Thursday, February 28, 2013

Apa Ingat Saya Bodohkah

Saya mendapat masej mahu sokong UMNO kah atau apa dia. Dia tanya saya apa saya punya jaminan, kalau mereka menyokong UMNO/BN jangan sebut pasal polisi UMNO sebab itu sudah tentu baik untuk masyarakat. Kami mahu jaminan dari individu seperti anda. Saya kata begini "apa kamu ingat saya bodohkah tetap menyokong UMNO kalau saya pada akhirnya tidak berbeza dengan mereka yang selesa tapi tidak berbuat apa apa untuk parti ? mari turut bersama saya menyokong UMNO/BN, saya akan pastikan kamu/kita mendapat kelebihan lepas itu kita gunakan kelebihan itu untuk meletakkan hak marhaen pada tempatnya"
Sent from my BlackBerry® Jalin Luin

Semporna Meraikan Demokrasi Dengan Sempurna

Bukti betapa Daerah Semporna yang melahirkan pemimpin sehebat Dato Sri Shafie Apdal turut pasti mendukung Demokrasi yang terpimpin.

Bendera setiap parti diletakkan pada tempat yang sama tanpa ada unsur unsur sabotaj.
Sent from my BlackBerry® Jals Jalin

Mana Sumpah Pak Anwar Demi Menafikan ?

Politik awal pagi. P.Balasubramaniam (Bala) tiba tiba hadir di Bumi Malaysia dan mengemparkan politik negara ini dengan membuat pengakuan sumpah baharu bahawa konon Najib ada terlibat dengan insiden pembunuhan Altantuya. Walaupun sebenarnya sebelum ini beliau ada bersumpah untuk maksud yang sama tapi beliau telah menarik balik sumpah tersebut sebelum beliau berangkat keluar negara.

Maka sebab itu Bala lebih konon kelihatan budiman berbanding Pak Anwar, dimana Pak Anwar masih lagi berpolimik dengan kelakuan sumbangnya bersama China Doll dan liwatnya bersama Saiful, oleh penyokong PR :)

Hasil sumpah palsu Bala yang menjunjung Bhagavad Gita itulah Pak Anwar semakin sibuk mencanang konon Najib itu sah ada terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya. Sedangkan Najib sendiri pernah melafazkan sumpah bahawa dia tidak terlibat dengan insiden tersebut, yang bertempat di Masjid Guar Perahu, Georgetown Pulau Pinang pada sekitar tahun 2009.

Trio Datuk T, juga sudahpun lama melakukan akuan Sumpah Mubahalanya bahawa individu yang bersama China Doll dalam rakaman video seks hitam putih itu adalah Pak Anwar, selain kehilangan jam tangan Omega milik Pak Anwar yang ada kaitan dengan skandal tersebut.

Yang ingin saya persoalkan disini adalah keintegritian Anwar terhadap sumpah, sedangkan Agama Islam sendiri membenarkan perlakuan sumpah bagi tujuan mencari kebenaran. Tapi kenapa Pak Anwar hingga sekarang tetap tidak mahu melakukannya ? Berani kerana benar, takut kerana salah.

Para penyokong PR harus melihat kebobrokan ini sebagai kekurangan yang ada pada Pak Anwar maka itu dia tidak layak diangkat sebagai pemimpin sekaligus bagi mengelakkan negara ini pada akhirnya akan ditimpa musibah angkara mendukung pemimpin yang hina sebab melakukan seks luar tabii dan melanggan pelacur.

Tidak sabar rasanya menanti kemunculan rakaman penuh pengakuan Sumpah Dato Trio terhadap Pak Anwar :)

Peliknya, ada ramai penyokong PR yang konon berpendapat andai kita yang mempersoal aib seseorang maka itu tidak elok dan tidak wajar dilakukan dan ia juga petanda bahawa kita sebagai pemerintah sudah kehabisan modal dalam berpolitik. Sedangkan aib itu juga tidak sahaja merujuk pada perlakuan seks semata mata, ia juga boleh dikaitkan dengan perlakuan rasuah, maksud saya kenapa kalau mereka PR yang membongkar konon perlakuan rasuah tidak mengapa tapi kalau kita yang memomokkan perlakuan salah laku seks pemimpin mereka maka kita akan dikatakan salah ?

Pada hemat pembaca mana yang lebih akan mendatangkan musibah dahsyat oleh Tuhan pada negara berserta penghuninya, perlakuan pemimpin yang jelas bermoral rosak sepertinya seks luar tabii kah atau konon perlakuan pemimpin yang melakukan rasuah ?

Wednesday, February 27, 2013

Mutalib MD Membuat Spekulasi Murahan

Saya tidak nampak dimana logiknya tulisan Mutalid MD pada artikelnya di Portal Sabahkini yang bertajuk Ketua Cawangan UMNO @ Ketua Mundu ?.

Mana mungkin si Amat Bom mampu mempengaruh kelompok yang mengelar diri mereka sebagai Sultan dengan begitu mudah. Itu semua hanyalah persepsi penulis semata mata. Sebenarnya si Amat Bom itu yang diperalatkan ?

Dan saya tidak faham apa tujuan penulis membuat kenyataan seperti itu. Apa dia ingin merendah rendahkan kemampuan pemerintah sedang pencerobohan itu sudah melibatkan campurtangan negara jiran hingga mereka sanggup menghantar Kapal Perang mereka ke Malaysia ? Dan agak mustahil sedang kerajaan Philipine juga turut mengeluarkan kenyataan perihal tuntutan yang dikemukakan oleh penceroboh.

Perkara ini tidak boleh dipolemikkan begitu saja atau mungkin tujuan artikel itu adalah untuk menutup keterlibatan Pak Anwar dalam pencerobohan tersebut ? Almaklum keterlibatan Pak Anwar dalam insiden tersebut sudah pun sampai kepengetahuan umum.



Kekalutan Pentadbiran PKR Tapi Pandai Pula Menilai Organisasi Lawan

Politik awal pagi. Rafizi Ramli sibuk menganalisis calon BN di Parlimen Pandan antara Dato Chua Soi Lek dan Dato Ong Tee Kiat.

Beliau menyimpulkan bahawa parti parti kompenan sepertinya MCA adalah pengemis ini kerana kononnya kepimpinan tertinggi BN/MCA tidak ada kuasa dalam menentukan calon mereka. Kalau sebelum ini konon Presiden parti kompenan boleh berkompromi andai calon mereka tidak mendapat persetujuan total dari PM tapi sekarang tidak lagi, kuasa itu telah diambil oleh PM secara total. Ini berlaku kerana kononnya PM ingin memilih calon yang setia kepadanya agar nanti mereka tidak melakukan undi tidak percaya seperti mana di era Pak Lah menjadi PM dahulu. Sebab nantikan BN tidak mendapat 2/3 dan kalau benar ia berlaku maka ahli Perlimen boleh membuat undi tidak percaya, kononnya.

Rafizi tidak tahu yang Ketua ketua Cabang di semua Daerah sekarang ini tengah bergolak sesama mereka juga dengan ahli mereka. Ada ketua Cabang yang berkecil hati sebab keputusan mereka tidak dihormati oleh ramai ahli alsebab pihak atasan PKR campurtangan dalam keputusan mereka walaupun ia melibatkan hal yang paling kecil. Sikit sikit merujuk pada pusat PKR, jadi apa konok fungsi mereka sebagai Ketua Cabang ?

Itu kurang sakit, tapi ini yang menyakitkan ni. Ahli baru yang baru masuk semalam terus boleh menjadi calon di PRU mendatang, diri itu hanya perlu mendapatkan persetujuan dari Azmin Ali tanpa memperdulikan pendapat Ketua Cabang. Sedangkan Ketua Cabang ini juga ada memasang ayam tambatannya sebagai calon di PRU nanti dan Ketua Cabang ini juga telah lama berusaha demi parti PKR, jadi kenapa ketua cabang ini di anggap sampah politik, mentang mentanglah dia tidak berkaliber :)

Sri Kandi juga langsung tidak mendapat tempat, malah Sri Kandi yang ada sekarang sedang diseketukan untuk "dihapuskan" lalu digantikan dengan individu tertentu yang ada dalam kelompok baharu, sedang individu itu baru masuk menjadi ahli PKR "semalam". Dengar cerita juga Sri Kandi Semporna ini tengah meroyan untuk menjadi calon menentang Dato Sri Shafie Apdal di P189. Nah kalau begini sudah keadaannya, gigit jarilah nampaknya, sebab ada konon calon yang lebih layak dari beliau yang berstatus Doktor.

Ekoran dari kejahilan kepimpinan pusat dalam menadbir ketua ketua Cabang, ahli ahli PKR telah berpecah seribu. PAS dan PKR akhirnya bermusuhan.....Oppppps, rahsia :)

Dan semua perpecahan ini dikata tidak mengapa oleh PKR yakni Rafizi Ramli :).......... Mengata orang diri mereka itu sendiri yang terlebih lebih. Maksud saya memperbodoh

Kesimpulannya PKR ini tidak menghormati hak yang berhak dari konteks organisasi dan apa lagi kalian yang hanya ahli biasa atau penyokong di atas pagar ? Hehehe, mahu kalian dipandang macam sampah sarap, nah cubalah sokong parti mana mana yang ada dalam PR, baru kalian tengok menyesal kok kalian tu.

Tuesday, February 26, 2013

Laksamana Pencen Kata, Pencerobohan Itu Sandiwara Politik

Sekejap. Laksamana pencen segala kata, disebabkan sistem pertahanan negara ini serba lengkap maka perkara mustahil untuk penceroboh itu boleh menyusup masuk ke Lahad Datu :). Itu sebenarnya polemik murahan.

Jangankan kata sempadan negara yang begitu luas 1,577 KM yang merentang dari Tawau hingga Kudat. Sedang rumah kita sendiri pun boleh juga diceroboh hingga kekadang masuk ke dalam bilik :).

Selengkap manapun kelengkapan yang kita ada ia tetap boleh diceroboh. Lainlah kalau negara ini berada dalam konfrontasi yang keras sepertinya di Korea Selatan dan Utara. Atau penceroboh itu menyusuk dengan menggunakan kelengkapan perang sepertinya Kapal Perang yang lengkap dengan kelengkapan senjatanya, itu barulah pihak lawan boleh menyalahkan pemerintah.

Teori kenapa penceroboh itu boleh menyusup masuk dengan begitu mudah adalah sangat mudah. Ada besar kemungkinannya, penceroboh itu masuk dengan menggunakan sampan/tempel dan mereka datang secara beransur ansur hinggalah jumlah mereka cukup untuk memulakan tuntutan.

Untuk makluman jarak antara lokasi penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu dengan Kepulauan Sibutu/Sulu adalah sangat dekat ia hanya memakan masa sekitar 40 minit atau tidak sampai pun sejam untuk tiba. Ingat penceroboh yang datang ini juga berakal, mereka juga punya perancangan yang rapi yang mungkin memakan masa untuk selesai agar tidak boleh dikesan oleh penguatkuasa.


Jadinya pencerobohan itu bukannya sandiwara seperti mana yang dicanang oleh pihak lawan/pembangkang........ Arios.

Pasti memang ini organisasi PR, suka sangat membuat fitnah walaupun ia melibatkan keselamatan rakyat Malaysia

Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya

Salam 1Malaysia,

Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan perlaksanaan satu proses pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini. Beberapa transformasi yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kebelakangan ini seperti pengenalan perlaksanaan dakwat kekal dan menambah baik proses undi pos, sekali gus menjadikan prinsip demokrasi kita menjadi semakin kukuh. Hari ini, kita telah bersetuju untuk terus memastikan proses pilihan raya negara kita bersih dan adil dengan mengikuti sistem demokrasi standard antarabangsa. Saya berasa bangga selepas menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya dan sebaik selepas nama calon-calon yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang diumumkan, saya akan pastikan kesemua mereka menandatangani ikrar tersebut.

Latar belakang setiap calon yang akan mewakili BN itu telah pun melalui proses saringan pemeriksaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlebih dahulu bagi memastikan mereka yang dipilih mempunyai nilai integriti yang tinggi seperti yang diharapkan oleh rakyat Malaysia. Setiap individu yang menandatangani ikrar itu bertanggungjawab memastikan ia terlaksana dan saya serta rakan seperjuangan saya di dalam BN memandang serius akan perkara ini. Pun begitu, semuanya terserah kepada rakyat Malaysia untuk menilai setiap pemimpin politik mereka. Dengan sistem pilihan raya kita yang baru dan semakin baik serta komitmen yang ditunjukkan oleh bakal Ahli Parlimen kita, saya harap rakyat Malaysia dapat terus memberi peluang kepada kami untuk meneruskan agenda transformasi..

Monday, February 25, 2013

Untuk Tetap Dengan Perjuangannya

UMNO itu tetap dengan perjuangannya, kebaikannya itu berterusan. Tapi disebabkan pemikiran rakyat semakin matang angkara sistem pendidikan yang diperkenalkan pemerintah maka polisi UMNO juga mesti berubah mengikut kematangan masyarakat itu tadi.

Masyarakat melihat kedangkalan UMNO ini dari pelbagai sudut politik, tapi yang paling masyhur ialah birokrasi UMNO itu sendiri, yakni kedangkalan pada setengah pemimpinnya. Baik, maka oleh itu UMNO pun memperkenalkan pendekatan baharu yakni konsep 1Malaysia. Ingat konsep ini akan merubah banyak perkara dalam pentadbiran pemerintah yang dipanggil tranformasi bukan reformasi tau :).

Konklusinya, andai PR juga diberikan peluang dalam memerintah pasti PR akan memperkenalkan sistem pentadbiran yang baharu, jadi apa bezanya dengan BN/UMNO yang telah memperkenalkannya terlebih dahulu, tidak pun sampai sepenggal ia diperkenalkan, kenapa tidak saja mendukungnya ? Masyarakat Sabahan dan Sarawakian sedar, pada kali ini dan pada tahun tahun seterusnya mereka akan dibelai dengan penuh pemghormatan, sebab pemerintah tahu kalau mereka tidak berbuat demikian maka mereka akan kehilangan kepercayaan di penggal seterusnya dan waktu itu ia amat sukat untuk di tangani. Jadinya Sabahan dan Sarawakian akan tetap menyokong BN sebab ruang dan peluang akan disediakan dengan begitu luas.........

Goodies for Sabah, S’wak in Pakatan manifesto

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat today unveiled its election manifesto, giving more “goodies” to the people of Sabah and Sarawak.

The manifesto was launched at the fourth Pakatan convention here.

DAP vice-chairman M Kulasegaran told the nearly 1,000 participants at the Shah Alam Convention Centre that Barisan Nasional had neglected the East Malaysians for far too long.

“Therefore, if elected to federal power, we will set up two second level national oil companies in Sabah and Sarawak. These companies will serve to safeguard the interest of our East Malaysian brothers and provide employment to them,” he said.

Also present were PKR director of strategy Rafizi Ramli and PAS central working committee member Dzulkefly Ahmad.

Kulasegaran, who is also Ipoh Barat MP, said that the Pakatan government would also implement a mammoth highway project in East Malaysia, currently named the Pan Borneo Highway.

“The highway will link Kuching, Kota Kinabalu and Kudat. This is one of our measures to implement infrastructure projects equally in both East and West Malaysia,” he said.

He also reiterated Pakatan’s earlier promise to increase oil royalty from 5% to 20% if elected to power.

On reforms of public institutions, Kulasegaran said the Pakatan government would introduce the National Anti-Corruption Policy, or Debaran, that will be tasked with coming a comprehensive solution to combat graft.

Under Debaran, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) would be given powers to haul up and prosecute corrupt officials in court.

Chipping in, Dzulkefly said that other institutions such as the police force would also be strengthened in order to combat crime.

“We will also set up the Independent Police Complaints and Misconduct Commission [IPCMC] to monitor the police force,” he said.

Rafizi said the Pakatan government would also deal with the menace of monopoly in the economy by forming the Anti-Monopoly Commission.

He added that a Public Contracts Commission would also be set up to revise and study all public concessions for the benefit of the public.

“We need to ensure that those who control the telecommunications, pharmaceutical and other industries do not form a cartel.

“In addition, we will review our agreements with the independent power producers [IPP] that is costing taxpayers billions of ringgit, on top of the surging electricity tariff,” he said.

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4

SHAH ALAM: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) mendapat kritikan sinis Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan program itu turut diberikan Firaun kepada rakyat pada zaman dahulu.

Abdul Hadi mengkritik program bantuan Kerajaan Pusat melalui BRIM ini sepatutnya mencerdikkan rakyat.

Sebaliknya, rakyat didakwa menjadi pengemis walaupun bantuan tersebut adalah wang rakyat.

“BRIM bukan cerita tentang duit, malah Firaun pun pernah bagi duit. Firaun kerahkan kaumnya dan dikumpulkan dengan memberi ucapan bahawa projek yang disalurkan kepada rakyat adalah projeknya. Firaun menjadikan rakyat ringan akal.

“Cara BRIM adalah untuk bijakkan rakyat. Terima BRIM jangan undi Barisan Nasional. Mahu ajar rakyat agar dimampukan dan bukan rakyat jadi pengemis. Maka dengan Buku Jingga kita mampu laksanakan konsep rakyat dimampukan,” ujar beliau.

Abdul Hadi ditemui ketika memberikan ucaptama dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kali keempat di Shah Alam Convention Centre di sini hari ini.

Beliau turut menasihati rakyat agar tidak mengundi BN, walaupun menerima pemberian BRIM tersebut.

“Kamu (rakyat) bukan ayam,itik tapi kamu manusia. Jika diberi dedak atau hampas kelapa kita (rakyat) makan ayam itu balik,” ujarnya.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemberian BRIM ini hanya untuk menutup pelbagai mega projek yang dijalankan kerajaan pusat.

`Projek mega’

“Mereka (BN) asyik bercakap pasal BRIM. Tapi mereka tidak bercakap tentang projek mega yang diluluskan pada waktu ini,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucaptamanya pula terus menyeru rakyat mengundi Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Katanya, pelbagai penyelewengan dan salahguna kuasa telah dilakukan BN selama 50 tahun memerintah.

Beliau turut mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan meminta rakyat menyokong BN untuk mendapatkan majoriti 2/3 agar pindaan perlembagaan dapat dilaksanakan.

Ini didakwa bagi melucutkan kerakyatan Pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

“Mantan PM minta rakyat sokong BN untuk dapat majoriti 2/3 pinda perlembagaan dan lucut kerakyatan Ambiga,” ujar beliau.

Di akhir ucapannya, beliau berkata jika Pakatan berjaya memerintah Putrajaya, jet peribadi tidak dibenarkan terbang di semua lapangan terbang di Malaysia.

Bidasan Dr M Atas Tuduhan Yang Di Lemparkan Terhadapnya

1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.

2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.

4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.

5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.

6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.

7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.

8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.

9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.

10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.

11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.

12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.

13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.

14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.

15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.

16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.

17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?

18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.

Manifesto pembangkang bawa Malaysia menuju bankrap

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Malaysia menuju bankrap jika janji-janji pakatan pembangkang seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilaksanakan.

Pembangkang yang cuba menjadikan negara ini serba percuma juga terlupa terhadap usaha menarik pendapatan kerajaan terutama melalui pelabur asing.

Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizuddin Nooh berkata, manifesto pakatan pembangkang itu banyak memberi berbanding menarik pendapatan.

Hal ini, tegas beliau, akan menyebabkan negara hilang arah tuju, sekali gus berdepan masalah bankrap.

"Pelabur akan takut melabur di negara ini sekiranya tiada penumpuan insentif terhadap mereka.

"Pakatan pembangkang tidak memberi indikator untuk menarik lebih ramai pelabur bagi menyuburkan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengenai janji menurunkan harga kenderaan dan melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Noorizuddin menambah, kedua-dua usaha itu bukannya sesuatu yang menakjubkan sebaliknya sedang dan telah pun dilakukan kerajaan pada waktu ini.

Baru-baru ini, katanya, kerajaan telah berjaya menarik perhatian enam pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk melabur dalam sektor automotif tempatan sekali gus menjadikan harga kenderaan lebih rendah menjelang 2015.

Selain itu, jelas beliau, kerajaan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berusaha mengurangkan pegangan kerajaan dalam GLC di negara ini

"Semua syer milik kerajaan dalam GLC telah dikurangkan mulai tahun 2010 bagi menambah kecairan kewangan yang dimiliki oleh kerajaan," kata Noorizuddin.

Shot in the arm for Nogeh

BAU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) branches in Mas Gading have cast doubts over the winning chances of incumbent member of parliament Datuk Dr Tiki Lafe if he were to defend his seat in the coming general election.

The chairmen of the party’s Opar and Tasik Biru branches Datuk Peter Minos and John Nyigor respectively said Dr Tiki would find it very difficult to win again following political events affecting him.

They believed the new face recommended by Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) namely Anthony Nogeh Gumbek was the best person to represent Barisan Nasional (BN) to defend the Mas Gading seat in the coming general election.

They stated their stand in response to the reluctance by Prime Minister and BN chairman Datuk Seri Najib Tun Razak to rule out the possibility of fielding direct BN candidates in the general election when asked by reporters during his recent visit to the state.

Minos, who is also PBB deputy information chief, said there is no doubt that Nogeh would be the BN candidate if the BN principle and constitution are adhered to.

“To our BN friends in Mas Gading, do not worry about PBB. We will help each other to ensure victory,” he said, adding both PBB Opar and PBB Tasik Biru have set up operations rooms at Kampung Stuum Muda and Bau town respectively to assist SPDP.

Minos added that the chances of Dr Tiki winning was dented after being dropped from the federal deputy minister’s post in 2008 and his sacking from SPDP in 2011.

“He has been going around saying he is still winnable candidate. That is just his propaganda.

“Just think of the reasons why he was dropped from the federal cabinet and why he was sacked from his own party. Do you still think he is winnable? He is not,” he told a gathering at the house of SPDP Tasik Biru vice chairman Majen Minos at Kampung Grogo near here, last Saturday night.

‘Dr Tiki not appreciative, reciprocal to support given’

John who also spoke disputed Dr Tiki’s claim that he is winnable candidate, pointing out that the candidate representing BN must have support of all the four BN components in Mas Gading.

He claimed that Dr Tiki had not been appreciative and reciprocal to the support rendered by PBB in assisting him in the past three elections.

“If he thinks he is winnable, why not stand as independent to prove it? As far as PBB Tasik Biru is concerned, we respect SPDP’s decision to field Anthony Nogeh as the candidate and we will help him to win by big majority,” he said.

Also present at the gathering were SPDP vice president Rayan Narong, SPDP supreme council member Michael Sitien and Nogeh himself.

Nogeh, who is the Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Salcra) deputy general manager, thanked those who assisted him in the past one year covering the ground and pledged to do his best for the constituency.

Pengalaman Penulis Bernama Di Tanjung Labian

LAHAD DATU : Semasa penulis berkunjung ke Kampung Tanjung Labian, kira-kira 140 kilometer dari sini, kelihatan sekumpulan penduduk sedang sibuk menguruskan sesuatu di dalam pondok perigi yang menjadi sumber bekalan air utama penduduk kampung itu.

Ketika berjalan ke arah mereka sambil memberi salam, jelas kelihatan kesangsian pada wajah mereka, mungkin kerana mereka tidak mengenali penulis dan jurugambar Bernama berikutan kedatangan kami juga secara tiba-tiba dan tanpa temu janji.

Namun keadaan itu tidak menghairankan lebih-lebih lagi Kampung Tanjung Labian cuma terletak kira-kira tiga atau empat kilometer dari Kampung Tanduo, lokasi kira-kira 150 penceroboh yang mengaku Askar Diraja Kesultanan Sulu dari Selatan Filipina, sedang dikepung pihak berkuasa Malaysia.

Tiga hari sebelum itu juga, tiga wartawan asing beserta anggota parti politik pembangkang cuba memasuki kawasan Operasi Sulu melalui laut dari kampung berkenaan namun berjaya dikesan dan ditahan pihak berkuasa Malaysia.

Selepas memperkenalkan diri dan menjelaskan tujuan kedatangan kami, barulah kemesraan mula tergambar di wajah mereka termasuk Mahmood Mallang, ketua kampung yang berkulit cerah, berkopiah putih dan memakai kemeja T putih nipis, yang terus mengajak kami duduk bersembang di bawah rumahnya yang terletak tidak jauh dari perigi.

Bukan setakat itu, kedatangan kami pada waktu petang itu turut disambut dengan sajian minuman sejuk dalam tin yang mungkin baharu dikeluarkan daripada peti sejuk, hasil projek tenaga elektrik solar kerajaan bernilai RM132 juta melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Beberapa rumah di kampung ini sudah menerima bekalan elektrik sejak dua minggu lalu. Sebelum ini, kira-kira 400 penduduk kampung ini bergantung penuh kepada sumber elektrik dari set janakuasa mini yang dibeli sendiri oleh penduduk yang mampu.

"Di kampung ini sahaja terdapat kira-kira 20 set janakuasa digunakan penduduk. Jadi setiap malam apabila janakuasa dihidupkan, kampung ini memang diselubungi bunyi bising dari bunyi set janakuasa ini," kata Mahmood, 72.

Bagaimanapun, katanya suasana bising itu akan berlalu tidak lama lagi apabila kesemua penduduk menerima bekalan elektrik dari sumber tenaga solar dan proses pemasangan wayar dari tiang elektrik ke rumah dan pemasangan meter sedang dilakukan pihak Sabah Electricity Sdn Bhd.

Malah, kata Mahmood mesin pam air perigi sedalam 80 kaki yang digali sendiri penduduk sebagai sumber bekalan air utama sejak lebih 20 tahun lalu juga sudah menggunakan tenaga elektrik untuk mengepam air dari perut bumi sebelum ditakung menggunakan beberapa buah tangki untuk kegunaan penduduk.

"Sebelum ini, kami mengepam air keluar dari perigi ini menggunakan alat pam tangan. Selepas itu, pihak Yayasan Sabah (sebuah agensi kerajaan negeri) membekalkan kami dengan pam elektrik yang berfungsi melalui penggunaan set janakuasa. Kini pam ini berfungsi menggunakan tenaga elektrik solar. Terima kasih kepada kerajaan," katanya.

Menurut Mahmood?terdapat tiga buah kampung lagi di Tanjung Labian iaitu Kampung Tanjung Batu, Kampung Lok Sambuang dan Lok Buani dan empat buah sekolah rendah di situ turut mendapat nikmat daripada sistem bekalan elektrik solar berkenaan.

Bagi Bakri Bantunan, 42, seorang nelayan sepenuh masa di Tanjung Labian, yang dalam proses menyambung bekalan elektrik ke rumahnya, kemudahan itu bukan sahaja amat bermakna kerana ia bakal menerangi rumahnya 24 jam malah penting baginya sebagai nelayan.

"Selepas ini, bolehlah saya membuat ais batu secara kecil-kecilan sama ada untuk dibawa ke laut atau menyimpan ikan supaya tahan lama sebelum pemborong tiba untuk mengambilnya. Sebelum ini, sumber ais kami ialah dari Felda Sahabat 16 yang agak jauh dari sini," katanya ketika ditemui sedang membaiki pukatnya di pantai Tanjung Labian.

Menurut Bakri, yang sudah seminggu tidak turun ke laut berikutan insiden pencerobohan di Kampung Tandou itu, untuk mendapatkan bekalan ais batu di Felda Sahabat 16 mereka boleh menaiki bot selama 30 minit atau berkenderaan darat sejauh lebih 20 kilometer.

Katanya?sebelum ini, khususnya pada musim banyak ikan, biasa berlaku ikan hasil tangkapannya dan nelayan lain busuk kerana kekurangan bekalan ais namun dengan adanya bekalan elektrik 24 jam, kejadian seperti itu boleh dielakkan.

Muhammad Gabril, 19, seperti penduduk kampung lain, juga berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan kemudahan elektrik solar kepada penduduk kampung itu yang baginya tentu mendatangkan begitu banyak kebaikan dan kesenangan.

Dia yang meminati sukan bola sepak berkata biasanya bekalan elektrik ke rumah penduduk kampung cuma sehingga jam 10 malam kerana set janakuasa akan dimatikan pada waktu berkenaan jadi dia tidak dapat menonton siaran bola sepak selepas masa itu.

"Sebelum ini, saya biasa pergi menonton siaran bola sepak ke rumah jiran-jiran. Bagaimanapun dengan adanya bekalan elektrik (24 jam) ini, saya boleh menonton siaran bola sepak di rumah sendiri pada bila-bila masa," katanya ketika baru balik dari laut dengan tangkapan kira-kira 30 kilogram ikan tamban.

Begitupun, Muhammad yang juga seorang pekebun masih mengharapkan agar kerajaan juga membekal bekalan air bersih ke Tanjung Labian pada masa akan datang agar mereka tidak selamanya bergantung kepada air perigi dan air hujan untuk keperluan harian.

Penceroboh Tidak Mahu Berundur

Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina. Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)

Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah

Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina

Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian

Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah, katanya kepada AFP

Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang

Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi. Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah,” katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu ‘sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka’

Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan – AFP


Read more: http://www.enciknakal.com/berita/penceroboh-tidak-mahu-tinggalkan-lahad-datu-sabah#ixzz2LrU15h9r


Mana mungkin penceroboh boleh berpendapat sedemikian sedang kerajaan Philipine sendiri tidak mengiktiraf status mereka sebagai keluarga Kesultanan Sulu atau mungkin rakyat Philipine. Jadi mana mungkin pula kerajaan Malaysia ini yang dipaksa untuk mengiktiraf mereka. Hilang akal mungkin :). Dikhabarkan Sultan Jamalul Kiram III, sebenarnya tidak diiktiraf secara resmi, oleh rakyat Tausug sendiri tapi individu ini yang bertanggungjawab atas pencerobohan tersebut yang pastinya mempunyai hubungan politik dengan organisasi lawan di negara ini.


Tiada Pendapat Positif Dari PR Berhubung Lahad Datu

Cuba carikan saya kenyataan positif dari mana mana politikus PR atau mana mana penyokong PR berhubung pencerobohan di Lahad Datu ? Nah mana ada asyik asyik menyalahkan jak tu. Tidak ada semangat negara bangsa langsung, yang mereka tahu ialah mempolitikkan apa pun kejadian yang menimpah pemerintah......... Itu politik yang sihatkah ?

Yang ada hanyalah spekulasi murahan yang bermula dari pemimpin tertingginya hinggalah ke macai bawahannya. Lihat saja pendapat Chegu Bard yang ada di Portal Sabahkini di bawah tajuk ("Penceroboh" bukti kerajaan lemah) Chegu cuba menyalahkan kerajaan BN secara total dan saya yakin pendapat yang tidak lebih dari spekulasi yang disengajakan itu tidak akan mendapat tempat di hati rakyat, terutamanya mereka yang berbangsa Sabahan.

Baca pendapat penulis di blog ini dibawah tajuk "Chegu Bard Cuba Bermain Api Di Negeri Sabah"

Jelas bukan mereka tidak ingin melihat negara ini kekal harmoni. Adeh



Sunday, February 24, 2013

Kalau Selepas Tarikh Akhir Yakni Pada Selasa ini.

Kalau selepas tarikh akhir yakni Selasa ini tapi penceroboh itu tetap juga tidak mahu berundur, nah tidak salah sudah kok kalau pemerintah menggunakan sedikit kekerasan sekaligus menghantar mereka balik. Macam mengada ada sudah tu, sedang kerajaan Philipine pun tidak mengiktiraf status mereka. Adeh.......

Pasti kok masyarakat kaum Suluk yang berstatus warganegara Malaysia juga bersetuju dengan posting ni.



Gambar hiasan yang kurang sahih.

Najib Bertindak Sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional

SHAH ALAM 24 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertindak sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor manakala Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed menjadi timbalan pengarah bagi memperkukuhkan gerak kerja jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mohd. Zin yang mengesahkan perkara tersebut berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat BN Selangor di ibu kota malam tadi sekali gus menunjukkan Perdana Menteri memberikan perhatian serius untuk memastikan Selangor kembali ke pangkuan BN dalam pilihan raya umum yang semakin hampir.

"Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi BN negeri akan mengetuai jentera pilihan raya umum di Selangor dan ini menunjukkan satu kesinambungan kepada parti bagi menunjukkan keyakinan dan perhatian khusus secara 'hands on' oleh beliau sendiri kepada negeri Selangor.

"Saya pula akan membantu beliau sebagai timbalan pengarah untuk membantu dari segi perancangan dan gerak kerja terutama untuk memperkukuhkan jentera BN pada satu tahap lebih optimum untuk menjamin kemenangan mutlak parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Rakyat Selangor harus kok bersyukur sebab Perdana Menteri sanggup menjadi Pengarah Pilihan Raya BN di sana. Dan ia harus melihat dari skop yang lebih luas, bermaksud segala persoalan rakyat yang ada disana boleh terus diajukan kepada beliau dan segala kedangkalan yang mungkin akan dilakukan oleh para ketua jentera dan pelbagai lagi birokrasi politik di PRU nanti juga boleh diajukan terus kepada beliau.


Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Pulau Bait, Semporna

Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Pulau Biat, Semporna


SEMPORNA : Ahli Parlimen Semporna, Dato Sri Shafie Apdal menyarankan agar masyarakat Daerah Semporna bersatu padu demi bangsa dan Budaya.

Menurut Ketua Umno Bahagian Semporna tersebut, semua pihak khususnya masyarakat ini perlu menjaga perpaduan yang selama ini telah terjalin, di andaikan masyarakat ini berpecah maka sudah pasti pembangunan frasarana dan modal insan yang kerajaan rancang selama ini akan turut terencat. Masyarakat perlu sentiasa tetap mendokong parti pemerintah dan memikirkan sebarang risiko yang mungkin akan berlaku andai masyarakat ini cuba memihak Pakatan Rakyat.

“Jangan sesekali mendengar apa kata dari mana mana pihak pembangkang, mereka ini hanya tahu bercerita sedang mereka tidak pun pernah berbuat apa,” katanya semasa berucap si program pemimpin bersama rakyat di Kampung Bait, Semporna.

Shafie berkata, Kerajaan sentiasa memerhati kesusahan masyarakat di mana mana Kampung, dan jangan merasa kecil jika dia tidak dapat menghadirkan diri disetiap kampung, maklum di Malaysia ini ada 25 ribu Kampung, jadi mana mungkin beliau boleh melawatinya.

Menyentuh mengenai keperluan frasarana, beliau berkata Kampung ini akan di sediakan satu Gelanggang Futsal dan dewan yang sedia akan diperbaiki pada bulan ini.

Sementara itu, beliau menjelaskan kemampuan PKR sudah terbukti semasa Pilihanraya di Sarawak baru baru ini, di mana PKR hanya memenangi satu kerusi, maka yakinlah bahawa BN akan menang besar di Pilihan Raya yang akan menjelang sikit lama lagi.

Hadir sama, Ketua Wanita Umno Semporna, Manis Mukah. Ketua Pemuda UMNO Semporna, Aziz Bin Jamman. Juga turut hadir Ketua Pengarah Kemas Malaysia, Dato Hassan Mohd Amin.





Guru Guru Sekolah Perlu Lebih Cemerlang

SEMPORNA : Golongan Guru Guru digesa agar memberikan perkhidmaan yang terbaik sekaligus mengutamakan pendidikan anak anak daerah Semporna memandangkan pendidikan adalah kunci kepada kemajuan pada satu satu bangsa serta digesa agar mengurangkan cerita politik dikalangan mereka.

Ahli Perlimen Sempora, Datuk Shafie Apdal berkata, seorang guru yang berkualiti lagi berilmu akan mampu menyampaikan ilmu pada anak muridnya dengan juga penuh kualiti.

"Pendidikan merupakan satu perkara penting dan harus diutamakan dalam kehidupan anak-anak kita.

"Justeru itu para guru harus bangkit dan menumpukan perhatian penuh agar bangsa ini tidak ketinggalan jauh dari konteks pendidikan.

"Pembinaan MRSM di daerah ini pasti akan mampu memudahkan anak anak Semporna melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi serta mampu mengurangkan kos perbelanjaan.

"Hanya menerusi pendidikan yang sempurna yang akan dapat melahirkan generasi baru yang mampu mengubah nasib keluarga dan keluar daripada kancah kemiskinan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Pelajar di Dewan Hotel Seafest Semporna.

Hadir sama Pengawai Pelajaran Daerah Semporna, Haji Raduan bin Haji Abdul Rahman. YDP Majlis Guru Besar Semporna, Mohd Said Abdul Jalil. Juga turut hadir Pengarah INSAN Sabah, Sadillah bin Haji Abdillah.

Dalam pada itu, beliau seterusnya menyatakan kelengkapan frasarana yang serba lengkap tidaklah menjamin kepada pencapaian murid ketahap kecemerlangan dan ini telah dibuktikan oleh SK Ulu Lubai, Sarawak di mana sekolah ini telah di nobatkan sebagai Sekolah luar bandar yang kedua cemerlang sedang frasarananya tidaklah begitu lengkap dan ia perlu di contohi oleh guru guru yang ada di daerah ini.

Sebelum itu Dato Sri Shafie telah menyampaikan bantuan BP1M di Sekolah SK Pekan 1 Semporna. Dan telah beliau telah menjanjikan yang bantuan kerusi baru akan di salurkan ke Sekolah tersebut.




Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Semporna Bersama Dato Sri Shafie Apdal

SHAFIE AJAK UMAT ISLAM AMALKAN PENDEKATAN WASATIYYAH DAN BERKASIH SAYANG SESAMA UMAT.

SEMPORNA: Menteri KKLW, Datuk Seri Panglima Shafie bin Haji Apdal menegaskan agar masyarakat mengamalkan pendekatan Wasatiyyah atau kesederhanaan dalam setiap tindakan seharian.

Katanya, manusia ini harus bersederhana samada berhubung duniawi atau akhirat, yakni hidup ini perlu diimbangai seperti juga kesihatan diri kalau kita terlampau makan daging maka kita akan mendapat darah tinggi, juga kalau kita terlampau banyak tidur, maka otak kita akan lemah atau diri akan merasa sakit, maka itu kita perlu bersederhana dalam apapun tindakan.

Menurutnya, amalan dan sirah wasatiah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, baginda bersederhana dalam beramal dan menjalankan tanggungjawabnya. Apa lagi negara ini dihuni oleh pelbagai jenis bangsa dan agama, maka pendekatan wasatiyyah itu amat penting.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun 1434H/2013M Peringkat daerah Semporna di Dewan Masyarakat Daerah Semporna.

Hadir sama Ahli DUN Senallang, Dato Nasir Bin Tun Sakaran. Ahli DUN Bugaya, Dato Ramlie Bin Marhaban. Serta Ahli DUN Sulabayan, Dato Herman Bin Mohammad

“Keterlibatan belia belia dan para remaja dalam sambutan seperti ini perlu diusahakan agar nilai nilai kasih sayang boleh diterapkan pada diri mereka, seperti mana sifat Rasullulah yang mementingkan kasih sayang dalam kehidupan sehariannya. Lihat saja sebelum ini solat lima waktu sepatutnya 50 kali sehari tapi kerna kasih sayangnya baginda kepada umatnya, baginda telah memohon kepada Tuhan untuk dikurangkan kepada hanya 5 waktu sehari semalam", katanya.

Tambahnya, sikap kasih sayang ini akan mampu melahirkan masyarakat yang harmoni apa lagi kalau ia disusuli dengan semangat yang bersungguh dalam mendukung pemerintah. Jangan saja kasih sayang itu hanya ada di bibir tapi ia tidak mampu terjemahkan dalam konteks pemimpin dan parti.

Justeru, katanya, yang memimpin harus menyayangi mereka yang dipimpin dan yang dipimpin harus menyayangi mereka yang memimpin.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ramai masyarakat Semporna dan telah mengikuti Perhimpunan dan Perarakan yang bermula dari Padang Besar Pekan Semporna ke Dewan Masyarakat Daerah Semporna.








Saturday, February 23, 2013

Pencerobohan Di Lahad Datu, Antara Anwar, Misuari dan Akjan

Politik dihujung minggu. Mungkin kandungan artikel perihal "Rundingan Anwar-Misuari Terbongkar" diportal MyMassa kurang panas dan bagaimana dengan yang dibawah ini.

Datuk Akjan sedang dalam siasatan pihak Polis atas beberapa kes yang melibatkan beliau.

Antaranya yang pasti yang akan diberikan perhatian dalam siasatan itu ialah hubungan antara Datuk Akjan, Nur Misuari dan Pak Anwar. Dan saya yakin Datuk Akjan mampu membongkar semua teka teki ini dan akan jelas menampakkan kepada kita bahawa dalang disebalik pencerobohan di Lahad Datu itu adalah organisasi PR khasnya Pak Anwar

Beberapa minggu sebelum pencerobohan tersebut satu pertemuan rahsia telah dibuat diantara Datuk Akjan dan Pak Anwar. Selain motif pencerobohan yang melibatkan MNLF, PR juga berusaha untuk menarik semula konon kelompok pengundi Bajau Suluk yang merasa kecewa hasil tindakan PR yang mendesak hingga terwujudnya RCI. Pak Anwar beranggapan Datuk Akjan punya kelompok tersebut yang boleh memenangkan PR di PRU mendatang.

Selain pengaruh ke Sultanan yang Datuk Akjan cuba hidupkan, beliau juga merupakanl Presiden PEKIDA Sabah dan pasti mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan semua ini amat bermanfaat kepada politik Pak Anwar.

Kesimpulannya, Pencerobohan itu mempunyai motif yang bercabang diantaranya PR ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang keselamatan negara ini tidak terjamin, ingin memujuk pengundi konon kaum Bajau Suluk dan ingin menyakinkan kaum KDM betapa mereka akan terancam andai negeri ini konon terus diperintah oleh BN.

Friday, February 22, 2013

Nik Aziz Kata Penerima BR1M 2.0 Itu Sebagai Haiwan

Ehhhh benarkah Tok Guru Nik Aziz kata orang yang menerima BR1M 2.0 itu dia umpamakannya sebagai haiwan sepertinya Lembu dan Ayam yang hanya diberi makan dedak dan jerami ya ? Terlampaulah bha, namanya rezeki, itu urusan Tuhan kenapa pula pemberian itu dipersoal ya ? Dengar sini apapun alasannya selepas ini kenyataannya itu memang tidak wajar. Menghina rezeki halal tu namanya..... Adeh

Dan setahu saya negeri Kelantan adalah negeri yang paling banyak menerima bantuan BR1M, bermaksud rakyat Kelantan itu kebanyakannya Haiwan ?

Pun begitu ada dikalangan penyokong PR umumnya dan khasnya penyokong PAS yang tetap berpolimik dengan kenyataan tersebut, konon itu hanyalah bahasa kiasan berhubung marhaen yang menerima BR1M 2.0

Pada saya apapun alasan yang diberikan, ia adalah kenyataan yang tidak wajar apa lagi ia dikeluarkan oleh seorang individu yang berstatus Agamawan. Bagaimana kalau ada diantara kita cuba berbahasa kias dengan maksud merujuk pada kenyataan tersebut, contohnya Nik Aziz itu binatang yang tidak berakal, ingat binatang itu juga makhluk. Apa nanti beliau atau penyokong beliau tidak marahkan ?

Cuba Kamu Tanya Politikus Berlagak PKR Di Daerah Anda

Cuba bha kamu tanya betul betul pada mereka yang berpolitik PKR/PAS yang ada di Sabah dan terutamanya yang ada di daerah anda, apa yang mereka cuba perjuangkan tu ?. Cuba tanya mereka secara detail atas kapasiti apa mereka konon merasa kasihan ni dan kelompok mana yang konon mereka kasihani ni ? Lepas itu bandingkan dengan sejarah hidup mereka dimana kebenaran ceritanya, pasti jauh berbeza tu yakni tidak benar.

Mana mungkin mereka ada hati dalam membela masyarakat marhaen sedang hidup mereka banyak memperlekeh kehidupan marhaen. Ada ramai diantara mereka yang dulunya penyokong tegar UMNO malah mempunyai jawatan politik dalam organisasi UMNO tapi jawatan yang mereka sandang itu hanya digunakan untuk kepentingan diri dan kerabat mereka dan sekarang terlolong konon ingin membela marhaen ? Hanya orang bebal saja yang percaya kok itu.

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Di Sungai Buaya, Semporna.

Beri Sokongan Penuh Pada Parti Pemerintah Dan Eratkan Perpaduan Demi Kelangsungan Setiap Bangsa umumnya dan khasnyq Bangsa Samah Di Daerah Semporna.

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Di Sungai Buaya, Semporna.

SEMPORNA : Ahli Parlimen Semporna, Dato Sri Shafie Apdal menegaskan bahawa Pembangunan jelas ada berlaku di daerah Semporna selama ia diperintah oleh kerajaan BN.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Semporna, ketekunan dalam menjalankan hidup ini, perlu lebih digiatkan, sebab hanya dengan ketekunan sahajalah maka nasib seseorang itu akan berubah selain ilmu duniawi yang perlu dipelajari agar satu satu bangsa itu tidak terhina.


“Sumbangan terbesar kerajaan NATIONAL/BN bukanlah soal frasarana Air, bukannya penyediaan rumah PPRT, bukannya penyediaan Jalan, bukannya penyediaan bekalan Letrik tapi sumbangan terbesar kerajaan BN ialah menjadikan masyarakat ini berpendidikan, kalau sebelum ini mereka terpinggir kerana kekurangan ilmu tapi sekarang masyarakat bersaing kerana adanya ilmu" katanya ketika berucap di Majlis Pemimpin bersama rakyat di Kampung Sungai Buaya, Semporna.


Shafie, berkata bangsa bajau/Samah ini masih dalam perjuangan maka itu perlu tetap berkerjasama agar Pembangunan frasarana serta kemajuan modal insan tetap boleh dilangsungkan. Pembangkang hanya tahu berpolemik dengan keadaan konon daerah ini belum membangun walhal segala kelengkapn telah pun disediakan meliputi bekalan letrik, air serta jalan raya juga pembinaan rumah PPRT serta pemberian Enjin Sangkut dan lain lain. Pemerintah juga ada membekalkan alat untuk menghasilkan tenaga solar di keseluruhan pulau pulau yang ada di sekitar daerah Semporna jadi tidak timbul tuduhan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang yang konon daerah ini tidak berubah dari konteks frasarana.

Pelbagai Pembangunan yang beliau telah bawa ke Daerah Semporna, ia merangkumi sektor pendidikan di mana daerah Semporna sudah ada Kolej MARA dan RISDA, Giat MARA dan tidak lama lagi MRSM yang akan di dirikan dan sudah pasti semua itu untuk kemudahan masyarakat Semporna khasnya dan Umumnya bangsa Sabahan. Selain sektor tersebut, beliau juga telah membawa sektor Pertahanan ke daerah Semporna ketika beliau memang portfolio Timbalan Menteri Pertahanan dahulu, dengan terwujudnya pengkalan TLDM.

" Kita sewajarnya bersatu padu demi menaikkan martabat bangsa dan kemajuan Semporna, saya tidak kisah kalau kamu tidak mempedulikan saya tapi ingatlah perjuangan yang dipanggil perjuangan bangsa di Malaysia ini. Kita semua perlu memeliharanya, maka itu jangan berpecah belah" katanya ketika berucap perhimpunan tersebut.

Sikit hari lagi Pilihan Raya akan menjelang tiba, maka undilah parti pemerintah, sebab hanya BN/UMNO yang mampu mengangkat martabat setiap bangsa yang ada di Malaysia ini. Selain dari kemampuannya membawa negara ini maju kehadapan.

Menyentuh mengenai kebudayaan, beliau berpesan agar masyarakat ini tetap bersatu padu, kerna perpaduan adalah tunjang kepada kemajuan, dengan adanya perpaduan budaya bangsa sepertinya tarian Igal Igal, Daling Daling, Sambulayang dan pesta Regatta Lepa Lepa mampu diangkat keperingkat antarabangsa.

Dalam pada itu, beliau telah meluluskan peruntukan untuk pembaikan Tadika Kemas dan pembinaan gelanggang Futsal di Kampung Sungai Buaya.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Wanita Umno Semporna, Puan Manis Mukah. Ketua Pemuda Umno Semporna, Mdaziz Jamman. Ahli Jawatan Kuasa Bahagian Semporna, juga turut hadir Ketua Pengarah Kemas Malaysia, Dato Hassan Mohd Amin.


Pemberian BR1M 2.0 Oleh Dato Sri Shafie Apdal

SEMPORNA : Seramai 1,500 daripada 17,466 orang masing-masing telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang disampaikan menerusi Ahli Perlimen P189 Datuk Sri Shafie Apdal

Shafie yang juga Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkata, pemberian BR1M merupakan kesungguhan kerajaan dalam membela masyarakat, di mana kerajaan sedar akan kesulitan yang rakyat hadapi.

Oleh itu katanya, pemberian bantuan berkenaan adalah merupakan janji yang direalisasikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas diumumkan menerusi Bajet 2013.

Beliau berkata, walaupun pemberian ini tidak seberapa yang hanya berjumlah RM500 tapi gunakanlah dengan sebaiknya. Gunakanlah untuk membeli keperluan pada anak anak yang bersekolah juga keperluan isu rumah.

Shafie berkata, ada cadangan dari pihak menteri agar pemberian ini diteruskan setiap tahun dengan mengurangkan subsidi yang sedia ada dan disalurkan secara tunai kepada rakyat.

Selain itu Katanya, masyarakat di daerah ini seharusnya tidak mendengar cerita kosong dari pihak pembangkang, mereka hanya tahu bersembang di Kedai Kopi dan tidak pun berbuat apa. Keperluan frasarana yang ada di Daerah Semporna ini adalah hasil kerajaan yang ada sekarang dan bukannya pembangkang sepertinya Haji Habi yang hanya tahu membuat cerita kosong. Maka itu jangan sesekali mendengar cerita kelompok ini. Jangan hanya dibelanja secawan kopi maka idealogi pun mudah berubah.

"Pemberian BR1M ini tidak memilih apa pun fahaman politik samaada dia mendukung politik PAS, DAP atau PKR atau apapun jenis kaum sebab kerajaan sedar akan namanya rakyat Malaysia" katanya.

Beliau sempat mengingatkan pada hadirin bahawa pendidikan adalah kunci kepada maju mundurnya satu satu bangsa. Beliau juga mengingatkan agar marhaen memilih parti BN di Pilihan Raya Umum (PRU) agar kebajikan masyarakat tetap terjamin hingga kegenerasi seterusnya.

Ketika ditemu ramah dalam sidang media selepas menghadiri Program Pemberian BR1M di Dewan Masyarakat Semporna dan sejerus selepas Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin di Kampung Kubang Damai beliau menegaskan bahawa pemberian BR1M 2.0 ini bukannya untuk memancing undi sebabnya pada tahun lepas kerajaan juga ada memberikan bantuan yang sama yakni BR1M 1.0 sedangkan tarikh PRU pada ketika itu masih jauh, ini jelas membuktikan kerajaan memang prihatin terhadap kebajikan masyarakat.

Hadir sama, Yb DUN Senallang, Dato Nasir. YbDUN Bugaya, Dato Ramli dan Yb DUN Sulabayan, Dato Harman. Serta Penolong Pegawai Daerah (ADO), Norsih Nusuri.




Perdana Menteri Hadir Di Perhimpunan Anak Anak Kelate 2013

Saya hadir ke Majlis Perhimpunan Perdana Anak-Anak Kelate 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil.

Baru-baru ini, Perhimpunan Perdana Anak-Anak Kelantan 2013 telah dianjurkan di Stadium Putra Bukit Jalil. Saya turut sama hadir pada perhimpunan itu yang dihadiri kira-kira 20,000 anak-anak Kelantan dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain termasuk Negeri Sembilan serta Melaka.

Saya berjanji kepada seluruh rakyat Kelantan yang Barisan Nasional (BN) akan sentiasa menjaga hak serta kebajikan rakyat sekiranya diberi mandat di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang. Dalam usaha membawa perubahan di Kelantan, BN akan membawa imej Islam sebagai agama kemajuan, progresif dan berpaksikan kepada kejayaan.

Selain itu, saya turut memberi jaminan bahawa tujuh janji yang pernah diumumkan oleh saya semasa Program Jelajah Janji Ditepati di Kelantan bulan lalu akan dijadikan sebagai manifesto BN pada pilihan raya umum akan datang. Malah, saya yakin ada di antara janji-janji tersebut mampu dilaksanakan lebih awal. Justeru itu, berilah mandat kepada BN supaya matlamat untuk membangunkan Kelantan tercapai.

Chegu Bard Cuba Bermain Api Di Negeri Sabah

Politik awal pagi. "Cheguk Bard" cuba berlagak bijak, berani dia membuat spekulasi murahan konon pencerobohan di Lahad Datu itu memang sengaja dirancang pemerintah seperti mana konon ketika Berjaya tewas kepada parti PBS dimana BN konon terpaksa mengwujudkan suasana rusuhan untuk mendapatkan kuasanya semula.

Semua kejadian politik diatas beliau kaitkan dengan konon tujuan pencerobohan diLahad Datu. Memang PKR ini suka melihat suasana huru hara biar nanti Kerajaan ini kelihatan lemah. Beliau cuba sedaya upayanya untuk mengaitkan bangsa Bajau Suluk sebagai kaum yang terlibat secara total dalam pencerobohan tersebut.

Dia sedar lagi tahu tu jumlah sebenar anggota penceroboh itu ialah sekitar -+100 orang, tapi tetap juga dia menyatakan yang jumahnya adalah seramai 400-500 orang dan mengelarnya sebagai anggota tentera negara jiran ? Kenapa beliau menambah menambah ya, kenapa beliau cuba menuduh satu kaum sebagai antara dalangnya ya,
kenapa beliau tidak mahu melihat perundingan secara damai ya, malah beliau tidak kisah kalau tentera Malaysia menembak pencerobohan tersebut dengan melupakan sifat kemanusiaan ya ?

Dia tahu tu kerajaan Malaysia masih membayar sejumlah USD5,000 pada negara Manila tapi kenapa beliau menyarankan agar kekerasan digunakan dalam menyelesaikan kemelut pencerobohan tu ya, apa beliau rela melihat konfrontasi diantara Malaysia dan Manila atas sikap keras kita terhadap penceroboh sedang ruang berunding secara damai masih ada ? Konklusinya PKR ini tidak ikhlas dalam perjuangan politiknya dan semakin lengkap/kuat tuduhan saya yang PKR ada terlibat dalam pencerobohan tersebut.



(Gambar individu yang beruniform dibawah hanyalah hiasan)

Wednesday, February 6, 2013

Borneonisasi Tidak Realisitk

Kekadang saya tersenyum tu, bila ada Sabahan yang berbicara dari konteks politik perpaduan dan pembangunan. Kononnya Sabahan ini akan lebih maju kehadapan berbanding sekarang andai Sabah ini diperintah oleh bangsa Sabahan secara total yang tidak melibatkan parti dari Semenanjung. Hello, sedang sekarang ini pun sudah sanggup memijak sesama Sabahan hanya
kerana projek, apa lagi kalau hanya kaum tertentu yang berada diatas yang mampu menentukan projek siapa yang dapat :). Tidak usahlah hipokrit hanya kerana politik sedang budaya dan pemikiran suku etnik yang ada tidak diambil kira............ Arios, bersekutu saja dibawa panji BN/UMNO mari kita saling memerlukan dan saling menghormati.

Polisi Pemerintah Lebih Realisitk

Kalau nanti konon PR yang memerintah apa nanti yang berubah ? Muka baru saja yang jelas kenampakan tu, sedang PR tetap saja menggunakan polisi yang sedia ada, apa anda mahu polisi buku jingga dilaksanakan, mahu anda melihat negara ini papa kedana ? Jangan banyak cerita, apa kalian ingat pemerintah itu bodohkah tidak melaksanakan apa apa yang terkandung dalam buku tersebut andai ia mampu membuatkan pemerintah lebih popular lantas bertahan dan EKONOMI negara ini tidak terkesan ? Minyak antaranya yang dijanjikan akan turun andai PR yang konon menang di PRU nanti, malam tu umum, esok harga minyak turun mendadak, ini logik kah ? Kerajaan boleh kok menurunkan harga minyak sekarang juga, tapi itulah pemerintah perlu memikirkan akibatnya sedang banyak lagi Pembangunan yang perlu dilaksanakan dengan menggunakan dana dimana sebahagiannya telah digunakan kepada subsidi minyak.

Tak kan lah, pemerintah bodoh sangat tidak menurunkan harga minyak kalau ia mampu membuatkan BN/UMNO menang besar di PRU nanti, adeh........ Renung

Monday, February 4, 2013

Isu Air Semporna Yang Dipolimikkan

Para penyokong parti PKR sekali lagi berpolimik dengan konon isu air di Semporna. Sebelum cuba menyalahkan sebelah pihak, ada beberapa perkara perlu diperhitungkan dahulu.

Dulu keperluan air di Semporna sangat mencukupi tapi akibat pertambahan penduduk serta bertambahnya perumahan baharu serta bangunan perniagaan secara mendadak, telah menyebabkan keperluan air semakin meningkat dan ini yang menyebabkan air tidak mencukupi. Bukan sebab lain yang disengajakan sepertinya kerajaan tidak menyediakan frasarana saluran air utama.

Pada bulan ini, proses tender terbuka untuk membesarkan logi air di Sungai Intan sudahpun bermula dan tidak lama lagi isu air ini akan diselesaikan secara total. Tidak usahlah berpolimik dengan perkara yang sedang diusahakan, kalau memang kalian konon mengharap akan PR yang menyelesaikannya sudah pasti ia akan memerlukan masa dan juga cara yang sama. Adeh..............