Wednesday, April 30, 2014

Kerana PAS Kita Seolah Olah Menolak Hudud

Gara gara PAS yang berpolemik dengan proses perlaksanaan hudud, kita turut sama seolah olah menolak perlaksanaan hudud.

Itulah saya katakan memang benar Politik juga ada di dalam agama Islam tapi tidaklah pada politik yang ada sekarang.

Sudah tahu DAP menolak perlaksanaan hudud, tapi mahu juga bersekongkol. Terbaru PAS pula cuba memalitkan MCA agar pemerintah kelihatan menolak hudud.

Geram pelik kita, maka benarlah apa yang di tanggap oleh diri kalau  sebenarnya matlamat utama PAS bagi melaksanakan hudud di peringkat negeri Kelantan adalah untuk memenuhi hasrat masyarakat di negeri itu yang sudah mula kehilangan kepercayaan terhadap PAS. 

Kurang dari itu, MCA pula yang menjadi mangsa politik PAS dengan berpolemik kalau pemimpin pemimpin MCA cuba mempengaruhi pemimpin Melayu agar menolak undian perlaksanaan hudud di peringkat kabinet dengan harapan masyarakat akan melihat pemerintah sebagai turut sama menolak hudud sekaligus menyalahkan UMNO.

Hudud bawaan PAS adalah sebenarnya konflik dalaman PR di antara PAS dan DAP. Selesaikan konflik ini dulu barulah masyarakat menaruh kepercayaan terhadap kamu orang sebagai pemimpin PAS yang cuba memartabatkan Islam ke tingkat tertinggi dan tidak dilihat sebagai hanya pancingan politik semata-mata demi namanya kuasa.

PAS harus menceraikan DAP ? Kita tengok apa ia berlaku,  nah kalau tidak, jelas PAS mempermainkan hudud tanpa mereka sedari.


Posted via Blogaway

Friday, April 25, 2014

Bersetuju Tapi Menyanggah Pendapat Dr M Pasal Kemungkinan Kudeta ?

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi nasihat kepada para pemimpin jangan memandang rendah kemampuan rakyat Malaysia untuk bangkit menentang pemimpin dan kerajaan yang korup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2014.Pemimpin diingatkan supaya tidak memandang rendah terhadap kemampuan rakyat Malaysia menjatuhkan kerajaan yang korup sama seperti di negara Timur Tengah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, sejarah raja dan diktator di Timur Tengah membuktikan kuasa rakyat mampu menjatuhkan pemimpin sehingga menggunakan tindakan keras dan ganas.

"Rakyat Malaysia belum tahu cara yang ganas.

"Mereka mungkin menggunakan pilihan raya untuk memperbetulkan keadaan tetapi janganlah kita terlalu yakin yang mereka akan terus berlembut," katanya dalam tulisan bertajuk "Mereka yang berkuasa" di blognya www.chedet.cc hari ini.

Katanya, perkara ini tidak mustahil akan berlaku di negara ini kerana sejarah Melayu membuktikan rakyat pernah bersatu dan bertindak secara ganas menjatuhkan pemimpin zalim.

"Sultan Mahmud dibunuh walaupun tabiat orang Melayu tidak menderhaka kepada raja," katanya.

Namun menurut Dr Mahathir, senario politik negara sehingga kini masih tidak sanggup untuk menasihati pemimpin kerana takut dimarahi atau dipandang serong.

Katanya, ini kerana kebiasaannya ramai menyokong dan memuji apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin yang berkuasa; sama ada ikhlas menyatakan pendapat atau cuma mengangguk dan mengiakan apa sahaja yang disukai oleh yang berkuasa.

Menurut Dr Mahathir, orang sekeliling pemimpin yang sepatutnya memberi nasihat dilihat hanya membawa kesan buruk kerana tidak berani menyuarakan teguran sehingga menimbulkan kebencian rakyat.

"Tanpa teguran yang berani oleh mereka maka akan lebih buruklah prestasi pihak berkuasa.

"Kemarahan orang akan meningkat menjadi kebencian," katanya.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam menggesa Putrajaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan pembangunan demi memajukan kehidupan kaum Melayu.

Beliau yang memegang jawatan itu dari 1984 hingga 1991 semasa zaman pemerintahan Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu melakukan penyelidikan dan membetulkan semula dasar supaya ekonomi negara dapat dimajukan.

"Kerajaan sepatutnya mencari cara serta jalan penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.

Menurut Daim, beliau bukanlah bukan anti-kerajaan ketika mengulas tentang kepincangan menteri kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.

"Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul.

"Ini isu yang serius. Rakyat harus tahu bahawa dasar yang diamalkan kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat, malah ia membebankan rakyat daripada segi peningkatan perbelanjaan ekonomi seharian," katanya seperti dilapor portal berkenaan. – 23 April, 2014.
themalaysianinsider.com · April 24, 2014

Kurang bersetuju dengan pandangan Tun Daim Zainudin pasal pengurusan ekonomi negara hingga menyebabkan kehidupan  masyarakat agak terhimpit maka itulah perlu dibetulkan. Sebabnya kalau kita rujuk perkembangan ekonomi semasa negara, Malaysia berada di dalam kedudukan yang cukup selesa.

Jangan juga dilupa sumber ekonomi Malaysia datang dari sumber alam yang terurus seperti Sawit dan Petroleum dua komoditi ini di urus dengan sangat baik jadi tidak mungkin negara akan berhadapan dengan krisis ekonomi yang teruk hingga masyarakat hidup dalam kesusahan.

Mungkinkah ketidakpuasaan hati Tun Daim, disebabkan oleh program berkerbajikan yang di perkenalkan oleh pemerintah sebelum ini yakni BR1M, yang mungkin pada pendapat Tun Daim program ini tidak berjaya sebab bersifat jangka pendek ?. Tapi harus kok di akui kemenangan BN di PRU13 yang lepas sedikit sebanyak disebabkan oleh faktor pemberian BR1M, bermaksud kebijaksanaan dari individu yang memperkenalkan program ini harus di hargai.  

Pada masa yang sama, diri pula agak bersetuju dengan pandangan Dr M  :). Dr M kata, masyarakat Malaysia mampu mencetuskan suasana huru hara dengan membuat tindakan serupa Kudeta.  Seperti mana tekad bangsa Melayu ketika dahulu sanggup menderhaka pada Sultan Mahmud bila sudah tidak berkenan, wal hal bangsa Melayu terkenal dengan sikap kesetiaan mereka terhadap Sultan.

Antara faktor lain yang dinyatakan oleh Dr M ialah individu yang berada di sekeliling pemimpin utama, sering tersalah atau tersilap dalam  memberikan nasihat  selain rasuah hingga menyusahkan masyarakat secara keseluruhannya. ?

Wah semacam kesalahan itu tersangat besar lagi  menakutkan. Dan tidak pernah berlaku sebelum ini  :)

Pada saya, kebobrokan yang kita rasa dan lihat sekarang adalah disebabkan oleh beberapa isu bukannya total dari faktor yang disebut oleh Dr M diatas.

Manipulation oleh kelompok individu tertentu terhadap dasar yang pada awalnya agak terbuka kini ruang dan peluang itu agak tertutup, yang memungkinkan kesetiaan  masyarakat politik terhadap pemimpin utama boleh berubah sekaligus berkurangan.

Kebanyakan masyarakat politik memiliki cita cita politik mereka yang menggunung, ini juga kita tidak boleh nafikan yang menyebabkan mereka tidak berpuashati andai tidak kesampaian. Begini, nah cuba bayangkan kalau impian politik mereka terhalang dek kerana birokrasi kecil yang wujud di antara mereka dan pemimpin, angkara kelemahan individu tertentu yang tidak meletakkan hak pada tempatnya. Bukan kah ia akan memberikan kesan langsung yang boleh mematahkan semangat politik mereka terhadap parti pemerintah atau saja pemimpin berkenaan ?

Cuba andaikan, andai  negara ini diperintah oleh PR, mampukah PR memberikan ruang yang seluasnya lagi cukup terhadap masyarakat politi tidak berpuas hati di atas ?

Apa yang penting lagi perlu di semat di hati setiap diri masyarakat Malaysia ialah sebelum ini pentadbiran negara Malaysia tidak seperti yang ada sekarang, penuh dengan keterbukaan maka itu manfaatkanlah kebebasan ini dengan penuh kebijaksanaan.

Yakini juga bahwa kerajaan sedang berusaha keras demi memastikan kehidupan masyarakat Malaysia tetap berada dalam kesejahteraan sekaligus mampu mendorong mereka lebih laju untuk melangkah kehadapan seiring dengan kemajuan perdana.

Kesimpulannya, kurang atau lebih hasil dari pentadbiran yang ada, ia adalah adat  atau fitrah di era ini. Evolusi pemikiran dan kehendak masyarakat yang sering berubah ubah, mengikut pengaruh sekeliling yang mungkin berniat jahat adalah cabaran yang perlu di tangani dengan penuh kebijaksanaan. Sistem yang dulunya elok/bermanfaat kepada mereka kini tidak lagi malah kekadang bercanggah dengan pemikiran mereka yang  berpendidikan.

Akal dan nafsu manusia ini tidak akan pernah puas kalau memang kita ukur dari corak tadbir dan kemahuan manusia. Apa lagi dari kontesk negara yang sudah tentu mempunyai pelbagai jenis pendapat, entah betul atau tidak.


Posted via Blogaway

Badan Agama Tidak Berfungsi Seadanya ?

Saya mulakan dengan kebobrokan sosial yang berlaku di dalam masyarakat hasil kelemahan badan agama yang kurang berfungsi dalam memastikan masyarakat tetap hidup dalam keharmonian hasil penguatkuasaan mereka.

Kita sedar lagi tahu awal kebobrokan sosial ini datang dari penggunaan syabu yang kurang mendapat perhatian dari pihak tertentu, tapi akhirnya menjadi tanggunjawab para agamawan yang bernaung di bawah jabatan /badan agama.

Dalam pemerhatian saya,  kerosakan akhlak yang ada hanya di sandarkan pada takdir ilahi tanpa sikit pun ada campurtangan dari badan agama bagi membetulkan atau mengurangkan kebobrokan yang ada. Bermaksud badan agama yang ada sekarang hanya berfungsi pada hal hal nikah kahwin tidak lebih dari itu selain menjaga kegiatan pondan pondan itu pun agak berskala :)

Tidak  cukup dengan hanya melontarkan nasihat yang di sampaikan melalui khutbah disetiap hari Jumaat tapi selepasnya harus ada penguatkuasaan susulan bagi memantau sekaligus mengekang kerosakan dari berterusan hingga pula memalitkan keluarga orang lain.

Konsep dakwah wajar di jadikan agenda oleh badan agama, agar ia mampu menarik perhatian masyarakat untuk turut sama terlibat dalam mengekang kebathilan yang kian menghantui sosial budaya masyarakat di semua peringkat.

Tidak ada gunanya memiliki suara yang merdu bila berkhutbah atau ketika berdoa sedang apa yang di larang di dalam agama tidak mendapat penguatkuasaan yang sewajarnya oleh agensi yang dipertanggungjawabkan.

Tidak percaya cuba tanya para imam berbayar yang ada di tempat anda, apa yang mereka telah laksanakan ? selain hanya sibuk mengatur cerita cerai kahwin seperti yang diri ungkit diatas.

Malu kita, nanti orang kata syok sendiri jak harap saja songkok melekat di kepala, adapaun tanggungjawab yang mereka patut kuatkuasakan tidak pun kenampakan sekaligus mampu memberikan kesan positif terhadap masyarakat. Adeh

Thursday, April 24, 2014

Rakyat Malaysia mampu jatuhkan kerajaan dengan ganas, kata Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad memberi nasihat kepada para pemimpin jangan memandang rendah kemampuan rakyat Malaysia untuk bangkit menentang pemimpin dan kerajaan yang korup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2014.

Pemimpin diingatkan supaya tidak memandang rendah terhadap kemampuan rakyat Malaysia menjatuhkan kerajaan yang korup sama seperti di negara Timur Tengah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, sejarah raja dan diktator di Timur Tengah membuktikan kuasa rakyat mampu menjatuhkan pemimpin sehingga menggunakan tindakan keras dan ganas.
"Rakyat Malaysia belum tahu cara yang ganas.

"Mereka mungkin menggunakan pilihan raya untuk memperbetulkan keadaan tetapi janganlah kita terlalu yakin yang mereka akan terus berlembut," katanya dalam tulisan bertajuk "Mereka yang berkuasa" di blognya www.chedet.cc hari ini.

Katanya, perkara ini tidak mustahil akan berlaku di negara ini kerana sejarah Melayu membuktikan rakyat pernah bersatu dan bertindak secara ganas menjatuhkan pemimpin zalim.

"Sultan Mahmud dibunuh walaupun tabiat orang Melayu tidak menderhaka kepada raja," katanya.
Namun menurut Dr Mahathir, senario politik negara sehingga kini masih tidak sanggup untuk menasihati pemimpin kerana takut dimarahi atau dipandang serong.

Katanya, ini kerana kebiasaannya ramai menyokong dan memuji apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin yang berkuasa; sama ada ikhlas menyatakan pendapat atau cuma mengangguk dan mengiakan apa sahaja yang disukai oleh yang berkuasa.

Menurut Dr Mahathir, orang sekeliling pemimpin yang sepatutnya memberi nasihat dilihat hanya membawa kesan buruk kerana tidak berani menyuarakan teguran sehingga menimbulkan kebencian rakyat.

"Tanpa teguran yang berani oleh mereka maka akan lebih buruklah prestasi pihak berkuasa.
"Kemarahan orang akan meningkat menjadi kebencian," katanya.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam menggesa Putrajaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan pembangunan demi memajukan kehidupan kaum Melayu.

Beliau yang memegang jawatan itu dari 1984 hingga 1991 semasa zaman pemerintahan Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu melakukan penyelidikan dan membetulkan semula dasar supaya ekonomi negara dapat dimajukan.
"Kerajaan sepatutnya mencari cara serta jalan penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.

Menurut Daim, beliau bukanlah bukan anti-kerajaan ketika mengulas tentang kepincangan menteri kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.
"Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul.

"Ini isu yang serius. Rakyat harus tahu bahawa dasar yang diamalkan kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat, malah ia membebankan rakyat daripada segi peningkatan perbelanjaan ekonomi seharian," katanya seperti dilapor portal berkenaan. – 23 April, 2014.

Tuesday, April 22, 2014

Penarikan Diri Anwar Dari Merebut Jawatan Presiden Adalah Muslihat ?




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan kali ini atas nasihat kumpulan peguamnya, sekali gus memberi laluan kepada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan.

Ini namanya permainan politik Anwar Ibrahim atas fahamanan yang dipanggil politik oligarki yang jelek. Seperti mana yang terkandung di dalam entry sebelum ini Pemimpin PKR pengamal politik oligarki

Mengikut peraturan pemilihan PKR untuk peringkat pusat,  tarikh akhir penarikan diri calon yang bertanding ialah pada 10hb April 2014. Nah tarikh pada hari ini ialah 22hb April 2014. Masih boleh menarik diri kah tu ? Nampak sangat kalau organisasi PKR ni sebenarnya adalah milik keluarga dan bukannya milik masyarakat seperti yang dikhabarkan kepada umum hingga ramai yang tertipu.

Mana mungkin dia Anwar tidak menyedari kalau kehadirannya bagi merebut jawatan presiden PKR yang disandang isterinya tidak menyalahi etika demokrasi malah ia adalah perbuatan yang akan mencatatkan rupa bentuk demokratik. 

Ada beberapa perkara yang kita boleh polemikkan disini selain konsep oligarki yang mereka PKR amalkan :-

Menarik diri selepas tarikh yang di tetapkan sebenarnya telah menghina perlembagaan organisasi PKR itu sendiri. Ini menunjukkan kepada kita bahwa pemimpin pemimpin pembangkang adalah kelompok elite yang tidak menghormati perlembagaan walaupun perlembagaan itu datang dari mereka yang dicipta khas untuk memanipulasi pengikut demi kepentingan mereka :)

Nah apa lagi kalau perlembagaan itu  datang dari luar yakni dari parti memerintah. Walaupun perlembagaan itu bertujuan untuk mencari kebaikan kepada masyarakat secara keseluruhannya, tapi kalau ia tidak boleh menguntungkan PR untuk tempoh tertentu, pastinya mereka akan berusaha untutk menentangnya dengan apapun cara termasuklah menyuntik rasa ketidakpuasaan terhadap kelompok masyarakat yang merasa terpalit yang akhirnya membawa kepada perpecahan total, wal hal pada hakikatnya perlembagaan berkenaan telah mengambil kira beberapa aspek dari konteks majoriti dan hak agar keharmonian masyarakat tetap terjamin sampai bila bila, dari sudut ini saya merujuknya sebagai kontrak sosial dan yang kedua kebebasan beragama yang telah dimanipulasi. 

Menarik diri saat akhir selepas tarikh rasmi yang termaktub di dalam peraturan pemilihan PKR sebenarnya mengandungi muslihat yang tersendiri yang datang dari kepala akal politik Anwar. Dengan berbuat demikian, maka para penyokong PR dan masyarakat umum akan beranggapan bahwa, sememangnya Anwar menarik diri atas nasihat peguam politik PKR dan bukannya perangkap politik yang sengaja di rancang supaya tidak ada pemimpin pemimpin PKR yang turut mencalonkan diri bagi merebut jawatan Presiden PKR selain Anwar dan Azizah. Sebab itulah Anwar menarik diri hanya selepas tarikh rasmi mengikut peraturan pemilihan parti berakhir :).


Betul tidak ?



Sunday, April 20, 2014

Pemergian Karpal Di Tukar Kepada Keuntungan Politik Oleh DAP ?





Siapa yang perasan, kalau pemimpin politik pembangkang telah mengambil kesempatan dari pemergian Karpal Singh. Menutup keranda mandiang dengan bendera parti DAP dan bendera negeri Pulau Pinang adalah sebenarnya bermotifkan politik semata-mata.

Dalam kematian juga ada unsur yang boleh di tukar kepada keuntungan politik, begitu ? seharusnya kok tidak berlaku, biarlah pemergian namanya makhluk Tuhan balik dengan ketenangan tanpa ada lagi cerita politik yang mengiringinya yang boleh membangkitkan rasa kepolitikan dikalangan masyarakat khasnya penyokong PR terhadap pemerintah. Andaian ini kita tidak boleh tolak begitu saja, sebab selepas peristiwa pemergian Karpal tersebar luas di ruang maya, ada pula dari kalangan penyokong PR yang menulis di status facebooknya kalau pemandu lori yang terlibat dengan kematian Karpal adalah seorang ahli UMNO. Seolah olah ada konspirasi yang menyebabkan Karpal terkorban sekaligus cuba memalitkan politik UMNO secara total. Tidak elok sebenarnya, politik yang jahat.

Atau kalau tidak pun, pasti ada unsur politik yang cuba di pahat walaupun tidak merujuk kepada apa yang saya nyatakan di atas berdasarkan penggunaan bendera keatas keranda seorang pemimpin pembangkang.

Warna warni politik Malaysia hingga yang pergi pun boleh di libatkan dengan pergolakan politik semasa. Macam pula seorang anggota tentera yang terkorban di medan perang demi negara bangsa yang sedang di ancam.

Maksud saya perlakukan mereka yang pergi buat selamanya dengan ritual agama bukan strategi politik. Arios

Saturday, April 19, 2014

Bersangka-sangka

PUISI SANGKA-SANGKA
Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya
Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka
"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)

Friday, April 18, 2014

Sanggup Mengandaikan Dirinya Sebagai Tuhan Hanya Kerana Mandiang Karpal ?

Keterlaluan, sanggup mengandaikan dirinya sebagai Tuhan hanya kerana seorang politician yang pada pendapatnya, politician itu telah menyuburkan demokrasi di negara ini.

Bukan begitu caranya kalau kita ingin menghargai jasa seseorang, boleh saja kita menghargainya dengan beberapa pendekatan, mungkin melalui tulisan atau mengabadikannya melalui haribulan berdasarkan tarikh kematiannya, tapi jangan pula tarikh itu nanti akan bertukar kepada tarikh dimana perhimpunan besar besaran akan di lancarkan sekaligus mampu menggugat keharmonian masyarakat.

Kritikan ini khas diri lontarkan kepada seseorang seperti mana gambar yang tersisip di bawah, sebab telah membelakangkan akal normalnya.



Akhirnya boleh saja kita samakan individu di atas dengan beberapa orang  yang ada di luar sana yang telah mengistiharkan diri mereka sebagai Tuhan ?. Nah ini sebenarnya yang di maksudkan oleh masyarakat politik, kenapa mereka terlalu marah dengan manusia yang namanya Benz Ali. 

Mahkamah Putuskan Kenyataan Anwar Dari Kandang Tertuduh Penafian Semata-mata

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata. Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh.

“Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau,” kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis setebal 85 muka surat yang dikeluarkan Jumaat.

Dua lagi hakim ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh. Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun. Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya. Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.

“Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu,” kata ketiga-tiga hakim berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah.
Panel itu berkata ini tidak mungkin disebabkan beliau (Anwar) membantah untuk memberi keterangan bersumpah kerana jika benar, beliau boleh memilih untuk berdiam diri.

“Adakah mungkin responden keberatan keterangannya disoal dalam pemeriksaan balas? Jika ya, kenapa? Beliau tidak perlu takut untuk disoal kerana beliau akan dipertahankan oleh peguamnya dan oleh mahkamah,” kata panel.

Berhubung keterangan dua pakar saksi pembelaan (Dr David Wells dan Dr Brian McDonald) yang dipanggil untuk mematahkan keterangan pakar saksi pendakwa, mahkamah berkata mereka hanyalah ‘armchair expert’ (pakar yang hanya pandai berteori) dan keterangan mereka hanya semata-mata pandangan, manakala keterangan ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang mereka jalankan.

Panel itu juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwa bahawa keterangan Dr McDonald sebahagian besar berbentuk spekulasi, teori, dan andaian, sehubungan itu keterangannya tidak kukuh.
Ketiga-tiga hakim juga berkata Dr McDonald turut membayangkan Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai akreditasi kerana telah tamat tempoh pada 2005, bagaimanapun, berdasarkan keterangan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia, Lim Kong Boon jabatan itu mempunyai akreditasi.

Berhubung isu alibi, hakim memutuskan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya telah menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.
Mereka berkata antara saksi yang dinamakan di dalam notis alibi ialah isteri responden dan ketua kakitangannya.

“Saksi-saksi ini sepatutnya ada dan menyebelahi responden jika alibinya adalah tulen,” kata panel itu.

Mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan yang serius apabila beliau meragui integriti sampel DNA berdasarkan keterangan yang diberi dua pakar saksi pembelaan.

Panel itu juga memutuskan keputusan hakim perbicaraan adalah cacat dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan- BERNAMA

Thursday, April 17, 2014

Anwar Tidak Perlu Tunggu Jadi PM Untuk Selesaikan Kehilangan MH370 – Shafie Apdal


DUNGUN, 17 April  - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu tunggu untuk jadi perdana menteri bagi menyelesaikan misteri  pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Tak perlu tunggu (nak) jadi PM untuk selamatkan Malaysia. Perlu ke dia (Anwar) tunggu untuk selamatkan nyawa (di dalam MH370)?” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program 1Ukhwah 1Misi 1 Organisasi warga kerja Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di sini hari ini.

Shafie yang juga Naib Presiden UMNO mengulas kenyataan Anwar dalam temu bual oleh akhbar China, Southern Weekly bahawa beliau mampu menyelesaikan isu kehilangan MH370 dalam satu saat sekiranya beliau menjadi perdana menteri.

Beliau berkata jika benar Anwar berkata sedemikian, beliau patut tampil membantu dan menyelesaikan masalah tersebut.

Sebagai seorang pemimpin Anwar hendaklah berkhidmat dan menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira apa jua jawatan sekalipun, katanya.

Anwar tidak perlu jadi PM - Shafie Apdal



GST Oleh Rafizi Hanyalah Gimik Politik.


Sehingga sekarang kita masih tidak mendengar jawaban yang menarik dari   mana mana individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjelaskan GST dengan kadaran 6% kepada masyarakat. Harus kok penjelasan itu agak santai dan agak logik untuk di hadam. Sedangkan pada masa yang sama, pihak pembangkang cuba menangguk di air yang keruh dengan memutar belit fakta GST  untuk di tukar kepada isu politik yang sudah tentu akan menguntungkan mereka dan caranya ialah dengan menakut nakutkan rakyat sekaligus menyerapkan rasa benci rakyat kepada pemerintah.

Yang menghairankan,  belum pun lagi GST dikuatkuasakan tapi mereka PR sudah tahu apa yang akan berlaku pada nasib masyarakat, macam pula nujum Pak Belalang ya :). Wal hal yang sebenanya mereka juga mengetahui banyak cerita di sebalik kejayaan kerajaan Australia dalam melaksanakan sistem GST terhadap masyarakatnya, selain pastinya pada ketika itu kerajaan Australia juga berhadapan dengan pelbagai tohmakan politik dari pihak pembangkang. Betul tidak ?

Kalau kita perhalusi persoalan yang di timbulkan oleh Tuan Rafizi mengenai GST  hanyalah bersifat spekulasi untuk di terima pakai sekaligus tidak menyakinkan masyarakat agar  menolak perlaksanaan GST.

Saya ambil contoh, persoalan yang diajukan oleh Rafizi :-  Rafizi kata GST akan menyebabkan kadar perkhidmatan  termasuklah cukai tanah  dan banyak lagi termasuk wang hantaran kahwin akan meningkat.

Harus di ketahui tidak ada agenda baik yang melibatkan sistem di dunia ini yang tidak mengandungi sama sekali eleman negatif di sebalik matlamat kebaikan yang hendak dicapai, apa lagi kalau sistem itu bersifat jangka panjang tapi akhirnya akan menguntungkan masyarakat itu sendiri. Nah disini, Rafizi cuba menentang dua unsur yang menjadi entiti kepada namanya sistem yakni elemen pro dan kontra, dua eleman ini juga terkandung di dalam sistem cukai GST, tidak terkecuali.

Selain cuba menentang sistem, Rafizi juga berpolemik dengan konon ketirisan pengurusan kewangan negara. Pada dia, harus ketirisan itu di selesaikan terlebih dahulu sebelum GST di perkenalkan. Persoalannya, mana ketirisan yang di maksudkan oleh Rafizi, pasal ketirisan  yang sudah lepas tu kah sepertinya NFC ? apa ia boleh di panggil ketirisan  sedangkan ia berbentuk pinjaman kepada pemimpin politik yang juga seorang rakyat Malaysia. Yang sebenarnya tidak ada ketirisan yang boleh memalitkan hingga menyebabkan GST terpaksa di batalkan untuk dilaksanakan. Malah kalau pun benar apa yang di lemparkan oleh Rafizi pasal konon ketirisan ini, tetap juga GST tidak boleh di nafikan sebab ia adalah dua perkara yang berbeza. GST bertujuan untuk memakmurkan ekonomi negara sekaligus masyarakatnya. Sementara ketirisan ia perlu di tangani dengan mekanisma yang lain dan bukannya dengan pembatalan GST. :)

Semat di dalam minda sekalian dengan hanya melaksanakan GST di tahun pertama, di jangka pemerintah akan berjaya mendapat kutipan cukai sebanyak 60 bilion. Ini juga menunjukkan kepada kita bahwa segala kekayaan yang awalnya datang dari sumber alam yang telah menyumbang sebanyak 35% - 40% kepada hasil negara kini t berada di tangan masyarakat umum Malaysia sebab itulah sistem cukai yang lebih efisien perlu di perkenalkan yakni Good & Service Taxe GST berbanding sistem cukai Sales and Services Tax (SST) sebelum ini yang hanya menyumbang sebanyak 7% kepada pendapatan negara.

Konklusinya bila pendapatan negara bertambah maka secara logiknya masyarakat akan menikmati lebih banyak kebaikan termasuklah perkhidmatan kesihatan yang lebih bermutu dan banyak lagi, apa yang pasti ia jauh lebih baik dari apa yang ada sekarang. Oleh sebab itulah jangan mudah terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang cuba memburukkan perlaksanaan GST. 

Mana mana sistem yang sudah dan akan diperkenalkan/dilaksanakan di muka bumi ini  ia mengandung pro dan kontranya terhadap keadaan, jadinya masyarakat harus bersikap matang dalam menerima sistem pentadbiran yang bertujuan baik, dengan menghukum selepas terbukti gagal bukannya menghukum sebelum sistem di terbukti gagal. Hakikatnya Rafizi cuba menentang eleman yang ada di dalam sistem dan secara sinisnya dia telah gagal terlebih awal :)

Kalau memang kalian jenis orang yang berakal.

Hudud Antara DAP, PKR, PAS Dan UMNO ?

Pemimpin PAS sedar dengan sesungguhnya bahwa DAP dan PKR menolak hudud.

Kalau PAS tidak mementingkan kuasa politik maka semestinya PAS patut keluar dari PR (Pakatan Rakyat). Ini tidak, tetap bertahan di dalam politik PR tapi dalam masa yang sama cuba pula menegakkan hudud. Pun begitu PAS masih boleh melaksanakan hudud di negeri Kelantan walaupun tidak mendapat  persetujuan dari DAP dan PKR dan sedikit sebanyak sokongan daripada UMNO. Persoalannya, adakah nanti DAP boleh menerima kehadiran PAS di dalam PR selepas hudud berjaya di tegakkan ? jawabnya tidak, dan adakah dengan itu kekuataan politik PAS akan berkurangan ? jawabnya ya, nah sebab itulah PAS tidak berani keluar dari PR sekaligus kita menilai, kalau sebenarnya hudud hanyalah cukup sebagai pancingan politik untuk menarik perhatian masyarakat agar memihak politik PAS. Bermaksud PAS adalah organisasi politik sekular yang tidakpun memperjuangkan Islam secara total seperti yang difahami oleh ramai penyokongnya.

Pasti selepas ini ada tu yang menimbulkan persoalan tapi kenapa konon UMNO tidak melaksanakan hudud sedangkan UMNO adalah parti pemerintah di negara ini, jawabnya sebab sebelum hudud di laksanakan ia mestilah mendapat persetujuan terlebih dahulu dari DAP dan PKR serta MCA menerusi undian di peringkat Parlimen selain faktor kemiskinan dan pengangguran yang masih dalam proses penyelesaian, menurut Tuan Guru Haji Hadi, hudud tidak boleh dilaksanakan selagi pengganguran dan kemiskinan masih menjadi persoalan kepada masyarakat itu sendiri.

Pokoknya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud ialah PR (PKR dan DAP) sebab itulah PKR dan DAP wajib di tolak oleh masyarakat Malaysia yang beragama Islam dan bukannya UMNO sebab pada dasarnya UMNO bersetuju dengan perlaksanaan hudud di negeri Kelantan sebagai pentadbir di peringkat Federal yang bertanggungjawab kepada penggubalan Perlembagaan dalam melaksanakan hudud di negeri berkenaan. Berbanding DAP dan PKR   hanya mendominasi di peringkat organisasi sudah secara jelas menafikan hudud belum lagi menjadi parti politik yang menjadi pemerintah negara. Betul tidak ?


Artikel sebagai bukti kalau DAP dan PKR menolak Hudud.

KUALA TERENGGANU 15 April - Pas tidak akan mempedulikan bantahan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebaliknya akan tetap mengemukakan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara tegas menyatakan, tiada sebarang perjanjian dalam pakatan pembangkang yang boleh menghalang Pas daripada berbuat demikian.

Oleh itu tegas beliau terpulang kepada PKR dan DAP untuk membantah kerana itu tidak akan menggugat pendirian Pas yang konsisten untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Bercakap kepada pemberita ketika sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini, Abdul Hadi juga menarik perhatian langkah bagi melaksanakan hudud yang diperjuangkan Pas sudah bermula sebelum kewujudan pakatan pembangkang lagi.

“Yang pertama, kita sokong kerajaan Kelantan (untuk laksanakan hukum Hudud). Kedua, isu hudud di Kelantan telah mendahului Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) sejak awal 1990-an lagi.

“(Masa itu) tak ada lagi pakatan pembangkang. Ini benda (hukum hudud) yang terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (rang undang-undang persendirian bagi laksanakan hudud)," katanya.

Beliau mengulas penentangan keras yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP berhubung hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, parti itu akan mematuhi perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan pada 2011 yang antara lain tidak akan melaksanakan hudud demi menghormati penentangan konsisten oleh DAP.

DAP pula menegaskan, kesemua 38 ahli Parlimen parti itu telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat Jun ini.

Ditanya adakah pendirian Pas itu akan menjejaskan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi berkata: “Itu terpulang kepada mereka. Kita konsisten dan kita menyokong kerajaan Kelantan (laksana hudud)".


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20140416/po_01/Hudud-Pas-ketepi-DAP-PKR#ixzz2z4fZ79Ay
© Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday, April 12, 2014

Budak GST Patut Malu ?


Selayaknya mereka yang paling layak untuk bising pasal perlaksanaan GST ialah mereka yang berasal dari kalangan masyarakat Sabah dan Sarawak lagi menetap di negeri ini, maklum disebabkan kehidupan mereka yang agak susah berbanding mereka yang menetap di negeri yang paling maju di Malaysia yakni Selangor. :)

Oleh sebab itulah sepatutnya macai macai PR ni merasa malu dengan apa yang mereka persoalkan. Bukan juga nanti kalau sudah GST dilaksanakan maka yang hanya terlibat ialah mereka yang berada di negeri Selangor/Kuala Lumpur, semua juga nanti masyarakat Malaysia akan merasa susahnya kalau memang ia akan membebankan rakyat.

Malah sepatutnya politik PR membiarkan kerajaan melakukan kesilapan dengan melaksanakan GST itu sendiri agar nanti pengundi menghukum BN menjelang PRU yang ke 14, kalau memang benar GST membebankan mereka.

Jadi kenapa lagi berlagak hero ? Sudah sudahlah tu jangan berpolitik pada perkara yang tidak pun menguntungkan, merugikan adalah.

Markas Pengedaran Syabu Di Tepi Jalan

Inilah antara markas pengedaran syabu yang ada di Kampung Kampung di sekitar tanah besar Daerah Semporna. Markas ini terletak di bahu jambatan tau, bukan pun tersorok.

Tika saya mengambil gambar ini, saya lihat salah seorang macai pada si bangsat pengedar syabu sedang memerhatikan diri dengan tenungan marah. Potongan

Isunya, disini jugalah laluan para  masyarakat dan konon ketua ketua masyarakat serta ketua ketua agensi tertentu untuk ke Pekan Semporna. Mereka nampak dan sedar akan  senario ini tapi sengaja tidak mengambil kisah. Ada saya berbicara dengan seorang Pegawai Anti Narkotik katanya, pernah dia bercakap dengan seorang JKKK pasal syabu, tapi JKKK berkenaan memberikan alasan takut. Jadi dia mencadangkan agar jawatan yang dipegang sebagai menjaga masyarakat diberikan pada orang lain yang mungkin lebih berkemampuan.

Pada saya takut satu hal, hal yang kedua ialah sikap dan tanggungjawab tidak ada pada diri mereka. Apa yang penting ialah membuat permohonan projek

Peliknya sudahlah ketua ketua masyarakat itu tidak ada pengikut atau kalau saja masyarakat memang memihak BN bukan di sebabkan oleh mereka tapi memang ingin memihak BN. Jadinya ada beberapa perkara yang kita boleh polemikkan disini, pertama kesungguhan dan tanggungjawab Yb di DUN berkenaan apa yang dia boleh buat dalam menyelesaikan isu ini dan yang kedua kenapa Ketua Ketua masyarakat ini tetap di guna pakai, sedangkan tidak juga mereka berguna yakni menyumbang pada negara dan masyarakat itu sendiri.

Pokoknya keterlibatan politik amat penting disini, jangan hanya memperalat masyarakat untuk kepentingan diri, sebab pasti juga kamu orang akan berhadapan dengan kematian, inilah masanya kalau ingin mendapat pahala hasil kerja dari seorang Yb atau saja orang politik.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Polemik Bloggers Pro PR Pasal Pemilu

Para blogger pro PR berpendapat, negara ini harus mencontohi negara jiran Indonesia sebab tidak menggunakan isu moral sebagai alat politik untuk menjatuhkan lawan, bukan seperti Malaysia, kononnya. Selain dakwaan dakwat kekal yang tidak kekal.

Yang bloggers dan penyokong PR perlu tahu tahu ialah,di negara Indonesia tidak ada kebobrokan moral yang berlaku dikalangan calon hingga mampu menjatuhkan imej mereka sebagai calon  politik, andai ia di politikkan. Sebab di negara maju pun isu moral tetap di letak sebagai krteria utama dalam mencari pemimpin.

Sebaliknya pemimpin pemimpin dan penyokong PR harus lebih menumpukan perhatian kepada kemajuan negara atau saja manifesto yang bertujuan untuk membaiki kekurangan yang ada. Bukan asyik menjatuhkan kredibiliti calon dan dengan sengaja mengwujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat Malaysia. Atau senang cerita berpolitik sepanjang masa, walaupun saya akui ia perlu dalam memastikan pemimpin kerajaan senantiasa peka dengan keperluan semasa rakyat.

Soal dakwat kekal yang tetap dipolemikkan berbanding konon Pemilu di Indonesia ia hanyalah isu yang di mainkan semula untuk memburukkan negara. Sebab kalau memang dakwat yang digunakan oleh SPR di PRU13 yang lepas betul betul tidak berkualiti lagi disengajakan tidak mungkin PR mendapat undi popular hingga mencecah 49.96% berbanding BN 46.53%. 

Hanya turut membidas kenyataan pro PR pasal Pemilu Indonesia ni, kita sebenarnya telah berpolitik pada perkara yang tidak mendatangkan faedah tapi memandangkan ada ramai penyokong PR yang semakin buta mata dan hati, maka itu terpaksalah diri hadir untuk membidasnya :).  Betul tidak  ?


Posted via Blogaway

Thursday, April 10, 2014

Tidak Wajar Esscom Di Persalahkan Secara Total ?



Ada tu saya terbaca pasal kemampuan Esscom dan peruntukannya, yang dicanang terutamanya oleh pemimpin pembangkang khasnya Lim Kit Siang, DAP.

Katanya, Esscom telah berbelanja  beratus juta ringgit tapi keadaan tetap begitu rupa, di mana perairan negara masih tidak terjamin dari ancaman pihak luar, malah katanya semakin teruk.

Tapi akhirnya saya tersenyum dengan dakwan yang dibuat di atas.  Saya juga baru "memahami", rupanya pemimpin pemimpin pembangkang ini kebanyakan berstatus haprak, jelas tidak tahu apa apa. Yang hanya mereka tahu ialah mempersoal isu semasa sekaligus menukarnya kepada isu politik, walaupun pada hakikatnya mereka sendiri tidak jelas dengan apa yang berlaku. Seperti mana insiden MH370 dan yang terbaru pasal insiden penculikan di Pulau Singgahmata, Semporna. Serius

Begini, Lim Kit Siang mempersoal kononnya Esscom telah menerima peruntukan mencecah RM300 juta tapi keselamatan di perairan Sabah semakin teruk,  kurang itu, dia pula memperlekeh insiden penculikan di Pulau Singgamata Resort sebagai "April Fools Joke". Nampak sangat DAP  memang pengamal politik provokatif yakni sengaja mencetuskan ketegangan di kalangan masyarakat Malaysia umunya dan khasnya masyarakat Sabah.  Jangaan di lupa Elizabeth juga pemimpin DAP yang pernah berpolemik dengan keharmonian di negeri Sabah ya.

Selain itu, ada juga suara suara sumbang yang kedengaran, konon mempersoal kemampuan Esscom dalam melaksanakan tanggungjawabnya, sedang saya yakin mereka sendiri tidak tahu tu apa sebabnya  Esscom di wujudkan. Adeh.

Kebenarannya, Esscom hanya mendapat peruntukan sebanyak RM2.83 juta sejak awal kewujudannya daripada RM300 juta yang di canang oleh pemimpin pembangkang. Selebihnya sebanyak RM297.17 juta daripada RM300 juta adalah milik agensi keselamatan seperti Polis, Tentera dan agensi yang berkaitan.

Jadi cuba bayangkan, apa yang boleh di lakukan dengan peruntukan sebanyak RM2.83 juta ? Hanya untuk menampung kos perbelanjaan 2 batalion yang bernaung di bawah agensi Esscom sudah tidak memadai. Apa lagi untuk merancang sekaligus melaksanakan langkah langkah khas dalam memastikan perairan laut negeri Sabah berada jauh dari ancaman pencerobohan seperti yang dilakukan oleh agensi keselamatan sepertinya Marine dan PGA. Adeh

Esscom tidak memiliki kuasa "command and control" terhadap mana mana agensi keselamatan. Esscom hanya menunggu arahan tindakan dari pihak atasan atau Ketua Polis  untuk bertindak keatas insiden yang mungkin akan  berlaku. Atau senang cerita Esscom tidak ada autoriti untuk mengelurkan arahan.  Bermaksud Esscom tidak lebih dari agensi perantaraan. Tapi kenapa begitu mudah Esscom  di persalahkan, apa lagi kewujudan Esscom baru sahaja setahun jagung, yang sudah tentu pasti tidak memungkinkan  Esscom mampu menanggung semua ketirisan yang berlaku sebelum kewujudan Esscom. Sebelum Esscom diwujudkan, ada berlaku beberapa insiden penculikan di Lahad Datu dan diperairan tertentu di negeri Sabah, jadi dari mana datangnya ketirisan tu, siapa yang harus di persalahkan ? Hata tujuan Esscom di wujudkan pun adalah ekoran pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu oleh "Kesultanan Kiram". Jadi ? :)

Selain di atas, kedengaran juga kononnya Esscom di lengkapi oleh enam batalion tapi masih tidak mampu menjaga perairan negara. Sedang yang sebenarnya Esscom hanya memiliki dua batalion,  jadi ada di mana kekuatan Esscom dalan menjaga perairan Sabah yang sangat luas ni ? Untuk makluman dua batalion ini di letakkan di FELDA Sahabat merangkumi sepanjang perairan Tanjung Labian. Bagaimana pula keselamtan di perairan daerah Semporna  dan lain lain perairan selain perairan yang di jaga oleh Esscom  ?

Konklusinya, Esscom tidak boleh di persalahkan secara total sebab ia adalah agensi yang tidak pun memiliki autoriti terhadap keseluruhan keselamatan perairan negara khasnya perairan di negeri Sabah, apa lagi esscom tidak pun memiliki kuasa, "command and control jauh sekali kelengkapan senjata.

Pun begitu, baik masyarakat dan terutamanya  pemimpin pemimpin pembangkang harus melihat kejayaan yang telah di capai oleh Esscom sepertinya kawalan terhadap sepanjang perairan Lahad Datu sekaligus mengekang tuntutan/pencerobohan berterusan dari pihak "Kesultanan Kiram", bukan hanya melihat pada kekurangan. Ingat mengekang pencerobohan dari "Kesultanan Kiram" adalah matlamat utama Esscom di tubuhkan.

Sebab itu saya katakan, adalah tidak wajar andai Pengarah Esscom yakni Mohammad Mentek di persalahkan secara total sekaligus terlibat dengan penstrukturan semula Esscom.

Adalah lebih baik kalau selepas ini  daerah Semporna di masukkan dalam perlaksaan Esscom, agar kejadian yang sama yakni insiden penculikan tidak berulang. Perlu diberi  ingat, jangan pula selepas ini perairan Sabah macam berada dalam suasana perang hingga boleh membawa risau kepada masyarakat, biasa biasa jak.  Arios :)

Opss, sebelum terlupa, saya di khabarkan ada pihak yang telah mendapat maklumat terlebih awal mengenai rancangan penculikan pada sekitar  jam 10.00pm akan tapi  agensi yang dipertanggungjawabkan secara khusus untuk membenteras, lambat mengambil tindakan sehinggalah insiden penculikan berlaku di Pulau Singgmata pada jam 10.30pm. Apa kebobrokan ini boleh di letakkan di bahu Esscom ?






Wednesday, April 9, 2014

"Mereka" Harus Saling Mengingati, Agar Tidak Terpalit Oleh Esscom ?

Pernah saya katakan dahulu, bahwa mana mana individu tempatan yang masih ada hubungan kekeluargaan dengan leluhur mereka dari negara jiran tapi bermastautin di Malaysia atau berulang alik ke Malaysia harus saling menasihati agar jangan membuat onah supaya kesan perbuatan mereka tidak menyusahkan orang lain/mereka nah tengok seperti mana di bawah, mereka yang ikhlas mencari sesuap nasi akhirnya menerima susah, turut di siasat. Bukan kah ini menyusahkan namanya ? 

Bukan hanya pada kes penculikan tapi juga pada perlakuan jenayah sepertinya syabu dan lain lain.

Saya akui memang ia akan menimbulkan perbalahan tapi mereka mesti membuat pilihan, sama ada ingin terus terusan di lihat sebagai  jelek atau saja di puji sebab turut sama membenteras kelompok individu yang tidak bertanggungjawab walaupun dari kalangan mereka.


Petikan berita dari portal rasmi :-

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memberi tempoh satu bulan yang berkuatkuasa hari ini, kepada semua pengusaha pusat pelancongan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk menyerahkan senarai nama pekerja asing digaji mereka.

Serah senarai pekerja asing
http://www.hmetro.com.my/articles/Serahsenaraipekerjaasing/




Posted via Blogaway

Tuesday, April 8, 2014

Calon PKR Pusat Memperalat Jawatan Untuk Mendapatkan Undi ?

Kalau luar dari politik PKR, sering mereka mempersoal penggunaan mana mana Jabatan untuk kepentingan politik terutamanya menjelang PRU, yang mereka umpamakan sebagai salah guna kuasa.



Tapi hanya dalam pemilihan PKR pusat, mereka saling berlumba untuk menggunakan kelebihan pada jawatan yang mereka pegang di dalam kerajaan tempatan yang di perintah oleh PR. Nah kan

Pernah saya katakan dahulu, apapun yang mereka persoalkan pasal cara yang di gunakan oleh parti pemerintah dalam mendapatkan kemenangan sebenarnya mereka juga akan gunakan bila mereka yang menjadi pemerintah.

Politik seperti juga lidah yang tidak bertulang. Seperti mana kes di bawah yang di bebelkan oleh Zuraida pasal lawannya di pemilihan di peringkat pusat bagi merebut jawatan Ketua Wanita PKR.

Maksud saya yang sebenarnya benarnya ialah politik pembangkang ini hanya nampak telus mulus bila mempersoal tidak pada perlakuan mereka.


Zuraida Kamaruddin akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita PKR di pemilihan parti yang akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 April, 2014.Penyandang Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyerang calon lawannya dan memberi amaran kepada calon Pemilihan PKR 2014 supaya tidak menggunakan kedudukan mereka dalam negeri untuk mendapatkan sokongan akar umbi.

Zuraida mendakwa ada aduan wujudnya unsur salah guna kuasa oleh calon di Selangor yang menggunakan pengaruh mereka dalam kerajaan negeri bagi meraih publisiti untuk memancing undi.

"Kita tidak mahu mereka menggunakan jawatan yang diletakkan parti untuk keselesaan mereka dalam pertandingan parti.

"Jangan gunakan kuasa itu, parti (pusat) juga ada kuasa...(jadi) pergelutan mungkin ada di situ," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pos Keselamatan Di 11 Pusat Pelancongan Tapi Gejala Syabu ?

KUALA LUMPUR: Semua 11 Pulau peranginan di Semporna kini dilengkapi pos kawalan keselamatan dengan yang terbaharu di Singamata Adventures Reef and Resort.

Untuk kesan yang lebih baik dan meyakinkan masyarakat ada baiknya kalau pos pos keselamatan seperti ini juga di letakkan di kampung kampung yang telah dikenal pasti mengandung pelbagai kegiatan sosial yang negatif. Bukan hanya tertumpu di pusat pusat peranginan. Dengan itu juga ia akan mampu  membenteras kegiatan pengedar dadah/syabu di daerah ini khasnya dan umumnya di pantai timur Sabah.

Bukan apa, kalau kita mengukur kesannya kepada keamanan, berikutan pengwujudan pos keselamatan hanya di sekitar Pulau Pulau pelancongan ekoran insiden penculikan di Pulau Singgahmata, sebenarnya ia tidak memberikan kesan positi yang mendalam.

Memandangkan di tanah besar daerah Semporna sendiri telah agak sarat dengan kehadiran pendatang baharu yang mampu melakukan kegiatan jenayah kalau tidak ada pemantaun keselamatan walaupun ia cukup hanya bersifat umum.

Sebab itu suka saya mencadangkan agar penyelesaian ekoran insiden penculikan di Pulau Singgamata dipanjangkan ke tanah besar, supaya kesannya betul betul di rasa dan bersifat jangka panjang. 


Posted via Blogaway

Monday, April 7, 2014

Peralatan Hospital RM2.58 Juta, Ketua Audit Negara

Penyokong PR tidak boleh nampak angka yang di keluarkan oleh Ketua Audit Negara, terus jak akal mereka terbayangkan hal yang konon penyelewengan.

Terbaru, Ketua Audit Negara melaporkan sebanyak 482 peralatan yang bernilai RM2.58 tidak dapat dikesan (asset not found) atau peralatan tiada di lokasi (V4L) ia berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tunku Fauziah, Kangar.

Laporan Audit di atas terkandung pada laporan tahun 2013 siri 1.

Harus ditegaskan disini, dalam laporan itu ada menyatakan pihak audit tidak dapat mengesahkan status peralatan berkenaan kerana tidak ada daftar selenggara yang boleh digunakan untuk  memantau pergerakan peralatan berkenaan.

Dan ia bukannya penyelewengan. Harus di faham, ok.


Posted via Blogaway

Sikap Pragmatik Masyarakat Politik

Kalau anda sungguh bukan seorang politician jangan kamu orang mencampuri urusan politik itu sendiri. Maksud saya mempersoal perkara yang kamu orang sendiri tidak jelas dengan apa yang kamu orang cuba persoalkan.

Politician juga sedar tu, bahwa politik ada mengandungi dosa dan pahala tapi disebabkan politik memerlukan pengaruh untuk kekal berkuasa maka  itu  adakalanya cara yang digunakan nampak  jelek hinggah kekadang tidak mengikut norma kehidupan yang normatif. Dalam politik ia di panggil peraturan pragmatik.

Perangai ketua masyarakat politik yang bersifat pragmatik inilah yang menyebabkan pemimpin politik terpaksa mengambil sikap mengikut. Mengikut kehendak mereka  yang pandai mengambil kesempatan dari kekurangan masyarakat itu sendiri yang ada di sekelilingnya. Sampai satu ketika, masyarakat yang di manipulasi tadi akan tetap berada di takuk lama, iya lah sebab hak mereka telah di hak milikkan oleh orang lain

Dan untuk mengurangkan kebobrokan ini, masyarakat itu sendiri yang perlu mengubah sikap atau sekurang kurangnya belajar memilih pemimpin di peringkat mereka.  Barulah segala perubahan yang diperkenalkan oleh pemerintah boleh disertai, sekaligus mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik. Tidaklah menjadi ladang kepada orang lain :)


Posted via Blogaway

PAS Dan DAP Sampah Sebelum Kehadiran Anwar ?

Selama tempoh ini ada ramai penyokong PKR yang tertipu, mereka ingat kerjasama politik di dalam kompenan PR adalah telus untuk konon memperjuangkan nasib mereka tapi tidak, ada yang tersirat.

Rupanya sebelum ini pengaruh politik PAS dan DAP ni NIL (kosong hampir saja tidak berguna) tapi disebabkan kepopularan Anwar hasil pemecatannya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu, dua kompenan ini telah mendapat tempat di dalam politik Malaysia, iyalah cuba kamu orang bayangkan kalau saja PAS dan DAP ini bergerak tanpa individu yang bernama Anwar, saya ingat sudah lama PAS dan DAP ini terkubur

Kenapa tidak terkubur, PAS cuba membawa agenda Hudud tapi pula di tentang oleh DAP begitu juga DAP dengan agenda Malaysian Malaysia sudah tentu pasti akan di halang oleh PAS, iyalah mana mungkin di dukung sedang DAP tidak mendukung Hudud. Jadi ada dimana kekuataan PAS dan DAP ?

Harus juga kamu orang sedar, kekuatan politik yang dimiliki oleh DAP sekarang adalah dapatan dari politik keldai yang mereka kenakan terhadap Anwar dan PAS bukannya tunggal oleh DAP yang jelas mendukung agenda yang boleh di terima oleh semua rakyat Malaysia. Betul tidak ? 







Azmin Ali Pengamal Politik Sempit

Rupanya pemimpin PKR khasnya Azmin Ali juga pengamal politik sempit.

Kunjungan hormat Pengerusi bukan eksekutif Media Prima, Datuk Johan Jaafar ke Pejabat Menteri Besar Selangor,  Khalid Ibrahim telah mendapat reaksi yang negatif dari Azmin Ali dan penyokongnya. Mereka menyifatkan pertemuan itu sebagai mempunyai nilai nilai moral yang jelek memandangkan PKR adalah musuh politik kepada organisasi UMNO/BN.

Atau ia kerana ketidakpuasan hati Azmin Ali terhadap kepimpinan Khalid, maksud saya ia hanyalah bersifat peribadi tapi bukan kah mereka bernaung di bawah payung yang sama yakni PKR ? Begitu jelek 

Selain itu Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya juga turut menunjukkan rasa tidak berkenan, berdasarkan entry di akaun Twitternya, "Layan TV3. Hebat".

Begitu jelek fahaman politik yang mereka amalkan ya, saya ingat selama ini hanya penyokong murahan PKR yang berperangai sedemikian tapi rupanya saya tersilap kira :)

Kalau ada yang tahu, atas tujuan apa kalian sebagai masyarakat politik menceburi lapangan kepolitikan ?

Dan inikah yang dimaksudkan sebagai penyokong politik urban yang kononnya mempunyai kesedaran politik yang tinggi berbanding masyarakat luar bandar, yang tetap di takuk lama, sebab itulah kebanyakan dari mereka menjadi penyokong politik BN ? Alahai

Hello, kalau beginilah sikap pemimpin pemimpin PKR habis barang barang :). Saya berpendapat mereka tidak layak di angkat sebagai pemimpin, baik di masa kini dan masa depan. Sebab kalau tidak masyarakat ini pada akhirnya akan saling bermusuhan yang sudah tentu akan  merugikan mereka, apa lagi kalau perpecahan itu nanti melibatkan  masyarakat Melayu secara keseluruhannya termasuklah rumpun Melayu yang ada di negeri Sabah dan Sarawak.

"habis barang barang" :)


Posted via Blogaway

Sunday, April 6, 2014

Papa Gomo Juga Yang Di Gigit Rafizi

Yang asyik di ketuk Papa Gomo walaupun telah di dapati bersalah oleh Mahkamah sebab memiliki rakaman lucah sekaligus mendedahkan moral pemimpin PKR.

Isunya bukan soal siapa Papa Gomo sekarang ini tapi siapa Anwar dari kontesk kepimpinan yang bersih ? tidak usah lagi berpolemik dengan kenyataan yang telah di keluarkan di Mahkamah sebab sudah pun di sabitkan sebagai bersalah.

Berbeza tu, yang mendedahkan telah di hukum tapi bagaimana dengan individu yang terpalit dengan keruntuhan moral ? apa ia masih layak di angkat sebagai pemimpin. Pastinya masyarakat tidak kisah dengan hukuman yang  di terima oleh Papa Gomo, siapa juga Papa Gomo bukan juga dia terlibat dengan perubahan dasar negara berbanding dengan Anwar walaupun dia bukannya pemimpin pemerintah tapi dia boleh mempersoal apa apa persoalan yang berlaku di dalam negara terutamanya, sebab itu pemimpin sepertinya Anwar haruslah bersih dari hal hal moral.

Harus kok pemimpin dan penyokong PKR sedar akan perkara ini.

Terbaru Rafizi tetap mencungkil Papa Gomo berdasarkan kenyataan Menteri Pertahanan yang menyatakan bahwa Papa Gomo telah ikut serta bersama media bagi menaiki Kapal Selam Scorpene sedangkan sebelum ini Papa Gomo ada menafikannya di bilik Mahkamah sebagai tidak ada. Oleh sebab itu, Rafizi akan membuat laporan Polis sebab Papa Gomo telah melanggar seksyen 193 iaitu kesalahan memberikan keterangan yang bercanggah.

Apa barang, hal yang kecil di jadikan isu apa lagi telahpun di muktamadkan. Adeh.


Posted via Blogaway

Cadangan Penutupan Singgahmata Adventure Resort Tidak Drastik, Andai ?



Ramai pula yang mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pasal cadangannya untuk menutup Singgamata Adventures Reef Resort atau mana mana pusat peranginan yang berhampiran sebab kedudukannya yang agak terpencil jesteru menyulitkan pihak keselamatan untuk membuat pemantauan.

Hakikatnya kita tidak bersetuju atau saja bersetuju dengan pendapat segelintir pemimpin pemimpin Sabah yang menolak cadangan penutupan sebab pada pendapat mereka ia adalah tindakan yang agak drastik dan tidak pun mampu menyelesaikan persoalan untuk tempoh yang panjang. Walaupun kenyataan timbalan menteri berkenaan hanyalah mungkin sinikal semata mata :)

Tapi tidaklah drastik, andai benar, pengurusan Singgamata Adventures Reef Resort sengaja menggaji pekerja yang langsung tidak ada keterangan diri walaupun telah diberi ingatan berulang kali. Nah kalau kerana kesalahan ini, kita bersetuju dengan cadangan penutupan. 

Inilah gaya pemimpin pemimpin negeri Sabah yang terdiri dari parti kompenan BN ni, manjang berpolemik dengan hal yang mereka sendiri tidak jelas atau saja cuba kelihatan sebagai pejuang pada masyarakat Sabah, wal hal ada banyak lagi perkara yang mereka boleh perjuangkan sepertinya memberikan peluang yang seluasnya kepada masyarakat Sabah untuk terlibat dengan program ekonomi. Terbaru Setiausaha Agung parti PBS, Datuk Johnny, sebelum ini Presiden SAPP yang turut berpolemik hingga sanggup menawarkan imbuhan berupa wang ringgit andai ada individu yang boleh menampar Menteri KDN, Zahid Hamidi. Pada hal sebelum ini dia sendiri tidak menyumbang kepada kemajuan masyarakat Sabah, buktinya ketika beliau menjadi Ketua Menteri, apa yang dia telah sumbangkan ?  :)

Semahu kita ni, berikan sokongan atau paling tidak pertimbangan cadangan yang mungkin ada kebenarannya. Siapa tahu kalau pengurusan resort berkenaan terlibat dengan insiden penculikan atau saja boleh dipalitkan sebab menggaji pekerja yang tidak ada keterangan diri dan berpotensi menjadi dalang jahatan. Betul tidak ?

Terlanjur menulis pasal perkara ini, suka saya mencadangkan agar selepas ini semua pusat pusat peranginan di daerah Semporna khasnya dan umumnya Sabah agar mengaji pekerja di kalangan anak anak tempatan atau saja mereka yang mempunyai keterangan diri yang totally sah. 

Jangan Mementingkan Diri


Kita hidup ni elakkan terlebih terdahulu mengambil sikap tidak kisah dengan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat atau saja orang lain sebab bila pula tiba giliran kita berhadapan dengan masalah yang hampir sama, orang lain pula tidak akan kisah. Dan senario ini akan saling berbalas balasan.

Sebab itulah kalau kita amati betul betul, hasilnya dari senario di atas ialah semakin hari mendatang semakin itu sosial masyarakat makin menjelek, kenapa tidak kalau perpaduan telah terjejas sekaligus mengurangkan ikatan perpaduan. Nah kalau sudah masyarakat tidak bersatu padu, idea orang gila pun akan di kata bijaksana bukan lagi setakat pandai. Betul tidak ?

Ironinya masyarakat atau saja individu yang bersikap seperti ini terdiri dari orang orang yang terlalu mementingkan duniawi semata hingga hak orang lain pun dia tegar untuk mengambilnya dengan cara yang nampak beradab tapi pada hakikatnya ia telah merampas hak orang lain. Tidak kurang dari itu ada yang sanggup menipu sahabat handai atau saja kaum keluarga hanya kerana ingin memuaskan nafsu duniawinya

Kesimpulannya kita sebagai masyarakat yang mungkin berakal mengelaklah dari bersikap mementingkan diri seperti yang diri umpamakan di atas.

Cukup Allah yang menjaga kita.

Posted via Blogaway

Anwar Berhutang Dengan Rakyat Berhubung MH370

Ada juga benarnya tu, kalau Anwar Ibrahim hanya membuat tuduhan pasal kehilangan MH370, dengan kononnya kerajaan ada menyembunyikan sesuatu. Tapi tidak pula memaklumkan kepada rakyat apa perkara yang telah di sembunyikan oleh kerajaan tu.

Kita sedar lagi faham,  namanya pemimpin pembangkang dalam konon memastikan negara tetap berada dalam keadaan stabil beliau harus mempersoal apa apa pergolakan di dalam negara tapi bukan dengan membabi buta.

Kalau setakat membuat tuduhan tanpa bukti yang jelas, bukankah itu namanya memfitnah ?

Kenyataan menyembunyikan sesuatu perihal MH370 di keluarkan oleh Anwar ketika beliau di temuramah oleh media antarabangsa.

Nah sekarang Anwar Ibrahim telah berhutang kepada rakyat Malaysia ? Betul tidak

Selagi Anwar Ibrahim tidak memberikan fakta berhubung tuduhan yang beliau lemparkan jelas Anwar memang kaki spin.

Posted via Blogaway

Peranan Agensi Di Peringkat Komuniti

Kadang kadang saja saya tersenyum. Pada satu ketika individu berkenan dipertanggungjawabkan untuk mengurus  masyarakat yang berkaitan pelbagai gejala tapi bila ada berlaku perlakuan sosial yang negatif pada masyarakat, pemimpin dan masyarakat itu pula yang cuba di persalahkan dengan pelbagai tuduhan konon tidak ada kerjasama dari mereka sedang dia sendiri yang telah di pertanggungjawabkan tidak pula memilih dengan sengaja indivdu yang layak untuk di berikan tanggungjawab, paling kurang untuk meringankan beban tugasnya sekaligus mengurangkan gejala sosial seperti mana matlamat agensi yang dimaksudkan secara umum (apapun agensi yang melibatkan masyarakat).

Nah apa orang seperti itu layak untuk terus dipertanggungjawabkan. Sebab itulah ada banyak masalah masyarakat di Malaysia umumnya dan khasnya di Sabah ini tidak selesai. Wrong person

Bukan begitu kok itu caranya, harus kok langkah awal yang perlu di lakukan oleh individu dipertanggungjawabkan  ialah mengenal pasti di kalangan masyarakat untuk dilantik selepas itu barulah menggerakkan program yang telah di rancang. Barulah tidak tetap mendendangkan lagu Bangau oh Bangau sekaligus kejadian gejala semakin membiak. 

Tapi itupun kalau individu yang dipertanggungjawabkan diatas memilikisedikit keikhlasan, atau saja mengingat Tuhannya.

Posted via Blogaway

Jangan Terlalu Ketat, Esscom

Terima atau tidak sebahagian besar penduduk negeri Sabah terutamanya yang bermastautin di Pantai Timur masih mempunyai hubungan kekeluargaan dengan leluhur mereka yang ada selatan Philipines terutamanya.

Jadinya perlaksanaan penguatkuasaan yang mungkin akan di jalankan selepas insiden penculikan di Pulau Singgahmata baru baru ini, jangan pula terlalu ketat.

Mungkin pendekatan yang lebih harmoni boleh di perkenalkan seperti contoh memperkenalkan pas lawatan sementara dan komersial bagi yang ingin berkunjung atau melakukan aktiviti perniagaan di negara Philipines atau sebaliknya.

Terima juga hakikat bahwa pola ekonomi di pantai timur Sabah banyak melibatkan bekas pendatang yang sudah ada keterangan diri tapi masih mempunyai hubungan kekeluargaan di selatan Philipines. 

Kebanyakannya terlibat dalam perniagaan kecil kecilan dan pembinaan bangunan sebagai buruh kasar.
Jadinya terlalu menguatkankuasakan  keselamatan hingga ke tahap yang terlalu, boleh membawa kepada gejala sosial yang baharu selain menjejaskan pola ekonomi setempat atau mungkin saja pada ekonomi negeri Sabah.

Posted via Blogaway

ESSCOM Di arah Tingkat Tahap Kesiapsiagaan


LEDANG: Kabinet mengarahkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meningkatkan tahap kesiapsiagaan, pengawasan dan perisikan ekoran masih berlaku kejadian jenayah di perairan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius berulangnya kejadian jenayah dengan terbaharu insiden penculikan dua wanita termasuk seorang warga China di sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, Rabu lepas.
"Kita pandang berat tentang isu yang telah berulang kali berlaku apa lagi selepas Esscom ditubuhkan, ia masih terus berlaku.

"Kita sedar kawasan ini bukan mudah untuk dikawal kerana pantainya luas dan berhampiran pulau-pulau di bawah jagaan Filipina," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Ledang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian penculikan di Sabah walaupun dengan kewujudan Esscom.

Muhyiddin berkata, Esscom akan dipanggil memberikan taklimat khusus pada mesyuarat Kabinet akan datang berhubung keupayaannya menghadapi ancaman jenayah.

"Mesyuarat jemaah menteri semalam memutuskan kita teliti struktur perintah yang ada di Esscom kerana di situ ada agensi seperti tentera, polis dan penjawat awam.

"Di samping itu apa aset atau alatan ketenteraan seperti bot dan helikopter, ini kita akan teliti, jadi kita panggil Esscom beri taklimat," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Esscom diminta memberi maklumat kepada masyarakat khususnya pengusaha resort dan pelancong mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika berada di kawasan berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan mengesan mangsa masih diteruskan pihak berkuasa.

Katanya beliau berharap mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan dibebaskan penjenayah. - Bernama


Posted via Blogaway

Saturday, April 5, 2014

Membidas Kenyataan Ku Li Pasal DEB

Saya ingat kekayaan Ku Li itu sendiri datang dari dasar DEB. Sebab itulah beliau tidak boleh terlalu berpolemik dengan kekurangan DEB menurut pendapat beliau.


Harus beliau tetap berpegang pada dasar DEB yang sengaja di wujudkan untuk membantu orang Melayu demi mengimbangi sosioekonomi yang tidak seimbang berbanding kaum cina pada ketika itu. Sedang sekarang pun masih ada lagi orang Melayu yang hidup agak susah, nah apa lagi kalau DEB tidak wujud pada ketika itu atau saja sekarang ini.

Saya ingat dasar  DEB tidaklah jelek mana, seperti yang beliau perkatakan, kalau DEB itu tidak berjaya malah hanya menjarakkan jurang kekayaan di kalangan orang Melayu itu sendiri. Juga  mengwujudkan permusuhan di antara etnik di Malaysia. Selain memangkinkan amalan kronisme di kalangan pendokong politik dari konteks DEB.

Yang sebenar benarnya, dasar DEB tetap berjalan diatas landasannya yang betul seperti mana matlamat asalnya, sehinggalah pegangan ekuiti kaum Melayu mencapai 40% pada masa masa yang akan datang.

Yang bermasalah sekarang ialah kelompok individu yang telah mendapat kelebihan dari dasar DEB itu sendiri, mereka itu perlu secara terus melangsungkannya ke peringkat bawah dengan membawa kelebihan yang mereka dapat  untuk pula mengayakan masyarakat yang ada di bawah mereka, bukan malah berlagak konon itu hasil usaha total dari titik peluhnya. Ini tidak malah pula ada dari kalangan mereka yang mempersoal dasar kerajaan yang telah menyenangkan mereka. Ini dia punya masalah sebab itulah timbul ketidakpuasaan di kalangan etnik dan sasaran pegangan ekuiti 40% oleh kaum Melayu tidak tercapai sehingga sekarang.

Berbanding kaum Cina, walaupun kelebihan yang mereka dapat bukan dari dasar kerajaan seperti mana DEB tapi mereka bersekutu untuk menguatkan perpaduan dikalangan mereka menerusi kekuataan ekonomi yang mereka miliki, senang cerita mereka peduli sesama mereka.

Kaum Cina juga mengamal istilah kronisme, hata dalam politik PAS dan DAP sendiri. Jadi tidak timbul soal kroni di dalam politik pemerintah. Semua juga parti politik di dunia ini mengamalkan kronisme untuk membentuk kekuataan politik. Nah cuba bayangkan kalau mereka yang telah banyak berjasa kepada parti yang mereka dokong tapi idak mendapat apa apa kelebihan dari parti berkenaan, pasti  awal awal lagi mereka sudah cabut untuk memihak lawan, iya lah untuk apa mereka bertengkus lumus kalau juga mereka tidak mendapat banyak kelebihan berbanding mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam memantapkan parti. Betul tidak ?

Konklusinya, mereka yang telah mendapat kelebihan dari dasar DEB harus bersikap terbuka lagi ikhlas dalam membantu masyarakat yang ada disekeling mereka meliputi semua aspek. Agar tidak timbul rasa kebencian di kalangan etnik yang juga ingin hidup senang seperti mereka. Titik

Analisis Berdasarkan Pengalaman Kapten Nik Huzlan Pasal MH370



Akhirnya, segala analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya. 

Sama ada kita suka atau tidak - beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan seluruh teori berkenaan dakwaan bahawa pesawat MH370 mengalami masalah teknikal atau kerosakan.

Pada peringkat awal kehilangan MH370 - dengan segala data dan bukti yang ada dalam tempoh seminggu sejak peristiwa kehilangan pesawat ini berlaku, Datuk Kapten Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang lain daripada pakar-pakar penerbangan paparkan. 

Beliau seolah-olah lebih cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak bertanggungjawab" yang dilakukan secara sangat rapi dan terancang. Antara kesimpulan awal Datuk Kapten Nik Huzlan adalah seperti berikut :

1)Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2)Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3)MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

4)Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurutnya, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

5)Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

6)Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

7)Kapten Nik Ahmad Huzlan sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan

8)Datuk Kapten Nik Huzlan juga mendakwa bahawa, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.

9)Negara seperti Singapura memiliki radar sangat hebat serta mampu mengesan sebarang pesawat sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.

Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susur alur setiap jalan di udara.

Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan pesawat adalah stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang.

10)Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 dirampas, ia tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia? MH370 boleh dirampas dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” yang mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando

11)Datuk Kapten Nik Huzlan mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh seseorang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan daripada dikesan radar.

12)Andaikata MH370 dirampas, ia tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV untuk pilot/co-pilot melihat disebalik pintu tersebut.

13)Tetapi Kapten Nik Huzlan ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konspirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 dirampas.

14)Sekiranya berlaku rampasan MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.

15)Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apakah motif mereka Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhstan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara
Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu di sana

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang bolehmengesan MH370, sekiranya pesawat tersebut melakukan "turn over" ke arah Barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, maka barulah kata kapal terbang MH370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini. 

Secara peribadi saya tetap berpendapat  kehilangan MH370 dilakukan oleh individu yang mahir mengendalikan pesawat khasnya MH370 sebab itulah laluan pesawat ini agak teratur walaupun menyimpang dari laluan komersial. Selain faktor kemahiran pilot, mematikan fungsi transponder pun sudah cukup untuk menyokong pendapat bahwa kehilangan MH370 di lakukan oleh individu yang betul betul tahu atau rapat dengan peralatan yang ada di MH370.

http://daisyteapot.blogspot.com/2014/04/analisis-muktahir-mh370-segalanya-sudah.html