Friday, May 15, 2015

Penculikan Di Bandar Sandakan, Kegagalan Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah.

Kita katakan dulu lama, yang kita menyokong kenyataan Menteri Pelancongan Malaysia. Bahwa keselamatan di pantai timur Sabah masih belum terjamin. Sekaligus menolak penafian oleh Menteri Pelancongan Tempatan, Datuk Masidi Manjun bahwa keselamatan di pantai timur Sabah sedia terjamin.

Mungkin tujuan Datuk Masidi Manjun, pada ketika itu, hanyalah untuk menjaga hati Ketua Menteri Sabah, yang juga merangkap Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah.

Tapi menjaga hati, pada masa yang sama mengabaikan keselamatan masyarakat.?

Nah terbukti selepas itu ada cubaan kes penculikan, terbaru di bandar Sandakan pada malam semalam. Dua individu telah menjadi tebusan.

Ekoran penculikan di bandar Sandakan.  Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu. Menyatakan, ada yang tidak kena.

Apapun ceritanya, Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah harus dipertanggungjawabkan. Sebab gagal menjaga kesejahteraan masyarakat Sabah.

Mungkin maksud sebenar yang mahu disampaikan oleh Datuk Dr Maximus ialah Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah tidak ada idea, tapi tak kan sama dengan individu individu yang ada di sekelilingnya. Himmm 😉

Klik link dibawah, berhubung kenyataan Datuk Maximus Ongkili, pasal penculikan di bandar Sandakan.

 Kes Culik Di Sandakan, Ada Yang Tidak Kena  


No comments: