Friday, May 29, 2015

"Berpuasa setahun pun tak mampu bina rumah besar”

KUALA LUMPUR: Pegawai tinggi kerajaan tidak mampu membina rumah besar selepas bersara walaupun berpuasa sepanjang tahun, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden PERKASA itu berkata, adalah janggal sekiranya pesara kerajaan mampu membina rumah besar dan memiliki kereta mewah sedangkan ia di luar kemampuan mereka.

“Cuba tengok bekas pegawai tinggi kerajaan, selepas dia bersara. Mana dia dapat duit untuk membina rumah besar, membeli kereta mewah.
“Sedangkan, dia hanya kakitangan kerajaan sahaja dan jika dia berpuasa sepanjang tahun dan setiap hari, tidak mungkin mampu untuk membeli kereta dan rumah mewah,” katanya.

Ibrahim berkata, beliau menyokong penuh gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya siasatan dilakukan terhadap pegawai kerajaan yang hidup mewah di luar kemampuan.
“Saya kena bersetuju dengan Tun Mahathir, sebab saya penyokong dia,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Beliau berkata, gesaan itu sudah lama dibangkitkan namun tidak mendapat sambutan sehinggalah mantan Perdana Menteri sendiri yang mempersoalkan perkara itu.

Sumber FMT.

Mohon pencerahan, apa yang perlu dilakukan. Menyalahkan kakitangan yang terpalit secara total juga, rasanya kurang tepat.

Sebab imbuhan yang mereka dapat tidak semestinya datang dari urusniaga rasuah, tapi ada kalanya pemberian saguhati dari pihak yang berpuashati selepas mereka memberikan kepercayaan hingga dapat apa yang diinginkan.

Atau memang salah, sebarang pemberian wang ringgit selepas urusniaga adalah salah. Tidak boleh diambil walaup apapun alasannya.?


No comments: