Sunday, March 31, 2013
Pesanan Untuk Bloggers Dan Facebookers
Senaraikan antara prasyarat yang perlu dipertimbangkan oleh masyarakat dalam memilih pemimpin. Lepas itu kesannya pada negara bangsa jika masyarakat tidak memperdulikannya sebagai syarat dalam memilih pemimpin dengan meletakkan alasan lain yang sebenarnya ada pada pemimpin BN.
Jangan lupa ambil contoh dari peristiwa peristiwa terdahulu yakni bagaimana satu satu negara bangsa itu akhirnya rosak binasa akibat memilih pemimpin yang salah, dari konteks ini pemimpin yang melakukan liwat (luar tabii).
Politik 2 X 5
SAPP cuba menggunakan konsep/strategi mengutamakan kepentingan konon Sabah tulen dalam hak memiliki di bumi Sabah dengan mengenepikan hak kaum kaum yang lain, bertujuan untuk menarik perhatian kaum kaum utama.
Kesimpulannya, politik PR tidak relevan di praktikkan di bumi Sabah buktinya lihat agenda SAPP dari konteks Sabah itu sendiri. Dan SAPP juga tidak relevan dari konteks Sabah dan kaum kaum yang lain. Kedua duanya politik Sampah demi kuasa.
UMNO/BN juga yang relevan dalam meletakkan hak pada tempatnya.
Saturday, March 30, 2013
Ketua Cabang PKR, Banyak Yang Haram
Tapi pihak PKR sendiri tidak tahu atau mungkin saja tahu, bahwa ada dikalangan individu yang mengundi semasa proses pemilihan Ketua Cabang tempoh hari bukannya ahli PKR, tapi kenapa pula mereka layak memilih/mengundi sedangkan mereka bukannya ahli PKR ? :)
Mana yang lebih layak di persoal, untuk diketegorikan sebagai haram atau halal, Cabang yang dipilih oleh bukan ahli kah atau Cawangan yang wujud melalui pendaftaran ahli yang sah tapi hanya tidak mengadakan mesyuarat tahunan ? :) Sedangkan di peringkat Pilihan Raya Umum (PRU) sekali pun seseorang individu itu perlu mendaftar dahulu sebagai seorang pengundi sebelum diri itu layak mengundi mana mana parti yang dia pilih.
Dr Sidek Baba Keluar PKR
Antara sebab beliau berbuat demikian ialah beliau kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama. "Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal," katanya. Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara.
Friday, March 29, 2013
Jangan Beri Peluang Pada PR
Tidak layak kok kelompok ini berpolitik, kenapa layak sedang dalam hal memilih pemimpin pun mereka tidak kisah walaupun pemimpin mereka itu melakukan liwat. Jelas bukan ? Nah maka itu.
Pendapat Politik Yang Tidak Matang Dari Penyokong PR Dan STAR
Ini lagi satu pendapat sengal dari penyokong PR dan STAR.
Mereka kata negeri Sabah ini tetap tidak akan kemana selagi ia tidak diperintah oleh konon Pemimpin dari Sabah contoh seperti sekarang konon ia didalangi oleh pemimpin dari Semenanjung. Nampak tak, betapa kelompok ini berfikir mengundur. Mereka cuba menyuntik politik kebencian di kalangan Sabahan sedang mereka tahu lagi sedar PR itu juga datangnya dari Semenanjung, yang bakal menentukan kepimpinan di negeri Sabah, itu kalau mereka konon mendapat kemenangan :).
Mungkin saja kelompok yang sengal ini melihatnya dari konteks politik STAR yang pada mereka ia adalah parti yang mewakili masyarakat tempatan. Kalau inilah pendapat mereka, nah dimana kemampuan STAR dalam hal ini ? Apa ia boleh menang tanpa bantuan PR yang pasti akan menentukan kepimpinan di negeri Sabah ?
Jadi dimana justifikasinya yang konon Sabah ini akan perintah oleh pemimpin yang tidak terlibat dengan parti yang datang dari Semenanjung ?
Kesimpulannya, percayakan saya 100%, baik PKR, PAS dan DAP juga STAR mereka cuba memperbodoh masyarakat Sabahan sebab itu mereka menyuntik politik kebencian dikalangan masyarakat Sabahan melalui organisasi STAR. Ingat STAR pada akhirnya akan bersekongkol dengan PR.
Di andaikan STAR ini akan menang besar di PRU mendatang maka sudah tentu pasti Dr Jeffry akan menjual diri, lalu mungkin dia akan menjadi Ketua Menteri Sabah atas persetujuan PR. Hello kaum Bajau Suluk apa kalian boleh menerimanya ? Nah maka itu tolak PKR/PR secara total. Anda adalah kaum yang mampu menentukan menang kalahnya mana mana parti yang bertanding di negeri Sabah. Alang alang, kasih silang jak.
Thursday, March 28, 2013
Politik Seks, PR Yang Menyediakannya.
Pemimpin yang terbabit dengan seks itu yang menyediakannya/melakukannya. Kalau pemimpin terbabit tidak melakukannya, cerita seks ini juga tidak akan timbul sekaligus menjadi bahan politik.
Siapa yang salah sekarang ini ?
Itulah buat sedap seorang seorang bila kantoi menyalahkan orang. Adeh
Namanya politikkan.
Wednesday, March 27, 2013
Sebelum, Semasa dan Selepas Pencerobohan Di Semporna
Untuk makluman artikel inilah yang saya baca ketika saya terlibat secara langsung dalam program Dialog di TV1 bersama Dato Sri Shafie Apdal pada 27hb Mach 2013 jam 10.05 malam. Saya membacakannya melalui panggilan telefon yang dibuat oleh pihak RTM.
Sebelum 02hb Mac 2013 yakni sebelum peristiwa pencerobohan di Kampung Sri Jaya, Simunul oleh Pengganas Sulu. Situasi di Daerah Semporna cukup sibuk dengan aktiviti harian masyarakatnya dan berada dalam keadaan tenang dan hormani. Malah ada yang berlepak santai sehingga jam 12 malam di restoran restoran tertentu.
Tapi pada petang Sabtu sekitar jam 7pm bersamaan 02hb Mach 2013, (Kejadian Pencerobohan). Suasana berubah, Pekan Semporna mula kelihatan lenggang, kenderaan kurang kelihatan apa lagi masyarakatnya, ramai yang duduk diam di rumah tidak kurang juga ada yang melarikan diri ke Daerah Daerah berhampiran. Pada individu yang tinggal di Kampung Sri Jaya, Simunul tapi lewat balik rumah pada petang itu terpaksalah menginap di rumah keluarga atau kawan yang berhampiran Pekan walaupun terpaksa meninggalkan keluarga mereka di rumah dan berhadapan dengan Pengganas Sulu. Pada kejadian itu dua Pegawai dan empat Anggotan Polis telah terkorban.
Suasana lengang dan menakutkan di Pekan Semporna berlanjutan sehingga seminggu, baik siang atau malam sehinggalah Dato Sri Shafie merakamkan pesananya di Media Maya agar masyarakat Semporna bersikap tenang dalam menghadapinya juga apabila OCPD Semporna membuat kenyataan di TV1 pada sisipan Berita, bahawa Pekan Semporna berada dalam keadaan terkawal yakni tidak lagi menerima sebarang ancaman dari penceroboh.
Seminggu kejadian berlalu barulah keadaan pulih seperti biasa, masyarakat mula menjalankan aktiviti harian mereka, premis perniagaan mula dibuka, kenderaan mula mengisi jalan jalan di Pekan Semporna tapi sikap berhati hati masih lagi diutamakan, maklum dikatakan saki baki Penceroboh Sulu masih lagi bebas berkeliaran sehinggalah ketua penceroboh/pembelot dapat ditangkap berserta anggotanya. Barulah masyarakat Semporna totally hidup bersosial seperti biasa, individu yang berlepak santai sehingga jam 12 malam juga sudah mula kelihatan.
Adakah golongan gay & lesbian perlu dibenci dan disisihkan?
Soalan: Suka ataupun tidak suka, kita terpaksa mengakui bahawa golongan gay dan lesbian ini memang wujud walaupun mereka beragama Islam. Jadi bagaimana kita hendak berdepan dengan orang seperti ini, adakah kita perlu membenci, menyisihkan, atau mencaci mereka? Bagaimana cara terbaik untuk kita berdepan dengan mereka ini?
Jawapan: Apa yang saya katakan sebelum ini, itu adalah hukum asas di dalam permasalahan ini. Membaca hukum adalah tanggungjawab kami sebagai orang yang mempunyai ilmu agama. Hukum perlu disampaikan dan tidak boleh disembunyikan, sebab sabda Nabi di dalam hadis,
من كتم علماً ألجمه الله بلجام من نار
“Barangsiapa yang menyembunyikan ilmu, Allah SWT akan kekang dia dari tali kekang daripada api neraka.” Namun begitu, kami tidak menghukum batang tubuh seseorang individu. Contohnya mengatakan “kamu di neraka”, “kamu sesat”. Tidak. Ini kerana membaca hukum dengan menghukum adalah dua perkara yang berbeza.
Kita pergi kepada menghukum. Menghukum adalah tugas pihak berkuasa. Adapun kita sebagai masyarakat awam, kita membenci perbuatan tersebut. Adapun terhadap orang yang melakukan perbuatan tersebut, berikut adalah tindakan kita;
Pertama, usaha untuk menasihati. Apabila kita bercakap tentang nasihat, sejauh manakah nasihat itu disampaikan. Siapakah yang telah memberikan nasihat kepada mereka. Saya kira mereka bergerak di dalam negara kita secara bersembunyi. Tidak secara terang-terangan. Mereka ada kelab-kelab mereka yang kita sudah mula dikenalpasti tempat-tempat tersebut, mula ditutup dan sebagainya.
Kedua, setelah menasihati tetapi mereka tidak mahu mendengar, pada ketika itu kita perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka, dan undang-undang ini perlu lebih diperketatkan lagi. Ini keranya ianya jelas bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, bahkan bertentangan dengan semua ajaran-ajaran agama yang lain yang turut tidak pernah memberi pengiktirafan kepada perkahwinan mahupun hubungan sejenis.
Ketiga, memulau mereka yakni membenci mereka setelah tindakan yang sebelum ini tidak diendahkan oleh mereka. Kita membenci kerana Allah, berdalilkan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده . فإن لم يستطع فبلسانه . فإن لم يستطع فبقلبه .وذلك أضعف الإيمان
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (riwayat Muslim)
Cara mengubah dengan hati menurut Imam An-Nawawi adalah mengingkari perbuatan tersebut, yakni kita membenci perbuatan tersebut. Wallahu a’lam.
http://ustazfathulbari.wordpress.com/2013/03/22/adakah-golongan-gay-lesbian-perlu-dibenci-dan-disisihkan/
7 Cara Iblis Menggangu Manusia Ketika Sakaratul Maut !!
1. Iblis yang datang pada golongan pertama ini menggoda manusia yang pada saat hidupnya sangat rakus dan tamak, maka iblis itu akan menyerupai emas perak , berlian dan macam-macam perhiasan, tapi kadang pula berupa makanan dan minuman yang laza...t dan bila manusia itu mati dalam keadaan setelah godaan ini, iaitu lalai, lupa kepada Allah SWT maka mati dalam keadaan ini adalah mati dalam keadaan fassik dan munafik, nerakalah tempatnya.
2. Pada golongan kedua ini, Iblis akan merubah dirinya menjadi binatang yang ditakuti orang yang akan digodanya, dan apabila orang yang sakaratul maut itu memandang binatang tersebut maka iapun akan meraung dan melompat kerana takut, seketika itu juga putuslah roh dari badannya. Maka mati dalam keadaan ini adalah mati dalam keadaan fassik dan munafik, nerakalah tempatnya.
3. Golongan ini iblis akan menyerupai seperti binatang yang menjadi kesukaan orang yang sedang sakaratul maut, kalau orang yang akan mati itu menyukai burung maka iblis akan menyerupai burung dan apabila tangan orang yang akan mati itu meraba kepada binantang tersebut dan kemudian ia meninggal, maka ia mati dalam keadaan lalai dan lupa kepada Allah, nerakalah tempatnya.
4. Manusia yang mati dalam golongan keempat ini, iblis akan datang pada rupa orang yang paling dibencinya, maka orang yang akan sakaratul maut itu akan timbul rasa kebenciannya kepada orang yang dilihatnya itu dan berusaha membunuhnya, maka ia akan lalai dan lupa kepada Allah, dan nerakalah tempatnya.
5. Pada golongan kelima ini iblis akan datang menyerupai orang terdekatnya, misalnya orang tuanya yang membawakan makanan dan minuman. Orang yang sedang sakaratul maut itu kebetulan dalam keadaan haus dan lapar, lalu ia pun mengambil makanan dan minuman yang dibawa orang tuanya itu yang tak lain adalah jelmaan iblis, dengan rayuannya iblis berkata : wahai anaku, inilah makanan dan minuman yang kami bawakan untukmu ambilah bekal ini dan berjanjilah engkau akan mengikuti kami dengan menyembah tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak bercerai berai sekarang marilah kita menuju syurga. Dan diapun mengikuti rayuan iblis tersebut tanpa berfikir lagi dan jika pada saat itu ia mati, maka matilah ia dalam keadaan kafir. Dan kekallah ia didalam neraka.
6. Pada golongan keenam ini iblis akan menyerupai seorang ulama yang dikagumi kemudian ia berkata : wahai muridku lamalah sudah kami menunggu mu rupanya kamu sedang sakit disini. Oleh sebab itu kami bawakan padamu ubat dan tabib. Lalu diminumlah ubat itu oleh orang yang dalam sakaratul maut tersebut dan hilanglah rasa sakitnya. Selepas itu Iblis berkata : Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan terbuka untukmu. Dan ketika tirai dibuka maka terlihatlah suatu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi dan berkatalah Iblis, itulah Dzat Allah yang patut kita sembah. Dan berkatalah orang itu, wahai guruku, bukankah ini benda yang sangat besar, tapi benda ini memiliki enam sudut, yaitu kiri dan kanannya. Serta depan dan belakang. Sekarang apakah benda ini yang patut aku sembah? Dalam keraguan dan kekaguman itu maka datanglah malaikat maut mencabut nyawanya, maka matilah orang itu dalam keadaan kafir. Dan ia akan kekal didalam neraka.
7. Rombongan iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan. Hal ini sesuai dengan hadits Rasulullah bahwa umat beliau akan terbagi menjadi 73 golongan. Dan hanya satu golongan saja yang diterima Allah, dan 72 nya tidak diterima Allah. Maka iblis dengan 72 barisannya ini agan mengganggu dengan berbagai cara.Oleh karena itu hendaklah kita mengajarkan orang yang akan meninggal dengan kalimat " LAA ILA HA ILLALLAH" demi menyelamatkan orang yang kita sayangi menghadapi sakaratul maut agar terhindar dari gangguan iblis. Hal ini sesuai dengan hadits, "Ajarkan olehmu(orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir meninggal, laa ilaaha illa Allah."Demikianlah kelompok iblis yang akan mengganggu manusia ketika sakaratul maut, dan ingatlah iblis hanya bisa mengganggu orang yang lemah imannya, maka bertawakallah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.Sebagai mana firman Allah : "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikuti langkah setan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Qs. Al Baqarah 2: 208). Astaghfirullah,, smoga kita termasuk golongan orang2 yang khusnul khotimah
http://zilzaal.blogspot.com/2013/03/7-cara-iblis-menggangu-manusia-ketika.html
Tuesday, March 26, 2013
PKR Tukar Strategi Atas Tuduhan Liwat
Dalam satu kenyataan terbaru oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan bahawa mereka telah di datangi oleh individu yang dikenali sebagai ejen UMNO/BN bagi mempertontonkan konon filem seks/liwat Pak Anwar tapi katanya rakaman itu kabur dan ia dakwa dihasilkan dengan menggunakan teknologi digital. Nurul Izzah juga ada terlibat dalam babak tersebut.
Uiina, babak itu diproses dengan menggunakan teknologi digital tapi kabur ?
Dan dia Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di datangi secara terus oleh konon ejen UMNO/BN ? Macam pula jual Insuran :)
Macam cerita komek pula, disaat getir beginipun ada orang yang cuba menawarkan sesuatu yang konon rakaman Liwat, kenapa sebelum ini tidak ada dan kenapa tidak saja berjumpa dengan mana mana Blogger Pro UMNO atau mana mana pemimpin UMNO/BN, kenapa pula dengan pihak lawan ?
Atau memang cerita itu benar tapi individu yang disebutkan sebagai ejen UMNO itu sebenarnya di upah oleh PR sendiri :). Atau saja ia sungguh benar tapi dilakukan oleh individu tertentu yang tiada kaitan dengan UMNO langsung tapi menganggap PKR ini parti yang dihuni oleh ramai pemimpin pemimpin bebal maka itu agak mudah diperbodoh, siapa tahu kan, itu juga satu kemungkinan :)
Nah itu di atas yang saya maksudkan sebagai menukar strategi. Macam Kamizake tapi bukan :)
Pengarah Pencen Pelajaran Negeri Sabah Masuk PKR, Relevankah ?
(Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin menyertai PKR)
Itu saya kata apa juga relevannya ya, mereka yang pencen dari kerjayanya lalu menceburi politik ni ? Bukankah ini petandanya individu itu mementingkan diri sendir tapi bila sudah tersepit diajak pula masyarakat untuk menyokongnya. Kalau kita andaikan ia disebabkan oleh sistem pelajaran yang ada di Sabah tapi dia sendiri sudah pernah menjawat jawatan Pengarah, bermaksud sistem pendidikan yang ada di Malaysia umumnya dan khasnya di Sabah tidaklah dangkal juga anak anak Sabahan diberikan kedudukan dari konteks jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam.
Mahu kebebasan yang bagaimana dia mahu ni. Dalam hal meluluskan projek di Kementerian Pelajaran kah ? atau bangsa mana di bumi Sabah ini yang tercicir dari arus pendidikan perdana ? atau juga tidak berpuashati dengan kehadiran dari Guru Guru dari Semenanjung ? atau mungkin juga kerana Elaun yang di terima oleh Guru Guru dari Sabah ?
(Sungguh saya tidak percaya kalau sebabnya konon ingin membela nasib Guru Guru Sabahan, kenapa sekarang ?)
Hanya satu dari faktor di atas yang tidak melibatkan kuasa beliau semasa beliau memegang jawatan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah ? Yakni dalam hal hal pemberian Kontrek di Kementerian Pelajaran Malaysia yang lain beliau sendiri boleh mengusulkannya atau saja usulnya itu tidak diterima, tapi mana dan kenapa ?
Adakah dengan memihak PKR maka semua perkara yang beliau persoalkan akan mampu diselesaikan, atau mungkin juga boleh, sebab sudah ada termaktub dalam manifesto PR ? dan adakah nanti kalau manifesto itu tidak memberikan keistimewaan pada Guru Guru yang datang dari Semenanjung maka Guru Guru tersebut tidak mempersoalkannya ?
ATAU saja terlibat dengan perlakuan rasuah sebab itu cepat cepat melompat, risau kalau konon PR yang memerintah nanti maka salah laku beliau akan diungkit ? Pssssst macam menyentuh Makmal segala, ye kah ?
Mantan Pengarah Pelajaran Sabah memihak PKR, saya musykil dengan tindakan beliau atau ada sesiapa yang tahu sebabnya ?
Nah kalian yang berprofesion sebagai seorang guru jangan pula terbawa bawa, dia itu sudah merasa keselesaannya sebab itu konon mengada ada.
Tuntutan Orang Asal Dan Hak Warganegara
Orang asal menuntut hak keatas tanah yang ada di bumi Sabah yang sepatutnya diberikan pada mereka sebab mereka yang lebih layak berbanding mereka yang berstatus warganegara, katanya. Lalu dimana hak mereka yang berstatus warganegara, mereka juga layak untuk memilikinya berdasarkan akta Ordinan Tanah 68
Kehendak orang asal ini dibawa oleh parti politik STAR yang mendokong Borneonisasi atau senang cerita parti ini mewakili kaum konon KDM, ekoran kaum KDM sudah hilang kepercayaan keatas parti PBS yang di terajui oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan.
Menggunakan hak tanah adat yakni NCR adalah caranya. Orang asal menggunakan saluran ini untuk menuntut tanah adat yang dikatakan milik mereka, soalnya seluas mana tanah adat yang maksudkan ni, keseluruhan tanah yang ada di bumi Sabah kah ?
Monday, March 25, 2013
Janji Bulan Dan Bintang
Hello, hanya orang bodoh jak kok yang percaya tu. Sedang sekarang pun ada ramai Ketua Ketua Cabang berserta pengikutnya yang pening kepala sebab perkara kecil pun perlu merujuk terlebih dahulu pada pentadbiran pusat PKR untuk diselesaikan. Itu belum lagi menjadi Pemerintah, yang peliknya kenapa dalam hal yang begini besar pun masyarakat itu mudah percaya ya ? bilang matang, adeh. Walhal ibu tunggal yang ada di Selangor sana masih tidak terbela disebabkan janji manifesto yang masih tidak ditunaikan, apa lagi menunaikan janji 20 Perkara yang akan konon dikembalikan. Tidakkah para penyokong PKR yang termakan ini terfikir, kalaulah nanti 20 perkara itu di kembalikan lalu dimana nanti Kerajaan Pusat PKR mencari dana untuk memajukan negara ?dimana nanti istilahnya Wilayah.
Rupanya para Politikus PKR pusat menganggap masyarakat Sabahan ini bodoh, maka itu dijanjikan bulan dan bintang ?
Bas Khas PKR Untuk Mengerakkan Polemik PR
Tiada Lagi Yang Layak Di Daerah Semporna Dari Konteks Anak Muda
Hampir benar tuduhan kawan tadi pasal UMNO tapi akhirnya tidak, sebab individu yang dia sebutkan tidak layak untuk menuding jari pada UMNO atas konon kesalahannya.
Sunday, March 24, 2013
Bajau Suluk Diperalatkan Oleh Orgnisasi PR
Hingga sekarang ini organisasi PR masih mempersoal proses pemutihan kaum Bajau Suluk, mereka beranggapan kaum Bajau Suluk adalah pendatang sekaligus tidak layak menetap di bumi Sabah. Lalu bagaimana dengan suku bangsa yang datang dari Indon ?
Mungkin pembaca sudah sedia maklum, untuk menjadi warganegara Malaysia seseorang itu mestilah fasih berbahasa Melayu dan sudah lama menetap di negara Malaysia dan kalau ada individu yang memenuhi syarat tersebut maka dia layak untuk memohon sebagai warganegara. Jadi kenapa lagi dipersoalkan ?
Apa mungkin bangsa ini sengaja di jadikan bahan politik PR untuk menarik perhatian kaum kaum lain bagi memihak mereka menjelang PRU nanti ? Pada satu artikel, mereka konon mendedahkan ada seramai 500 ribu (pendatang tanpa izin) PTI termasuklah kaum Bajau Suluk telah diputihkan dan konon tidak melalui proses yang sah, oleh sebab itulah konon pihak PR menyalahkan UMNO yang telah menyebabkan tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna (Pengganas Sulu/Kiram). Jelek sebenarnya mainan politik mereka, memperalatkan satu satu suku bangsa demi kepentingan politik peribadi mereka. Sebab itulah juga mereka berusaha keras hingga tertubuhnya RCI yang seolah olah khas untuk mempersoal status Kewarganegaraan kaum Bajau Suluk.
Sedang kalau menurut Naib Presiden Penaja Ex USNO yang mengirimkan artikelnya melalui email, yang merujuk pada kenyataan seorang Wanita PKR (Aminah Bte Mahmud) ketika bersidang di sidang media PKR di Johor, Aminah memberitahu bahawa Tun Mustapha adalah pemimpin yang bertanggungjawab atas pemutihan 500 ribu orang Filipina dan Indonesia di Sabah sebab katanya ketika itu Tun Mustapha menjawat jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah dan Tun telah mendapat arahan dari UMNO pusat, tapi kalau menurut pengirim, pada tempoh itu juga yakni sekitar 1990-1994, Anwar Ibrahim pernah menyandang jawatan Ketua Perhubungan UMNO Sabah bermaksud Anwar Ibrahim juga bertanggungjawab atas pemutihan PTI pada ketika itu, lalu di mana Anwar Ibrahim sekarang, beliau mengetuai parti mana ? Itu, PKR tu.
Apa yang ingin saya tegaskan disini ialah, kenapa masih ada lagi yang mempersoalkan perkara yang sudah berlalu begitu lama, walhal ia sah pada Perlembagaan Negara ?
Apa lagi kalau menurut Datuk Prof Ramlah Adam pakar sejarah Malaysia ketika ditanya berhubung kewujudkan bangsa Bajau Suluk di Sabah dalam proses inkuiri RCI beliau menjelaskan bahawa pelarian/Warga Bajau Suluk ini berlaku kerana adanya hubungan warisan, pekerjaan, agama dan berkongsi lautan yang sama dengan di negeri Sabah. Bermaksud kaum Bajau Suluk juga berhak tinggal di negeri Sabah atas beberap faktor, yakni sejarah dan kehidupan jadi kenapa masih tetap juga di persoalkan oleh organisasi PKR.
Walaupun isu yang cuba dibangkitkan oleh PKR ini hanyalah polemik politik tapi ia mampu membangkitkan sentimen kaum yang kalau tidak dihentikan ia akan menghasilkan suasana yang huru hara. Lalu dimana semangat kekitaan kaum Bajau Suluk dalam hal ini apa kalian tetap mendokong PKR yang sudah pastinya memperlekehkan kehadiran kalian sebagai warganegara Malaysia ? Ayoh, pertahankan hak anda sepak terajang itu PKR masa depan anda ada bersama pemerintah.
Saturday, March 23, 2013
Rafizi, Peguam Anwar Dan Para Blogger Pro PR Tidak Berintegriti
Buktinya lihat/baca artikel pada blog pro PR yang menyentuh pergeseran Anwar dan pemilik blog Papa Gomo, mereka masih tetap mengatakan bahawa Video Berwarna yang di dedahkan baru baru ini sebagai fitnah demi konon memjatuhkan politik Anwar. Saya tidak tahu dari sudut mana ia dikatakan fitnah ?
Sebab pada saya budak tahun 1 pun tahu bahawa individu dalam rakaman video yang berwarna tersebut ialah Anwar, itu belum lagi mendengar suara pelakunya.
Tidakkah dengan menafikan perkara yang jelas lagi benar telah mencalar keintegritian seseorang/ blogger ? Siapapun yang cuba menafikannya dengan hanya memalitkan isu liwat tersebut pada individu yang mendedahkannya maka ia tidak berintegriti, dia itu yang sebenarnya yang fasik lagi tidak boleh dipercayai. Ini termasuklah Rafizi dan Peguam Anwar jika mereka meneruskan samannya terhadap pemilik blog Papa Gomo.
Rafizi ketika mengadakan sidang media khas mengenai pendedahan rakaman Video berwarna Anwar, telah menuduh pemilik blog Papa Gomo sebagai fasik sebab terlibat dengan perlakuan rasuah dan orang fasik tidak boleh dipercayai. Apa Rafizi tidak fasik dalam hal ini, fasik kerana menafikan perkara yang benar ?
Selain tuduhan fasik, Rafizi juga mendakwa pemilik blog Papa Gomo yakni Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah pengundi hantu sebab konon boleh mengundi sebanyak dua kali pada satu masa. Berikutan itu blogger MyMassa telah mendedahkan, bahawa Rafizi juga boleh mengundi di lima kawasan pada satu satu masa, jadi tidak timbul disini istilah pengundi hantu seperti yang didakwa, sebab kedua duanya juga "hantu" :)
Saya sisipkan disini beberapa artikel yang menafikan pendedahan tersebut dan ingat pemilik blog yang menafikan liwat dibawah pernah dikaitkan dengan khalwat bersama isteri orang ?. Juga disisipkan beberapa gambar yang menerangkan maksud di atas :).
Ingat orang fasik yang sebenar benarnya ialah orang yang menafikan perkhabaran yang benar.
Barat Lebih Kisah Soal Moral Berbanding Penyokong PR
Bill Clinton tewas dalam PRU di Amerika angkara skandalnya dengan seorang gadis yang di kenali sebagai Monica Lewinsky scandal.
Di Singapore, Micheal Palmer, Speaker Parlimen Singapore berumur 44 tahun meletakan jawatan sekali dengan keahliannya dalam PAP, alsebab skandalnya bersama seorang gadis pekerja komuniti yang terbongkar.
Di Malaysia, seorang pemimpin melakukan seks luar tabii yakni liwat tapi para penyokong politiknya tidak kisah malah mempertahankannya, orang putih kata so what. Sedangkan pemimpin itu beragama Islam dan ia tinggal di negara dimana Islam menjadi Agama rasminya.
Pelik bukan rupanya masyarakat barat di Amerika dan Singapore sana lebih Islam dari Penyokong PR yang mengakun diri mereka sebagai individu yang beragama Islam. Nah maka itu anda yang memihak organisasi BN tahniah kepada anda sebab menolak pemimpin yang menolak nilai nilai Islam.
Lalu apa pendapat para pendokong PAS/PR dalam hal ini ?
Friday, March 22, 2013
Apa Sebenarnya Yang Di Mahu Dalam Politik Ni
Kalau dinilai dari fenomena diatas seolah olah Malaysia ini sedang mengalami krisis pentadbiran yang teruk, atau boleh saja kita anggap yang Malaysia ini sedang berada dalam konflik ekonomi yang dahsyat sepertinya Greece. Sedangkan pada hakikatnya Malaysia berada dalam suasana yang harmoni, rujuk saja pada laporan Perdana Menteri baru baru ini :-
"Perancangan dan perlaksanaan GTP dan ETP ini bukan sahaja membuktikan iltizam Kerajaan untuk membangunkan negara, tetapi juga merupakan satu eksperimen paling berani Kerajaan dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat. Melalui GTP dan ETP ini rakyat boleh menilai prestasi Kerajaan menerusi laporan tahunan dan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Kecemerlangan prestasi negara ini boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita negara yang meningkat kepada AS$9,970 pada 2012 berbanding hanya AS$257 sahaja pada 1957. Ini adalah peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad ini. Ia boleh diperjelaskan lagi apabila Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara untuk tahun 2012 meningkat kepada RM5,000 daripada hanya RM4,025 pada 2009.
Saya juga gembira kerana kadar kemiskinan negara berada pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi negara juga kekal berada pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini.
Selain itu, saya sangat berbangga apabila insiatif yang diperkenalkan Kerajaan berjaya mengeluarkan kira-kira 100,000 orang rakyat daripada belenggu kemiskinan. Sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan agar setiap rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM3.78 bilion untuk membiayai subsidi untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat.
Ini membuktikan setiap apa yang diperkenalkan Kerajaan memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Ia sekali gus selari dengan konsep 1Malaysia yang mahu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Sebab itulah, semasa perbentangan semalam, saya turut mengumumkan yang Kerajaan akan menjadikan dan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan kepada rakyat"
Jadi apa sebenarnya yang berlaku atau apa yang di mahu ? Sebab konon adanya perlakuan rasuah seperti yang dicanang oleh para politikus PR kah ? Yang mana satu kes rasuah yang dimaksudkan ? Sebab skandal Lembu kah, atau apa dia ? Ingat, dimana mana parti politik di dunia ini, perlakuan rasuah tetap ada berlaku ini kerana dorongan kroni di kalangan penyokong tegar parti poltik itu sendiri. Lihat saja kes kes rasuah yang berlaku di negeri Selangor, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Pusat Konvensyen SACC Shah Alam, Menara PKNS Petaling Jaya dan Wisma yang diserahkan kepada PREC, PREC adalah Syarikat milik individu yakni kroni PR di Selangor, itu bukan perlakuan rasuah kah ? Maka itu..... Ada banyak lagi saudaraku sekalian. Jangan ceritalah rasuah di negeri Kedah, PAS tengah syok mengendolkan hutannya, Pulau Pinang pula tengah asyik menaikkan harga hartanahnya biar orang Melayu merempat. Kelantan begitu juga habis sudah tanahnya diserahkan kepada syarikat syarikat luar dimana pemiliknya adalah pendokong parti DAP, menanggis sudah bangsa Melayu disana tu. Jadi kenapa pula cuba memberikan mandat pada PR ?
Atau mari kita anggap semua kemajuan yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri diatas tidak berlaku, jadi siapa yang layak menggantikannya, Anwar Ibrahim ? sedang Anwar Ibrahim tidak mempunyai moral yang baik lalu bagaimana beliau akan mentadbir negara ini kalau secara prinsipnya dia sendiri tidak mampu mengawal hawa nafsunya, tidakkah nanti negara ini akan rosak binasa, Peliwat menjadi Perdana Menteri :)
Atau juga nanti kalian akan meletakkan tanggungjawab itu kepada DAP ? sedangkan kalian tahu DAP adalah serpihan PAP yang menolak sistem Perlembagaan yang sedia ada yakni menafikan prinsip Raja Berperlembagaan, juga nanti Islam bukan lagi Agama resmi negara ini, apa kalian mahu melihat semua ini terjadi ?
Atau mungkin juga nanti kalian akan meletakkan tanggungjawab itu kepada PAS ? Tapi bukankah PAS itu di bawah kawalan DAP, buktinya baru baru ini Karpal mengelar negeri Kelantan itu sebagai negeri yang tidak bertamadun ekoran tindakan seorang penguatkuasa bandaraya Kelantan yang mengeluarkan kompaun kepada seorang pelanggan lelaki yang mengunting rambutnya di premis kecantikan dimana pekerjanya itu adalah seorang wanita. Kenapa kerajaan negeri PAS tidak bertindak tegas lalu mengkritik balik Karpal agar tidak mencampuri hal hal pentadbiran negeri Kelantan itu sendiri, kenapa PAS sanggup berkompromi dengan hal tersebut sedangkan ia melibatkan Agama, malah PAS berjanji akan mempertimbangkan Undang Undang Kecil tersebut agar tidak di laksanakan kepada mereka yang bukan beragama Islam. Jadi layakkah PAS diberikan tanggungjawab ini ya ?
Tiada Guna Rafizi Dedahkan Siapa Papa Gomo
Tidak ada maknanya Rafizi mendedahkan latar belakang Wan Muhammad Wan Deris sebagai pemilik blog Papa Gomo (PG) yang cuba dikaitkan dengan salah laku rasuahnya, siapa juga Papa Gomo dari konteks kepimpinan negara. Bukan juga nanti Papa Gomo akan terlibat dengan perubahan mana mana polisi negara.
Secara logiknya rasuah yang dilakukan oleh PG sudah berlaku lama, berbanding dengan perbuatan liwat Pak Anwar ia baru saja berlaku, apa lagi Pak Anwar itu seorang pemimpin yang mempunyai peluang untuk mentadbir negara ini kalau masyarakat ini tersilap catur.
Mungkin pada anggapan PKR dengan berbuat demikian maka persepsi masyarakat akan pulih semula, tapi kenapa boleh berubah yakni pulih ? Siapa Papa Gomo dan siapa Pak Anwar, dua individu ini kalau di perkirakan dari kesan perbuatan mereka, Pak Anwar ini yang lebih banyak mempengaruh kestabilan negara.
Jadi tidak timbul disini, siapa dan apa yang telah di lakukan oleh Papa Gomo sebelum ini, apa lagi kekurangannya itu hanyalah salah laku rasuah di peringkat bawahan.
Harus diingat ini soal masa depan negara, andai kita tersalah memilih pemimpin/parti bermakna situasi negara akan berada dalam Zon Bahaya, keselamatan negara akan tergugat, ekonomi akan merudum dan bila dua perkara ini berlaku ruang dan peluang untuk kuasa asing campurtangan yakni Neo Conservatie akan lebih terbuka dan mudah. Kesannya, lihat sahaja negara negara di Timur Tengah kehancuran kini menghampiri mereka itu semua kerana adanya campurtangan orang ketiga. Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, matlamat Neo Conservative adalah untuk memastikan negara-negara yang disasarkan melaksanakan pentadbiran mengikut cara yang dikehendaki kumpulan tersebut, bukannya menjadikan negara-negara itu sebagai koloni.
Apa kalian lupa hubungan Pak Anwar dengan kuasa asing sepertinya Geogre Soros ? Geogre Soros adalah individu yang bertanggungjawab atas serangan mata wang negara.
Renung renungkan.
Thursday, March 21, 2013
Tidak Hairan Kalau Anwar Tetap Meneruskan Saman
Saya tidak hairan tu kalau Pak Anwar tetap ingin meneruskan samannya terhadap Papa Gomo, sebab itu bukan bererti Pak Anwar tidak melakukan liwat tapi dia/Anwar sudah tidak kisah dengan maruah dirinya, sudah tidak kisah kalau pendedahan yang muncul sedikit masa lagi akan lebih menampilkan wajahnya sebagai pelaku liwat.
Pedulikan apa kata orang yang penting PR menang di PRU mendatang, biarkan diri itu (Anwar) di laknat Tuhan asal semua mata di dunia ini tidak memandang hina pada keluarganya. Ini antara perkiraan yang bermain di minda Pak Anwar sekarang.
Dan ingat, selepas pendedahan semua ini oleh Papa Gomo tapi ia tidak mampu memalit sokongan rakyat terhadap Pak Anwar malah semakin mengukuhkan politiknya maka tidak mustahil kalau Pak Anwar pula akan mengangkat sumpah bagi konon membersihkan namanya yang dikaitkan dengan banyak tuduhan moral selama ini, itu sebenarnya adalah untuk menarik perhatian rakyat agar memihak PR di PRU nanti. Sekali lagi beliau tidak kisah dengan maruah dirinya di hadapan Allah.
Tidak berbeza tu semangat Pak Anwar dengan semangat pengganas Kiram, mereka sudah tahu berada di hujung konon perjuangan mereka, maka itu mereka mesti menghadapinya dengan apa jua keadaan dengan penuh kerelaan. Walaupun sebenarnya mereka pasti akan berhadapan dengan mungkin seksa azab api Neraka.
Nah sebentar tadi, Portal The Kuala Lumpur Post, ada mengkhabarkan bahawa Pak Anwar sudah mengarahkan Firma Guamannya agar mengeluarkan arahan saman kepada Papa Gomo dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM100 juta, kerana konon Papa Gomo ada membuat tuduhan fitnah yang berkait liwat segala.
Mari sama sama kita tunggu, apa yang berlaku selepas ini. Pesanan saya pilihlah pemimpin yang bersih dari salah laku moral apa lagi moral yang menyangkut liwat. Kalian harus mempersoalkan hal ini dalam diri anda dari konteks politik PRU dan masa depan negara ini.
Dasar Transformasi Negara Berjaya
Untuk memastikan setiap apa yang dilakukan oleh Kerajaan membuahkan hasil dan dapat memberi manfaat kepada rakyat, saya telah perkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kedua-dua program ini diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan ia diwujudkan bersama-sama Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi Nasional. Kesemua insiatif tersebut diperkenalkan bertujuan bagi memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Alhamdulillah, dalam laporan tahunan GTP dan ETP yang saya bentangkan semalam, banyak kejayaan yang telah kita kecapi. Kejayaan demi kejayaan itu adalah hasil kerja keras semua pihak, daripada rakyat sehinggalah kepada pihak swasta dan penjawat awam. Kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari.
Perancangan dan perlaksanaan GTP dan ETP ini bukan sahaja membuktikan iltizam Kerajaan untuk membangunkan negara, tetapi juga merupakan satu eksperimen paling berani Kerajaan dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat. Melalui GTP dan ETP ini rakyat boleh menilai prestasi Kerajaan menerusi laporan tahunan dan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Kecemerlangan prestasi negara ini boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita negara yang meningkat kepada AS$9,970 pada 2012 berbanding hanya AS$257 sahaja pada 1957. Ini adalah peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad ini. Ia boleh diperjelaskan lagi apabila Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara untuk tahun 2012 meningkat kepada RM5,000 daripada hanya RM4,025 pada 2009.
Saya juga gembira kerana kadar kemiskinan negara berada pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi negara juga kekal berada pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini.
Selain itu, saya sangat berbangga apabila insiatif yang diperkenalkan Kerajaan berjaya mengeluarkan kira-kira 100,000 orang rakyat daripada belenggu kemiskinan. Sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan agar setiap rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM3.78 bilion untuk membiayai subsidi untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat.
Ini membuktikan setiap apa yang diperkenalkan Kerajaan memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Ia sekali gus selari dengan konsep 1Malaysia yang mahu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Sebab itulah, semasa perbentangan semalam, saya turut mengumumkan yang Kerajaan akan menjadikan dan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan kepada rakyat.
Kesemua kejayaan itu adalah hasil daripada inisiatif Kerajaan yang bertungkus lumus memastikan setiap daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berjaya dilaksanakan. Tujuh NKRA berkenaan adalah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat, Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Mempertingkatkan Infrastruktur Luar Bandar, Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar, Merujuk Inisiatif Membanteras Rasuah dan Mengurangkan Kadar Jenayah. Kesemua NKRA ini, Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan baik sekali gus memberi manfaat berpanjangan kepada semua rakyat.
Dengan kecemerlangan prestasi negara itu, saya berharap rakyat dapat terus bersama-sama memberi sokongan kepada Kerajaan agar setiap apa yang dirancangkan untuk masa depan negara dapat dilaksanakan. Marilah kita bina masa depan yang gemilang untuk semua, marilah kita bina masa depan yang menjanjikan pulangan adil kepada yang bekerja keras, yang berkreativiti tinggi, yang berinovasi, dan yang sanggup mengambil risiko.Marilah kita bina sebuah Malaysia yang menjanjikan sebuah taman kebahagiaan untuk semua.
Rafizi Menyalahkan Pemimpin UMNO Berbanding Pemimpin Komunis
Dengan itu dia menyalahkan organisasi UMNO sebab konon tidak membuat penapisan dalam hal hal pemutihan pendatang. Sebab itulah tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna hingga mengorbankan ramai Askar Malaysia. Mentang mentanglah pencerobohan itu berlaku di era pemerintahan UMNO jesteru ia adalah kesalaham pemimpin UMNO secara total :).
Kedengaran lucukan artikel Rafizi tu kan, menyalahkan perkara luar jangka. Dia juga membayangkan perkara yang lebih buruk akan berlaku yang akan dilakukan oleh kelompok individu yang pernah melalui proses pemutihan di era Tun M.
Mana ada sistem di dunia ini yang boleh mengenal pasti bahawa seseorang itu akan melakukan kejahatan bila sahaja dia sudah menjadi warganegara. Syarat hanya menyatakan seseorang itu layak memohon sebagai warganegara bila sahaja dia boleh berbahasa Malaysia dengan fasih dan sudah lama menetap di negeri Sabah.
Sekecil itu Rafizi mempersoalkannya, tapi yang peliknya kenapa Rafizi tidak menyalahkan Mat Sabu/PAS yang mengangkat pemimpin Komunis sepertinya Mat Indra sebagai pejuang yang kononya berjasa kepada negara ya ? Mat Indra itu warganegara mana ya ?
(Ingat Mat Indera adalah salah seorang pemimpin PKM (Parti Komunis Malaya) berbangsa Melayu yang mengetuai serangan terhadap Balai Polis di Bukit Kepong pada 25 Februari 1950. Dalam serangan itu, PKM telah membakar hidup hidup beberapa orang anggota keselamatan termasuklah isteri dan anak anak anggota tapi kenapa PAS/Mat Sabu masih mengangkat Mat Indera sebagai perjuang negara, alasannya sebab PKM pernah berjasa kepada Kolonial British memerangi pihak Jepun sekitar tahun 1942-1945)
Wednesday, March 20, 2013
BN Cabar Agar Pak Anwar Jangan di Calonkan Di PRU
Rafizi sebenarnya berpolemik disebalik kekurangan pemimpin mereka yang terlibat dengan salah laku liwatnya. Sebab itu beliau mempersoal ketelusan UMNO dalam hal diatas biar nanti kekurangan pemimpin mereka terlindung.
Kalau merujuk pada kenyataan Twitter yang di miliki oleh PKR Bangi, PKR tidak kisah kalau Pak Anwar itu seorang Gay sebab itu pilihan peribadi beliau dan mereka akan tetap mendokong kepimpinan Pak Anwar. Mursidul Pas juga berpendapat yang hampir sama tinggal lagi beliau tidak menyebut kalau Pak Anwar itu sebagai seorang Gay tapi Pak Anwar dikatakan sebagai individu yang cerdik jadi tidak mengapa kalau masyarakat tetap menyokongnya walaupun Pak Anwar itu seorang peliwat. Aneh bukan ?
Apabila di rujuk pada dua kenyataan diatas jelas salah laku pemimpin yang meliwat tidak menjadi isu pada organisasi PR apa yang penting adalah kemenangan di PRU walaupun pada akhirnya negara ini akan rosak binasa angkara pemimpin itu sendiri.
Maka itu ia menimbulkan satu persoalan, yakni mana yang lebih teruk kesannya dari konteks memimpin, pemimpin yang rasuahkah atau pemimpin yang meliwat ?
Saya bagi pihak BN mencabar organisasi PR agar jangan mencalonkan Pak Anwar di PRU mendatang kerana beliau mempunyai salah laku moral yang jijik, ada berani ?
Tuesday, March 19, 2013
Pak Anwar Konon Saman Blogger Papa Gomo RM100 Juta
Papa Gomo akan disaman sebanyak RM100 juta ekoran pendedahannya terhadap salah laku Pak Anwar dengan menurunkan gambar liwat Pak Anwar di ruang maya untuk tatapan umum.
Pun begitu Papa Gomo bertegas bahawa dia tidak akan takut pada ugutan tersebut. Sebab dia yakin Pak Anwar tidak akan berani berbuat demikian memandangkan dia ada menyimpan banyak lagi rakaman liwat Pak Anwar, termasuklah aksi liwat Pak Anwar bersama seorang remaja dari Sabah.
Apa Pak Anwar berani meneruskannya ? Mari kita tunggu dan lihat
Untuk bacaan lebih lanjut klik pada pautan di bawah,
http://www.papagomo.com/2013/03/saman-homoseksual-rm-100-juta.html
Polemik Penyokong Pak Anwar
Sifat berlagak mereka khas hanya untuk kes yang menyentuh moral Pak Anwar. Mereka menganggap perbuatan yang menyebarkan gambar aib itu sebagai konon jijik, sebab mereka melihat Pak Anwar itu sangatlah suci yang terhindar dari segala salah laku maka sebab itu mereka tidak pernah mengkritik beliau walau sedikit termasuklah dalam isu penggunaan kalimah Allah yang mendapat persetujuan dari Pak Anwar untuk digunakan.
Pada dasarnya memang menyebarkan aib itu jahat tapi kita juga harus melihat pada keperluannya seperti mana pendapat pemimpin PAS, Tuan Guru Haji Hadi, dalam politik kekurangan pihak lawan itu harus didedahkan sebab politik itu sendiri terletaknya masa depan negara.
Bermaksud tak kanlah negara ini dibiarkan dipimpin oleh pemimpin yang bermoral rosak pula kan. Maka itu perlu diselesaikan, tugas rakyat ialah mencari pemimpin yang layak sedang pemimpin pula berusaha untuk menonjolkan kelebihannya yakni menepis dengan berhemah lagi jelas segala tuduhan atas kekurangannya, apa lagi ia menyentuh moral jelek sepertinya liwat.
Dulu kes liwat Saiful diadili di Mahkamah Sivil. Pak Anwar didapati tidak bersalah hanya kerana teknikal dakwaan, Saiful mendakwa dirinya di paksa melakukan liwat sedang Hakim tidak melihatnya begitu, Hakim berpendapat perlakuan liwat tersebut adalah atas kerelaan kedua belah pihak yakni suka sama suka dan bukan paksaan seperti yang didakwa, nampak ? Sedang liwat tetap ada berlaku.
Lalu dengan cara apa lagi masyarakat ini mencari kebenarannya selain menyebarkan aib agar pemimpin yang tertuduh/terbabit itu sendiri yang menafikannya dengan hujah dan bukti yang logik. Mahukah kita dipimpin oleh pemimpin yang bermorak rosak lagi jelas sepertinya Pak Anwar ?
Apa nanti negara ini tidak diturunkan bencana sebab dipimpin oleh pemimpin seperti ini ?
Saya masih ingat, dulu pihak PR mencanang kehulu kehilir konon Dato Sri Shafie berskandal dengan seorang artis yang dikenali sebagai Zahidah. Ada pelbagai spekulasi hingga mengaibkan keluarga Shafie itu sendiri sedang tuduhan itu tidak berbukti jelas malah datang dari seorang pemandu yang di tuduh mencuri. Ingat tuduhan itu hanya cerita yang tidak berfakta/berbukti berbanding dengan tuduhan Pak Anwar sekarang berbukti jelas dengan gambar dan pastinya mempunyai rakaman video.
Fikir dan renungkan. Jawabannya ada pada Pak Anwar.
Sent from my BlackBerry® Jalin Luin
Sunday, March 17, 2013
Penafian Sampah Penyokong PKR Terhadap Kes Liwat Pak Anwar
Pelbagai teori menafikan yang diberikan termasuklah pancaran sinaran lampu yang konon tidak mengenai muka Pak Anwar lalu dikatakan gambar itu sebagai di edit. Mereka tidak tahu gambar itu adalah print screen sedang sumbernya adalah rakaman Video. Nampak sangat mengada ada.......
Sent from my BlackBerry® Jalin Luin
Filipina teruskan tuntutan ke atas SABAH!!
Walaupun tidak pernah digugurkan secara rasmi, Filipina sudah agak lama tidak menyuarakan tuntutan ke atas Sabah secara terbuka.
Namun hari ini, di Baguio City, Presiden Benigno mengesahkan negaranya akan terus menuntut Sabah daripada kerajaan Malaysia.
Pendekatan Benigno bagaimanapun lebih terpuji kerana memilih pendekatan dialog dan diplomasi dalam tuntutan berkenaan.
Beliau mengakui isu Sabah adalah kompleks dan tahu kedua negara tidak akan melepaskan wilayah yang kaya dengan hasil petroleum berkenaan.
Benigno bagaimanapun tidak mahu pendekatan kenteraaan digunakan terutama di kala negara sedang berhadapan dengan China berhubung tuntutan ke atas Kepulauan Spartly (Bajo de Masinloc) di dalam perairan Laut Filipina Barat (Laut China Selatan).
Beliau memberitahu demikian pada satu majlis di Akademi Tentera Filipina.
Walaupun Filipina mahu meneruskan tuntutan ke atas Sabah, namun ia dilihat sebagai satu tuntutan yang lemah termasuk di kalangan rakyat Filipina sendiri.
Sent from my BlackBerry® Jalin Luin
Daulat Sultan Overbeck, Tulah Sultan Sulu (Bahagian I)
Tuntutan buruk siku Sultan Sulu telah bermula sejak 1921 sehingga kini setelah 135 tahun usia Triti 1878 antara Sultan Sulu dan Baron de Oveberbeck serta bergilir pemiliknya daripada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kepada United Kingdom Great Britain sehingga Sabah merdeka bersama Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
‘Kesultanan Sulu’ sekarang sebenarnya adalah ‘Sultan tanpa negara’ apabila menyerahkan kedaulatan kepada Amerika Syarikat melalui Perjanjan Carpenter 1915 dan kini merdeka sebagai provinsi Filipina. Lebih awal lagi pada Protokol Madrid 1885, kepulauan Sulu diiktiraf sebagai kedaulatan Sepanyol sementara Britishmemperoleh hak terhadap Borneo Utara.
Berbanding Sabah adalah lebih strategik untuk menuntut kemerdekaan ibu negara ‘KeSultanan Sulu’ di Jolo bersama wilayah asal yang lain iaitu Sulu, Basilan, Palawan, Tawi-Tawi dan Zamboanga yang kini menjadi Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) di sebelah barat daya Filipina.
Jurai keturunan Sultan Sulu selepas Sultan Jamalul Kiram II yang mangkat tanpa waris pada 1936 sudah tidak disahkan taraf diraja oleh Republik Filipina melalui Presiden Manuel Quezon. Presiden Diosdado Macapagal mengiktiraf Sultan Esmail Kiram (1950-1972) sementara Presiden Ferdinand Marcos menyambung pengiktirafan kepada anakanda baginda Sultan Mahakuttah Kiram (1974-1986) semata-mata untuk kepentingan politik Manila terhadap wilayah Sulu dan Sabah.
Sejak 1920-an Sultan Sulu telah beberapa kali cuba bermuslihat memungkiri janji termasuk untuk menyemak dan menginterpretasi semula Triti 1878, menggunakan khidmat agen Nicasio Osmena dan Calixto Leon untuk menjual Borneo Utara kepada SBUB pada harga AS$15 juta, mempengaruhi senat dan menyerahkan hak tuntutan kepada Filipina. Osmena dan Leon kemudian telah memperdaya dengan menjual surat kuasa Sultan Sulu kepada Dr Stanislas Lazovert yang mendaftarkan Syarikat Pembangunan Borneo di Panama untuk menuntut Borneo Utara.
Sehingga kini terdapat lebih 20 orang mendakwa sebagai ‘Sultan Sulu’ dan menuntut Sabah walaupun mereka sama ada berkewarganeraan Filipina atau Malaysia. Soalnya siapakah sekarang yang beraja di mata dan bersultan di hati? Teks asal triti daripada Sultan Borneo (Brunei) pada 1877 dan Sultan Sulu setahun kemudian masih terpakai dengan beredarnya cakerawala, matahari dan bulan yang sama walau ‘Sultan Sulu’ telah bertukar orang. Sabah secara sejarah dan undang-undang adalah sebuah wilayah yang bebas daripada romantisme ‘bumi orang Sulu’.
Triti daripada Sultan Borneo yang Melantik Gustavus Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah (Borneo Utara) dan Raja Gaya dan Sandakan, 1877 adalah seperti berikut:
Kepada seluruh negara di muka bumi ini yang ada kaitannya dengan perkara ini, beta Abdul Mumin ibni Al-Marhum Maulana Abdul Wahab, Sultan Borneo mengirim salam kepada semua.
Bahawasanya beta berasa perlu untuk menganugerahkan kepada sahabat beta yang setia serta yang dikasihi, Baron Gustavus de Overbeck dan Alfred Dent Esquire, bahagian tertentu negeri di bawah kekuasaan beta yang terdiri daripada seluruh bahagian utara Pulau Borneo dari Sungai Sulaman di sebelah pantai barat ke Teluk Maludu dan ke Sungai Paitan dan kemudiannya seluruh bahagian pantai timur sehingga ke Sungai Sibuku yang terdiri daripada daerah Paitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kinabatangan dan Mumiang dan tanah yang lain sejauh hingga ke Sungai Sibuko sehingga meliputi wilayah Kimanis dan Binoni, wilayah Pappar dan wilayah Teluk Gaya dan Teluk Sapanggar dengan semua tanah daratan dan pulau yang menjadi sebahagian daripada kawasannya dan begitu juga Pulau Banquey bagi balasan tertentu yang dipersetujui antara kami. Dan bahawasanya Gustavus Baron de Overbeck tersebut ialah ketua dan satu-satunya sahaja wakil sah Syarikatnya di Borneo.
Dengan yang demikian, maka ketahuilah semua yang ada bahawa beta, Sultan Abdul Mumin ibni Al-Marhum Maulana Abdul Wahab hendak menamakan dan melantik Gustavus Baron de Overbeck sebagai Pemerintah Tertinggi wilayah-wilayah yang tersebut di atas dengan gelaran Maharaja Sabah (Borneo Utara) dan Raja Gaya dan Sandakan dengan kuasa hidup dan mati ke atas penduduknya, dengan segala hak mutlak ke atas harta yang terletak hak kepada beta bagi isi bumi negeri ini dan hak untuk melupuskan harta itu dan juga hak terhadap pengeluaran hasil bumi negeri ini sama ada daripada jenis galian, tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan dan dengan hak untuk membuat undang-undang, membuat wang, mewujudkan tentera darat dan tentera laut, mengenakan cukai kastam ke atas perdagangan dan perkapalan dalam dan luar negeri dan cukai dan yuran lain ke atas penduduknya sebagaimana yang dilihatnya sebagai baik atau perlu, berserta dengan segala kuasa dan hak lain yang biasanya dijalankan dan dimiliki oleh pemerintah berdaulat dan yang dengan ini beta wakilkan kepadanya dengan kerelaan beta sendiri.
Dan beta menyeru kepada seluruh negara asing yang telah beta wujudkan persetiaan dan persahabatan serta perikatan supaya mengakui bahawa Maharaja tersebut sebagai diri beta sendiri di wilayah-wilayah tersebut dan menghormati kuasanya di wilayah itu dan jika sekiranya berlaku kematian atau persaraan dari jawatan oleh Maharaja tersebut maka orang-orang yang sewajarnya dilantiknya sebagai pengganti dalam jawatan pemerintah tertinggi dan Gabenor Besar wilayah Syarikat di Borneo hendaklah demikian juga menggantikan jawatan dan gelaran Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan, dan segala kuasa yang dinyatakan di atas hendaklah terletak hak padanya.
Termaktub triti ini yang diperbuat di Istana Brunei pada 29 Disember 1877.
Triti daripada Sultan Sulu yang Melantik Gustavus Baron de Oveberbeck sebahagai Dato‘ Bendahara dan Raja Sandakan, 1878.
Kepada seluruh negara di muka bumi ini yang ada kaitannya dengan perkara ini, beta Sultan Mohammad Jamalul Alam ibni Al-Marhum Muhammad Fadhl, Sultan Sulu dan wilayah-wilayah tanggungannya bagi pihak beta, waris-waris dan pengganti beta dan dengan persetujuan dan nasihat datu-datu dengan ini membenarkan dan menyerahkan kepada Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent Esquire serta waris-warisnya dan kongsinya dan penggantinya dan walinya sampai selama-lamanya sekalian perintah dan kuasa yang beta punya atas sekalian jajahan-jajahan dan tanah-tanah yang tertakluk kepada beta di tanah besar Pulau Borneo dari Sungai Pandasan di sebelah barat sampai sepanjang semua tanah-tanah di pantai sebelah timur sejauh Sungai Sibuku di sebelah selatan yang termasuk sekalian jajahan-jajahan di pantai Sungai Pandasan dan Kinabatangan dan Memiang serta sekalian lain-lain jajahan-jajahan yang terdiri daripada daerah Paitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kinabantangan dan Mumiang serta sekalian lain-lain jajahan-jajahan dan pesisir di sebelah selatannya itu di pantai Teluk Darvel sampai Sungai Sibuku bersama-sama semua pulau dalam lingkungan tiga liga laut.
Dengan yang demikian, maka ketahuilah semua yang ada bahawa beta, Sultan Mohammad Jamalul Alam ibni Al-Marhum Muhammad Fadhl, Sultan Sulu hendak menamakan dan melantik Gustavus Baron de Overbeck sebagai Pemerintah Tertinggi wilayah-wilayah yang tersebut di atas dengan gelaran Dato‘ Bendahara dan Raja Sandakan dengan kuasa hidup dan mati ke atas penduduknya, dengan segala hak mutlak ke atas harta yang terletak hak kepada beta bagi isi bumi negeri ini dan juga hak terhadap pengeluaran hasil bumi negeri ini sama ada daripada jenis galian, tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan-haiwan dan dengan hak untuk membuat undang-undang, membuat wang, mewujudkan tentera darat dan tentera laut, mengenakan cukai kastam ke atas perdagangan dan perkapalan dalam dan luar negeri dan cukai dan yuran lain ke atas penduduknya sebagaimana yang dilihatnya sebagai baik atau perlu, berserta dengan segala kuasa dan hak lain yang biasanya dijalankan dan dimiliki oleh pemerintah berdaulat dan yang dengan ini beta wakilkan kepadanya dengan kerelaan beta sendiri.
Maka dengan ini, beta menyeru kepada seluruh negara asing yang telah beta wujudkan persetiaan dan persahabatan serta perikatan dan kepada sekalian datu, bangsawan, gabenor, pembesar dan rakyat beta supaya mengakui bahawa Dato‘ Bendahara tersebut sebagai diri beta sendiri di wilayah-wilayah tersebut dan menghormati kuasanya di wilayah itu dan jika sekiranya berlaku kematian atau persaraan dari jawatan oleh Dato‘ Bendahara tersebut maka orang-orang yang sewajarnya dilantiknya sebagai pengganti dalam jawatan pemerintah tertinggi dan Gabenor Besar wilayah Syarikat di Borneo hendaklah demikian juga menggantikan jawatan dan gelaran Dato Bendahara dan Raja Sandakan serta segala kuasa yang dinyatakan di atas hendaklah terletak hak padanya.
Termaktub triti ini yang diperbuat di Istana Sulu pada 22 Januari 1878.
http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/03/daulat-sultan-overbeck-tulah-sultan.html#more
Penulis USNO Berpolemik Di Sebalik Kebobrokan.
Yang Tun M maksudkan dengan "kaum ganas" ialah penceroboh militan yang bertindak ganas di Semporna itu hari. Kenapa juga tidak ganas kalau mangsa mereka di siat siat macam haiwan buruan. Dalam Islam pun musuh dalam peperangan tidak boleh diperlakukan seperti itu.
Penulis itu cuba menyalahkan konon ketegasan pemimpin yang berbangsa Bajau Suluk yang konon tidak bertindak atas konon tuduhan diatas oleh Tun M, apa dan siapa yang dibela tu ? Pengganas kah ? Pemimpin apalah tu kalau kelompok yang jahatpun harus di bela.
Kurang dari itu penulis sekali lagi konon berpolemik dengan juga kenyataan Tun M, di mana Tun M mencadangkan agar perumahan atas air di hapuskan sebab pada pendapat Tun M perumahan yang tidak teratur seperti sekarang adalah tempat bersarangnya para penjenayah. Pada hakikatnya hampir semua bangsa bersetuju dengan cadangan Tun M, kaum Bajau Suluk yang cintakan keamanan juga akan turut bersetuju 100%, pokoknya asal ia cadangan yang baik pasti ia akan di persetujui.
Sebelum kenyataan Tun M itu keluar, Dato Sri Shafie Apdal ada mencadangkan perkara seperti diatas di sidang media yang bertempat di dewan masyarakat selepas beliau melancarkan tabung kutipan untuk prajurit. Pada sidang media itu Dato Sri berpendapat bahawa operasi pembersihan di kampung kampung yang dikenal pasti yakni rumah rumah di syaki sebagai sarang jenayah akan di hapuskan dan bukan pula melibatkan rumah rumah yang tidak terlibat. Harus kok itu difaham.
Mengenai ada tertuduh yang memakai baju yang ada gambar Dato Sri Shafie Apdal, itu bukan menjadi soal siapapun boleh menggunakannya sedangkan azimat/tangkal yang ada Kalimah Allah pun tetap juga diguna pakai apa lagi baju yang diberi secara percuma. Cubalah berlagak bijak sikit walapun sebenarnya tidak bijak.
Dato Sri Shafie Apdal adalah pemimpin yang budiman dia akan menjaga kebajikan semua lapisan masyarakatnya apa lagi masyarakat itu adalah komuniti yang menjadi pengundi kepada diri dan parti itu sendiri sedang mereka yang tidak boleh mengundipun tetap juga beliau hargainya sebagai insan manusia. Jadi tidak timbul soal konon Dato Sri Shafie tidak menghiraukan kebajikan masyarakat Suluk.
Kalian pembaca juga boleh turut membaca artikel yang ada di blog ini sebagai bukti betapa Dato Sri sangat sensitif dengan keselamatan masyarakat Semporna khasnya dan umumnya Sabah dari konteks pencerobohan.
Jangan sesekali percaya dengan kelompok tertentu yang ada pada masyarakat ini yang hanya tahu mempersoal sedang dia sendiri tidak jelas akan apa sudah yang telah dilaksanakan. Dalam hal ini saya lihat Pertubuhan USNO telah cuba memanipulasinya demi politik mereka, dimana USNO cuba menggunakan pengaruh perjuangan Bangsamoro sebagai alat politik mereka untuk menarik perhatian bangsa Suluk, sebab itu juga mereka cuba menyalahkan pemimpin sepertinya Dato Sri Shafie Apdal.
Sent from my BlackBerry® Jalin Luin
Saturday, March 16, 2013
Semua Salah Laku Pak Anwar BUKAN Fitnah
Saya tidak faham bagaimana proses politik Malaysia ini berjalan hingga menyebabkan ada segelintir masyarakatnya menjadi taksub pada pemimpin politik yang jelas tidak bermoral.
Tidakkah mereka terfikir kalaulah benar semua tuduhan liwat yang dilemparkan selama ini adalah fitnah politik lalu akhirnya ia tidak memberi kesan malah membuat sokongan rakyat terhadap BN semakin berkurangan kenapa pemerintah/BN tetap membuat konon fitnah tersebut (FITNAH LIWAT) ?Tidakkah dengan itu pengaruh pemerintah akan terus menerus tidak mendapat tempat ?
Maka itu jangan sesekali kalian yang menyokong PKR berpendapat bahawa ia adalah konspirasi UMNO/BN dalam konon menjatuhkan politik Pak Anwar. Saya tidak nampak kenapa pemerintah tetap menggunakan kerosakan moral Pak Anwar sebagai senjata politik sedangkan ia tidak mendatangkan apa apa keuntungan dari konteks sokongan, para pemimpin BN pasti sedar akan hakikat ini dan pasti mereka juga tidak mahu kehilangan sokongan rakyat terhadap BN.
Yang sebenar benarnya semua pendedahan salah laku Pak Anwar yang menyentuh moral adalah kejadian sebenar beliau dan perkara ini akan terus didedahkan selagi Pak Anwar tidak berhenti dari melakukannya. Ini bukan strategik politik yang dirancang ini adalah kebenaran salah laku. Apa kalian sanggup di pimpin oleh pemimpin yang bermoral jelek lagi rosak dan apa nanti negara ini tidak akan di kecam oleh Elahi ?
Selain TIADA interest politik dari pendedahan tersebut malah ia akan merugikan politik pemerintah yang di katakan senjata makan tuan tapi konon tetap dicanang kenapa Pak Anwar masih tidak sanggup mengangkat Sumpah sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah, sedang sudah bertubi tubi salah lakunya di dedahkan ?
Saya yakin andai pada suatu hari PR yang memerintah negara ini dan Pak Anwar tetap dengan perlakuan songsangnya, pasti perlakuan songsangya itu akan tetap di dedahkan kepada pengetahuan umum dan ia bukan di sebabkan oleh dorongan persaingan dalam memenangi hati rakyat tapi disebabkan Pak Anwar itu seorang pemimpin.
Berkira kiralah balik dalam memberikan sokongan kepada PR....... Arios
Memalit Insiden Di Lahad Datu Dan Pesanan Untuk Kaum Suluk/Bajau Suluk
Maksud saya mereka ingin menarik perhatian kaum Bajau Suluk sebagai pengundi mereka di PRU, dengan menyalahkan pihak Polis, konon pihak Polis telah berlaku kasar terhadap bangsa Tausug/Suluk ketika mereka menjalankan operasi dalam mencari saki baki penceroboh/pengganas.
Modus operandi PR ini dimulakan dari luar negara yakni dengan menggunakan blog dan portal yang ada di negara negara jiran. Agar nanti kepercayaan masyarakat tempatan terhadap tuduhan itu nanti akan lebih mendalam untuk dipercayai berbanding dengan blog dan portal tempatan yang mereka miliki.
Salah satu portal yang perlu disangsikan adalah Inquirer.net yang telahpun mengeluarkan laporan skeptikal, dibawah tajuk "We're treated like "animal.
Selain dari pihak PR yang mencanang konon insiden di Lahad Datu itu dan Semporna ini adalah projek BN atau seolahnya satu sandiwara politik.
Masyarakat kaum Tausug/Suluk dan Bajau Suluk juga harus meniliti dengan lebih halus sebab menyebab kepada berlakunya insiden ini. Salah satu sebab kenapa tercetusnya insiden ini ialah ekoran tindakan PAS/PR yang mendesak agar kerajaan melaksanakan RCI. Pada hakikatnya kita sebagai bangsa Sabahan sangat setuju dengan tertubuhnya RCI tapi prosesnya itu juga harus diperhalusi agar ia tidak nanti menyinggung sensitivite mana mana bangsa. Terus terang saya katakan RCI bawaan PR/PAS inilah yang telah menyumbang kepada kebobrokan tersebut. Kenapa tidak, ekoran dari RCI tersebut bangsa Tausug/Suluk telah merasa terhina, maklum sepanjang inquiri RCI berlangsung kehadiran kaum Suluk telah dipersoalkan sebagai bahan yang perlu diselesaikan dan ini telah menyemarakkan lagi kaum selain kaum Suluk untuk memperlekeh kaum Tausug/Suluk sebagai "pilak". Bermaksud RCI bawaan PAS telah mengundang kepada perasaan yang tidak puas hati hinggalah insiden di Lahad Datu dan Sabah terjadi
Jadi kalian sebagai kaum yang berbangsa Suluk/Tausug atau Bajau Suluk jangan terpalit oleh morus operandi mereka, mereka PR hanya cuba untuk memperalatkan kalian sebagai pengundi untuk kepentingan politik peribadi mereka.
Dan anda yang berbangsaSuluk/Tausug ambillah tugas sebagai pegawai diplomasi demi mengekalkan keharmonian yang kita kecapi selama ini. Paling tidak pun tolaklah organisasi PR jauh jauh sebab merekalah yang bertanggungjawab atas semua ini yakni keadaan bertukar dari harmoni kepada kelam hingga menyebabkan ada keluarga kalian yang terpisah sesama mereka sebab ingin menyelamatkan diri dari konon kekejaman pihak Polis seperti yang dicanang.
Sent from my BlackBerry® Jalin Luin