Friday, May 1, 2015

Penangguhan GST top up, Agak Memalukan



Ini cerita GST kan, bikin malu. Saya sendiri mendapat sebahagian dari dia punya malu oh. 😉

Sebab semalam ada kita paparkan kenyataan rasmi dari KP Kastam, mengenai penghapusan GST top up menjelangnya 1hb Mei tapi hari ini berita gembira itu telah bertukar kepada kekecewaan.

Alasannya, menurut Pengerusi MCMC, Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam satu kenyataan selepas pengumuman KP Kastam, pula berkata isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem.

Kita dikhabarkan hanya untuk membetulkan sistem ia akan menelan belanja sehingga RM30 juta. Boleh percaya.?

Kerumitan konfigurasi sistem.? Alahai
Kerumitan konfigurasi sistem.? Alahai
Kerumitan konfigurasi sistem.? Alahai

Atau mahu saja Menteri yang berkenaan yang mengumumkannya baru nampak berkerja, dengan itu kritikan masyarakat terhadap GST akan berkurangan. Alahai, terima saja kenyataan dengan  penuh keberanian apa lagi kalau memang di pihak yang benar demi kebaikan negara bangsa. Tidak usah flip flop.

Mahu tidak mahu akhirnya dengan penangguhan ini terpaksalah Datuk Ahmad Mazlan, berterusan menerima pelbagai kritik pedas yang berbunyi kebodohan sekaligus melemahkan BN.

Apa sebenarnya yang berlaku ya. Untuk makluman, sementara GST top up sedang berjalan, ada kedai kedai telekomunikasi yang tidak mengenakan GST.

Atau ini sistem GST khasnya untuk top up hanyalah retorik, adapun dapatannya terus kepada kantung peniaga sedang pemerintah hanya menggigit jari. Sebab itu peniaga suka suka mengenakan GST.?

Walaubagaimanapun kan, kita amat berharap agar GST top up dihapuskan seperti mana keputusan sebelum ini. Tapi kalau memang menyukarkan sistem GST, iya tidak mengapa. Teruskan saja.

Klik link dibawah dokumen penghapusan GST top up :-

 Penarikan balik GST top up 


No comments: