Wednesday, January 28, 2015

Ranking Negara Negara Yang Menggilakan, Malaysia Terkeluar


Ranking dunia, negara negara yang sarat dengan penghidupan yang menggilakan. Kajian dibuat oleh Blombeng Ranked.

Negara paling bawah mengikut ranking. Dimulai oleh Nigeria berakhir dengan Norway. Malaysia terkecuali, hanya masyarakat ini terutamanya penyokong pembangkang yang mengada ada, kononnya negara ini sedang binasa semuanya susah, sarat dengan himpitan kehidupan. China tersengih di tengah tengah, tidak terkecuali Amerika dan negara negara maju yang lain. Negara maju tapi masyarakatnya binasa, hanya untuk mencari ketenangan.

Menurut kajian, Venezuela, Bangladesh dan Nigeria juga antara negara pengamal rasuah yang kritikal.
Manakala negara yang paling banyak masyarakatnya yang menganggur di dahului oleh Macedonia, Greece  Bosnia dan Spain.

Bersyukur kita menjadi rakyat Malaysia yang ditadbir oleh BN, Thumb.


Posted via Blogaway Jals

Monday, January 26, 2015

Lelaki Misteri Semasa Operasi Menangkap Kumpulan Masyarakat Tertentu Di Daerah Semporna

Tadi kan agak gelisah, sebab ada operasi besar besaran bagi menangkap kumpulan masyarakat tertentu (saya dimaklumkan seperti itu). Helikopter berlegar legar di ruang udara bandar Semporna. Pada masa yang sama kelihatan anggota keselamatan berkeliaran di mana mana terutamanya di sekitar restoran dimana saya duduk minum bersama kawan. Anggota keselamatan pula ada yang berpakaian lengkap ada juga yang berpakaian biasa.

Kebetulan pula ada individu yang kurang dikenali  berpakaian ala askar penceroboh duduk di hadapan.

Ada juga menyimpan rasa takut pada ketika itu tapi tidaklah sangat, yang pasti ada perkara yang bermain di akal fikir. Akibatnya saya tidak menyedari kemana perginya lelaki Misteri berkenaan selepas beberapa ketika.

Note :- Ini bukan tuduhan keatas lelaki seperti mana gambar ia hanyalah kebetulan yang berada di depan mata bertepatan dengan suasana pada ketika itu. Pun begitu tidak salah kita sentiasa berwaspada.
Kalau pun benar pakaian berserban itu sejenis gaya yang dipadankan dengan pakaian jeans, tapi tengoklah bha keadaan jangan sampai membuat orang lain merasa curiga.


Posted via Blogaway Jals

Keahlian UMNO Datuk Jumat Di lucutkan.?

Datuk Jumat mempersoal pentadbiran negeri yang difikirkan kurang berkesan di dalam memandu BN menjelangnya PRU14. Tapi dinafikan mentah mentah tanpa alasan yang jelas walaupun BN Sabah telah terbukti gagal berdasarkan keputusan PRU13. Maka itulah perlu ada penambahbaikan dari konteks pentadbiran negeri dan politik BN.

Itu saja, adapun caranya terpulang. Gesaan ini telah berulang kali di suarakan sehinggalah menimbulkan pelbagai polemik politik yang seolahnya telah berpecah dua.

Ekoran itu, pergerakan sayap wanita UMNO Sabah mencadangkan agar keahlian UMNO Datuk Jumat di lucutkan sekaligus jawatannya sebagai MP Sepanggar, merangkap Ketua Bahagian Sepanggar.

Desus yang kita dengar akan selepas itu kerusi yang dikosongkan akan diberikan pada seseorang. Pelik bila ada pihak menyuarakan pendapat mereka agar peralihan jawatan di bincang bualkan sekaligus diselesaikan, tidak pula mereka puak menerimanya, berbeza kalau cetusan itu menguntungkan mereka, walaupun dengan alasan yang remeh. Ini namanya tidak adil

Yang perlu di dalami untuk dipertimbangkan sebelum membuat tindakan lanjut terutamanya melucutkan keahlian/jawatan ialah kemenangan Datuk Jumat di Parlimen Sepanggar PRU13 yang lepas adalah atas kapasiti atau usaha Datuk Jumat sendiri. Pertambahan ahli UMNO di Parlimen Sepanggar adalah atas inisiatifnya, terutamanya pada golongan muda. Tidak dinafikan faktor bertanding atas tiket BN adalah faktor yang menyumbang kepada kemenangan.

Benar apa yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda Semporna. Ketika TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, tidak pula kita mendengar sebarang cadangan daripada pergerakan wanita UMNO Malaysia agar TPM meletakkan jawatan. Kenapa tidak ada.? Sebab Ketua Ketua Pergerakan UMNO di Semenanjung tampak matang di dalam hal politik, mereka tahu mana yang baik mana yang tidak untuk kelangsungan UMNO.

Walaupun sebelum ini UMNO terpalit akibat skandal Ketua Wanita  Malaysia pasal pinjaman wang bagi membiayai penternakan lembu. Tapi tidak kita mendengar sebarang cadangan  dari Ketua Wanita UMNO negeri negeri agar Sharizat melepaskan keahliannya sebagai ahli UMNO.

Ini kumpulan wanita UMNO negeri ni agak melucukan, nampak sangat cadangan mereka atas dasar membodek tidak untuk kelangsungan BN. Ingin kononnya membetulkan keadaan tapi pada masa yang sama menganjurkan perpecahan.

Ingat lagi tak cerita Datuk Lajim Ukin sebelum ini. Dia keluar dari BN kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan negeri  yang tidak menguntungkan selepas itu dia bertanding atas tiket PKR bagi merebut jawatan Yb DUN Klias, yang mendapat kemenangan. Bukan kah itu bermaksud yang sebenarnya bermasalah ialah pentadbiran negeri sekaligus menyumbang kepada kelemahan BN di negeri Sabah dan tingkat ini yang perlu dibetulkan bukan malah menambah kelemahan yang sedia ada.

Kita juga maklum, sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Bahagian Azmin Roslan juga menjadi mangsa hanya kerana beliau memihak politik Shafie Apdal. Rupanya buang dan lucut sebahagian daripada senjata politik Musa dan kalau politik jelek ini tidak dihentikan ia hanya akan melemahkan cengkaman BN di negeri Sabah.

Sepatutnya kan bertindak secara rasional jangan terikut ikut dengan rentak politik PR, sikit mereka punya ahli mengkritik kepimpinan tertinggi kompenan PR, terus keahlian individu berkenaan di lucutkan. Hasilnya sokongan penyokong tegar terhadap PR semakkan berkurangan.

Akhirnya kita berharap selepas ini akan ada jalan penyelesaian yang lebih berkesan yang dapat difikirkan demi kekuatan BN di negeri Sabah.

Cadangan peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah hanyalah cadangan biasa dari ahli UMNO, apa lagi kalau dia seorang Yb.

Jangan saja pandai berfikir bab buang dan lucut. Ini namanya amalan politik yang tidak bertanggungjawab. Faham kah.?


Posted via Blogaway Jals

Wednesday, January 21, 2015

Perutusan PM Najib Pasal Kedudukan Ekonomi Negara




"Malaysia sedang berada dalam satu perjalanan. Destinasi kita jelas: sebuah negara dengan status ekonomi maju dan berpendapatan tinggi. Namun setiap perjalanan pasti akan ada cabaran. Kita mungkin perlu menyesuaikan perjalanan kita demi mengelak sebarang halangan. Walau apa pun, destinasi kita kekal sama."
Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa Dan Kedudukan Kewangan Negara JANUARI 20, 2015    

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri

YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan Kedua

YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa
Ketua Setiausaha Negara

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

(Mukadimah)

1.Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2.Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan. Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini.

3.Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit.

4.Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

5.Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and proactive measures to align ourselves with the recent global economic developments.

6.We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control.

7.This is to ensure that our economy continues to attain a respectable and reasonable growth. And at the same time, we want to ensure and must ensure development of the nation and socio economic welfare of the people to be continue to be the main focus of the government.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

8.Sesungguhnya takwim 2014 yang lalu, merupakan tahun yang amat mencabar dan begitu menduga bagi kita dengan pelbagai tragedi.

9.Pada penghujung tahun lepas, Malaysia diuji dengan musibah banjir yang luar biasa. Ia telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.

10.Di beberapa negeri lain, sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak.

11.Demikianlah, seperti yang difirmankan bahawa, manusia merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik Perancang.

12.Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam segala kudrat Kerajaan dan pentadbiran, kita telah cuba merencana, merangka, menyusun dan berikhtiar untuk melaksanakan setiap sesuatu dengan sehabis baik demi kepentingan dan keperluan rakyat.

13.Justeru, jika diimbau, secara keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu Bajet 2015 dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar 100 dolar Amerika setong.

14.Kedua, pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus. Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding dolar Amerika; dan

15.Keempat, semasa bajet itu digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2015 diunjurkan oleh World Bank dan IMF adalah pada kadar 3.4 dan 3.9 peratus. Kini, mereka telah mengkaji semula kadar dan meletakkan paras yang lebih rendah di antara 3 hingga 3.8 peratus.

16.Perlu difahami juga, sewaktu Bajet 2015 digubal, it was based on strong fundamentals, yakni asas 2014 yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit fiskal tahun 2015 telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5 peratus pada 2014.

17.Walau bagaimanapun, kontemporari ini, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di dunia.

18.Maksudnya, berbanding situasi beberapa bulan yang lepas, kini, the global economic landscape has changed in very significant ways. Beberapa perkara pokok yang telah Kerajaan unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.

19.Turut dibangkitkan adalah keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun 2015. Ramai ingin tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan negara akan terjejas?

20.Oleh yang demikian, perutusan khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa.

21.Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

22.Kita sedar mutakhir ini, wujud pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia.

23.Merujuk kepada trend harga minyak mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam lebih 50 peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan.

24.Selain daripada itu, ini juga adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang meningkat ketara di Amerika Syarikat berikutan kemajuan teknologi industri pengeluaran minyak.

25.Dalam masa yang sama, keadaan ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara bukan OPEC. Manakala, negara-negara OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

26.Di sinilah pihak Kerajaan sering ulang-ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita.

27.Kerana itulah, penanda aras harga minyak mentah Dated Brent terkini telah turun kepada sekitar 48 dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni 19 Januari 2015. Walaupun begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak akan mengambil tempoh tertentu untuk kembali stabil.

28.Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apabila berlakunya penurunan harga minyak seperti sekarang ini, hikmahnya, ia membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia.

29.Sebagai contoh, apabila pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5 bilion ringgit. Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion ringgit.

30.Selain itu, Bank Dunia mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Malah, penurunan harga minyak sebanyak 30 peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia sehingga 0.5 peratus.

31.Ini secara tidak langsung, akan juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap eksport Malaysia terus mampan terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

32.Ironisnya, kejatuhan harga minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah-sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan keselamatan untuk anggota RELA, tentera. polis dan sebagainya.

33.Seperti yang telah saya nyatakan tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi minyak mentah Dated Brent, iaitu sebanyak 115 dolar Amerika setong, yang direkodkan pada 19 Jun 2014, harga semasa telah menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus.

34.Selaras itu, ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa unjuran paras harga asas 100 dolar Amerika setong semasa Bajet 2015 dibentangkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan purata harga minyak bagi tahun 2015 adalah antara 40 hingga 70 dolar Amerika setong.

35.Lantaran itulah, Kerajaan perlu menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak, kepada 55 dolar Amerika setong bagi tahun 2015 ini, berasaskan kepada unjuran bajet yang disemak kembali.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

36.Jika berasaskan kepada harga minyak mentah pada 100 dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai Disember 2014, Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit.

37.Dalam kata lain, seandainya harga minyak mentah kekal pada 100 dolar Amerika setong, Kerajaan mampu menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet 2015, dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3 peratus.

38.Namun begitu sebaliknya, pada harga 55 dolar Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit.

39.Maknanya di sini, jika dibuat perbandingan, di antara angka-angka semakan terkini dengan Bajet 2015, yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

40.Jelasnya, jika dibiarkan, paras deficit tanpa intervensi kerajaan, defisit akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2015.

41.Keadaan ini, memaksa Kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan defisit, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal.

42.Oleh itu, dengan mengambilkira unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015.

43.Kadar ini masih rendah berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014. Dan realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3 peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5 peratus pada penghujung tahun sudah.

44.Yang paling utama juga, kita tidak akan berkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah atau the bottom 40

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

45.Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah, hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak September 2014.

46.Ketidaktentuan dalam aliran modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga, disebabkan kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak ke atas ekonomi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

47.Sehubungan itulah, Kerajaan perlu mempastikan perkara-perkara berikut dipantau dengan sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform dan consolidation dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya, supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

48.Namun begitu, Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function in an orderly manner.

49.Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan atau financial intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

50.Pucuk pangkalnya, Kerajaan yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi atau dasar yang lebih dinamik, rizab antarabangsa yang mencukupi dan kukuh, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

51.Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import dan eksport.

52.Seperti yang ramai tahu, kita merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan berlakunya defisit akaun semasa.

53.Sesungguhnya, tanggapan ini tidak benar. Sebetulnya, bagi minyak mentah, kita merupakan pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit, untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014.

54.Manakala, bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion ringgit untuk tempoh yang sama.

55.Justeru itu, dengan gabungan kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit.

56.Satu hakitat yang ramai tidak sedar. Oleh itu, tanggapan atau persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah juga tidak tepat.

57.Sebaliknya, jika dicampur eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka, Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkara ini namun tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih.

58.Tambahan lagi, situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak.

59.Sememangnya lagi, kesan kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada 76 peratus jumlah eksport. Manakala, eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport.

60.Bersandarkan yang demikian, Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan Negara Kasar atau PNK, berbanding pada 2014, imbangan lebihan semasa dianggar mencatat 5.1 peratus daripada PNK.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

61.Jelasnya, sebentar tadi, saya telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh. Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-strategi berikut.

Pertama: Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang balanced, inclusive and sustainable yakni seimbang, inklusif dan mampan;

Kedua: Meneruskan fiscal reform and consolidation; serta

Ketiga: Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

62.Strategi Pertama: Mempastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

Pertama, mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan;

Kedua, menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara;

Ketiga, menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan.

Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara;

Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

Kelima, mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

Keenam, visa diberi secara percuma kepada para pelancong antaranya dari negara China

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir;

Kedua, mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

Ketiga, meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

Keempat, mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

Kelima, menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

Pertama, menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

Kedua, menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

Ketiga, mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015; dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

Keempat, memperuntukkan 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan

Kelima, mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

63.Seterusnya, Strategi Kedua: Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

Pertama, meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan

Kedua, meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak 400 juta ringgit

Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;

Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak 400 juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan

Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

64.Strategi Ketiga adalah Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir

Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar 400 ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit.

Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 787 juta ringgit;

Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan 800 juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

Menyediakan 893 juta ringgit bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri;

Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

Memberi bantuan 500 ringgit bagi setiap keluarga yang terlibat bermula hari ini; dan

Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

65.Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan 100 juta ringgit disediakan kepada TEKUN dan 100 juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro.

66.BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan.

67.Berkait itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility, berjumlah 500 juta ringgit untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.25 peratus, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan.

68.Bank Rakyat pula, akan menawarkan Skim Pinjaman Peribadi sehingga 50 ribu ringgit pada kadar keuntungan serendah 3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran.

69.Selain itu, sejumlah 500 juta ringgit akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70 peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini akan diuruskan oleh ProKhas; dan

70.Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.

(Penutup)

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Secara keseluruhannya, dalam perutusan saya pada pagi ini, dapat saya rumuskan 6 perkara as the key take-away points:

Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan.

Kedua, Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan tadi, adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment, berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu reality check, berikutan antaranya perubahan harga minyak dunia.

Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit.

Keempat, Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah.

Kelima, Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan dalam Bajet 2015 sebanyak 48.5 bilion ringgit tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.

Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan.

Malah, pada bulan Mei nanti, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020, dan akhirnya;

Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

71.Akhir kalam, marilah kita banyakkan berdoa, dan bertawakkal supaya Allah SWT sentiasa memberi bantuan-Nya, kepada ikhtiar-ikhtiar kita dalam terus membangun dan memakmurkan negara.

72.Sesungguhnya jua, dalam segala kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan. Apa yang paling mustahak, kepada seluruh rakyat Malaysia, sederap dalam satu solidariti, kita mampu menongkah dan melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang.

73.Pastinya, pada setiap kesukaran itu, ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti.

74.Mudah-mudahan, Tuhan yang Maha Berkuasa terus melindung-lindung tanahair tercinta ini, dari segala keburukan dan mara bahaya. Bak kata orang tua-tua, kita berserah rugi dan untung, kepada Allah meminta tolong.

Sekian, Terima Kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Post in Blog
   
Search for:
  ANDA BOLEH MEMILIH UNTUK TURUT MELANGGAN 1MALAYSIA.COM.MY
YouTube Twitter Facebook Google Plus Flckr Instagram
BMENG
NAJIBRAZAK.COM 2014 © HAKCIPTA TERPELIHARAPENAFIAN POLISI PRIVASI SYARAT PENGGUNAAN SOALAN LAZIM

Thursday, January 15, 2015

Tindakan Disiplin Terhadap Datuk Jumat.??.

Jentera mensyorkan agar tindakan disiplin dikenakan terhadap Datuk Jumat ekoran kritikan kritikan pedas beliau terhadap pentadbiran negeri Sabah.

Jangan kamu cuba mengekang kebebasan bersuara walaupun melibatkan parti sendiri. Selagi tidak menyentuh agama, bangsa dan peribadi secara keterlaluan, apa lagi kalau individu itu bukan rasmi pemimpin parti.

Hanya kerana mempersoal kebobrokan tadbir politik oleh pentadbiran negeri. Maka ada diantara kita yang akan kononnya dikenakan tindakan tatatertib. Pendapat mengenakan tindakan dirasionalkan itu nanti sebab kononnya selama ini jentera sayap UMNO di negeri Sabah telah berusaha keras menyakinkan masyarakat untuk memihak BN.??? Yang benar.

Kalau memang benar selama ini ada usaha keras lagi telah membawa positif kepada BN tidaklah undi popular BN di negeri Sabah berkurangan sekaligus menambah kerusi pembangkang. Telah diketahui rata rata masyarakat atau pengundi di kawasan yang diperintah oleh pembangkang, terpengaruh oleh propaganda maya pembangkang. Jadi dimana kebenarannya konon jentera yang disebut, telah berusaha keras demi BN.???

Sudahlah masyarakat ini lintang pukang akibat urus tadbir dan penguatkuasaan yang tidak jelas di beberapa agensi kerajaan khasnya di negeri Sabah. Makin pula ditambah, masyarakat tidak boleh menyuarakan ketidakpuasan hati. Adil kah.?

Mahu tanya ni, apa bezanya, masyarakat yang mempersoal penguatkuasaan di peringkat agensi dengan masyarakat mempersoal pentadbiran negeri. Bukan kah bererti birokrasi lah yang menyebabkan mereka terhimpit lalu sengaja menimbulkan polemik. Lalu kenapa masyarakat yang mempersoal jabatan tidak dikenakan tindakan tatatertib.?

Pergolakan politik di Sabah sekarang ini, bukan lagi soal Datuk Musa semata-mata tapi pentadbiran negeri yang perlu dibetulkan atau saja perlu ada peralihan jawatan Ketua Menteri, atau paling tidak pisahkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dengan jawatan Ketua Menteri.

Untuk makluman penulis juga ahli UMNO, jadi tak pula keahlian diri dilucutkan. ;-)


Posted via Blogaway Jals

Membidas Kenyataan NGO Pro BN Oleh Mohd Aziz


Kenyataan Pakatan NGO Pro BN tidak berasas – Mohd Azis

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2015 – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pakatan NGO Pro BN berkenaan kegagalan kepimpinan Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal di Kedah adalah kenyataan yang tidak berasas dan lebih bersifat peribadi, jelas Ketua Pemuda Umno Semporna, Mohd Azis Jamman.

Menurut Azis, kepimpinan Shafie sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah ketika itu tidak pernah gagal malah kejayaan kepimpinannya lebih terserlah di Kedah dalam menyatukan Umno Kedah sehingga Umno kembali berkuasa memimpin selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) dan pada keseluruhannya Umno berjaya memenangi rakyat di Malaysia disebabkan kejayaan BN yang cemerlang di luar Bandar.

Kejayaan BN merampas Kedah daripada Pakatan Pembangkang (PP) membuktikan bahawa sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu di Kedah terhadap Umno dan BN sudah kembali. Beberapa parlimen yang merupakan kubu kuat PAS dan PP di Kedah seperti Sik,Baling,Padang Terap,Pendang,Kulim-Bandar Bharu,Merbok dan Jerai berjaya dirampas kembali ke tangan UMNO selain mengekalkan parlimen yang dimenangi pada 2008.

“Justeru itu, saya melihat tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan kenyataan bahawa kegagalan kepimpinan Shafie di Kedah ini adalah bersifat peribadi, tidak berasas dan tanpa fakta.

“Sinergi kepimpinan yang telah dilakukan Shafie telah terkesan di hati rakyat, kerana walaupun beliau bukan berasal dari Kedah, namun atas sifat kepimpinannya yang bertanggungjawab dan sentiasa turun padang merasai denyut nadi rakyat, membuatkan rakyat sendiri sedar dan membuka mata untuk memilih kepimpinan yang betul,” katanya.

Menurut Azis lagi, walaupun dalam kesibukan Shafie sebagai Menteri Kabinet dan menguruskan hal ehwal Umno Sabah, namun beliau tidak pernah mengabaikan tugas yang digalas sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah ketika itu dan sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dalam mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN sehingga berlaku peralihan pimpinan PP kepada BN pada PRU-13 dengan kemenangan.

Sementara itu, membidas lagi kenyataan Pengerusi badan NGO itu, Mohd Dzuliqyan di dalam New Daily Express Sabah, Azis menyatakan perletakan jawatan Shafie sebagai pengerusi perhubungan Umno Kedah ketika itu adalah kerana misinya untuk memenangi hati rakyat Kedah kepada BN dan Umno telah berjaya dan memberi peluang kepada orang lain untuk meneruskan kejayaan itu. Beliau memegang jawatan itu untuk sementara adalah sebagai misi bagi membantu Umno negeri selepas kekalahan pada pilihan raya umum 2008.


Posted via Blogaway Jals

Wednesday, January 14, 2015

Justifikasi Cadangan Datuk Jumat Idris, Pemisahan Jawatan Ketua Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.

Idea memisahkan jawatan Ketua Menteri Sabah dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, adalah idea yang realistik dari MP Sepanggar, (Ketua UMNO Bahagian Sepanggar) Datuk Jumat Idris. Maksudnya serahkan saja jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah kepada Dato Sri Shafie Apdal.

Mengikut haraki pusat. Tidak pun Datuk Musa Aman memegang jawatan tinggi di dalam organisasi UMNO. Tapi boleh menentukan masa depan UMNO/BN di negeri Sabah.?

Ertinya juga ada kemungkinan kemungkinan negatif yang berlaku dan akan memudaratkan UMNO dimasa hadapan. Andai jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri tidak dipisahkan dari jawatan Ketua Menteri Sabah, ialah orang lain yang berjuang orang lain yang dinobatkan. Kalau pun nanti UMNO yang lemah, bukan juga Datuk Musa Aman boleh dipertanggungjawabkan.

Oleh itulah tidak menolak pada satu masa, Datuk Musa hanya menjaga kelangsungan kompenan BN tidak pada UMNO. Siapa tahu, tidak ada yang mustahil di dalam politik, apa lagi dari konteks politik di negeri Sabah, yang terkenal dengan keyakinannya tapi sebenarnya lemah. Kekalahan Datuk Haris sebelum ini, tumbang kepada calon yang tidak terkenal, kerana apa. Nah itu kerana pentadbiran Haris yang tidak mempedulikan kehendak masyarakat politik yang di tunjagi UMNO. Ironinya, apa hubungan Datuk Musa dengan Datuk Haris bukan kah dari spesis politik yang sama.?

Sedikit benarnya mengenai apa yang dikatakan oleh Datuk Abdul Rahim Ismail, Papar. Bahwa sistem pentadbiran yang ada sekarang telah lama digunapakai dimana Ketua Eksekutif negeri juga merangkap jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, sebab itulah katanya tidak ada dia punya justifikasi.

Tapi adakah tanggungjawab Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah telah dilaksanakan oleh Datuk Musa dengan begitu cemerlang maka itulah tiada justifikasi.?

Pemimpin pemimpin kompenan BN tidak berpuashati dengan kepimpinan Datuk Musa, mereka mempersoal pembahagian kuasa diantara mereka. Di antaranya mereka yang mempersoal Datuk Maximus Ongkili. Termasuklah Tan Sri Pairin, berdasarkan cengkamannya terhadap kaum KDM yang kian hambar.

(Penurunan sokongan KDM sebanyak 70% terhadap BN. Ekoran itu pernah tu Tan Sri Pairin diberikan nasihat oleh seorang Menteri katanya, persoalkan sikit kepimpinan Musa, nah kalau tidak di ludah kamu itu oleh kaum mu)

Tidak pemimpin pemimpin kompenan BN diberikan kekuatan dalam mengurus sokongan KDM terhadap mereka. Kuasa eksekutif negeri hanya dimonopoli oleh seorang Ketua Menteri, Musa. Senang cerita, kek tidak dibahagi sama rata.

Beberapa kerusi DUN dan Parlimen telah berjaya dirampas oleh pembangkang. Alasannya, itu semua hasil kelemahan kompenan BN itu sendiri, yang saling bercakaran. Logik kah, jadi dimana lah tanggungjawab Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Sabah.? Mudahnya.

Ini dia punya justifikasi sekaligus menyokong kenyataan Datuk Jumat Idris pasal pemisahan kuasa, Pengerusi Perhubungan negeri Sabah merangkak Ketua Menteri Sabah yang tidak mampu menjaga hubungan baik diantara parti. Sebab itulah kebanyakan kompenan BN yang bertanding tumbang kepada pembangkang. Maksudnya Datuk Musa telah gagal memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Buktinya seperti mana dibawah :-

Undi popular BN Sabah secara keseluruhannya hanyalah berjumlah 10,515 undi. Dapatan BN 427,251 manakala pembangkang 416,742.
Hanyalah berjumlah - + 10 ribu, sedang Sabah simpanan tetap. Kegagalan siapa.?

Sebanyak 60 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Hanya dua kerusi dimana pertandingan melibatkan satu lawan satu, yang lain macam rojak. Kegagalan siapa.?

Itu pertambahan kerusi Pembangkang, sebelum PRU13, 1 kerusi DUN sekarang 12 kerusi. Parlimen 2, sekarang 3.

Semua bukti kelemahan di atas tidak boleh kah dipanggil mejustifikasikan pendapat Datuk Jumat.?

Berkenaan pula, kenyataan berbalik Datuk Zainab yang juga Ketua Wanita UMNO Sepanggar. Katanya, Datuk Jumat telah menyalahi kebebasan bersuara di dalam parti. Sebab terlalu lantang mengkritik kepimpinan Datuk Musa di ruang maya. Adalah pendapat peribadi mereka semata-mata.

Sebelum Datuk Jumat Idris, bersikap mempersoal kepimpinan Datuk Musa di ruang maya. Telah ada perbincangan awal secara empat mata dengan Datuk Musa, di pejabat Ketua Menteri Sabah sendiri. Disebabkan beberapa isu yang berbangkit.

Tapi pertemuan itu tidak berjaya membuahkan hasil yang positif. Ertinya menyuarakan pendapat di ruang maya selepas melalui proses toleransi adalah tindakan yang wajar, lagi memenuhi keinginan masyarakat politik negeri Sabah, agar pemimpin pemimpin Sabah bersikap berani apa lagi kalau perkara itu melibatkan kepentingan mereka sebagai masyarakat.

Justeru kelantangan Datuk Jumat Idris mempersoal pentadbiran negeri adalah sebenarnya mewakili atau memenuhi kehendak masyarakat terutamanya di kawasan kawasan yang diperintah oleh pembangkang. Selain matlamatnya untuk mempertahankan Sabah sebagai negeri simpanan tetap BN.

Apa ini bukan justifikasi kepada cadangan pemisahan jawatan yang di sandang oleh Datuk Musa Aman selain jawatan Ketua Menteri Sabah.?


Posted via Blogaway Jals

Lawatan Anwar Ibrahim Ke Kota Belud Tidak Mendapat Sambutan


12hb Januari 2015 Anwar Ibrahim membuat lawatan berceramah ke Kota Belud, Sabah.

Tapi tidak mendapat sambutan dari komuniti setempat. Walaupun di  Parlimen Kota Belud ada satu kerusi DUN yang di perintah oleh PKR, yakni DUN Kadamaian.

Apa dia punya makna tu, nah maksudnya masyarakat Sabah terutamanya di Parlimen Kota Belud tidak lagi mempercayai perjuangan PKR, Anwar khususnya.

Bukan apa, jangankan DUN yang jauh dari pusat bandar yang pesat membangun sepertinya Kota Kinabalu . Sedang Inanam yang berdekatan, tidak juga mengalami sebarang perubahan hasil pentadbiran PR.

Kenapa tidak saja menggunakan dana yang ada di Negeri Selangor. Tak kan hanya untuk mengurus masyarakat yang sekelumit banyak pula perkiraannya.

PR bukan pemerintah negara, tidak boleh dijadikan alasan.! Namanya parti yang memerintah, harus mereka bertanggungjawab keatas persoalan yang dihadapi oleh penyokong. 

Hakikatnya selagi BN bertapak di negeri Sabah, selama itulah PR menjadi parti pembangkang. Sebab itu saya katakan, tidak boleh dijadikan alasan. Dan masyarakat Sabah harus maklum akan kemampuan pembangkang terutamanya di negeri Sabah. Jangan undi yang dibuang hanya menguntungkan calon PKR. Gaji, elaun dia dapat sedang masyarakat setempat menggigit jari.

Semakin hari mendatang, semakin  masyarakat Sabah menolak politik PR. Mereka semakin faham di dalam politik ada keuntungan total milik mereka.


Posted via Blogaway Jals

Lima Hotel Termewah Dan Termahal Di Dunia


Diatas antara lima hotel yang termewah dan sewa termahal di dunia.
Simpan angan angan akan menginap disini pada suatu hari. Siapa tahu.? ;-)

Di mulai, oleh :-

The Royal Penthouse Suite, in President Wilson Hotel, Geneva, Switzerland.

Pavilion Maharaja, in Raj Palace Hotel, Jaipur, -India.

Ty Warner penthouses Suite, Four Seasons Hotel, New York, United States.

Royal Villa in Grand Resort Lagonissi,
Greece

Penthouses suite at the Grand Hyatt Hotel Martinez, Cannes, France


Posted via Blogaway Jals

Tuesday, January 13, 2015

Zahid Diarah Meletakkan Jawatan Oleh PKR. Peliknya


Buktinya kan, betapa pemimpin pemimpin pembangkang terlalu berpolitik menggigit. Kepentingan agama di letak tepi selagi tidak menguntungkan mereka.

Sebelum ini isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam mendapat sokongan daripada pemimpin Melayu PKR dan PAS untuk digunakan.

Begitu juga dengan PAS tetap bersekongkol dengan DAP dan PKR walaupun menolak perjuangan melaksanakan hudud.

Sepatutnya dua jenis sokongan diatas tidak berlaku. Malah sepatutnya PR telah berpecah kepada tiga entiti parti yang bertentangan. Tapi tidak, pelik.

Jelek bukan, menghina agama dan bangsa, tapi didiamkan oleh penyokong mereka. Tidak salah kata mereka, itulah namanya konon perjuangan. Alahai

Tapi tegas mempersoal Datuk Zahid Hamidi agar meletakkan jawatan sedangkan apa yang dilakukannya dari konteks surat kepada FBI hanyalah bersifat kerja rasmi seorang Menteri di dalam menjaga kebajikan masyarakat Malaysia. Tak kan pula, masyarakat Malaysia yang bermasalah diluar negara, dibiarkan begitu saja walaupun memerlukan pertolongan.

Surat yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi adalah surat pernyataan bukannya surat jaminan rasmi untuk melepaskan Paul Phua. Kalau pun pihak pemerintah Amerika Syarikat tidak menerimanya pernyataan seperti mana surat, bukan juga Menteri KDN mendesak agar Paul Phua dibebaskan.

Membuktikan surat berkenaan bukannya jaminan rasmi seorang Menteri yang perlu dihormati.

Atau kalau pun Zahid Hamidi melakukan kesalahan/kesilapan tapi tidak pun menggadai agama Islam. Bukan macam pemimpin pemimpin PKR dan PAS.

Persoalannya wajarkah Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Menteri KDN hanya kerana kesilapan itupun demi masyarakat Malaysia. Seperti yang didesak oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.???


Posted via Blogaway Jals

Pairin Dilantik Sebagai Pengerusi Kerja Mengenai PTI Sabah


Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.

Apa yang berlaku selepas ini. Sebab menurut Jimmy Wong, DAP Sabah kerja yang diberi kepada Pairin adalah kerja kelas bawahan.

Sedang sebelum ini para pembangkang rimas dengan keputusan RCI. Bila pula ada tindakan lanjut hasil dari keputusan RCI, agar masyarakat Sabah berpuashati, tidak pula di yakini. Ini lah kerja pembangkang ni, asyik saja mengkritik walaupun pada perkara yang tidak wajar.

Benar apa yang dinyatakan oleh Dato Sri Shafie Apdal, Menteri KKLW. Apa lagi yang dimahu oleh pembangkang selepas keputusan RCI diketahui. Menjawab soalan ketika ditanya pasal keputusan RCI yang akan diumumkan pada keesokan harinya.

Selepas ini kita mahu tahu, apa agaknya kriteria yang digunakan untuk mengenal pasti masyarakat sasar sebagai penerima IC Projek.

Hal yang komplikated, selepas beberapa tempoh, baru ada pengenal pastian. Benarlah seperti pada laporan RCI, IC Projek tidak sebenarnya dirancang oleh pemerintah yakni tidak wujud, ia hanyalah kerja individu tertentu untuk mengaut keuntungan.

Mari kita ucapkan tahniah pada pemerintahan BN, sebab memenuhi kehendak masyarakat tempatan, sekaligus kehendak pembangkang.

Apa lagi pembangkang mahu, selepas ini.???


Posted via Blogaway Jals

Berpersatuan Yang Bertujuan Mencari Wang, Menjual Bangsa

13hb Januari 2015.

Sangat tidak berkenan. Mengwujudkan persatuan untuk keuntungan wang.

Saya dimaklumkan, ada sekumpulan individu yang berusaha merekrut suku bangsa tertentu yang tidak jelas status kewarganegaraannya untuk dijadikan ahli persatuan.

Persatuan itu pula dinamakan atas nama bangsa etnik yang termaktub di dalam perlembagaan.

Siapapun boleh menjadi ahli kepada persatuan berkenaan walaupun dari bangsa atau etnik yang tidak berkaitan malah datang dari kumpulan bangsa etnik yang dikenali dengan kegiatan meminta minta dan penjenayahan. Sebab selepas itu akan mereka diberikan keterangan diri yang "sah". Tidak pula kita jelas bagaimana prosesnya. Nah bab ini yang akan bertukar kepada sumber pendapatan kepada "Ketua Ketua" persatuan yang dipersoal. Sebab itulah persatuan ditubuhkan.

Kerja ini di dalangi oleh kumpulan masyarakat tempatan yang sedikit berpengetahuan lagi terkenal dengan urusan penipuan. Binasa terhina kerana kebodohan mereka.

Hanya diri dimaklumkan siapa kalangan individu berkenaan sudah diri tahu, takat mana kemampuan mereka, terutamanya dari konteks manfaatnya kepada masyarakat, nah apa lagi dari konteks sokongan di dalam parti politik yang menguntungkan. Endah kok itu mereka di jenguk. Nampak saja macam ada nilai politik.

Terbukti walaupun sudah berulang ulang membuat kerja penipuan yang menguntungkan tapi tidak pandai senang, semakin terhina mungkin ada.

Sebab itulah kok, saya tidak pernah mempersoal kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan, pasal kehadiran PTI di negeri Sabah. Dimana beliau memulangkannya balik kesalahan kepada masyarakat Sabah itu sendiri ekoran kehadiran PTI di negeri Sabah. Buktinya seperti keterangan diri di atas.

TTidak salah berpersatuan, pada masa yang sama memutihkan mereka yang budiman. Ini tidak, malah akhirnya akan menyusahkan generasi tulen di masa masa yang akan datang.

Betul tidak.?

Saya ada gambar yang berkaitan tapi sengaja tidak dikepilkan. Mengelak dari berlakunya salah faham. Iya lah tujuan menulis untuk membetulkan, itu saja.


Posted via Blogaway Jals

Hukuman Mati Terhadap Sirul, Azilah Kekal


Hukuman mati terhadap Sirul, Azilah kekal

SITI AZIELAH WAHI dan FATHIN ATHIRAH HASLI January 13, 2015

PUTRAJAYA - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar akhirnya ke  tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi mensabitkan mereka bersalah terhadap tuduhan membunuh warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu, sembilan tahun lepas.

Panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria sebulat suara membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang memohon Mahkamah itu mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan kedua-dua mereka dua tahun lalu.

Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Tan Sri Abdull Hamid Embong; Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati bahawa kedua- dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Katanya, notis alibi yang dikemukakan kepada pendakwaan tidak disokong oleh bukti kukuh oleh kedua responden.

Katanya, mahkamah mendapati kedua responden ada niat bersama untuk melakukan pembunuhan itu yang disokong dengan bukti barangan peribadi milik si mati yang dijumpai bersama responden kedua (Sirul Azhar).

Pada April 2009, Azilah dan Sirul dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam kerana membunuh Altantuya.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mendapati berlaku beberapa penyalaharahan (misdirection) oleh hakim Mohd Zaki Yasin dan mengarahkan kedua-duanya dibebaskan dari penjara pada 23 Ogos 2013.

Bagaimanapun ketika keputusan dibacakan sebentar tadi Sirul tidak kelihatan.

Bagaimanapun tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar, 43 dilaporkan tidak hadir di mahkamah hari ini bagi mendengar keputusan tersebut.

Peguam kepada Koperal Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin hadir di mahkamah hari ini mengesahkan ketidakhadiran anak guamnya.

"Memang betul dia tidak hadir ke mahkamah hari ini. Yang hadir hanya Azilah.

"Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya (Sirul) bagi memastikan dia menjalani hukuman," katanya ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan tersebut.

Sumber.


Posted via Blogaway Jals

Monday, January 12, 2015

Eric Paulsen Kena Cekup Tapi Dimanipulasi


Eric Paulsen sudah kena cekup.

Dalam pada itu ada pula pihak yang memanipulasi penangkapan berkenaan. Kononnya Eric Paulsen ditangkap oleh anggota polis seramai 20 orang. Lagi kononnya, hari esok adalah waktu yang telah dipersetujui untuk menjalankan siasatan tapi tetap juga tangkapan dibuat.

Alasan yang kurang masuk akal, 20 orang anggota Polis untuk menangkap Eric Paulsen. Dan telah dipersetujui, kalau pun benar, pasti saja pihak polis ada alasan mereka yang tersendiri.

Boleh saja risau kalau Eric Paulsen lepas keluar negara seperti mana Bloggers seks Alvin Tan. Maka itulah, siapa yang tahu.

Sebelum ini Eric Paulsen, ada  mendakyah kononnya khutbah yang disampaikan pada setiap hari Jumaat oleh Khatib, mengajak kepada perlakuan extremists dikalangan orang Islam.


Posted via Blogaway Jals

Eric Paulsen Kena Cekup.


Eric Paulsen sudah kena cekup.

Dalam pada itu ada pula pihak yang memanipulasi penangkapan berkenaan. Kononnya Eric Paulsen ditangkap oleh anggota polis seramai 20 orang. Lagi kononnya, hari esok adalah waktu yang telah dipersetujui untuk menjalankan siasatan tapi tetap juga tangkapan dibuat.

Alasan yang kurang masuk akal, 20 orang anggota Polis untuk menangkap Eric Paulsen. Dan telah dipersetujui, kalau pun benar, pasti saja pihak polis ada alasan mereka yang tersendiri.

Boleh saja risau kalau Eric Paulsen lepas keluar negara seperti mana Bloggers seks Alvin Tan. Maka itulah, siapa yang tahu.

Sebelum ini Eric Paulsen, ada  mendakyah kononnya khutbah yang disampaikan pada setiap hari Jumaat oleh Khatib, mengajak kepada perlakuan extremists dikalangan orang Islam.


Posted via Blogaway Jals

Lakonan Berkebajikan Azmin Ali Tidak Menjadi.


Kalau benar apa yang dakwa oleh Chegubard (Penyokong PKR tapi menafikan Azmin Ali) seperti mana gambar. Ini adalah hal yang amat mendukacitakan masyarakat.

Begini kesetiaan dan pemikiran masyarakat tapi dihina, diremehkan, kemiskinan di tertawakan oleh pemimpin pemimpin pembangkang. Sangat menyakitkan dalam pada itu agak melucukan.

Mereka tidak perlu membuat kerja kebajikan, cukup dengan lakonan berkebajikan. Maka masyarakat akan terpukau gila memihak pembangkang.

Menurut Chegubard, tujuan awal penggambaran adalah untuk menarik perhatian masyarakat, tapi kantoi selepas itu. Gelak ketawa para pelakon termasuk Azmin, ibu yang menangis juga turut keriangan.

Babak, Azmin Ali sedang membantu seorang ibu yang sedang mencuci kain. Akibatnya sang ibu merasa terharu lalu mengalirkan air mata. Tapi rupanya lakonan semata-mata.

Dari itu mari kita berfikir barang sejenak. Apa itu parti parti PR. Wajar lagi kah diberikan sokongan di masa masa yang akan datang. Tepuk dahi lepas itu tanya generasi muda yang ada di mana mana, apa mereka mahu mewarisi pemimpin seperti mana gambar.?


Posted via Blogaway Jals

Pelik Dengan Artikel, Apa Muslihat Datuk Jumat Idris Memperlaga Pemimpin Sabah


Membaca satu artikel yang tidak jelas. Ekoran peralihan dan kelantangan Datuk Jumat Idris mempersoal pentadbiran negeri Sabah. Tajuknya seperti mana tajuk artikel ini. ;-)

Artikel ditutup dengan menyebut itu semua kerana pendidikan.

Mempersoal dan mengesyorkan pada kepimpinan bererti tidak ada pendidikan. Politik apa ini.?

Seharusnya perbezaan ini di lihat dari luar kotak. Apa yang menyebabkannya dan apa yang perlu dilakukan.

Sedikit pelik, mempersoal tapi mereka sendiri tidak jelas, dengan apa yang bergolak. Bukannya mereka tidak tahu, yang berlaku sekarang ini ialah pergeseran di antara dua pemimpin, seorang DUN dan seorang lagi MP pasal jawatan Ketua Menteri Sabah.

Maka semestinya lah semua kenyataan mereka  bertujuan untuk mempersoal apa yang tidak betul di dalam pentadbiran negeri. Tinggal lagi buat masa ini tidaklah dinyatakan secara langsung. Tidak langsung cukuplah.

Maksud yang cuba disuratkan oleh Datuk Jumat tapi tidak difahami  ialah Datuk Seri Shafie Apdal lebih berkelayakan berbanding Datuk Musa sebagai Pengerusi BN negeri Sabah. Memandangkan Datuk Seri Shafie Apdal adalah individu pemimpin yang berjawatan tinggi di dalam UMNO, BN secara keseluruhannya.

Itu pendapat seorang pemimpin walaupun bersifat peribadi tapi wajar di hormati selagi mana Datuk Jumat masih memihak pemerintah.

Pun begitu, nampak kenyataan itu telah mendapat perhatian dari ramai masyarakat atas pagar. Dibawah kenyataan yang dimaksudkan.

Jumat Idris, kata.

Saya sudah sampaikan cadangan supaya Pengerusi umno perhubongan sabah ditukar dan digantikan dengan Dato Seri shafee Apdal. Rasionalnya dato seri shafee naib presden UMNO.

Jadi apa yang tidak jelas disana.?

Note, semua di atas adalah pendapat penulis semata-mata yang tidak sebenarnya memihak. Adeh


Posted via Blogaway Jals

Sunday, January 11, 2015

Kenyataan Extriem Dari Penyokong Pembangkang.

Ini kenyataan yang cukup extriem.

Khutbah yang dibaca oleh Khatib pada setiap hari Jumaat, mengajak kepada perpaduan. Bukannya ajakan kepada keganasan seperti yang di dakwa oleh si Eric Paulsen.

Eric Paulsen seorang peguam dan penyokong parti pembangkang. Menurut entri di akaun Twitter miliknya, mendakwa “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap
hari Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius tentang ekstremisme di Msia,”

Sekarang kalian sudah tahu kan, siapa sebenarnya yang extremists. Semua kenyataan keras dari penyokong UMNO hanyalah tindak balas dari kenyataan pembangkang sebelum ini.

Menurut sumber, pihak Polis sedang menyiasat lanjut terhadap Eric Paulsen.

Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa Eric Paulsen mengeluarkan kenyataan seperti mana di atas. Bukan kah akan menimbulkan kemarahan pada mereka yang beragama Islam. Jadi untuk apa.?

Sikap tidak bertanggungjawab ini harus diakui sekaligus ditentang oleh semua pemain politik, tidak kira penyokong pemerintah atau pembangkang. Sebab kalau tidak, akan ia menjadi trend yang akhirnya mencetuskan perbalahan di antara kaum atau saja agama.

Ingat cerita baru baru ini yang berlaku di Paris telah mengakibatkan beberapa korban termasuklah seorang pelukis satira, Charlie Hebdo.? Elakkan dari berulang. Ini soal agama, apapun boleh berlaku.


Posted via Blogaway Jals

Saturday, January 10, 2015

Membidas Artikel Blog Anti Fitnah Sabah Yang Memfitnah.

Print Screen dari blog Anti Fitnah Sabah yang sebenarnya memfitnah. Alahai

Ada pentadbiran negeri mempersoal kebebasan bersuara ahli UMNO, sesiapa yang mengutarakan komen menyentuh kepimpinan Musa maka dia akan dikenakan tindakan tatatertib. Kekurangan ini telah saya catatkan di Blog Jalinanpolitik dibawah tajuk Politik Musa Yang Jelek.

Rentetan itu satu Blog  yang mewakili pentadbiran negeri atas nama Anti Fitnah Sabah. Konon mempersoal balik apa yang tertulis  pada artikel berkenaan adalah dakyah fitnah. Kononnya lagi saya menulis untuk mendapatkan sesuatu dan macam macam lagi.

Sedang hakikatnya saya menceritakan apa yang benar berlaku berdasarkan pemerhatian dan masej yang saya terima sebelum artikel berkenaan di tulis. Bukannya fitnah atau rekaan semata-mata seperti dakwaan penulis Blog anti fitnah Sabah. Tidak jelas tapi mengata.

Begini, seorang ahli UMNO yang juga berjawatan Pemuda UMNO di pantai barat ada melontarkan komen menyokong entri di akaun Facebook Jalin Luin. Entri itu mempersoal peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah dan Pemuda berkenaan bersetuju agar berlaku peralihan sebelum BN berhadapan dengan kekalahan di PRU yang akan datang.

Selepas beberapa ketika saya menerima masej  dari pemuda yang sama melalui masej di Facebook. Bahwa dia dikehendaki menghadap atau menjawab tunjuk sebab kenapa dia tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib ekoran komen yang dia telah lontarkan. Saya juga dikhabarkan, permintaan tunjuk sebab itu adalah atas kehendak Ketua Pemuda Negeri Sabah.

Perjalanan politik diatas telah saya catatkan di bawah tajuk "Politik Musa Yang Jelek" sebagai pengetahuan umum betapa politik di negeri Sabah yang di perintah oleh Musa, sangatlah jelek lebih kepada autokrasi dan perlu dibetulkan sebelum terlambat. Itu saja.

Untuk mengukuhkan artikel yang disebut telah saya selitkan gambar print screen masej dari pemuda berkenaan. Tinggal lagi tidak saya sebutkan secara detail siapa individu pemuda berkenaan, risau kalau nanti dia menjadi mangsa permainan politik, maklum sedia jelek. Ini juga bertepatan dengan prinsip saya, tetap bersikap profesional dalam apa jua keadaan.

Peliknya, mengangkat diri sebagai penulis Blog anti fitnah Sabah tapi sebaliknya. Betul betul ini pentadbiran negeri penuh dengan dosa dosa yang membungkangkan.

Hanya mereka yang tidak jelas akan percaya dengan apa yang mereka canang (Blog Anti Fitnah Sabah).

Pertanyaan saya, bagaimana pula penulis Blog Anti Fitnah Sabah tahu yang saya memfitnah. Sedangkan mereka sendiri tidak jelas dengan apa yang berlaku. Blog Anti fitnah Sabah.? Hehehe

Mungkin sudah tiba masanya  saya menjelaskan. Kenapa saya mempersoal pentadbiran negeri dari konteks peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah............. Tapi tunggu dulu. ;-)

Tergantung pada penerimaan mereka selepas ini.

Artikel yang mencatatkan kekurangan politik Musa yang telah menjadi isu.

 Politik Musa Yang Jelek  


Posted via Blogaway Jals

Ibrahim Ali Larang Orang Sabah Guna Perkataan Bah.???

Gambar Fitnah Pembangkang.?

Betul kah tu ya, Ibrahim Ali seolahnya memerli cakap orang Sabah. Gara gara sebutan Bah, maka itulah banjir/bah kerap berlaku di Semenanjung. Dengan itu dia melarang orang Sabah dari menggunakan perkataan "bah".

Saya anggap, apa yang dikatakan oleh Ibrahim Ali hanyalah gurauan biasa. Tiada pun niat menghina bangsa atau bahasa orang lain.

Atau paling ada kenyataan seperti mana gambar hanyalah fitnah semata-mata dari jentera propaganda pembangkang. Bertujuan politik, supaya dengan itu masyarakat di negeri Sabah menyimpan rasa marah terhadap bangsa Melayu di Semenanjung, akibatnya kekuatan BN akan berkurangan.

Tapi kalau kenyataan di atas ada kebenarannya yang bertujuan untuk memperlekeh bahasa orang Sabah maka benarlah Ibrahim Ali. Justeru mana mana masyarakat Sabah sewajibnya menolak pertubuhan PERKASA. Jangan saja nanti akan menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri Sabah sekaligus menjejaskan sokongan masyarakat Sabah terhadap BN.

Sekali lagi kita menyimpan keyakinan, kenyataan Ibrahim Ali diatas hanyalah gurauan tapi telah  manipulasi oleh jentera propaganda PR. Titik


Posted via Blogaway Jals

Friday, January 9, 2015

Ketua Pemuda UMNO Lenggong Tumbuk Ketua Perkasa, Lenggong.


Ini betul kah ni. Dikhabarkan ia berpunca dari rasa cemburu. Sebab itulah Saad Abdul Rahman menerima tiga jahitan. Dan pihak Polis sedang mencari suspek, Iruan Zulkefli.

Di khabarkan Ketua Perkasa Parlimen Lenggong, Saad Abdul Rahman telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik ketika memberikan bantuan banjir tapi pula di cemberui oleh Ketua Pemuda Lenggong, Iruan Zulkefli yang juga Pegawai Khas kepada Yb Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan.

Insiden ini telah menarik perhatian ramai masyarakat politik, mereka berpendapat sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Iya lah, rata rata sudah berpendidikan apa lagi setiap dari mereka mewakili organisasi yang ternama di Malaysia. Seorang UMNO, seorang lagi Perkasa.

Pokoknya tidak usahlah, sampai mengakibatkan kecederaan fizikal. Debat dialog cukuplah. Kalau rasa tidak bersetuju iya betulkan.


Posted via Blogaway Jals

Thursday, January 8, 2015

Pejabat UMNO Pitas Terbakar


Di khabarkan petang tadi Pejabat UMNO Daerah Pitas, Sabah habis terbakar.

Segalanya terbakar tidak ada yang tinggal. Maklum bangunan pejabat diperbuat dari kayu. Di tambah tidak ada perkhidmatan Bomba di tempat yang berhampiran. Senang cerita tidak ada perkhidmatan Bomba di daerah berkenaan.?

Tapi belum dapat dipastikan, punca kepada berlakunya kebakaran. Walaubagaimanapun tidak ada jiwa yang terkorban. Alhamdulillah

Apapun mari kita ucapkan takziah.


Posted via Blogaway Jals

Serangan Terhadap Charlie Hebdo Mungkin Berkait Tindakan Provokasinya Sendiri – Dr Mahathir


Serangan terhadap pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo di Perancis semalam berkemungkinan disebabkan tindakan majalah itu sendiri yang gemar membuat provokasi terhadap agama Islam.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sering kali terdapat tindakan Charlie Hebdo tidak menghormati orang Islam dan sering mempersenda Nabi Muhammad SAW melalui lukisan karikatur.

“Apakah perlunya mereka mempermainkan Nabi Muhammad sedangkan mereka tahu ini menyakitkan hati orang Islam. Kita menghormati agama mereka dan mereka mesti menghormati agama kita,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan projek One Soul One Quran di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas serangan tiga orang bersenjata api melepaskan tembakan di pejabat Charlie Hebdo di Paris semalam menyebabkan 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah.

Dr Mahathir berkata, secara umumnya, provokasi oleh mana-mana pihak sekalipun tidak harus dilakukan kerana masyarakat perlu hormat-menghormati antara satu sama lain meskipun berbeza agama dan bangsa.

Bercakap secara umum, Dr Mahathir berkata terdapat juga dalam kalangan bukan Islam yang takut kepada agama Islam dan membayangkan Islam sebagai agama yang tidak bertimbang rasa dan bengis akibat pelbagai paparan dalam internet misalnya keadaan kekecohan di Timur Tengah.

“Kalau mereka faham ajaran al-Quran itu sendiri, mereka tidak akan berasa takut kepada agama Islam atau orang Islam,” kata beliau.

“Mereka suka membuat karikatur mengenai Nabi Muhammad. Ini provokasi. Walaupun orang Islam tidak harus membunuh tetapi sudah tentu ada kalangan orang Islam yang agak begitu marah dan mereka membuat tindakan sebegitu.

“Apa niat mereka mempermainkan Nabi Muhammad sedangkan mereka tahu ini menyakitkan hati orang Islam. Hanya kerana mereka rasa selamat dan kuat maka mereka boleh buat apa sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan program “One Soul One Quran” di Menara Kuala Lumpur hari ini.

Dr. Mahathir berkata, tindakan akhbar berkenaan yang mencetuskan provokasi tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa.

“Saya tidak halalkan perbuatan membunuh ini. Bukan saya menyokong perbuatan membunuh. Tetapi kita harus ingat kalau kita sengaja provok orang dan reaksi mereka kita tidak boleh tentu. Sepatutnya tidaklah, tetapi ada orang yang begitu marah. Inilah yang berlaku.

“Menghina nabi dan sebagainya tidak harus dibuat. Mungkin pegangan mereka kepada agama sudah luntur tetapi kita dalam masyarakat manusia yang bertamadun kita harus menghormati kepercayaan orang lain,” tegasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai projek One Soul One Quran, Dr Mahathir yang juga penaung projek itu berharap ia akan memberi lebih kefahaman kepada orang bukan Islam mengenai agama Islam itu sendiri.

Projek yang diasaskan Islamic Information & Services Foundation berpangkalan di sini serta disokong pelbagai pihak lain itu, merupakan satu usaha membantu menangani masalah salah faham tentang mesej al-Quran dan ajaran Islam yang sebenar.

Sebanyak sejuta naskhah al-Quran akan diedarkan kepada orang ramai di negara ini mulai bulan ini.

BERNAMA


Posted via Blogaway Jals

Politik Musa Yang Jelek.

Masej dari ahli UMNO yang terpalit. Sengaja saya kaburkan supaya nama yang terbabit tidak terkesan menyebabkan berlakunya penganiayaan politik. Cukup sebagai bukti

Dulu sebelum PRU13 hampir saja UMNO di tolak oleh ramai anak muda, termasuklah mereka yang duduk di luar bandar. Di tambah kenyataan kenyataan propaganda dari jentera PR. Kononnya hanya individu bodoh yang memihak UMNO/BN sedang mereka yang bijaksana sepertinya Doktor, Jurutera, Peguam dll memihak PR, PKR khasnya. Telah memangkinkan tekaan mereka terhadap UMNO/BN sebagai parti yang jelek, mengenepikan mereka yang berupaya membangun negara bangsa.

Tapi selepas kepimpinan tertinggi UMNO memperkenal pendekatan politik sepertinya transformasi dalaman yang mengutamakan keterbukaan di dalam menerima dan mengeluarkan pendapat politik. Maka kembali UMNO mendapat tempat. Itupun masih belum mendalam oleh itulah BN Sabah kehilangan beberapa kerusi pada PRU13 yang lepas. Dan secara keseluruhannya PR yang mendapat undi popular.

Selepas itu, demi melihat kelangsungan UMNO, UMNO juga memperkenalkan transformasi politik di peringkat pemilihan UMNO yang telah berjaya menampilkan ramai muka baru terutamanya dari golongan anak muda. Sebagai tulang belakang kepada kekuatan BN.

Pada perhimpunan UMNO 2014, UMNO memperkenalkan konsep arus slogan yang lebih mesra lagi dekat pada ahli UMNO yakni solidariti dan peremajaan UMNO. Walaupun menimbulkan berbagai tafsiran tapi konsep ini telah menambah keyakinan ahli UMNO untuk terus kekal bersama UMNO/BN. Saya sendiri agak terkesan, syukur UMNO telah berubah seperti yang diidamkan idaman oleh ramai masyarakat politik.

Satu kejayaan yang boleh dibanggakan.

Tapi tiba di tingkat perlaksanaan khasnya UMNO/BN di negeri Sabah. Konsep dan pendekatan yang begitu menggembirakan telah bertukar kepada penderaan politik, masyarakat hanya dinilai sebagai hamba politik. Cukup sebagai alat kepada kemenangan BN, demi sebenarnya kelangsungan politik Musa dan belacinya.

Mana mana ahli parti tidak boleh mempersoal kebobrokan tadbir politik  negeri walaupun telah terbukti lemah berdasarkan keputusan pada PRU13 yang lepas, BN Sabah kehilangan beberapa kerusi DUN dan Parlimen.

Pada sesiapa yang engkar maka individu itu akan terpaksa menjawab surat tunjuk sebab, kenapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sikit punya kesalahan, hanya mereka telah melontarkan komen atau pendapat di wall Facebook Jalin Luin, perihal peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah. Dimana mereka bersetuju dengan peralihan andai tidak ada perubahan sebelum tibanya PRU14.

Wah, punyalah takut dengan bayang bayang. Dasar ahli politik plastik yang lemah, tidak boleh mendengar sedikit kritikan terus jak, hilang arah. Benar kata kawan, namanya bayang bayang takut pada cahaya kebenaran. Mahu saja suluhan ini kita cerahkan. Supaya bayang bayang pun hilang.

Hakikatnya tujuan ahli parti menyuarakan pendapat mereka walaupun liar sebab bertentangan dengan prinsip belaci sebelum ini, adalah ingin melihat UMNO kekal relevan hingga bila bila. (Punyalah mereka sayangkan UMNO/BN)

Mereka sedar daripada UMNO/BN yang terkorban lebih baik korbankan mereka yang tidak jelas akan perjuangan parti. Nanti kesannya akan melibatkan keseluruhannya masyarakat Sabah.

(Ahli UMNO Sabah diminta menjawab surat/masej tunjuk sebab, sebab telah melontarkan komen politik di akaun Facebook Jalin Luin atau saja telah membaca artikel yang melibatkan Musa di Blog Jalinanpolitik. Wah wah wah)

Teringat kata motivasi. "Jangan berkorban untuk mereka yang tidak berani berkorban untuk anda"

Dibawah antara artikel yang telah memalitkan.

 Ketua Menteri Sabah Di Desak Meletakkan Jawatan.?  


Posted via Blogaway Jals

Wednesday, January 7, 2015

IRF Jumpa Dr M Untuk Kenakan PM Najib


NGO: Jumpa Mahathir untuk tekan PM

Seorang wakil NGO Islam, Farouk Musa berkata pertemuan beberapa orang pemimpin dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada minggu lalu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) itu menjelaskan bahawa beliau dan dua wakil NGO Islam tersebut tidak mewakili kumpulan 25 orang Melayu ternama (G25), walaupun menyokong gagasan tersebut.

Pertemuan itu antara lainnya membangkitkan isu hudud, katanya yang menambah, ia turut disertai pengasasa Sisters in Islam, Zainah Anwar dan pengerusi Movement for a Just World (Just), Chandra Muzaffar.

"Ia bukan agenda G25, ia merupakan usaha sendiri di antara kami bertiga.

“Kami mahu menyuarakan kebimbangan mengenai kejadian di negara ini – kebangkitan suara ekstremis dan segalanya mengenai isu Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan PERKASA.

"Mereka membuat apa saja yang mereka fikir betul, dan tiada siapa yang menegah,” katanya.

Ditanya lanjut mengenai kedudukan Mahathir sebagai penaung PERKASA, yang dilihat banyak pihak sebagai sebahagian daripada masalah tersebut, Farouk menjelaskan bahawa suara oleh bekas perdana menteri itu "penting".

"Najib tidak mendengar nasihat orang lain. Hanya Mahathir yang boleh kata sesuatu yang mungkin dia akan dengar," tambahnya.

Farouk menjelaskan bahawa Mahathir berpengaruh dan tegas dalam menyuarakan penentangan ke atas agenda Islam PAS dan hudud sebelum ini.

"Apa yang membimbangkan kita, kerajaan dan menteri juga menggoda PAS untuk membentangkan rang undang-undang hudud.

“Kita faham, sebagai pemimpin masyarakat sivil, alasan mereka untuk menggoda PAS adalah untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat,” katanya.

Farouk berkata Mahathir menghentikan agenda hudud sewaktu menjadi perdana menteri apabila agenda tersebut semakin mendapat tempat.

“Jadi kami mahu Mahathir nasihatkan Najib dalam agenda hudud, kerana kami fikir ia akan memecah belahkan negara,” katanya.

Sumber.

Saya tidak faham secara tuntas, apa sebenarnya yang dimahu oleh NGO Farouk Musa ni. Bimbang tapi hanya menyalahkan PM Najib Razak dan cuba memperalatkan Dr M. Pasal perlaksanaan hudud yang mendapat lampu hijau dari UMNO.

Walhal hudud adalah agenda PAS dan PAS bersekongkol dengan DAP serta PKR. Ertinya yang sewajarnya dipersalahkan oleh NGO Farouk Musa ni ialah PAS dan sekongkolnya DAP dan PKR. Tiga parti komponen sedang bersandiwara pasal perlaksanaan hudud, seorang angkat yang lain tarik. Sebab itulah jugalah ISMA kian lantang tapi pula terlalu extreme.

Bukannya PM Najib atau saja UMNO. Pelik kita.

Begini ceritanya, Teguran DAP/PKR terhadap PAS pasal perlaksanaan hudud hanyalah sandiwara politik. Pada masa yang sama UMNO menyokong perlaksanaan hudud PAS di negeri Kelantan dengan tujuan untuk menyokong perlaksanaan syariat Islam sekaligus menarik perhatian pengundi Melayu untuk menyokong UMNO/BN. Dengan senario ini, sebaliknya penyokong BN yang terdiri dari non-Muslim akan menolak BN. (Sebenarnya kan, UMNO boleh tidak kisah terhadap sokongan non-Muslims BN, sebab sokongan golongan ini di PRU13 terutamanya di Semenanjung agak hambar)

Nampak tak, dia punya permainan tu. Sempit dan tersepit kan. Kalau saja hudud bukan agenda PAS, sudah tentu ini tidak berlaku.

Sebab itulah yang sewajarnya dipersalahkan ialah pemimpin dan penyokong PR, khasnya PAS. UMNO hanyalah cuba mengimbangi perjalanan politik supaya dengan itu sokongan pengundi terhadap UMNO agak berkekalan.

Ini politik PAS ni, macam saja tali barut DAP dan PKR. Betul betul menjual agama untuk keuntungan politik. Tidak terkecuali Farouk Musa.?

Pertanyaan pada NGO Farouk Musa, apa jaminan sokongan yang dia boleh berikan andai UMNO menolak total pembentangan hudud, dari konteks sokongan daripada kompenan BN. Dan kenapa tidak bertegas keatas agenda politik PR, yang banyak mencetuskan huru hara di kalangan masyarakat.?

Sebelum ini NGO Islamic Renaissance Front (IRF) mempersoal larangan seks keatas dubur. Terlalu lah liberalnya.

Macam terlalu kasar tapi mendalam tau. Akibat cuba berlagak aktor di tengah tengah masyarakat yang kurang masak. Adeh


Posted via Blogaway Jals

Lim Kit Siang Mempersoal Dana RM800???


Lim Kit Siang, tegas mempersoal perbelanjaan RM500/800 juta tapi tidak pada peruntukan untuk DUN DUN yang diperintah oleh PR.

Apa keperluannya transaksi sebanyak itu dimaklumkan kepada umum. Untuk mencari populariti, ini BN/UMNO parti Islam. Rasanya penganut agama Islam sedar dan tahu apa itu membantu dengan niat kerana Allah yakni membantu mereka yang berada di dalam kesulitan kerana Allah. Tapi menyalah gunakan bantuan dana adalah kerja yang sia sia malah menambah dosa. Jadi.?

Tuduhan terhadap Elizabeth Wong dan enam lagi kawan sekongkolnya yang menelan wang peruntukan DUN sejumlah RM500 ribu hingga sekarang di diamkan. Takat mana sudah tu cerita. Siapa yang kenyang, bagaimana dengan kehidupan masyarakat terpinggir di DUN mereka, apa mereka mengecapi dana berkenaan, atau apa dia.?

Atau bagaimana kalau masyarakat atas pagar mempersoal sejumlah dana hasil kutipan derma oleh DAP, termasuklah PAS dan PKR. Minta setiap kompenan memberikan laporan detail kemana sudah wang berkenaan di belanjakan.?

Itu yang kita katakan pada sebelum sebelum ini, ini politik PR pantang mendengar sejumlah wang dari BN terus jak di manipulasi kononnya itu ini tidak telus. Mereka.?


Posted via Blogaway Jals

Tuesday, January 6, 2015

Surat KDN Bukannya Jaminan/Sokongan Kepada Paul Phua


Setiausaha Perkasa, Azrul Akmal mempersoal kerja Menteri KDN, Datuk Seri Zahid Hamidi alsebab kata mereka cuba melepaskan Paul Phua yang terpalit dengan tuduhan perjudian haram di luar negara, Las Vegas dengan menyalurkan maklumat pertaruhan semasa piala dunia berlangsung.

Sedangkan kalau menurut Peguam terkenal Muhammad Shafee, kalau pun KDN atau Zahid Hamidi tidak mengeluarkan surat pernyataan kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark Giuliano siapa sebenarnya individu yang bernama Paul Phua. Boleh juga pihaknya memohon dari pihak Mahkamah, untuk tujuan yang sama.

Paul Phua, bukannya ahli kongsi gelap 14K dan tidak terlibat dengan kegiatan judi haram seperti pertuduhan yang dibuat oleh FBI.

Jelas surat KDN ini bukannya berbentuk sokongan atau jaminan bagi tujuan melepaskan Paul Phua tapi lebih kepada pernyataan yang berada di dalam pengetahuan Zahid Hamidi, KDN. Siapa itu Paul Phua.

Isunya kan, tidak usahlah PERKASA mempersoal sejauh itu, ada banyak lagi kerja politik pembangkang yang perlu di bidas hingga boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni di kalangan masyarakat.

Tindakan Perkasa yang seolah olah mencari populariti hanyalah menjejaskan keintegritian mana mana Menteri sebelum mereka disahkan sebagai bersalah. Sedang itu hari cerita pasal peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah, Perkasa juga cuba melibatkan diri.

Masuk bilik secara semberono.

Secara peribadi kan, Zahid Hamidi telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri KDN, kepada rakyat Malaysia. Itu saja.


Posted via Blogaway Jals

Artikel Mempertahankan Datin Rosmah


Membaca satu artikel yang mempertahankan Datin Rosmah oleh Ketua Bahagian UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Habshee. Benar tu, semua cemuhan yang dilemparkan datang dari perasaan benci. Tapi kenapa, ini dia punya isu yang perlu dirungkai.

Emosi membenci oleh pemimpin dan penyokong PR, memang sudah lama berlaku. Dek propaganda membenci pemimpin pemimpin UMNO lah sambutan masyarakat terhadap UMNO agak hambar. Berdasarkan keputusan undi popular pada PRU13 yang lepas.

Berbalik pada isu kenapa mereka mempersoal semua kegiatan Datin Rosmah.?

Nah sebabnya, jentera PR cuba menggambarkan bahwa Datin Rosmah adalah liabiliti kepada BN pada masa yang sama memangkinkan kebencian. Ini matlamat mereka. Supaya dengan itu masyarakat menolak pentadbiran UMNO mentah mentah. Apapun yang dinyatakan oleh pemimpin pemimpin UMNO, akan dinilai sebagai cakap tidak serupa bikin.

Timbul persoalan, lalu apa pula langkah yang perlu diambil sebelum tiba PRU14 dari konteks Datin Rosmah dan kelangsungan UMNO.?

Pada saya langkah terbaik bagi melawan serangan jentera PR terhadap UMNO dan Datin Rosmah itu sendiri ialah, biarkan Datin Rosmah dengan kerja berkebajikannya terutamanya bersama kaum wanita dan kanak kanak. Adapun kerja politik PM Najib Razak, jangan Datin Rosmah campuri atau turut hadir. Apa lagi membuat kenyataan politik.

Tidak terkecuali, kematangan masyarakat didalam menyikapi segala isu yang ditimbulkan berkaitan Datin Rosmah, harus masyarakat menilai dari sudut yang positif, yakin ada hikmah di sebaliknya. In Shaa Allah

Walaubagaimanapun, tidak salah andai Datin Rosmah menggunakan jet rasmi Perdana Menteri, kalau bermotifkan kepentingan negara.

Saya percaya dengan itu, Datin Rosmah tidak lagi menjadi bualan masyarakat politik pro pembangkang.


Posted via Blogaway Jals

Monday, January 5, 2015

Anwar Memiliki Jet Peribadi.???


Ketika ini ada ramai yang sibuk mempersoal perjalanan Jet rasmi Perdana Menteri. Pelbagai polemik yang kita dengar. Antaranya konon jet berkenaan telah digunakan untuk mengelilingi dunia tanpa kehadiran PM Najib Razak.

Seolah olah pemimpin pemimpin pembangkang sangat mulus, tidak mereka melakukan sebarang perkara yang menguntungkan diri mereka baik di dalam parti atau saja di dalam pentadbiran negeri.

Bagaimana dengan jawatan Presiden Parti PKR yang disandang oleh isteri Anwar, Wan Azizah. Jawatan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng di dalam organisasi DAP anak beranak tapi berkepentingan di dalam parti. Bukan kah ia perkara yang disengajakan untuk keuntungan peribadi. Tapi kenapa bila BN yang berbuat perkara sama, pula yang digasak habis habisan.

Ini gambar di bawah, menceritakan kemampuan pemimpin yang  tidak "berkemampuan" tapi mampu memiliki jet peribadi. Jangan pula kata ia hanyalah jet yang di pinjam ya. Sebab itu adalah alasan yang tidak masuk akal. Atau kalau pun benar dipinjam pasti saja semua kos penerbangan di tanggung oleh pemimpin berkenaan, jadi dari mana datangnya wang tu.?

Mohon pencerahan dari mereka yang berkenaan, pasal tuduhan saudara Ng Lum Yong, bekas pengasas PKR. Pemimpin  Anwar kerap menggunakan jet peribadi bila datang ke negeri Sabah dan Sarawak. Dari mana datangnya jet berkenaan.???

Maksudnya, nasib baik saja para pemimpin pembangkang duduk sebagai pembangkang. Kalau saja mereka menjadi pemerintah negara, kita yakin perkara yang lebih besar akan mereka lakukan, lebih  daripada cerita jet rasmi Perdana Menteri.


Posted via Blogaway Jals