Thursday, April 17, 2014

GST Oleh Rafizi Hanyalah Gimik Politik.


Sehingga sekarang kita masih tidak mendengar jawaban yang menarik dari   mana mana individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjelaskan GST dengan kadaran 6% kepada masyarakat. Harus kok penjelasan itu agak santai dan agak logik untuk di hadam. Sedangkan pada masa yang sama, pihak pembangkang cuba menangguk di air yang keruh dengan memutar belit fakta GST  untuk di tukar kepada isu politik yang sudah tentu akan menguntungkan mereka dan caranya ialah dengan menakut nakutkan rakyat sekaligus menyerapkan rasa benci rakyat kepada pemerintah.

Yang menghairankan,  belum pun lagi GST dikuatkuasakan tapi mereka PR sudah tahu apa yang akan berlaku pada nasib masyarakat, macam pula nujum Pak Belalang ya :). Wal hal yang sebenanya mereka juga mengetahui banyak cerita di sebalik kejayaan kerajaan Australia dalam melaksanakan sistem GST terhadap masyarakatnya, selain pastinya pada ketika itu kerajaan Australia juga berhadapan dengan pelbagai tohmakan politik dari pihak pembangkang. Betul tidak ?

Kalau kita perhalusi persoalan yang di timbulkan oleh Tuan Rafizi mengenai GST  hanyalah bersifat spekulasi untuk di terima pakai sekaligus tidak menyakinkan masyarakat agar  menolak perlaksanaan GST.

Saya ambil contoh, persoalan yang diajukan oleh Rafizi :-  Rafizi kata GST akan menyebabkan kadar perkhidmatan  termasuklah cukai tanah  dan banyak lagi termasuk wang hantaran kahwin akan meningkat.

Harus di ketahui tidak ada agenda baik yang melibatkan sistem di dunia ini yang tidak mengandungi sama sekali eleman negatif di sebalik matlamat kebaikan yang hendak dicapai, apa lagi kalau sistem itu bersifat jangka panjang tapi akhirnya akan menguntungkan masyarakat itu sendiri. Nah disini, Rafizi cuba menentang dua unsur yang menjadi entiti kepada namanya sistem yakni elemen pro dan kontra, dua eleman ini juga terkandung di dalam sistem cukai GST, tidak terkecuali.

Selain cuba menentang sistem, Rafizi juga berpolemik dengan konon ketirisan pengurusan kewangan negara. Pada dia, harus ketirisan itu di selesaikan terlebih dahulu sebelum GST di perkenalkan. Persoalannya, mana ketirisan yang di maksudkan oleh Rafizi, pasal ketirisan  yang sudah lepas tu kah sepertinya NFC ? apa ia boleh di panggil ketirisan  sedangkan ia berbentuk pinjaman kepada pemimpin politik yang juga seorang rakyat Malaysia. Yang sebenarnya tidak ada ketirisan yang boleh memalitkan hingga menyebabkan GST terpaksa di batalkan untuk dilaksanakan. Malah kalau pun benar apa yang di lemparkan oleh Rafizi pasal konon ketirisan ini, tetap juga GST tidak boleh di nafikan sebab ia adalah dua perkara yang berbeza. GST bertujuan untuk memakmurkan ekonomi negara sekaligus masyarakatnya. Sementara ketirisan ia perlu di tangani dengan mekanisma yang lain dan bukannya dengan pembatalan GST. :)

Semat di dalam minda sekalian dengan hanya melaksanakan GST di tahun pertama, di jangka pemerintah akan berjaya mendapat kutipan cukai sebanyak 60 bilion. Ini juga menunjukkan kepada kita bahwa segala kekayaan yang awalnya datang dari sumber alam yang telah menyumbang sebanyak 35% - 40% kepada hasil negara kini t berada di tangan masyarakat umum Malaysia sebab itulah sistem cukai yang lebih efisien perlu di perkenalkan yakni Good & Service Taxe GST berbanding sistem cukai Sales and Services Tax (SST) sebelum ini yang hanya menyumbang sebanyak 7% kepada pendapatan negara.

Konklusinya bila pendapatan negara bertambah maka secara logiknya masyarakat akan menikmati lebih banyak kebaikan termasuklah perkhidmatan kesihatan yang lebih bermutu dan banyak lagi, apa yang pasti ia jauh lebih baik dari apa yang ada sekarang. Oleh sebab itulah jangan mudah terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang cuba memburukkan perlaksanaan GST. 

Mana mana sistem yang sudah dan akan diperkenalkan/dilaksanakan di muka bumi ini  ia mengandung pro dan kontranya terhadap keadaan, jadinya masyarakat harus bersikap matang dalam menerima sistem pentadbiran yang bertujuan baik, dengan menghukum selepas terbukti gagal bukannya menghukum sebelum sistem di terbukti gagal. Hakikatnya Rafizi cuba menentang eleman yang ada di dalam sistem dan secara sinisnya dia telah gagal terlebih awal :)

Kalau memang kalian jenis orang yang berakal.

No comments: