Tuesday, December 27, 2011

Marhaen Hampalan Mengajak Untuk Bersembang.

Mereka tetap mendokong kepimpinan Dato Sri..... 1Malaysia


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, December 20, 2011

Pemimpin Bersama Rakyat.






Hari yang ditunggu tunggu oleh marhaen Kampung Kubang dan Manampilik. Kunjungan Dato Sri Shafie Apdal ke dua kampung ini telah berjaya menyelesaikan banyak kemelut frasarana. Pembaikan Masjid,Jambatan, serta pembinaan gelanggang futsal juga pengubahsuaian surau menjadi rumah ilmu telah mendapat kelulusan serta merta.....


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, December 13, 2011

Persoalan Jambatan Yang Perlu Diberi Bantuan....

Saya ingat persoalan ini perlu untuk diselesaikan. Sudah berulang ulang marhaen ini datang ke Rumah,meminta agar persoalan Jambatan ini dibantu. Laksanakan tanggunggjawab kalian.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, October 30, 2011

Selepas pembaikan jambatan. Masyarakat setempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato Shafie Apdal

Sunday, August 14, 2011

LinDan Juara Badminton Dunia 2011 - Coretan selepas menonton :)



Juara Badminton Dunia 2011 milik Lin Dan. Memang diakui Lin Dan punya kemahiran yang tinggi ditambah semangat juang yang jitu. Tiada kesilapan mudah yang dilakukannya, smash pancungnya yang tajam mampu memberi mata demi mata. Pungutan mata silih berganti, tidak jauh jarak mata antara mereka (Dato Lee Chong Wei. Bayangkan mata kemenangan mereka 21-23.

Tidak dilupa kehebatan Dato Lee. Ketangkasan serta semangat juangnya memang layak digelar pemain no 1 Dunia. Beliau berusaha semampu mungkin tapi apakan daya, Lin Dan memang ampu dalam pertarungan.

Tahun depan 2012 tidak ada pertanding badminton dunia dianjurkan, sebab England ketika itu sedang menganjurkan Olimpik.

Friday, August 12, 2011

Wajah Melayu Di Gereja DUMC 3 Ramadan atau 3 Ogos 2011



Kita tidak mahu menyentuh kepolitikan disini juga kelemahan Jabatan Jabatan Agama. Yang menjadi persoalan besar adalah. Akidah Anak anak Melayu, kalau generasi inilah yang bakal mewarisi negara ini, maka jawabnya, lu fikirlah sendiri!. Tapi adakah ini kesilapan Pemerintah, seperti apa yang dikata Bob Lukman? Kalau tidak, salah siapa, oh sudah tentu diri dan salah ibu yang mengandung, ya ke begitu. Baik kita lupakan isu ini. Bagaimana dengan Masjid Kuning yang ada dipinggiran darat Semporna (Kampung Bangau Bangau) dikata Masjid ini berstatus Haram, jadi kenapa MUIS tidak bertindak untuk merobohkannya atau "memutihkannya". Walaupun pengasas pada masjid ini sudah hilang entah kemana tapi Masjid tinggalannya ini mampu meninggalkan kesan akidah pada pengunjungnya.

Wednesday, August 10, 2011

Kebaikan Tersembunyi


Sebenarnya kebaikan ini tidak perlu diceritakan, sebab pelakunya tahu hanya Allah yang layak membalasnya. Walaubagaimanapun, saya amat tertarik dan saya ingat ia amat perlu untuk dikhabarkan. Ramai antara kami@masyarakat Semporna yang saya dengar@lihat sering menceritakan ketidak puasaan atas kepimpinan Dato Sri Shafie Apdal, dikata dia kurang membangunkan Daerah Semporna, maka itu dia sering dipersoalkan.Nah, disini saya ingin mengkhabarkan betapa beliau prihatin akan daerahnya.Baik, sebenarnya beliau telah mengarahkan agar kaji selidik dibuat di Daerah Semporna, untuk mengetahui bagaimana daerah ini boleh dibangunkan, sudut pandang kajian tertumpu pada beberapa aspek, ya sudah tentu meliputi ekonomi dan sosial.Hasil dari kajian, yang dibuat oleh beberapa konsultan dan berapa pelajar Universiti, merumuskan bahawa Daerah Semporna perlu dibangunkan secara holistik dari sudut PENDIDIKAN,sebelum apa apa pembangunan lanjutan boleh dirancang (Untuk melahirkan generasi yang bijaksana dan selalu memandang kehadapan dalam persaingan) Nah, maka itu proses ini sedang berlangsung dengan rancak.....Isunya Sempornian perlu menghargai kebaikan budi seperti ini, walaupun pada asasnya ia kurang dirasa tidak seperti pemberian yang bersifat wang ringgit (Dikayakan). Fikir fikirkan lalu renungkan....

London Riots - Scum steal from injured boy.



Rusuhan London. Seorang pelajar Malaysia menjadi mangsa rusuhan. Selepas beliau dibelasah yang mengakibatkan giginya patah. Datang pula beberapa orang belia Britain yang kononnya ingin memberikan bantuan, rupanya ingin merompak.

Sunday, August 7, 2011

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kg Bangau Bangau 02/07/2011









Majlis pemimpin bersama rakyat (Dato Jaujan & Haji Hajan)anjuran bersama saya yang diadakan di Kampung Bangau Bangau, Semporna. Sambutan orang ramai terhadap majlis ini amat mengujakan. Dato Jaujan berpesan agar perpaduan dan pendidikan dijadikan landasan hidup, kalau ingin bersaing untuk kehadapan. Dato Jaujan juga mengkhabarkan bahawa, kepimpinan daerah sentiasa mendokong prinsip toleransi dalam membangun Daerah Semporna.

Tuesday, July 19, 2011

Saya dipanggil untuk menghakimi hak kawasan. Saya tahu kenapa JKKK tidak mahu mengadilinya....Geli nak jatuh bila lalu jambatan ini.....Adeh.



Saya dimaklumkan ini berlaku angkara politikus pertengahan dan politikus kampung yang memperbodoh masyarakat. Sampai bila perkara ini harus berlangsung. Sayang kalau seluruh pelusuk kampung di negara ini merasa perubahah tapi tidak di Semporna. Mungkin pihak pemerintah ada menyalurkan bantuan pembaikan tapi malang ia tidak dilaksanakan, kalau betul perkara itu berlaku. Lalu kenapa pihak pemimpin masih mengguna politikus kampung seperti ini. Saya belum sentuh perihal pembahagian rumah bantuan kebakaran yang tidak selaras. Yang patut mempunyai rumah akhirnya tiada begitu pula sebaliknya, saya kurang kisah dengan ini. Apa yang penting sekarang adalah bantuan pembaikan jambatan, pun begitu saya mengharapkan agar wang bantuan pembaikan nanti disalurkan pada mereka yang amanah. Kalau tidak, sampai bilapun rakyat akan mempersalah pemerintah..........

Ini perlu dibaiki......Saya tahu masaalah sebenar.


Sebab itu saya kurang percaya dengan politik kampung yang ada sekarang. Pemerintah telah menyalurkan bantuan kewangan untuk pembaikan tapi wakil politik kampung tidak amanah dalam menjalankan amanat. Isunya kemana perginya wang tersebut? Sebab itu saya kata, semua politikus kampung yang ada sekarang, berpolitik untuk memperbodoh pemimpin dan masyarakat. Ada pula kedengaran baru baru ini, bahawa politikus buangan dari bandar, ada memasang pencacai sebagai tali barutnya, dimana semua permohonan projek harus melalui mereka. Maksudnya mereka lebih berkuasa dari yb dan MP. Saya tidak mahu menyebut namanya disini, yang pasti pecacai ini berketurunan PTI.

Thursday, June 9, 2011

Apa yang mahu dikata..........Sekadar bingkisan dari perbualan.






Saya telah berjumpa dengan yb DUN Bugaya secara empat mata dirumahnya, dan kami bercerita perihal Jambatan yang usang ini. Beliau mengkhabarkan bahawa pemerintah sedang dalam proses menyebut tender, dimana sikit hari lagi Jambatan ini akan diperbaharui........Saya@kita tunggu dan lihat.

Monday, April 25, 2011

Gerai Lepa Lepa yang kecewa.

Pesta Regatta Lepa Lepa.24hb adalah hari terakhir untuk pesta ini berlangsung, dan sudah tentu ia banyak meninggalkan banyak cerita indah.Berbeza pula ceritanya dengan pemilik gerai regatta lepa, ada yang marah juga kecewa.Hari semalam saya online facebook dan terlihat satu status posting dari salah seorang peniaga gerai (Sentuhan Kidal), kalau diturut dari kandungan posting memang nyata, dia tidak berpuashati.
Lalu saya bertanyakan lebih lanjut
kenapa?....Rupanya mereka tidak berpuashati perihal pengagihan tapak gerai, dia kata mereka sebagai peniaga anak tempatan diketepikan, yakni dipinggirkan dimana gerai mereka diletakkan dikawasan yang tidak strategik,sedang gerai PTI pula
berada dikedudukan sebaliknya.Ekoran dari itu, mereka mengalami kerugian (ditambah sewa gerai RM200yang agak mahal),ekoran dari kedangkalan tersebut timbul persoalan kenapa M.D.S tidak mengendalikan@menguruskan tapak gerai,malah ia diserahkan kepada satu syarikat untuk menguruskannya.........? Peniaga juga memberitakan bahawa sewa RM200 untuk 5 hari (Rabu-Ahad) adalah tidak relevan, ini kerana sepatutnya gerai mereka mula beroperasi pada hari RABU, sedang itu tidak berlaku.Mereka juga meminta agar segala pendapatan regatta lepa (Sewa gerai) ditaksirkan kepada masyarakat Semporna, sebagai tanda ketelusan.
Salam 1Malaysia.

Via Mobile blogspot jals@jalin

Tuesday, April 19, 2011

Jambatan Marhaen Runtuh@Roboh.

Jambatan,runtuh pada akhirnya.Jambatan ini diwujudkan hasil keringat marhaen itu sendiri.Dan sepatutnya selepas beberapa tahun, pemerintah harus memberikan bantuan untuk membaikinya, ya lah dah lah tidak membinanya tapi sekurang kurangnya membaikinya.Walaubagaimanapun saya tidak menyalahkan pemerintah (khasnya DS Shafie) dalam hal ini, kenapa? Sebab saya yakin, sebenarnya ,pemerintah ada memberikan bantuan tapi wakil masyarakat kampung tidak telus tika melaksanakannya, dan ini sudah tentu ada melibatkan politik pertengahan yang turut sama memperbodoh keramaian........Perkara sebeginilah yang saya maksudkan dalam surat yang telah saya hantar kepada PM.Saya mengharapkan agar perkara sebegini tidak berulang dimasa masa akan datang,walaupun pada hakikatnya, marhaen di Kampung Bangau Bangau ini terlalu tidak peduli soal hak, tapi kita yang berakal ini harus beringat kerana hari pembalasan pasti tiba.

Via Mobile.Blogspot.jals@jalin

Kg.Pulau Mabul...Patut diberi perhatian kerana.

Kg.Pulau Mabul...Patut diberi perhatian kerana.
1.Kawasan perkuburan yang disempitkan.
2.Sempadan kampung yang diceroboh oleh pemaju pelancongan.
3.Jambatan yang terlalu usang.
4.Kawasan Masjid yang dikecilkan hingga arah kiblatnya mengarah ke Tandas hostel.
5.Bekalan air yang kini tercemar angkara pembangunan yang tidak teratur.
Kesimpulannya masyarakat ini terlalu berdikari dan semestinya harus diberikan perhatian yang serious, dengan memindahkannya kepenempatan baru yang lebih sesuai, kalau memang pulau Mabul ini ingin dimajukan atau menyelesaikan kemelut kepimpinan dalaman.Mengikut marhaen, sebenarnya pemerintah ada menyalurkan bantuan melalui wakil pemerintah kampung,tapi malang bantuan tersebut tidak dirasa oleh keramaian......Sesungguhnya saya hanya menyampaikan.Hidup hanya sekali, mari mengamalkan keterbukaan atas konsep 1Malaysia,demi kemajuan bersama.

jals@jalin

Friday, February 25, 2011

Ucapan Pembukaan Rakan Facebook Dato Sri Najib.

jalin bin luin

Tuesday, February 22, 2011

Pintu masuk ke Rumah Perdana Menteri, 20hb Feb,2011

jalin bin luin

PM, sempena minum petang bersama rakan facebook 20hb Feb, 2011

jalin bin luin

Airport Balik Sabah selepas Minum Petang dengan PM...

jalin bin luin

Akan disarankan untuk dibuat sebanyak mungkin salinannya dan diberikan pada murid murid sekolah.

jalin bin luin

Sunday, February 20, 2011

Minum Petang Bersama PM. 20hb,Februari 2011

jalin bin luin