapapun pihak tidak boleh menafikannya.

Maksud saya, walaupun keputusan RCI telah diketahui oleh masyarakat Sabah, ia tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Sabah terhadap BN, jauh sekali menyokong agenda autonomi Sabah keluar dari Malaysia. Ingat selama ini pun bukan hanya kaum Bajau Suluk atau saja Bugis yang memihak BN tapi juga dari kalangan KDM yang mengetahui cerita masyarakat imigran .

Jadi apalah.?

Kita harap selepas ini tidak ada lagi polemik yang berkaitan dengan RCI atau sewaktu dengannya.


Posted via Blogaway Jals

No comments: