Thursday, May 21, 2015

JASA Mempersoal Kemampuan TPM Pasal Pendidikan



Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Ok juga ya lantang beliau mempersoal kemampuan Timbalan Perdana Menteri yang memegang portfolio Kementerian Pendidikan. Berhubung kedaifan beberapa buah Sekolah terutamanya di pedalaman negeri Sabah.

Selepas beliau mendapat perkhabaran yang disampaikan melalui akaun Facebooknya.

Katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan tidak turun padang sebab itulah beliau tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Oleh itu jugalah pegawai utama PPD tidak boleh dipersalahkan secara total.

Jangan saja katanya syok dengan anggaran perbelanjaan yang berjuta tapi hakikatnya serba daif. (lebih kurang begitulah maksud amarahnya)

Jangan juga hanya berbangga dengan pencapaian PPPM kalau level playing field masih tidak sama,” tulisnya pada dinding akaun Facebooknya.

Tapi kita juga merasa pelik, bukan tidak ada Menteri yang berkaitan dengan pendidikan yang berasal daripada Sabah. Kenapa Marry Yap tidak bertindak, bagi memastikan segala keperluan frasarana dapat disediakan dengan sebaiknya.

Mahu tidak mahu, terpaksa kita akui atau bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Datuk Dr Fuad, Pengarah JASA Malaysia. Harus kelengkapan prasarana disediakan, memandangkan Sabah antara negeri yang paling kaya di Malaysia. Kaya tapi daif itu tidak patut. Himmm

Disini juga admin ingin mengambil kesempatan, mengaitkannya dengan  Datuk Seri Shafie Apdal khasnya dari konteks pendidikan di daerah Semporna. Untuk makluman telah banyak sumbangan yang dihulurkan oleh Datuk Shafie Apdal terhadap keperluan pendidikan di daerah Semporna, dengan membekalkan kelengkapan dan dana tunai kepada pihak Sekolah/PPD tanpa melalui saluran Kementerian Pendidikan.

Kamu orang sudah nampak kan, kenapa perlu ada Menteri atau wakil Menteri atau saja Pegawai yang dipertanggungjawabkan yang rajin turun padang seperti mana Datuk Seri Shafie Apdal, hampir tidak mengira masa dan waktu. Semuanya demi kesejahteraan masyarakat.


No comments: