Saya ingat kekayaan Ku Li itu sendiri datang dari dasar DEB. Sebab itulah beliau tidak boleh terlalu berpolemik dengan kekurangan DEB menurut pendapat beliau.
Harus beliau tetap berpegang pada dasar DEB yang sengaja di wujudkan untuk membantu orang Melayu demi mengimbangi sosioekonomi yang tidak seimbang berbanding kaum cina pada ketika itu. Sedang sekarang pun masih ada lagi orang Melayu yang hidup agak susah, nah apa lagi kalau DEB tidak wujud pada ketika itu atau saja sekarang ini.
Saya ingat dasar DEB tidaklah jelek mana, seperti yang beliau perkatakan, kalau DEB itu tidak berjaya malah hanya menjarakkan jurang kekayaan di kalangan orang Melayu itu sendiri. Juga mengwujudkan permusuhan di antara etnik di Malaysia. Selain memangkinkan amalan kronisme di kalangan pendokong politik dari konteks DEB.
Yang sebenar benarnya, dasar DEB tetap berjalan diatas landasannya yang betul seperti mana matlamat asalnya, sehinggalah pegangan ekuiti kaum Melayu mencapai 40% pada masa masa yang akan datang.
Yang bermasalah sekarang ialah kelompok individu yang telah mendapat kelebihan dari dasar DEB itu sendiri, mereka itu perlu secara terus melangsungkannya ke peringkat bawah dengan membawa kelebihan yang mereka dapat untuk pula mengayakan masyarakat yang ada di bawah mereka, bukan malah berlagak konon itu hasil usaha total dari titik peluhnya. Ini tidak malah pula ada dari kalangan mereka yang mempersoal dasar kerajaan yang telah menyenangkan mereka. Ini dia punya masalah sebab itulah timbul ketidakpuasaan di kalangan etnik dan sasaran pegangan ekuiti 40% oleh kaum Melayu tidak tercapai sehingga sekarang.
Berbanding kaum Cina, walaupun kelebihan yang mereka dapat bukan dari dasar kerajaan seperti mana DEB tapi mereka bersekutu untuk menguatkan perpaduan dikalangan mereka menerusi kekuataan ekonomi yang mereka miliki, senang cerita mereka peduli sesama mereka.
Kaum Cina juga mengamal istilah kronisme, hata dalam politik PAS dan DAP sendiri. Jadi tidak timbul soal kroni di dalam politik pemerintah. Semua juga parti politik di dunia ini mengamalkan kronisme untuk membentuk kekuataan politik. Nah cuba bayangkan kalau mereka yang telah banyak berjasa kepada parti yang mereka dokong tapi idak mendapat apa apa kelebihan dari parti berkenaan, pasti awal awal lagi mereka sudah cabut untuk memihak lawan, iya lah untuk apa mereka bertengkus lumus kalau juga mereka tidak mendapat banyak kelebihan berbanding mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam memantapkan parti. Betul tidak ?
Konklusinya, mereka yang telah mendapat kelebihan dari dasar DEB harus bersikap terbuka lagi ikhlas dalam membantu masyarakat yang ada disekeling mereka meliputi semua aspek. Agar tidak timbul rasa kebencian di kalangan etnik yang juga ingin hidup senang seperti mereka. Titik
No comments:
Post a Comment