Sejak dari mula kita tegaskan, pandangan atau kritikan Datuk Seri Shafie Apdal terhadap krisis 1MDB adalah proses biasa di dalam politik, demi kebaikan masyarakat dan UMNO itu sendiri.
Sekali lagi ingin kita maklumkan yang dipersoalkan ialah pentadbiran 1MDB secara khusus bukannya kredibiliti PM Najib Razak. Tinggal lagi Syarikat 1Malaysia ini dibawah kawalan PM Najib Razak, jadi tampaklah setiap kritikan yang berkaitan 1MDB seolah olah ditujukan pada PM Najib Razak.
Pada masa yang sama ada pihak yang mengambil kesempatan biar Datuk Seri Shafie Apdal dinilai sebagai kononnya pengkhianat sedang tanpa mereka sedari mereka itulah sebenar pengkhianat UMNO. Himmm
Buktinya tidak ada satupun kenyataan dari Datuk Seri Shafie Apdal yang menggesa agar PM Najib Razak meletakkan jawatan. (kalau ada link kan pergi sini)
Sebab itulah bila wartawan bertanyakan soalan yang merujuk pada kritikan kritikan beliau sebelum ini terhadap 1MDB, tidak beliau jawab.
Menghairankan, editor Malaysia Today telah menukar belit soalan wartawan dan jawapan no need to comment, Datuk Seri Shafie Apdal. Kononnya Datuk Seri Shafie Apdal enggan komen mengenai sokongan terhadap PM.
Walhal soalan yang diajukan tidak pun bermaksud demikian.
Peliknya kebebalan portal Malaysia Today telah disambut baik oleh CyberTrooper Tiong. Tidak faham tapi mencanang. Alahai 😉
Klik link artikel atau rakaman video yang saya maksudkan, sebagai bukti.
Shafie Apdal enggan komen mengenai sokongan terhadap PM
Sunday, May 31, 2015
Cerita Sebenar Disebalik Tajuk Shafie Apdal Enggan Komen Mengenai Sokongan Terhadap PM, Malaysia Today
Friday, May 29, 2015
Abdul Rahman Dahlan Berbohong.?
Takat kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan (DARD) berbanding Ku Li dan Tan Sri Shahrir Samad dari konteks 1MDB, jelas dua pemimpin veteran ini lebih berkelayakan, pun begitu masih boleh dipersoalkan, berbanding DARD.
Dalam satu artikel, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mendedahkan kononnya Datuk Seri Shafie Apdal telah berbohong sebab menafikan yang semua anggota Kabinet telah diberikan penjelasan perihal masalah yang dihadapi oleh 1MDB. Rentetan kenyataan Ku Li yang mengesyorkan agar semua anggota Kabinet turut menanggung beban 1MDB. Oleh itulah menurut Datuk Seri Shafie Apdal tidak boleh mereka diheret sama untuk dipersalahkan.
Kurang itu Datuk Abdul Rahman Dahlan juga mendakwa semua masalah 1MDB telah pun dimuatkan di dalam satu buku dan telah pun diagihkan pada semua anggota Kabinet. Jadi tidak ada sebab kenapa masih ada anggota kabinet yang tidak maklum akan masalah yang dihadapi oleh 1MDB lalu mempersoalkannya.
Persoalannya adakah buku atau sheet berkenaan ada mencatatkan secara detail lagi jelas masalah masalah yang dihadapi oleh 1MDB.? Macam tidak.
Sebab kalau kita rujuk pergerakan Tan Sri Shahrir, Pengerusi BN Backbenchers Club. Beliau sering bertemu dengan CEO 1MDB bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Menunjukkan beliau sendiri tidak jelas akan masalah yang dihadapi oleh 1MDB dan buku yang dimaksudkan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak membantu.
Atau kita anggap saja, hanya DARD seorang yang faham akan masalah yang dihadapi oleh 1MDB. Tapi kenapa beliau mendiamkan diri.?
Jadi betullah apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Shafie Apdal, tidak semua anggota Kabinet maklum akan masalah yang dihadapi oleh Syarikat 1MDB.
Ini Datuk Abdul Rahman Dahlan ahh, himmm
Kalau sebelum ini beliau menuduh Datuk Seri Shafie Apdal sebagai berbohong, sebenarnya beliau sendiri adalah Pembohong.? Buat buat jelas tapi sebenarnya kabur. Akibatnya kalau terlalu menjilat. Himmm
Klik link di bawah, dimana Tan Sri Shahrir Samad, bertemu dengan CEO 1MDB bagi mendapatkan maklumat lanjut sementara Datuk Abdul Rahman tampil menafikan Datuk Seri Shafie Apdal.
Shahrir Ulas Pertemuannya Dengan CEO 1MDB
"Berpuasa setahun pun tak mampu bina rumah besar”
KUALA LUMPUR: Pegawai tinggi kerajaan tidak mampu membina rumah besar selepas bersara walaupun berpuasa sepanjang tahun, kata Datuk Ibrahim Ali.
Presiden PERKASA itu berkata, adalah janggal sekiranya pesara kerajaan mampu membina rumah besar dan memiliki kereta mewah sedangkan ia di luar kemampuan mereka.
“Cuba tengok bekas pegawai tinggi kerajaan, selepas dia bersara. Mana dia dapat duit untuk membina rumah besar, membeli kereta mewah.
“Sedangkan, dia hanya kakitangan kerajaan sahaja dan jika dia berpuasa sepanjang tahun dan setiap hari, tidak mungkin mampu untuk membeli kereta dan rumah mewah,” katanya.
Ibrahim berkata, beliau menyokong penuh gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya siasatan dilakukan terhadap pegawai kerajaan yang hidup mewah di luar kemampuan.
“Saya kena bersetuju dengan Tun Mahathir, sebab saya penyokong dia,” katanya dalam sidang media pada Khamis.
Beliau berkata, gesaan itu sudah lama dibangkitkan namun tidak mendapat sambutan sehinggalah mantan Perdana Menteri sendiri yang mempersoalkan perkara itu.
Sumber FMT.
Mohon pencerahan, apa yang perlu dilakukan. Menyalahkan kakitangan yang terpalit secara total juga, rasanya kurang tepat.
Sebab imbuhan yang mereka dapat tidak semestinya datang dari urusniaga rasuah, tapi ada kalanya pemberian saguhati dari pihak yang berpuashati selepas mereka memberikan kepercayaan hingga dapat apa yang diinginkan.
Atau memang salah, sebarang pemberian wang ringgit selepas urusniaga adalah salah. Tidak boleh diambil walaup apapun alasannya.?
Thursday, May 28, 2015
Pelan Hala Tuju 1MDB Dibentang Esok
Pelan hala tuju 1MDB dibentang Kabinet esok
Development Bhd (1MDB) dalam mesyuarat jemaah menteri esok.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelan itu yang turut melihat pada struktur 1MDB, digubal sebagai usaha menangkis persepsi negatif masyarakat terhadap syarikat pelaburan strategik kerajaan berkenaan.
"Kita kena kukuhkan penstrukturan 1MDB, sepadankan perniagaannya dengan pembiayaan yang telah dibuat.
"Selepas ini dilakukan, semuanya akan selesai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Koperasi Nasional, di sini hari ini.
Katanya, kementerian akan mengumumkan pelan itu kepada rakyat selepas mendapat persetujuan jemaah menteri.
Kira-kira 800 peserta menghadiri konvensyen tiga hari itu yang bermula hari ini dengan tema 'Ke Arah Melahirkan Koperasi Berimpak Tinggi Menjelang 2020'.
Sumber Bernama
Pada kita ini adalah plan strategik di dalam usaha mengikis kefahaman jelek rakyat terhadap 1MDB.
Diandaikan, plan pemulihan ini masih tidak berjaya memulihkan kewangan 1MDB. Adakah plan pemulihan akan terus diperkenalkan, sedang individu individu yang dipertanggungjawabkan dibiarkan begitu sahaja.?
Walaubagaimanapun kita berharap agar plan ini mampu menyakinkan masyarakat sekaligus berjaya memulihkan kewangan 1MDB.
Difahamkan 1MDB telah pun mendapat jaminan kewangan yakni modal berbayar dari kerajaan sebanyak RM5.8 bilion. Pun begitu 1MDB masih gagal mendapatkan sebarang keuntungan.
Tidak Semua Anggota Kabinet Tahu Pasal 1MDB, Shafie Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Mohd Shafie Apdal menolak dakwaan bahawa seluruh anggota kabinet sama-sama bertanggungjawab terhadap masalah syarikat pelaburan negara 1MDB.
Shafie berkata menteri-menteri secara aktif membangkitkan persoalan berhubung 1MDB dalam mesyuarat kabinet.
“Kita anggota kabinet yang bertanggungjawab. Itu sebabnya kita tanya soalan...
“Kita mahu tahu,” kata Shafie kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pada kakitangan terbaik kementeriannya di Putrajaya.
Katanya, kabinet juga tidak jelas berhubung sesetengah isu berkaitan syarikat itu.
Justeru, mereka tidak boleh dipersalahkan, katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah (atas) bahawa seluruh kabinet bertanggungjawab atas masalah 1MDB.
Sumber Malaysiakini.
Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) ni sama juga dengan Tan Sri Sharil Samad. Kenyataan mereka seperti mana seorang anak yang memaksa ibunya demi sesuatu. Sama ada sang ibu akur atau tidak, tidaklah ia menjadi soal. Maksudkannya desakan atau kenyataan keduanya tidak membawa apa apa makna.
Menurut Tan Sri Sharil Samad, Menteri yang tidak faham dengan pelaburan 1MDB wajar dinyahkan dari Kabinet. Sebab sebelum ini mereka telah pun dimaklumkan tapi tetap mempersoal transaksi pelaburan 1MDB. Himmm
Mungkin Tan Sri Sharil Samad lupa, yang krisis dan kesan 1MDB terhadap UMNO sangat berkait dengan kefahaman masyarakat bukannya kefahaman dari anggota Kabinet. Maklum anggota Kabinet sendiri mengharapkan sokongan atau undi dari masyarakat. Tanpa masyarakat mereka bukannya siapa siapa atau UMNO bukannya apa. Ertinya selagi masyarakat tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan, selagi itu penafian mereka terhadap UMNO akan menebal.
Jadi tidak ada pentingnya kefahaman dari anggota Kabinet dalam usaha menutup kelemahan 1MDB. Seperti mana perumpamaan anak dan ibu diatas. 😉
Ini Tan Sri seorang ni, rupanya tidak jelas akan bantera UMNO yang kian senget. Sikit miring, boleh terbalik.
Berbalik pada kenyataan Ku Li yang cuba mengheret semua anggota kabinet dalam krisis 1MDB. Dimana semua anggota Kabinet wajar bertanggungjawab keatas krisis 1MDB tidak hanya diletakkan di bahu Perdana Menteri. Sebab sebelum ini mereka telah dimaklumkan.
Hanya satu soalan untuk beliau, kalau benar semua anggota Kabinet telah dimaklumkan dan 1MDB berjalan lancar kenapa hanya pada saat akhir anggota pembangkang mempersoalkannya. Itu menunjukkan, apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Shafie Apdal adalah benar, seperti mana diatas.
Ingat artikel atau entri ini tidak bertujuan menafikan kepimpinan PM Najib Razak tapi isu 1MDB yang menjadi topik. Oleh itulah jangan malah berburuk sangka, mempersoal isu di dalam demokrasi bukannya satu jenayah, ok. Malah proses biasa di dalam demokrasi.
Monday, May 25, 2015
Tidak Ada Yang Salah Pada Ucapan TPM, Shafie Apdal
Memang benar pun, apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Shafie Apdal pasal Tan Sri Muhyiddin Yassin (TPM) semasa berucap di perjumpaan tertutup yang dihadiri oleh agak ramai pemimpin pemimpin UMNO. Pada ucapan TPM, tidak pun beliau melakukan sebarang kesalahan, berdasarkan apa yang beliau ucapkan.
1MDB adalah krisis kewangan, mahu tidak mahu harus ia diperjelaskan kepada umum. Alsebab masyarakat sudah mengetahuinya. Nah kalau tidak akan merebahkan UMNO.
Jadinya ahli UMNO yang tidak mengakuinya atau terlalu playsafe mengenainya adalah hipokrit atau sebenarnya pengkhianat. Atau memang tidak tahu apa apa. Himmm
Saya bukan jentera rasmi parti UMNO tapi masyarakat politik yang berkarier sebagai penulis yang agak kritis lagi mengikuti perkembangan politik semasa.
Mengikut pemerhatian, krisis 1MDB adalah liabiliti kepada UMNO ertinya mana mana pemimpin yang tidak mempertikaikannya secara total adalah juga liabiliti. Bicara mereka pasal masyarakat atau politik akan lama kelamaan di muntahkan ke dalam longkang.
Sunday, May 24, 2015
5,000 Kakitangan Awam 'makan gaji buta' Bakal Disingkir
KUALA LUMPUR 23 Mei – Kira-kira 5,000 kakitangan awam berjawatan tetap yang ‘makan gaji buta’ kini berada dalam radar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk ditamatkan perkhidmatan jika tidak berubah selepas diberi tempoh enam bulan
Kumpulan itu dikenal pasti terpalit dengan pelbagai masalah disiplin antaranya ponteng kerja selama 200 hari dalam setahun, datang lewat ke pejabat, terlibat dengan perniagaan serta hilang fokus sehingga penilaian prestasi mereka berada di bawah 60 peratus.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa ketika mengesahkan perkara itu berkata, tindakan tegas tersebut perlu diambil selari dengan pelan transformasi perkhidmatan awam kerana tidak adil untuk jabatan terus mengekalkan mereka yang hanya ‘makan gaji buta’.
Bagaimanapun katanya, sebelum ditamatkan perkhidmatan, kumpulan kakitangan awam yang bermasalah tersebut akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi kerja masing-masing dalam tempoh enam bulan terlebih dahulu sebelum penyingkiran dibuat jika masih tidak berubah.
“Kita bukan hina penjawat awam, ini untuk kebaikan penjawat awam tersebut dan juga jabatan. Mereka tak fokus, terlibat dengan perniagaan, ponteng kerja dan macam-macam lagi. Orang macam ini saya rasa kita tidak perlu pertahankan untuk kita bayar gaji buta.
“Jumlah 5,000 bukan angka mengejutkan kerana keseluruhan penjawat awam 1.61 juta tetapi kita akan panggil mereka untuk diberi latihan. Tapi kalau mereka masih tak mahu tolong diri sendiri kita tak dapat berbuat apa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perasmian Hari Terbuka Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Ali berkata demikian ketika diminta mengulas dasar pemisah personal berprestasi rendah bagi penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dalam usaha mentransformasi perkhidmatan awam.
Kepada soalan apa reaksi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung langkah tersebut, beliau berkata, sesi perbincangan mengenai perkara itu sudah dilakukan sebelum ini dan kesatuan tersebut melahirkan persetujuan.
Beliau dalam nada yang tegas juga menjelaskan, tindakan yang akan diambil ke atas kakitangan awam bermasalah itu bukan bertujuan mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam kerana pengambilan baharu tidak akan dibekukan bagi menggantikan mereka yang bersara.
“Kita memberi jaminan tiada langkah mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam kerana pengambilan baharu akan tetap dibuat bagi menggantikan kakitangan yang bersara berjumlah 25,000 setahun, cuma perjawatan baharu sahaja yang dibekukan,” katanya.
Sumber Utusan Online
Harus kenyataan ini menjadi ingatan pada kakitangan yang terpalit.
Melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin adalah juga jihad. In Shaa Allah
Friday, May 22, 2015
Rohingya, Kenapa Kurang Mendapat Pembelaan Dari Negara Jiran
Kelihatan Penganut Agama Buddha Membantai Etnik Rohingya
Pembunuhan kejam etnik Rohingya
Etnik Rohingya, mulanya masyarakat imigran, etnik ini dikenali sebagai pengacau, nakal, degil dan ambil hak orang (lebih kurang begitulah kalau menurut satu artikel, siapa Etnik Rohingya secara ringkas) Akhirnya mereka menjadi mangsa keadaan terutamanya oleh negara negara jiran. Hampir tidak ada negara yang ingin melindungi mereka terkecuali Malaysia. Itu pun telah menjadi isu, lambakan Rohingya di setengah tempat di Semenanjung.
Sebab itulah kok, bila kita bersosial anggap saja kita sedang mewakili bangsa.
Pun begitu sebagai saudara seagama mari kita berikan kekuatan atau saja bantuan. Juga mari kita mengherdik pemerintah Myanmar sebab bersikap kejam terhadap mereka yang beragama Islam. Sangat zalim, wajar diperangi.
Walaubagaimanapun menurut sumber yang kita boleh dapat bersepah di ruang maya. Presiden Turki telah menyatakan kesanggupan melindungi beratus ratus etnik Rohingya yang kini menjadi mangsa penghapusan etnik di Myanmar. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Thursday, May 21, 2015
JASA Mempersoal Kemampuan TPM Pasal Pendidikan
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Ok juga ya lantang beliau mempersoal kemampuan Timbalan Perdana Menteri yang memegang portfolio Kementerian Pendidikan. Berhubung kedaifan beberapa buah Sekolah terutamanya di pedalaman negeri Sabah.
Selepas beliau mendapat perkhabaran yang disampaikan melalui akaun Facebooknya.
Katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan tidak turun padang sebab itulah beliau tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Oleh itu jugalah pegawai utama PPD tidak boleh dipersalahkan secara total.
Jangan saja katanya syok dengan anggaran perbelanjaan yang berjuta tapi hakikatnya serba daif. (lebih kurang begitulah maksud amarahnya)
Jangan juga hanya berbangga dengan pencapaian PPPM kalau level playing field masih tidak sama,” tulisnya pada dinding akaun Facebooknya.
Tapi kita juga merasa pelik, bukan tidak ada Menteri yang berkaitan dengan pendidikan yang berasal daripada Sabah. Kenapa Marry Yap tidak bertindak, bagi memastikan segala keperluan frasarana dapat disediakan dengan sebaiknya.
Mahu tidak mahu, terpaksa kita akui atau bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Datuk Dr Fuad, Pengarah JASA Malaysia. Harus kelengkapan prasarana disediakan, memandangkan Sabah antara negeri yang paling kaya di Malaysia. Kaya tapi daif itu tidak patut. Himmm
Disini juga admin ingin mengambil kesempatan, mengaitkannya dengan Datuk Seri Shafie Apdal khasnya dari konteks pendidikan di daerah Semporna. Untuk makluman telah banyak sumbangan yang dihulurkan oleh Datuk Shafie Apdal terhadap keperluan pendidikan di daerah Semporna, dengan membekalkan kelengkapan dan dana tunai kepada pihak Sekolah/PPD tanpa melalui saluran Kementerian Pendidikan.
Kamu orang sudah nampak kan, kenapa perlu ada Menteri atau wakil Menteri atau saja Pegawai yang dipertanggungjawabkan yang rajin turun padang seperti mana Datuk Seri Shafie Apdal, hampir tidak mengira masa dan waktu. Semuanya demi kesejahteraan masyarakat.
Wednesday, May 20, 2015
Sepertinya Abu Sayyaf Keluarkan Senarai Nama Untuk Di Culik
Kumpulan penculik merentas sempadan sepertinya Abu Sayyaf telah pun mengeluarkan senarai nama yang terbahagi kepada dua kategori ahli perniagaan dan ahli politik, tidak terkecuali Pegawai Kanan kerajaan. Menariknya, sumber itu berkata dalam kategori pertama termasuklah pegawai-pegawai kanan daripada agensi-agensi penguatkuasaan, dari Suruhanjaya Keselamatan Timur Sabah.
Menurut pegawai kanan Sabah United Cina Dewan Perniagaan (SUCCC). Presiden Dewan Perniagaan Cina di Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah antara sasaran culik kumpulan culik yang menyerupai kumpulan Abu Sayyaf atau boleh saja dari kumpulan Abu Sayyaf.
Menurut sumber, menasihatkan agar mereka yang berkenaan tidak keluar malam dan menjaga jadual pergerakan supaya tidak menjadi mangsa.
Pihak Polis Cawangan Khas Sabah telah pun mengenal pasti atau mendapatkan senarai nama yang diancam untuk di culik mereka terdiri daripada 32 atau 45 nama.
Kita tidak menolak, insiden culik mampu membuahkan hasil yang sangat lumayan dengan mendapatkan wang tebusan. Jadi tidak mustahil kalau ia menjadi sumber pendapatan kepada kumpulan jahat yang bertapak di selatan Filipina, terutamanya.
Dalam pada itu, pihak polis senantiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Dan kita sebagai masyarakat sewajarnya lah menyalurkan apa pun maklumat bagi membantu pihak yang berkuasa.
Paling tidak suka kita menasihatkan agar berhentilah membuat kerja jahat, fikirkan juga kaum bangsa sendiri yang ingin hidup sejahtera sekaligus terpalit hingga dipandang sinis. Kesian.
Cina DAP, Berpolitik Untuk Kaya
Kekayaan begini rupa, tidak pula di persoalkan oleh penyokong sama ada PKR, DAP atau saja PAS.
Ini harga kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang, hampir mencecah juta. Oh.
Ini masyarakat pro pembangkang, sedang asyik mengukur ketelusan pemimpin pemerintah sampai lupa akan attitude kaum Cina. Tidak mereka bersusah susah hanya kerana rakyat kalau akhirnya tidak menguntungkan mereka. Untungnya pula mesti luar daripada biasa malah boleh membawa kepada gelaran bilionair dalam diam.
Oleh itulah sangat sedikit kaum Cina yang makan gaji, berbanding berniaga dan berpolitik walaupun sekolah mereka bertingkat tingkat.
Kaum Cina yang saya maksudkan ialah mereka yang menyokong DAP atau pembangkang. Mereka ini berpolitik untuk kaya. Himmm
Tuesday, May 19, 2015
Ketengah Isu Culik Sabah Di Mesyuarat Asean, Shafie Apdal
KUALA LUMPUR - Insiden penculikan di pantai timur Sabah merupakan isu yang harus diketengahkan oleh Malaysia di mesyuarat Asean, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Saya berharap kita (Malaysia) yang menjadi pengerusi Asean pada saat ini, perkara seumpama ini (insiden penculikan di pantai timur Sabah) menjadi satu agenda untuk ditekankan," katanya kepada pemberita selepas 'Soft Launch' Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2015 di Sri Pentas TV3, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, pihak berwajib di Filipina juga diharap mengambil tindakan tegas bagi mengawal kemasukan rakyat mereka ke Malaysia terutama di Sabah sebagai usaha membanteras pencerobohan sempadan negara.
Ditanya mengenai cadangan menghentikan sistem 'barter' atau tukar barang antara penduduk di pesisir pantai timur Sabah dengan penduduk selatan Filipina yang disuarakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang aktiviti jenayah terutama penculikan, Mohd Shafie berkata, setiap tindakan yang bakal diambil perlu diteliti bagi memastikan keberkesanannya.
"Keadaan ini (penculikan) sudah berlarutan dalam tempoh yang agak panjang dan ia cukup membimbangkan kita semua kerana kesannya bukan sahaja terhadap industri pelancongan malahan memberi kesan berat kepada masyarakat setempat," katanya.
Insiden penculikan yang berlaku pada malam hari Khamis (14 Mei) menyaksikan seorang wanita dan seorang lelaki diculik oleh empat lelaki menggunakan senjata panjang dan pistol di Restoran Ocean King, di Sandakan.
Ia merupakan antara beberapa siri insiden penculikan yang berlaku di Pantai Timur Sabah termasuk penculikan anggota Pasukan Polis Marin, Konstabel Zakia Aliep, pada Julai tahun lepas di Pulau Mabul, Semporna. - Bernama
Klik link, perkara yang berkaitan.
Penculikan Di Bandar Sandakan Kegagalan Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah, Musa
Pandikar Amin Akui Ada Hantar Surat Peletakan Jawatan
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengaku telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, katanya, Najib tidak membuka surat itu dan berjanji untuk menangani rungutannya dan mentransformasikan Parlimen.
Justeru, Pandikar berkata beliau memutuskan untuk kekal sebagai speaker.
Pandikar berkata demikian dalam sidang media di rumahnya di Kuala Lumpur hari ini.
Pandikar tidak hadir ke Parlimen hari ini walaupun berbuat demikian semalam.
Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pandikar akan meletakkan jawatan kerana tidak puas hati dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Pandikar menafikan sebelum ini. Mahathir bagaimanapun tetap berkeras bahawa Pandikar benar-benar memberitahunya perkara itu dalam pertemuan mereka sebelum ini.
Sumber Malaysiakini
Sudah kita agak, pengakuan seperti ini akan kita dengar. Sebab tidak mungkin Tun M mengada ada, membuat kenyataan yang tidak berasas.
Nah ini yang saya maksudkan, kenapa sebelum ini saya bertegas, ekoran kenyataan Dr M terhadap Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Tapi dinafikan oleh beberapa pihak. Cakap saja apa yang berlaku. Tidak salah pun. Himmm
Isunya kan untuk apa Tan Sri Pandikar bermain silap mata ya.?
Pandikar Amin Malukan Dr M
Monday, May 18, 2015
Pandikar Malukan Saya, Beri Gambaran Saya Pembohong" - Tun M
KUALA LUMPUR: "Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memalukan saya dengan berkata dia tidak letak jawatan."
Ini kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menjelaskan Pandikar ada datang berjumpa dengannya walaupun tidak diminta berbuat demikian.
"Dia ceritakan tentang perasan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib (Abdul Razak). Dan dia kata dia nak letak jawatan.
"Bahkan dia kata dia sudah tidak jadi speaker dah. Itu yang dia cerita kepada saya.
"Dia ceritalah sikit perasan tidak puas hati dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai speaker.
"Lepas itu dia tanya saya apa perlu saya buat. Saya kata kalau dia nak resign resignlah. Saya percaya dia cakap sudah bagi surat kepada Najib kata dia nak resign," katanya di pelancaran buku 'Dr Mahathir's selected letters to world leaders' di Perdana Leadership, di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata beliau cuma mengulangi apa yang Pandikar cakap kepadanya.
"Dia kata seperti saya ini bohong. Ini tak payahlah. Malulah saya," katanya.
Di dalam ucapannya semasa melancarkan buku itu, Dr Mahathir berkata Pandikar tidak berpuas hati dengan hiasan dalaman di pejabat Parlimennya yang berada di dalam keadaan teruk dan mungkin juga itu antara sebab untuk beliau menyatakan 'hasrat untuk meletakkan jawatan.'
Dakwaan Dr Mahathir tentang peletakkan jawatan speaker Dewan Rakyat itu disangkal oleh Pandikar.
Hari ini Pandikar seperti biasa mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13.
Sumber AstroAwani
Sebelum kenyataan balik dari Dr M, admin sendiri pernah menerima perkhabaran yang sama, seperti yang dibangkitkan oleh Dr M diatas.
Sebulan sebelum isu perletakan jawatan Tuan Speaker dinyatakan oleh Dr M.
Isunya kenapa Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan sekerasnya ya. Tidak mungkin Dr M membuat kenyataan yang samborono. Apa lagi secara logiknya, tidak Tan Sri Pandikar Amin Mulia terlibat dengan pergolakan politik semasa. Sama ada di pihak PM Najib Razak atau Dr M.
Malah tidak pernah pun disebut nama Tan Sri Pandikar Amin Mulia di tengah tengah pergolakan.
Mohon pencerahan.?
Sunday, May 17, 2015
GST Dikenakan Setiap Kali Draw Wang.
Sebelum ini ada kita mendengar ketidakpuasan hati rakyat terhadap perlaksanaan GST yang dikenakan oleh pihak Bank.
Saya sendiri, menafikannya. Saya berpendapat servis GST hanya dikenakan sekali dalam sebulan, yakni berapa kali pun kita draw wang dalam bulan yang sama hanya sekali GST dikenakan tapi rupanya tidak. Begitu juga, saya berpendapat GST oleh Bank hanya dikenakan bila kita berurusan dengan Bank bukan Cawangan.
Itu bererti, tidak ada beza bila kita membeli top up kredit, setiap kali kita membeli, setiap itu jugalah kita dikenakan bayaran GST, 6%.
Pun begitu, bagi menurut kehendak kawan yang meminta agar perkara ini di maklumkan kepada umum. Nah saya paparkan di Blog ini.
Keterangannya :-
Pada hari pertama, cukai perkhidmatan dan GST dikenakan sebanyak 0.53 begitu juga dengan hari kedua dan hari hari yang seterusnya bergantung pada baki wang yang ada di dalam Bank.
Mohon pencerahan, apa benar setiap kali kita draw wang, setiap itu jugalah kita dikenakan GST walaupun dengan Bank Cawangan.?
Dr M Istihar Tidak Lagi Menyokong PM Najib Razak
IPOH: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan dirinya tidak memberi sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri kini, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Beliau berkata demikian dalam program ‘Bicara Negara Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad’ di Ipoh petang ini.
Ujarnya, beliau telah menulis dan menghantar sepucuk surat memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan menyatakan pendiriannya untuk tidak memberi sokongan kepada pemimpin tersebut.
“Dia simpan surat itu dan tidak memberitahu.. tetapi menyuruh orang cakap kepada saya.. tarik lah surat itu, saya tak boleh tarik kerana tiada kesan,”.
“Orang ini tidak patut lagi menjadi Perdana Menteri, lama baru boleh saya sampai ke tahap itu ..saya marah kepada dia nasihat macam-macam tak jadi,” katanya.
Katanya beliau turut membuat perhintungan dan berpendapat bahawa UMNO akan berhadapan dengan kekalahan dalam pilihanraya ke-14 adalah berasas berdasarkan kajian yang telah dilakukannya begitu lama.
“Empat tahun Saya telah buat kajian tentang prestasi Najib apabila berlaku dalam pilihanraya-13 dia akhirnya gagal mendapat sokongan lebih daripada Pak Lah.. saya fikir kalau dia pimpin UMNO dalam pilihanraya ke-14 kita akan kalah.
“Orang Melayu sudah tidak sokong dah.. dia telah jadikan UMNO satu organisasi yang buruk yang orang tak suka ..banyak orang muda yang tak nak jadi ahli UMNO,” katanya.
Jelasnya lagi, UMNO dahulunya merupakan satu badan yang berjuang memerdekakan negara ini dan tampil berjuang menentang Malayan Union serta turut berjuang membangunkan negara selama 60 tahun.
“UMNO lah menerajui negara ini dengan jayanya tetapi saya dapati orang UMNO pun tak sokong dan kita tak boleh fikir kita akan menang hanya kerana undi orang UMNO sahaja,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, UMNO masih memerlukan sokongan daripada bukan ahlinya dan juga pengundi Cina dan India.
“Dia tidak boleh baca perasaan rakyat kerana dia tidak berdamping seperti bapanya dulu pergi ke kampung-kampung,”.
“Saya telah buat perhitungan bahawa saya berpendapat bahawa Najib tidak boleh menang dalam pilihanraya ke-14, ini bukan bersifat peribadi saya membuat perkiraan demi kepentingan parti, bangsa, agama dan negara,” katanya.
“Tidak boleh membiarkan sokongan kepada individu satu sahaja dan menidakkan sokongan kepada agama, bangsa dan negara”.katanya tegas.
Beliau juga menyatakan pendiriannya untuk tidak merelakan UMNO terkubur begitu sahaja biarpun merasakan ada segelintir pihak tampil memarahinya diatas tindakan dan pendiriannya tidak menyokong pemimpin nombor satu itu.
“Kalau Najib pimpin dan kalah saya fikir UMNO akan lenyap.. ini satu badan bertuah berjuang begitu lama yang didirikan bersama Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, anak sendiri yang bagi hancur UMNO,” katanya.
Sumber.
Friday, May 15, 2015
Dr M Dan Shafie Apdal Balik Umrah Bersama Harapan.?
Pasti gambar ini telah berjaya menimbulkan banyak persepsi. Dua pemimpin, baru balik dari mengerjakan umrah. Disambut oleh penyokong masing masing.
Siapa tahu selepas ini akan ada cerita menarik yang akan menguntungkan masyarakat, khasnya masyarakat Sabah.
Saya tidak katakan, selain dari apa yang saya maksudkan, seperti mana gambar. Apapun itu hak masing masing, untuk mentafsirkannya. 😉
Sebelum ini dua pemimpin ini, selain Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikaitkan dengan perbezaan dalaman UMNO ekoran gesaan mereka terhadap transaksi 1MDB. Tapi telah disalah ertikan sebagai tidak setia kepada ketua atau kononnya gunting dalam lipatan oleh pemimpin dari Sabah semasa berucap di majlis solidariti di hadapan PM Najib Razak di bandar Tawau? hanya kerana bertanya.? Himmm.
Kita tunggu dan lihat.
Penculikan Di Bandar Sandakan, Kegagalan Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah.
Kita katakan dulu lama, yang kita menyokong kenyataan Menteri Pelancongan Malaysia. Bahwa keselamatan di pantai timur Sabah masih belum terjamin. Sekaligus menolak penafian oleh Menteri Pelancongan Tempatan, Datuk Masidi Manjun bahwa keselamatan di pantai timur Sabah sedia terjamin.
Mungkin tujuan Datuk Masidi Manjun, pada ketika itu, hanyalah untuk menjaga hati Ketua Menteri Sabah, yang juga merangkap Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah.
Tapi menjaga hati, pada masa yang sama mengabaikan keselamatan masyarakat.?
Nah terbukti selepas itu ada cubaan kes penculikan, terbaru di bandar Sandakan pada malam semalam. Dua individu telah menjadi tebusan.
Ekoran penculikan di bandar Sandakan. Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu. Menyatakan, ada yang tidak kena.
Apapun ceritanya, Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah harus dipertanggungjawabkan. Sebab gagal menjaga kesejahteraan masyarakat Sabah.
Mungkin maksud sebenar yang mahu disampaikan oleh Datuk Dr Maximus ialah Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah tidak ada idea, tapi tak kan sama dengan individu individu yang ada di sekelilingnya. Himmm 😉
Klik link dibawah, berhubung kenyataan Datuk Maximus Ongkili, pasal penculikan di bandar Sandakan.
Kes Culik Di Sandakan, Ada Yang Tidak Kena
Thursday, May 14, 2015
Penculikan Di Bandar Sandakan
3 orang Pengganas Sulu dengan pistol dan senapang M16 menyerbu masuk ke Restoran Ocean King, Sandakan lalu menculik seorang perempuan Cina, yakni pemilik restoran berkenaan juga menculik seorang pelanggan lelaki yang berbangsa Cina.
Seminggu yang lalu, sekali lagi hampir berlaku penculikan di kolam udang di daerah Semporna. Nasib baik saja pemilik kolam udang tidak berada di tempat kejadian.
Kali ini penculikan berlaku di bandar Sandakan.
Sekali lagi juga kita mempersoal keberkesanan tanggungjawab dari seorang Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah (Ketua Menteri), sejauh mana beliau menangani situasi ini yang nampaknya semakin genting.
Mohon pencerahan.?
Semporna sekali lagi di serang mundu
Monday, May 11, 2015
UMNO Berhadapan Krisis Kepercayaan
UMNO berhadapan dengan krisis kepercayaan daripada masyarakat. Ertinya masyarakat yang perlu di tackle, bukannya sesama ahli UMNO.
Oleh itu tindakan Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Apdal dan beberapa individu dari Pergerakan Muda UMNO Malaysia dan negeri yang mempersoal pembelian hartanah 1MDB oleh Tabung Haji adalah tepat. Tidak merosakkan UMNO, malah sebaliknya memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap UMNO.
Sebelum ini hampir semua pemimpin UMNO dinilai sebagai individu yang mengenepikan kebenaran. Sekarang tidak lagi, terbuka, berani, berhemah telah menjadi budaya pemimpin UMNO. Bukan kah ini yang dimahu oleh masyarakat.? Bukan macam pemimpin pemimpin utama PR, sikit sikit pecat. Ada banyak dia punya bukti, jangan nafikan.
Pada masa yang sama PM Najib Razak juga harus tampil dengan kenyataan kenyataan yang rasional lagi holistik, tidak menyalah ertikan apa yang diluahkan oleh pemimpin yang kita sebutkan diatas. Cari jalan penyelesaian, demi kelangsungan UMNO.
Maka itulah sempena sambutan UMNO ke 69 sekali lagi Datuk Seri Shafie Apdal mengesa agar keyakinan masyarakat terhadap UMNO di pulihkan.
Mohon pencerahan.?
Klik link dibawah
Perutusan Shafie Apdal Sempena Ulang tahun UMNO ke 69
Sambutan Solidariti Di Tawau Agak Hambar!
Sambutan Solidariti Di Tawau Agak Hambar
Pernah saya katakan dulu lama, politik akar umbi di negeri Sabah adalah milik Datuk Seri Shafie Apdal. Bukannya Datuk Seri Musa, sebagai Ketua Menteri.
Terbukti pada hari ini di majlis solidariti antara PM Najib Razak dan Musa Ketua Menteri yang diadakan di bandar Tawau. Masyarakat yang hadir tidak menjangkau seperti yang disangka. Sinikalnya, lebih banyak bendera berbanding hadirin. Mereka itu pula datang dari pelbagai pelusuk daerah, termasuklah dari pantai barat.
Dianggarkan masyarakat yang hadir hanyalah sekitar 15 ribu orang. 15 ribu di pantai timur Sabah.? Sangat ada yang tidak kena, perlu dibetulkan dengan kadar yang segera sebelum terlambat. Kalau sambutan hambar itu berlaku di pantai barat, tidaklah kita hairan, maklum di pantai barat sendiri ada 12 kawasan yang menjadi milik pembangkang.
Untuk lebih jelas, sambutan Solidariti berkenaan kalau dibandingkan dengan sambutan pesta Reggata Lepa. Jauh banyak yang hadir di pesta Reggata, mencecah 30 atau 40 ribu orang.
Gambaran, siapa sebenarnya yang diterima oleh akar umbi telah lama saya tulis, tapi malangnya ada pihak yang cuba menafikannya tidak ingin menerima hakikat kebenaran. (klik link dibawah sekali, itulah entri yang saya maksudkan)
Sudahlah pentadbiran negeri sedia terpalit dengan banyak isu yang melibatkan kepentingan masyarakat terutamanya isu pemilikan tanah yang hanya dimiliki oleh kroni dalam jumlah yang besar di tambah lagi dengan kebobrokan 1MDB yang telah memberikan kesan negatif pada ramai masyarakat Melayu di Semenanjung.
Yang amat mengesalkan kalau benar ialah andai majlis solidariti ini dirancang bagi tujuan peribadi, untuk menunjukkan bahawa Ketua Menteri Sabah mampu memikul tanggungjawab dengan itu nafikan saja kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal di negeri Sabah.
Atau paling tidak, bagi tujuan menguatkan sokongan terhadap PM Najib Razak yang sekarang sedang bergelut dengan tekanan dari pemimpin dan ahli UMNO itu sendiri.
Harus kita faham, pergolakan yang berlaku tidak menuntut kepada sokongan dari masyarakat umum tapi dukungan dari kalangan pemimpin pemimpin UMNO dan ahli UMNO secara keseluruhannya.
Lalu apa rasionalnya sambutan majlis solidariti di peringkat Tawau dengan kekukuhan PM Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.?
Pemimpin M vs Pemimpin S
Friday, May 8, 2015
Kenyataan Shafie Apdal, Isu Tanah 1MDB
Kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Hj Apdal
Isu pembelian Tanah 1MDB.
1) Sebelum ini saya telah pun menyatakan bahawa perlunya isu 1MDB diberi perhatian serius dengan menjawab segala persoalan berkaitan secara terperinci.
2) Isu ini bukan hanya menjadi kebimbangan saya dari awal lagi malahan rakyat secara keseluruhannya.
3) Perkara ini menjadi lebih serius apabila kita dimaklumkan tentang pembelian sebidang tanah oleh satu lagi badan pemegang amanah awam.
4) Isu tentang penglibatan Tabung Haji ini sekiranya tidak ditangani dengan baik, saya khuatir kredibiliti kerajaan akan terus dipertikaikan.
5) Saya gesa agar isu ini diambil tindakan serius supaya rakyat yang merupakan pemilik dana yang disimpan di dalam Tabung Haji terus yakin bahawa simpanan mereka selamat dan terjamin.
Pengganas Di Sebuah Ladang Di Lahad Datu,
Ladang Haranky Kwantas di kepung oleh sepasukan Esscom Lahad Datu. Sebab disyaki ada pengganas bersenjata bersembunyi ladang berkenaan.
Dipercayai pengganas berkenaan terdiri dari 11 orang yang lengkap berpakaian askar dan senjata.
Menurut orang kampung, mereka kerap melihat sekumpulan lelaki melalui belakang rumah mereka. Sebelum mereka membuat laporan polis, kalau kalau mereka datang dari pasukan tentera atau saja Esscom.
Selepas siasatan dibuat, mendapati mereka bukan anggota keselamatan tapi orang awam yang berpakaian lengkap seperti anggota tentera Malaysia. Atau lebih mudah, sekumpulan pengganas.
Himmmmmmm.
Pesanan Dari Veteran Politik Sabah Kepada Kita
Komen di group Kelab Penyokong P189, dimana saya adalah adminnya.
Komen ini datang dari seorang pengamal politik veteran. Telah melalui pelbagai liku politik, melepasi era kebangkitan parti tempatan Sabah bermula dari USNO, BERJAYA, PBS dan sekarang UMNO/BN di negeri Sabah, itulah Tuan Abdul Rasul.
Semoga ia menjadi pedoman kepada kita.
"Pru14 hampir tiba, APA misi dan visi kita untuk memperkemaskan isu2 semasa, ada kah kita terus leka melobi sana sini untuk kepentingan peribadi atau terus membodek pemimpin untuk mendapatkan sesuatu?.. Ingat tiada umno atau Bn entah kemana arah kaum pewaris bumi tanah tinggalan nenek moyang kita ini. Jangan asek bergambar & mengambar sebagai latarbelang kononya untuk mendakati pegundi atau berkhidmat kononya untuk Bn, bangsa, agama Dan Negara, sebenarnya cogan kata ini sudah lapuk Dan jejek dipersembahkan masa kini kerana realitinya yg tersirat adalah berjuangkan kepentingan peribadi banyak faktah sahih sama ada pemimpin atasan hinggalah menyokong bawahan BN. Marilah kita kembali keerah perjuangan pemimpin kita terdahulu dimana perjuangan mereka tulin untuk negara, agama Dan bangsa Tampa menghiraukan pulagan perjuangan mereka. Sebenarnya kalau kita terus hayal dibuai mimpi INI Tampa musabahah diri percayalah penomina yg melanda politik Bn hari INI akan lebih para lagi masa2 akan datang semua puteh mata penyesalan bukan kepalang. Ingat mencegah lebih .mudah dari mengubati. Kembali kita kawan2 kepada ajaran Islam dan shriat Rasullullah serta mematuhi seruhanya meninggalkan laranganya. Insa'allah selamat dunia akhirat. Kalau kita berhati batu Dan berjiwa kaum yahudi Dan nasrani yakinlah melapetakah besar akan menimpa kita saperti kisah kaum Nabi Nuh dan PERAUN. Mereka lupa kepada Allah mana pencipta, mereka Ego,Bongka,Takbur, Sumbong, hasad dengki Dan melakukan perkara2 yang dilarangnya. Nauzubillah minta zalik. Wallahualam"
Semporna Sekali Lagi Di Serang Mundu
Terbaru pada 07hb Mei 2015 sekitar jam 3am telah berlaku satu insiden rompak di Pusat pemeliharaan Udang (kolam) Kampung Melanta, Pulau Bait, Semporna.
Perompak telah berjaya merampas Janakuasa, telefon bimbit dan barang tertentu. Nasib baik saja tiada individu yang kena culik. Himmm
Dipercayai perompak terdiri dari tiga individu yang tidak dikenali memakai topeng muka juga lengkap bersenjata pistol dan senapang.
Kita katakan dulu lama, Ketua Menteri Sabah sebagai Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah kurang berjaya di dalam memastikan kesejahteraan masyarakat Sabah. Ertinya gagal memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah.
Mohon pencerahan. Jangan malah marah mentang mentang saya sentuh Datuk Musa Aman. Ok.?
Thursday, May 7, 2015
Penafian Tabung Haji Pasal Pembelian Aset.
Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.
Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.
Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.
Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?
THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.
Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?
Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.
Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan. Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?
Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.
Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.
Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.
Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.
Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?
Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.
Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli. Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.
Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.
Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka yang memfitnah dan memutar belit fakta untuk bertaubat.
Sumber dari Whatapps.
Sunday, May 3, 2015
Amanat Shafie Apdal Pada Penduduk Permatang Pauh
Beri peluang pada BN untuk berbakti pada penduduk di Permatang Pauh, dengan mengundi calon BN, Tuan Suhaimi Sabudin. Pesanan Datuk Seri Shafie Apdal.
Memandangkan sejak berpenggal yang lalu, tidak ada kemajuan yang telah dikecapi. Hatta masih ada kampung yang belum menerima bekalan letrik, walaupun Permatang Pauh terletak di antara negeri yang paling kaya di Malaysia yakni Pulau Pinang.
Pada pengundi di Permatang Pauh, kamu orang percaya dengarlah dengan apa yang disuarakan atau dipinta oleh Datuk Seri Shafie Apdal. Memandangkan beliau memegang portfolio Menteri KKLW. Akan nanti beliau buktikan tu.
Ini bukan omong kosong, telah terbukti benar. Frasarana di luar bandar telah jauh berubah kepada yang sangat baik.
#PRKPermatangpauh
PAS Dilarang Mencampuri PR Di Permatang Pauh
Sampai sudah ketahap ini. Saling menyerlahkan kekurangan yakni kebodohan.
Politik PKR dan PKR melarang jentera atau penyokong PAS mencampuri kempen mereka PR di PRK Permatang Pauh.
Sikap jelek ini bermula dari tingkat yang paling tinggi hinggalah ke tingkat paling bawah alias Macai.
Tapi bab mengata orang, bukan main lagi.
Hakikatnya kebanyakannya jentera politik PR adalah sebenarnya kolot. Taksub tidak bertempat, sebab itulah cakap main hentam saja. Mahu kelihatan bijaksana.? 😉
Lihat ya, boleh lagi kebenaran ini dinafikan dengan kenyataan kenyataan yang sangat retorik. Himmmmmmm
#PRKPermatangpauh
Friday, May 1, 2015
Penangguhan GST top up, Agak Memalukan
Ini cerita GST kan, bikin malu. Saya sendiri mendapat sebahagian dari dia punya malu oh. 😉
Sebab semalam ada kita paparkan kenyataan rasmi dari KP Kastam, mengenai penghapusan GST top up menjelangnya 1hb Mei tapi hari ini berita gembira itu telah bertukar kepada kekecewaan.
Alasannya, menurut Pengerusi MCMC, Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam satu kenyataan selepas pengumuman KP Kastam, pula berkata isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem.
Kita dikhabarkan hanya untuk membetulkan sistem ia akan menelan belanja sehingga RM30 juta. Boleh percaya.?
Kerumitan konfigurasi sistem.? Alahai
Kerumitan konfigurasi sistem.? Alahai
Kerumitan konfigurasi sistem.? Alahai
Atau mahu saja Menteri yang berkenaan yang mengumumkannya baru nampak berkerja, dengan itu kritikan masyarakat terhadap GST akan berkurangan. Alahai, terima saja kenyataan dengan penuh keberanian apa lagi kalau memang di pihak yang benar demi kebaikan negara bangsa. Tidak usah flip flop.
Mahu tidak mahu akhirnya dengan penangguhan ini terpaksalah Datuk Ahmad Mazlan, berterusan menerima pelbagai kritik pedas yang berbunyi kebodohan sekaligus melemahkan BN.
Apa sebenarnya yang berlaku ya. Untuk makluman, sementara GST top up sedang berjalan, ada kedai kedai telekomunikasi yang tidak mengenakan GST.
Atau ini sistem GST khasnya untuk top up hanyalah retorik, adapun dapatannya terus kepada kantung peniaga sedang pemerintah hanya menggigit jari. Sebab itu peniaga suka suka mengenakan GST.?
Walaubagaimanapun kan, kita amat berharap agar GST top up dihapuskan seperti mana keputusan sebelum ini. Tapi kalau memang menyukarkan sistem GST, iya tidak mengapa. Teruskan saja.
Klik link dibawah dokumen penghapusan GST top up :-
Penarikan balik GST top up