Graf ini tidak menipu. DAP telah mendahului sebanyak 9309 anak muda yang berjaya mereka daftarkan berbanding UMNO hanya berjumlah 5939. Usah keras DAP ini tidak hanya berlaku di Semenanjung tapi juga meliputi Negeri Sabah. Secara logiknya, negeri Sabah dihuni oleh ramai individu muda non-Muslim dan Muslim muda yang agak terbuka dan mereka mudah di propagandakan agar memihak DAP, berbeza dengan masyarakat muda Semenanjung terutamanya mereka yang beragama Islam, DAP dinilai sebagai parti yang bukan Islam malah menolak Islam, sebab itu DAP hanya popular pada kaum Cina non-Muslim.
Kalau individu itu didaftarkan oleh DAP, bererti individu berkenaan telah berjaya dipengaruhi agar memihak DAP. Seperti mana rumah rumah yang sengaja dipacakkan bendera pembangkang oleh empunya sedangkan sebelum ini empunya memihak BN. Tanpa berselindung mereka sanggup menerima apapun risiko selepas itu.
Berbeza dengan penyokong BN, bila bila masa mereka beralih kepada pembangkang walaupun BN yang telah mendaftarkan mereka. Kenapa, sebab mereka selama ini memang penyokong BN, hidup di dalam pemerintahan BN, mereka sudah biasa dengan pentadbiran BN. Maksudnya di hati kecil mereka masih ada ruang untuk berkira kira, sama ada terus kekal memihak BN atau sebaliknya. Berbeza dengan penyokong DAP, mereka telah memasang tekad, ingin hidup di dunia yang baru apa yang jadi jadilah.
Sebab itulah, Naib Presiden UMNO Malaysia, Shafie Apdal menegaskan agar ada usaha yang lebih giat selain usaha mendaftarkan ahli baru supaya nanti mengundi UMNO/BN.
Selepas didaftarkan, mereka yang berkenaan tidak boleh dibiarkan begitu saja, program yang bertujuan mendekatkan mereka dengan organisasi BN harus kerap berlaku. Dengan itu mereka tidak mudah dipengaruhi supaya memihak pembangkang.
Ini hakikat pemikiran anak muda pasal politik, mahu tidak mahu mesti di akui sekaligus diatasi. Jangan sampai anak muda negara ini menyokong penuh politik PR. Masalah kita.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment