Friday, April 25, 2014

Bersetuju Tapi Menyanggah Pendapat Dr M Pasal Kemungkinan Kudeta ?

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi nasihat kepada para pemimpin jangan memandang rendah kemampuan rakyat Malaysia untuk bangkit menentang pemimpin dan kerajaan yang korup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2014.Pemimpin diingatkan supaya tidak memandang rendah terhadap kemampuan rakyat Malaysia menjatuhkan kerajaan yang korup sama seperti di negara Timur Tengah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, sejarah raja dan diktator di Timur Tengah membuktikan kuasa rakyat mampu menjatuhkan pemimpin sehingga menggunakan tindakan keras dan ganas.

"Rakyat Malaysia belum tahu cara yang ganas.

"Mereka mungkin menggunakan pilihan raya untuk memperbetulkan keadaan tetapi janganlah kita terlalu yakin yang mereka akan terus berlembut," katanya dalam tulisan bertajuk "Mereka yang berkuasa" di blognya www.chedet.cc hari ini.

Katanya, perkara ini tidak mustahil akan berlaku di negara ini kerana sejarah Melayu membuktikan rakyat pernah bersatu dan bertindak secara ganas menjatuhkan pemimpin zalim.

"Sultan Mahmud dibunuh walaupun tabiat orang Melayu tidak menderhaka kepada raja," katanya.

Namun menurut Dr Mahathir, senario politik negara sehingga kini masih tidak sanggup untuk menasihati pemimpin kerana takut dimarahi atau dipandang serong.

Katanya, ini kerana kebiasaannya ramai menyokong dan memuji apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin yang berkuasa; sama ada ikhlas menyatakan pendapat atau cuma mengangguk dan mengiakan apa sahaja yang disukai oleh yang berkuasa.

Menurut Dr Mahathir, orang sekeliling pemimpin yang sepatutnya memberi nasihat dilihat hanya membawa kesan buruk kerana tidak berani menyuarakan teguran sehingga menimbulkan kebencian rakyat.

"Tanpa teguran yang berani oleh mereka maka akan lebih buruklah prestasi pihak berkuasa.

"Kemarahan orang akan meningkat menjadi kebencian," katanya.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam menggesa Putrajaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan pembangunan demi memajukan kehidupan kaum Melayu.

Beliau yang memegang jawatan itu dari 1984 hingga 1991 semasa zaman pemerintahan Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu melakukan penyelidikan dan membetulkan semula dasar supaya ekonomi negara dapat dimajukan.

"Kerajaan sepatutnya mencari cara serta jalan penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.

Menurut Daim, beliau bukanlah bukan anti-kerajaan ketika mengulas tentang kepincangan menteri kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.

"Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul.

"Ini isu yang serius. Rakyat harus tahu bahawa dasar yang diamalkan kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat, malah ia membebankan rakyat daripada segi peningkatan perbelanjaan ekonomi seharian," katanya seperti dilapor portal berkenaan. – 23 April, 2014.
themalaysianinsider.com · April 24, 2014

Kurang bersetuju dengan pandangan Tun Daim Zainudin pasal pengurusan ekonomi negara hingga menyebabkan kehidupan  masyarakat agak terhimpit maka itulah perlu dibetulkan. Sebabnya kalau kita rujuk perkembangan ekonomi semasa negara, Malaysia berada di dalam kedudukan yang cukup selesa.

Jangan juga dilupa sumber ekonomi Malaysia datang dari sumber alam yang terurus seperti Sawit dan Petroleum dua komoditi ini di urus dengan sangat baik jadi tidak mungkin negara akan berhadapan dengan krisis ekonomi yang teruk hingga masyarakat hidup dalam kesusahan.

Mungkinkah ketidakpuasaan hati Tun Daim, disebabkan oleh program berkerbajikan yang di perkenalkan oleh pemerintah sebelum ini yakni BR1M, yang mungkin pada pendapat Tun Daim program ini tidak berjaya sebab bersifat jangka pendek ?. Tapi harus kok di akui kemenangan BN di PRU13 yang lepas sedikit sebanyak disebabkan oleh faktor pemberian BR1M, bermaksud kebijaksanaan dari individu yang memperkenalkan program ini harus di hargai.  

Pada masa yang sama, diri pula agak bersetuju dengan pandangan Dr M  :). Dr M kata, masyarakat Malaysia mampu mencetuskan suasana huru hara dengan membuat tindakan serupa Kudeta.  Seperti mana tekad bangsa Melayu ketika dahulu sanggup menderhaka pada Sultan Mahmud bila sudah tidak berkenan, wal hal bangsa Melayu terkenal dengan sikap kesetiaan mereka terhadap Sultan.

Antara faktor lain yang dinyatakan oleh Dr M ialah individu yang berada di sekeliling pemimpin utama, sering tersalah atau tersilap dalam  memberikan nasihat  selain rasuah hingga menyusahkan masyarakat secara keseluruhannya. ?

Wah semacam kesalahan itu tersangat besar lagi  menakutkan. Dan tidak pernah berlaku sebelum ini  :)

Pada saya, kebobrokan yang kita rasa dan lihat sekarang adalah disebabkan oleh beberapa isu bukannya total dari faktor yang disebut oleh Dr M diatas.

Manipulation oleh kelompok individu tertentu terhadap dasar yang pada awalnya agak terbuka kini ruang dan peluang itu agak tertutup, yang memungkinkan kesetiaan  masyarakat politik terhadap pemimpin utama boleh berubah sekaligus berkurangan.

Kebanyakan masyarakat politik memiliki cita cita politik mereka yang menggunung, ini juga kita tidak boleh nafikan yang menyebabkan mereka tidak berpuashati andai tidak kesampaian. Begini, nah cuba bayangkan kalau impian politik mereka terhalang dek kerana birokrasi kecil yang wujud di antara mereka dan pemimpin, angkara kelemahan individu tertentu yang tidak meletakkan hak pada tempatnya. Bukan kah ia akan memberikan kesan langsung yang boleh mematahkan semangat politik mereka terhadap parti pemerintah atau saja pemimpin berkenaan ?

Cuba andaikan, andai  negara ini diperintah oleh PR, mampukah PR memberikan ruang yang seluasnya lagi cukup terhadap masyarakat politi tidak berpuas hati di atas ?

Apa yang penting lagi perlu di semat di hati setiap diri masyarakat Malaysia ialah sebelum ini pentadbiran negara Malaysia tidak seperti yang ada sekarang, penuh dengan keterbukaan maka itu manfaatkanlah kebebasan ini dengan penuh kebijaksanaan.

Yakini juga bahwa kerajaan sedang berusaha keras demi memastikan kehidupan masyarakat Malaysia tetap berada dalam kesejahteraan sekaligus mampu mendorong mereka lebih laju untuk melangkah kehadapan seiring dengan kemajuan perdana.

Kesimpulannya, kurang atau lebih hasil dari pentadbiran yang ada, ia adalah adat  atau fitrah di era ini. Evolusi pemikiran dan kehendak masyarakat yang sering berubah ubah, mengikut pengaruh sekeliling yang mungkin berniat jahat adalah cabaran yang perlu di tangani dengan penuh kebijaksanaan. Sistem yang dulunya elok/bermanfaat kepada mereka kini tidak lagi malah kekadang bercanggah dengan pemikiran mereka yang  berpendidikan.

Akal dan nafsu manusia ini tidak akan pernah puas kalau memang kita ukur dari corak tadbir dan kemahuan manusia. Apa lagi dari kontesk negara yang sudah tentu mempunyai pelbagai jenis pendapat, entah betul atau tidak.


Posted via Blogaway

No comments: