Saturday, June 28, 2014

Nasib OKU dan Golongan Tua.?

Kisah Benar : Khairun Darwani Khairuddin Bongkar Realiti Bantuan RM300 Anak OKU di Malaysia

by Staff Berita Semasa on June 26, 2014
103

Email

Kanak-kanak OKU

Me and my Angel…sesak dengan news feed berkenaan bantuan yang kerajaan sediakan untuk anak-anak OKU. Betapa masyarakat dibutakan dengan kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan RM300. Inilah hakikat sebenar..

Ini hakikat yang sebenar wahai semua…bantuan itu akan disaring, aku yang hanya kerani dan suami seorang atendan hospital pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yang layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang-kurangnya 8x sebulan…sesuatu yang agak tidak logik diakal bagi anak OKU yang terlantar untuk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yang severe sama seperti Angel.

Ada parents yang tak mendapat kebenaran untuk keluar waktu bekerja 2x seminggu…mungkin kerana boss yang tak memahami, rakan sekerja yang busuk hati. Bantuan bagi yang layak ditolak dihitung…akhirnya hanya layak rm50. Ada pula yang bercakap mengenai kelas pendidikan khas. Hello hanya untuk yang boleh menguruskan diri…anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..makan pun bersuap, kencing berak dibasuh….so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah.

Andai kerajaan dah umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak-anak ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan untuk mereka…bukan untuk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas…gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yang bergelut seharian…syukur Allah masuh memberikan kami hidayah untuk menjaga anak-anak syurga ini seadaanya…

Saya selaku Pengerusi pertubuhan, hanya mewakili suara teman-teman seperjuangan di Pertubuhan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia dimana rata-rata anak istimewa kami tidak mendapat hak yang sewajarnya. Moga dapat membuka mata masyarakat dan juga memperbaiki sistem yang sedia ada. Bukan hanya untk insan terpilih sahaja..tetapi untuk semua yang bergelar anak OKU.

*saya izinkan semua untuk share seberapa ramai yang mungkin; moga dapat membuka mata masyarakat di luar sana..

Oleh : Puan Khairun Darwani Khairuddin
Pengerusi Persatuan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia

Sebenarnya tidak hanya berlaku di sana tapi juga di lain negeri.

Bukan hanya pada OKU, ada banyak lagi kebodohan yang disengajakan seperti contoh bantuan kebajikan pada orang orang tua. Saya ada menerima aduan daripada mereka, yang mereka tidak menerima bantuan kewangan sejak dari pertengahan tahun lepas dan hinggalah sekarang.

Ada dari kalangan mereka yang sengaja dikelirukan dalam memperbaharui permohonan bantuan kebajikan mereka, kenapa tidak. Asal saja tiba tempohnya ada ada jak yang tidak kena. Itu ini tidak ada, konon sepatutnya begitu.

Kekadang pula, sekejap dapat bantuan sekejap tidak

Ini contoh kebobrokan pentadbiran, oleh orang orang yang tidak bertanggungjawab. Macam tidak bertuhan. Tapi pandai pula berlagak budiman. 

Dan anda sebagai masyarakat amatlah dayus andai menghormati kelompok kakitangan seperti di atas. Entah entah Sembahyang pun tidak tu alahai tapi pula dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan masyarakat.

Orang jahil menjaga kebajikan masyarakat .? Kiamat


Posted via Blogaway

Thursday, June 26, 2014

Pergolakan Pengurusan Petronas

MYMASSA | DIALOG DEWASA, KRITIK BERASA
25 June 2014
Apa Lagi CEO Petronas Mahu? @najibrazak
MymassaVoice
Tiba-tiba di kotak minda teringat kepada salah satu bait dalam Gurindam 12 karangan Raja Ali Haji.
Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela. Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hajat. Hendak dimulai, jangan melalui. Hendak ramai, murahkan perangai.
Mungkin artikel di bawah ini menjadi sebab musabab kenapa tiba-tiba teringat kepada gurindam lama tersebut.
Petronas kecam birokrat kerajaan

Oleh FAUZI JAAFAR
ekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Jun - Petroliam Nasional Bhd., (Petronas) membidas campur tangan golongan birokrat dari dalam kerajaan yang disifatkan menyukarkan syarikat itu membuat keputusan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata, Petronas bukanlah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) kerana syarikat minyak negara itu mengamalkan kecekapan dan meritokrasi untuk setanding dengan syarikat minyak global.

Beliau berkata, keputusan yang dicatatkan oleh Petronas setiap tahun menunjukkan bahawa mereka telah melaksanakan tanggungjawab untuk kekal berdaya saing di peringkat global.
"Adalah terlalu sukar untuk membuat kerja dengan jujur. Awak menghabiskan masa melakukan tugas lain daripada kerja hakiki.

"Keputusan kewangan telah menunjukkan keadaan sebenar... ia amat baik. Tidak seperti orang luar (yang menjadikan sesuatu perkara sukar) dan juga orang daripada kerajaan-birokrat. Campur tangan birokrat menjadikan sesuatu perkara menjadi susah,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan akhbar perniagaan mingguan berbahasa Inggeris The Edge keluaran 23-29 Jun 2014.

Wawancara yang bertajuk ‘Adakah Kami Tidak Berminat Pada Kecekapan’ itu bagi mengulas khabar angin yang Shamsul Azhar akan meletak jawatan.

Dalam wawancara itu, beliau menjelaskan bahawa sebahagian daripada transformasi Petronas adalah untuk menjadikan syarikat minyak negara itu model baharu dunia korporat Malaysia dari segi profesionalisme.

Mengulas lanjut, Shamsul Azhar berkata, DNA Petronas adalah, kurangnya campur tangan kerajaan, akan membolehkan Petronas bertindak secara profesional.

"Pada masa yang sama mereka (kerajaan) mahukan Petronas menjadi sebuah syarikat minyak global yang setara dengan Exxonmobils dan Shell, dan kami mahu menjadi seperti itu. Tetapi Shell dan Exxonmobils tidak banyak diganggu oleh kerajaan mereka,’’ katanya.

Beliau juga menjelaskan, dalam Akta Pembangunan Petroleum (PDA) telah menyebutkan dengan jelas - minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak menyebut minyak dan gas adalah milik bumiputera semata-mata.

"Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja...kami (Petronas) ini adalah penjaga.

"Setakat ini, bos saya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campur tangan. Bolehkah awak boleh bayangkan masalah yang saya alami,’’ katanya.

Beliau berkata, pada 2010 Petronas menyusun semula struktur semua organisasinya, termasuklah komposisi lembaga pengarah dengan memasukkan mereka yang berkebolehan.
"Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan? Inilah perkara susah yang saya hadapi.

"Petronas perlu membentuk diri menjadi organisasi profesional, tetapi pada masa sama saya ditarik dalam politik, campur tangan oleh pihak-pihak berkepentingan, oleh agenda yang ketinggalan zaman,’’ jelas beliau.

Beliau juga mendedahkan beberapa syarikat seperti Labuan (Shipyard) yang memerlukan lesen fabrikasi dan kerajaan meminta Petronas membantu kerana mereka mempunyai limbungan.
Katanya, Petronas telah membantu syarikat itu dengan memberikan lesen dengan syarat akan ada proses bida dan tender akan ditawarkan di peringkat serantau. Tetapi selepas mendapat lesen, syarikat itu mahukan peruntukan pula.

"Saya orang Melayu dan saya bangga... awak fikir saya tak akan bantu kaum saya? Sudah tentu saya mahu bantu mereka, tetapi dengan cara yang lebih sesuai, bukannya melalui pemberian dan suapan,’’ katanya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140624/ko_01/Petronas-kecam-birokrat-kerajaan#ixzz35djyeQLb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

*Apa pandangan pembaca?


Gambar dari The Mole


Posted via Blogaway

Wednesday, June 25, 2014

Salah Seorang Suspek Dari Enam Kumpulan Kiram

Salah seorang dari enam suspek yang berjaya di kenal pasti, dimana salah seorang daripada mereka ialah anggota keselamatan.

Suspek seperti mana gambar yang tersisip dikenali sebagai Maharaja Omar bin Alex.

Dipercayai mempunyai ilmu hitam dan halimunan.

Keenam enam suspek telah berjaya ditangkap di Kampung Pangkalan, Kunak. Mereka dipercayai cuba untuk menghidupkan kembali kumpulan Kiram.


Posted via Blogaway

Tuesday, June 24, 2014

Sebenarnya, Ibu Muhammad Firdaus. Puan Lola?

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...

Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinyat hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Sumber.

Apapun alasannya, adalah hal yang tidak wajar, seorang ibu membiarkan anak OKU hidup dalam keadaan yang sangat sulit. Tanpa mendapat sedikit perhatian, hanya untuk memandikan pun tidak berkesempatan.

Pun begitu kita tidak bersikap skeptical, boleh saja kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga puan Lola amat amat sulit. Bila terlalu sulit apapun boleh berlaku, hatta syirik pun boleh terjadi, apa lagi membunuh, mudah sekali. Kita sendiri andai berada di pihak Puan Lola pasti kita akan bertemu dengan jalan buntu dan boleh saja kita bertindak jauh lebih dari apa yang dihadapi adik Muhammad Firdaus sekarang.

Kalau  benar apa yang diceritakan oleh pelawat diatas, jelas Puan Lola tidak boleh disalahkan secara total maka itu perlu ada pertimbangan wajar dalam meletakkan hukum keatasnya.

Selain disebabkan oleh himpitan kehidupan yang tidak disengajakan, perkara yang berlaku pada adik Muhammad Firdaus juga yang sebenarnya sejenis takdir agar dia boleh mendakap pembelaan dari semua pihak. Sekaligus membawa mengubah kehidupan keluarga Muhammad Firdaus. Indahnya takdir kan.

Moralnya, kita sebagai masyarakat harus lebih alert dengan persekitaran jangan terlalu mementingkan diri begitu juga dengan agensi yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga hal ehwal sosial masyarakat, agensi berkenaan perlulah lebih agresif dalam memastikan sosial masyarakat senantiasa berada dalam perhatian mereka. Hukumannya, agensi berkenaan perlu menanggung semua beban yang ditanggung oleh adik Muhammad Firdaus dari A sampai Z sehingga selesai.

Adapun masyarakat yang terkejut dengan kejadian ini lalu mengeluarkan kata kata nista terhadap puan Lola. Anda sebenarnya masyarakat yang amat prihatin, tahniah. Tidak timbul kejahatan perangai dikalangan mereka ekoran kata nista, sebab cerita yang sebenarnya belum mereka ketahui. Pun begitu, pastikan kesahihannya sebelum melontarkan apa apa pendapat ;-)


Posted via Blogaway

Monday, June 23, 2014

Sikit Sikit Tabung.?

Cukuplah masyarakat menunjuk rasa simpati terhadap nasib adik Muhammad Firdaus, saya kira itu sudah cukup untuk. membuktikan perpaduan di kalangan masyarakat yang masih segar.

Tapi tidak usahlah sampai memperkenalkan tabung kutipan segala untuk adik Muhammad Firdaus, sudahlah agensi yang dipertanggungjawabkan tidak alert, malah pula seolah olah menguji keprihatinan masyarakat. Biarlah agensi yang berkenaan menutup kelemahan mereka dengan menanggung semua beban perbelanjaan adik Muhammad Firdaus.  ⚠

Sikit sikit masyarakat itu yang dilibatkan.......


Posted via Blogaway

Saturday, June 21, 2014

Naga Putih Ditemui Di Pasir Gudang, Johor.

Sejak daripada dulu, diri tidak berapa percaya dengan kewujudan binatang yang namanya Naga.

Tapi baru baru ini, ada bilang Naga Putih di temui di Pasir Gudang, Johor.

Wah kedengarannya agak mengujakan, tapi isunya apa ia benar.? Sebenarnya tidak benar, tipu belaka :-)


Posted via Blogaway

PR Hilang Arah Tuju, Akan Berkubur

MYMASSA | DIALOG DEWASA, KRITIK BERASA
19 June 2014
PAKATAN RAKYAT HILANG ARAH KATA AKHBAR CINA
MymassaVoice

Pandangan Ketua Fakulti Budaya Hakka, Universiti Perguruan Kao Shiong Taiwan, Lee Liang Shi yang disiarkan Akhbar Nanyang Siang Pau meletakkan faktor pertelagahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selangor dan isu hudud merupakan faktor kekalahan calon DAP di Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan baru-baru ini.
Ia hampir sama dengan pendapat Dr Ong Kian Ming penganalisis politik dan strategi pilihanraya DAP dan Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo sebelum ini.

Pandangan Lee Liang Shi yang disiarkan dalam ‘Isu-Isu Akhbar Cina’ adalah seperti berikut :

PAKATAN RAKYAT HILANG ARAH AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 13 Jun 2014 menyiarkan artikel kelangsungan politik Pakatan Rakyat berikutan kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini. Artikel bertajuk ‘Ke manakah hala tuju Pakatan Rakyat?’ yang ditulis Ketua Fakulti Budaya Hakka, Universiti Perguruan Kao Shiong Taiwan, Lee Liang Shi disiarkan dalam ruangan Pendapat Yan Lun halaman W3. Kegagalan DAP mengekalkan kerusi Parlimen Teluk Intan setelah kalah tipis kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRK pada 31 Mei lalu mendedahkan kepincangan Pakatan Rakyat sehingga menimbulkan pelbagai persoalan. Antaranya, persoalan menjurus sekiranya kekalahan itu akibat penyokong Pakatan Rakyat yang telah mula kembali kepada BN? Adakah ia petanda gelombang ‘Ubah’ diumumkan Pakatan Rakyat pada 5 Mei 2013 makin lemah? Tidak dinafikan kebenaran segelintir pengundi kembali menyokong BN selain dikatakan nisbah pengundi khususnya dalam kalangan penyokong DAP yang menurun dan jika tidak, pastinya DAP dapat mengatasi undi BN yang menang tipis. Peralihan sokongan itu dipercayai kerana rakyat sudah kecewa dengan konflik dalaman Pakatan Rakyat yang dilihat tidak berkesudahan, malah semakin menampakkan perpecahan terutama antara Pas dan DAP. Antara isu yang dikatakan menyumbang kepada kekalahan itu ialah pertelagahan Pakatan Rakyat yang berlaku di negeri Selangor serta perbezaan pendapat berhubung cadangan pelaksanaan hudud Pas yang ditentang DAP. Lebih memburukkan keadaan, UMNO mengambil kesempatan itu untuk berpihak kepada Pas (dalam isu hudud) dan ternyata taktik itu memecahbelahkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan mereka hilang punca dan langkah. Sejak tsunami politik Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, semangat Pakatan Rakyat dilihat berkobar-kobar apatah lagi laungan ‘Ubah’ kerajaan pada PRU 2013 mendapat sokongan rakyat yang yakin mereka dapat menggantikan kerajaan BN. Pada hemat penulis, keadaan politik pada masa itu tidak memungkinkan Pakatan Rakyat melepasi struktur kumpulan politik BN apatah lagi parti komponen itu menguasai tiket undi dan penyokong dari Sabah dan Sarawak. Hakikatnya, bukan mudah untuk tumbangkan tiket ‘deposit’ BN yang begitu kukuh di Sabah dan Sarawak dan Pakatan Rakyat dilihat hanya boleh meraih 89 kerusi berbanding 95 kerusi, iaitu had paling maksimum mampu diperoleh mereka. Penulis juga membayangkan, BN berkemungkinan besar dapat menguasai majoriti 2/3 kerusi Parlimen dalam PRU akan datang sekiranya Pakatan Rakyat tidak bertindak sesuatu untuk memulihkan pergolakan dalaman mereka. BN pula kata penulis, jika mahu mengekalkan kuasa perlu bekerja keras memulihkan ekonomi negara sekali gus memberi kemakmuran kepada rakyat, justeru tidak ada sebab suara Pakatan Rakyat terus relevan di negara ini.

Sudah lama PR berpecah atas beberapa sebab, selain isu hudud yakni soal kepimpinan, pelantikan Menteri Besar dari kalangan organisasi PKR di negeri Selangor telah menimbulkan ketidakpuasan di kalangan penyokong PAS, apa lagi Menteri Besar Selangor dari PKR hanya dilihat sebagai boneka kepada  DAP , lihat saja  pembangunan di negeri berkenaan, siapa yang lebih mendominasi kalau bukan DAP. Masyarakat politik selain DAP tetap juga begitu rupa, tidak ada kebaikan yang mereka dapat selain subsidi air yang diberikan percuma. 




Posted via Blogaway

Thursday, June 19, 2014

Penyeludupan Diesel Di Semporna

Benarkan daerah Semporna berhadapan dengan  persoalan penyeludupan diesel.

Kalau kita tanya pada pihak yang mungkin penyeludup yang berpangkalan di jeti jeti awam, nanti jawapan yang  berikan ialah diesel berkenaan untuk kegunaan mereka, bot bot pelancongan.

Walhal kalau kita perhatikan trip bot bot pelancongan bagi  menghantar pelancong  ke kawasan menyelam tidaklah kerap mana, paling pun ada dua atau tiga kali sehari semalam, itupun tidak jauh mana.

Sama ada isu penyeludupan diesel diatas benar atau tidak, apa yang  penting ialah kerjasama sekaligus tindakan dari pihak yang telah dipertanggungjawabkan yakni KPDNKK demi memastikan perkara di atas sungguh tidak berlaku. Sekaligus membuang rasa skeptikal masyarakat terhadap pemerintah KPDNKK sebagai lemah, apa lagi GST akan di perkenalkan tidak lama lagi.

Mari kita sama sama  mengurangkan kebobrokan.


Posted via Blogaway

Formula Membenteras Syabu

Ekoran pelbagai kebobrokan yang disebabkan oleh gejala syabu dan syabu itu sendiri maka saya dengan rela hati mencari formula untuk bagaimana persoalan ini dapat diselesaikan.

Pelbagai input yang saya terima termasuklah dari anggota polis sendiri.

Jadinya saya telah telah membuat  konklusi bahwa jalan terbaik bagi  menyelesaikan semua gejala di atas ialah menjadikan kampung kampung yang terpalit dengan gejala agar dijadikan anak angkat kepada Ibu Pejabat Polis di daerah berkenaan.

Iya sudah tentu akan ada pelbagai pendekatan yang diperkenalkan dalam memastikan gejala ini tidak merebak sekaligus boleh di hapuskan.

Selain pembersihan berkala yang perlu di buat di semua kampung yang ada di pesisir darat tanah besar daerah Semporna.


Posted via Blogaway

Wednesday, June 18, 2014

Persoalan Pasal YTL

Kenyataan Tan Sri Francis Yeoh Managing Director YTL sempena forum Global Malaysia Series anjuran PEMANDU di Securities Commission di Bkt Kiara 3 Jun 2014, adalah kenyataan orang yang tidak sedar diri dan cakap besar.

1. Desakan beliau bahawa kerajaan mesti menghapuskan 'crony capitalism' begitu angkuh seolah olah tiada kesungguhan di pihak kerajaan untuk memerangi amalan rasuah dan kronisme. Masalahnya,  ada syarikat gergasi yang menjadi duri dalam daging kerana penghalang besar kepada usaha murni kerajaan untuk meningkatkan transperansi dan integriti.

2. Memang ada syarikat gergasi atau konglomerat tidak perlu menemui PM untuk melobi sesuatu projek seperti yang TS Yeoh dakwa.  Tetapi apa yang berlaku ialah, ada syarikat gergasi ini merasuah pegawai pegawai yang bertanggungjawab membuat keputusan tender.  Mereka membina empire di kementerian tertentu dan mewujudkan mafia di dalamnya. Sebab itu YTL tidak perlu bercakap besar. 

3. Mungkin benar mereka tidak 'kowtow' pada PM tetapi mereka kowtow pada sesetengah pegawai yang boleh dibeli. Dengan kata lain yang menggagalkan usaha murni kerajaan ialah ahli ahli perniagaan dan syarikat syarikat gergasi ini. Saya difahamkan ada sesetengah syarikat sanggup menyediakan peruntukan khas 'entertainment' bagi membelai pegawai tinggi yang berpengaruh dalam membuat sesuatu keputusan tender.

4. Kalau betul YTL dapat projek mega melalui merit saya berharap YTL mesti bersedia untuk mendedahkan semula bagaimana mereka boleh mendapat tender IPP sehingga mengaut keuntungan besar. YTL mesti telus untuk membenarkan kerajaan menyemak semula perjanjian IPP yang dikatakan berat sebelah dan merugikan TNB.

5. Saya juga mendesak YTL supaya amal cakap serupa bikin terutamanya dalam isu kaum yang juga dibangkitkan oleh TS Francis Yeoh.  Saya mempersoalkan sejauh mana YTL bersikap adil memberikan pekerjaan kepada graduan Melayu di syarikat mereka termasuk memberi kerja kerja kontrak kepada kontraktor kontraktor Melayu.

6. Dalam isu merit saya juga mempersoalkan pelaksanaan projek 1Bestarinet oleh YTL ke semua sekolah sekolah di Malaysia melibatkan kos hampir RM 1 Billion. Banyak rungutan daripada pihak sekolah kerana ia tidak efisien. Setahu saya YTL bukan pemain utama bidang telekomunikasi berbanding dengan Telekom Malaysia. 

Dr.  Mohd Puad Zarkashi. 
Ahli MT UMNO.

Empayar Pemuda.


Posted via Blogaway

Sunday, June 15, 2014

Lantik TPM dari Sabah, Sarawak'

Lantik TPM dari Sabah, Sarawak'
Nigel Aw | 7:00PM Jun 15 2014

ADUN Sabah Datuk Jeffrey Kitingan menggesa kerajaan melantik dua orang lagi timbalan perdana menteri, masing-masing dari Sabah dan Sarawak untuk membendung perasaan tidak puas hati warga Malaysia Timur.

"Lantik seorang timbalan perdana menteri untuk setiap wilayah dan perdana menteri akan dipilih oleh wakil rakyat atau menerusi sistem penggiliran," kata beliau di sebuah forum bertajuk 'Perjanjian Malaysia 1963' di Kuala Lumpur hari ini.

Jeffrey yang juga pengerusi Yayasan Warisan Borneo mencadangkan semenanjung Malaysia kekal dengan 11 negeri sementara Sarawak dibahagikan kepada sembilan negeri manakala Sabah, lima negeri.

Beliau menambah perlunya tiga TPM masing-masing satu untuk semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Kita perlu struktur semula, kita tak boleh biarkan begitu saja kerana ia sekarang berat sebelah. Kita perlu selesaikan masalah ini, jika tidak kita harus berpisah dari Malaysia," kata beliau.

Sumber Malaysiakini

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Saturday, June 14, 2014

MCA Bantah Sebarang Usul Hudud.?

MCA akan bantah sebarang usul hudud dari Umno
Kow Kwan Yee | 3:23PM Jun 14 2014

Selepas Umno Selangor berbolak balik mengenai usul hudud di DUN Selangor, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu akan menentang sebarang usul atau rang undang-undang berkaitan hudud walau dimulakan oleh Umno pada masa akan datang.

Bagaimanapun, sama ada beliau mendesak parti terbesar itusecara langsung supaya menarik balik usul itu, beliau tidak menjawab secara langsung walaupun diasak pemberita beberapa kali.

Sebaliknya ahli parlimen Bentong itu sering menekankan bahawa perkara terpenting adalah "akibat", bukan proses itu sendiri.

Beliau kemudiannya berkata Umno hanya mengemukakan usul mendesak kerajaan Selangor mengkaji kemungkinan melaksanakan hudud di negeri itu, tidak seperti PAS yang mahu membentangkan rang undang-undang persendirian untuk menguatkuasakan hudud.

Liow yang juga bekas menteri kesihatan turut menafikan bahawa beliau mempertahankan Umno dengan berhubung kenyataannya itu.

Laporan sebelum ini memetik Liow sebagai berkata beliau tidak dimaklumkan dan diberi taklimat oleh Umno Selangor terlebih dahulu, namun beliau enggan memberi respons mengenainya.

Sebenarnya tidak jadi soal bha tu, sama ada MCA setuju atau tidak dengan perlaksanaan hudud. Hudud terlaksana di negara ini bila masyarakat Islam secara keseluruhannya bersetuju dengan perlaksanaan hudud. Soal parti komponen yang enggan perlaksanaan hudud sepertinya MCA, Gerakan dan komponen pembangkang ia bukan isu yang tidak mempengaruhi perlaksanaan hudud.

Yang jadi soal ialah, bila hudud di politikkan demi keuntungan politik, kita ambil contoh hudud oleh PAS. PAS mahu melaksanakan hudud tapi mengikut telunjuk DAP, sebabnya ialah untuk menjaga a kelangsungan politik PAS dimasa masa yang akan datang, itu saja. Itu menunjukkan PAS tidaklah bersungguh melaksanakan hudud.

Nah begitu juga dengan UMNO, andai ada pihak terutamanya dari pembangkang yang cuba memainkan isu hudud di masa masa yang akan datang, semestinya UMNO akan merujuk kepada kesungguhan PAS dalam melaksanakan hudud. Bermaksud kalau hanya UMNO yang bersungguh tapi tidak pada PAS dan PKR hudud tidak akan terlaksana.

Faham mungkin apa yang saya maksudkan kan. Tidak timbul soal MCA atau mana mana parti komponen yang menafikan hudud, masyarakat  itu  sendiri yang perlu menunjukkan kesungguhan mereka.


Posted via Blogaway

INILAH 12 KAUM YANG ALLAH SWT BINASAKAN

INILAH 12 KAUM YANG ALLAH SWT BINASAKAN.
MiaZarra AN

1. Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh (Surah Al-Ankabut : 14).

2. Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

3. Kaum Nabi Salleh
Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

4. Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (Surah Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (Surah AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).

7. Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (Surah Al-A’raaf: 163).

8. Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.

Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah (Surah Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).

9. Ashab Al-Ukhdudd
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (Surah Alburuuj: 4-9).

10. Ashab Al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Surah Yaasiin: 13).

11. Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (Surah Addukhan: 37).

12. Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (Surah Saba: 15-19).

detikislam


Posted via Blogaway

Wednesday, June 11, 2014

Fikirkan Kesan Dari Gejala Sosial Bukan Hanya Berbincang Pasal Konon Pembangunan

Kamu orang tahukah, ancaman terbesar era ini ialah gejala sosial. Jangan main main, bencana ini boleh berlaku pada mana mana ahli keluarga kalian.

Jadinya kalau kalian mati atau ada ahli keluarga yang terpalit, ya tidak mengapa itu namanya jihad untuk anda lebih bersemangat .

Berbeza andai kalian berdiam tapi mati angkara pelbagai gejala kejahatan atau ada ahli keluarga yang kalian terpalit, itu namanya bodoh yang tidak boleh di ajar.

Kadang kadang saja kita ni, asyik saja berbincang pasal konon pembangunan walhal masyarakat yang bakal mengisi pembangunan berkenaan entah apa rupa bentuknya. Ingat apapun pembangunan yang berdiri tetap juga yang mengisi pembangunan berkenaan adalah mereka yang terdiri dari kelas bawahan dan pertengahan yang kurang berpendidikan tapi bagaimana andai kelompok masyarakat ini tidak terurus sebab terlibat dengan pelbagai gejala yang tidak sihat, adakah kekosongan itu diganti oleh mereka yang agak berpendidikan tinggi dengan melakukan kerja kerja sepertinya menyapu, memasang, menghantar, mencuci dan lain lain.

Sudahlah saya lihat ada ramai dari kalangan kita yang konon malas dengan kehadiran masyarakat pendatang walaupun mereka adalah penyumbang kepada pengisian pelbagai sektor pembangunan. Jadi siapalah nanti yang mengisi ruang pembangunan berkenaan.?

Sebab itulah kegiatan gejala sosial perlu di benteras habis habisan. Agar pembangunan yang di idam mampu mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Jangan saja sibuk berbincang pembangunan yang sebenarnya hanya menguntungkan beberapa kelompok individu. Alahai


Posted via Blogaway

Tuesday, June 10, 2014

Kelompok Pendatang, Ada Berguna Ada Sampah

Saya akui kelompok pendatang yang langsung tidak mempunyai keterangan diri lagi tidak mempunyai pekerjaan adalah kelompok manusia yang tidak boleh di ajar. Falsafah mereka cukup mudah, apapun kejahatan yang mereka lakukan Sabah hanyalah persinggahan, mereka boleh balik bila bila masa.

Terlalu menimbulkan banyak lagi pelbagai kebobrokan sosial bermula dari atuk nenek hingga ke cicit mereka. Memang tidak boleh di ajar tapi ingat,  mereka sangat sangat pandai mengambil kesempatan sebagai pemberi rasuah.

Saya tidak nafikan ada juga dari kalangan mereka yang budiman malah ada yang lebih budiman dari masyarakat Sabah itu sendiri. Kurang itu mereka juga menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah. Apa kamu orang ingat rumah rumah besar dan cantik yang kamu lihat di negeri ini adalah hasil kerja buruh masyarakat tempatan, bukan kebanyakan dari mereka ialah buruh asing yang berkemahiran lagi sudah lama bermastautin di negeri Sabah. Ahh kelompok ini wajar di angkat sebagai warganegera Malaysia, sebab menguntungkan.

Yang lain dan tidak mempunyai pekerjaan ada baiknya di halau balik ke negara asal mereka dan mereka yang terlibat sebagai pelaku jenayah padan di tembak mati jak, serius. Mereka ini terlalu degil bertegas pada perkara yang bukan hak mereka.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Lakonan Terbaru Dyana Pasal Akaun Klonnya

Setiausaha Politik bagi MP Gelang Patah Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan dalam kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

Kamu orang tahukah, apa yang dinyatakan oleh Dyana ini ada kebenarannya tapi kerja mengklon akaunnya dilakukan oleh pihak mereka yakni RBA. Yang mungkin berada di luar pengetahuan Dyana atau saja dia tahu tapi buat buat tidak tahu maklum istilah boneka telah dia fahami dengan sepenuhnya. Apa yang diarah ikut saja tanpa ada alasan untuk menidakkannya.

Tujuan asal adalah untuk menarik perhatian pengundi kaum Cina di PRK Teluk Intan agar mereka memihak parti DAP. Bertepatan dengan agenda DAP yang ingin menautralkan kontrak sosial.

Tapi bila keputusan telah ditentukan barulah pihak DAP pula menuding pada politik BN, konon dalang di sebalik semua ini. Ini sebenarnya yang mereka mahu kenapa perkara ini mereka dedahkan kepada umum.


Posted via Blogaway

Lakonan Dyana Konon Ada Akaun Kedua

Setiausaha Politik bagi MP Gelang Patah Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan dalam kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

Kamu orang tahukah, apa yang dinyatakan oleh Dyana ada kebenarannya tapi kerja mengklon akaun Dyana dilakukan oleh pihak mereka yakni RBA. Yang mungkin berada di luar pengetahuan Dyana atau saja dia tahu tapi buat buat tidak tahu maklum istilah boneka telah dia fahami dengan sepenuhnya. Apa yang diarah ikut saja tanpa ada alasan untuk menidakkannya.

Dengan tujuan,  untuk menarik perhatian pengundi kaum Cina di PRK Teluk Intan agar memihak parti DAP. Bertepatan dengan agenda DAP yang ingin menautralkan kontrak sosial.

Tapi bila keputusan telah ditentukan barulah pihak DAP pula menuding politik BN konon dalang di sebalik semua ini. Ini sebenarnya yang mereka mahu kenapa perkara ini mereka dedahkan kepada umum.


Posted via Blogaway

Jason Lo, Buang Status Agama Di Mykad.?

Saya ada pendapat yang tersendiri pasal entry Jason L di akaun Twitter nya. Namanya juga pendapat peribadi.

Apa yang dia ajukan hanyalah lebih kepada pendapat peribadi. Sudah tiba masanya, siapa yang bersetuju kalau status agama yang tertera di Mykad ditiadakan.? Dan bukannya ini cadangan saya yakni Jason Lo, saya mahu status agama yang ada di dalam Mykad di hapuskan. Ah ini baru kurang ajar, namanya.

Minta maaf beribu, kamu orang tahukah kalau kita terlalu kisah atau saja sensitif dengan semua hal yang melibatkan bangsa dan agama maka dengan sendirinya, kita ini telah merendahkan kehebatan yang kita ada. Sedang pihak yang sana pula bersuka ria.

Jangan macam istilah seekor Singa yang ditambat tapi kita masih menyimpan takut.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Keadilan Untuk Perdana Menteri Najib

Kalau tindakan PM Najib dikatakan mencacatkan keharmonian demokrasi sebab menyaman editor Malaysiakini, itu tidak benar sama sekali. Apa yang penting ialah buktikan pula kalau PM Najib menyaman tanpa usul periksa.. Betul tidak.?

Harus kita ketahui tujuan PM menyaman pihak berkenaan adalah untuk membersihkan namanya dari tuduhan fitnah yang bersifat peribadi, bukan tuduhan politik semata mata. Ada dia punya perbezaan tu harus di faham. Bila kita sebut membersihkan nama bermaksud tuduhan itu akan memberikan kesan negatif pada nama keluarga secara keseluruhannya sedang kalau hanya melibatkan politik maka ia handai berkisar soal karier yang boleh diselesaikan dengan hanya membuat kenyataan secara terbuka.

Adapun tindakan Majlis Peguam yang menyatakan konon tindakan PM Najib sebagai bertentangan dengan kebebasan di dalam demokrasi dan pemimpin ia adalah pendapat yang sangat jelek sebab gerombolan peguam telah menghukum sebelum menjalani proses kehakiman terlebih dahulu. Alahai

Tidak ada manusia di dunia ini yang terkecuali dari tindakan Mahkamah apa lagi kalau kita hubung kaitkan dengan keadilan dari konteks akhirat. Jadinya mana mana individu yang mencari keadilan terhadap dirinya maka semestinya dia berhak berbuat demikian.

Dulu lama ketika Anwar kecoh menyaman akhbar Utusan malah mendapat kemenangan ada ramai dari kalangan penyokong PKR yang berbangga diri konok itulah keadilan yang selama ini telah di sembunyikan tapi berbeza bila PM Najib berbuat perkara yang sama. Itu adilkah.?

Oleh itu badan ini agak melucukan :-

Majlis Peguam ni kekadang melucukan sepatutnya mereka meraikan siapapun yang berhak bukan malah menafikan mereka yang berhak. ��

Hampir semua kenyataan kenyataan Peguam pasal tindakan PM Najib terhadap portal Malaysiakini tampak tidak berasas.

Kalau sudah Majlis Peguam sudah kurang menyakinkan ekoran keterlibatan badan ini terhadap politik tanpa memikirkan hal individu, saya ingat ia adalah perkara yang sangat jelek.

Orang yang menolak kebebasan, maka kebebasan itu tidak layak untuk dirinya..... Abraham Lincoln


Posted via Blogaway

Monday, June 9, 2014

Terus Terang Pasal Perlaksanaan GST

Cakap begini, apa adanya. Kita akui di awal perlaksanaan GST nanti memang masyarakat akan merasa sedikit sebanyak himpitan kos sara hidup, ekoran peningkatan kos di beberapa peringkat atau boleh saja di sebabkan oleh manipulasi dari pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Tapi selepas setahun keadaan akan pulih seperti biasa.

Dengan itu masyarakat akan bersedia, tidaklah terloncat loncat lagi tidak boleh berbuat apa.

Ini tidak, semuanya ok, memang benar sistem GST sangat menguntungkan masyarakat tapi pihak mana yang boleh mengawal monopoli dan manipulasi pasaran oleh para peniaga apa lagi kalau ia sengaja di rancang untuk merosakkan pemerintah.?

Ada banyak kok alasan yang mereka boleh gunakan antaranya kos pengangkutan dan kenaikan gaji pekerja secara mendadak. Ini semua mampu mempengaruhi harga walaupun berbentuk penipuan. Dan adakah masyarakat akan akur bahwa himpitan yang mereka rasa adalah hasil dari penipuan para peniaga.?

Pokoknya, kawalan harus diberikan lebih perhatian dari faedah GST itu sendiri,  diawal pengenalan GST. Titik


Posted via Blogaway

Jepun, Wifi Percuma Untuk Pelancong

Menarik ya di negara Jepun setiap pelancong di negara berkenaan akan diberikan perkhidmatan percuma Wifi. Perkhidmatan percuma ini sah untuk tempoh 14 hari bersamaan 336 jam.

Setiap pelancong yang masuk akan diberikan password Wifi dengan hanya menunjukkan passport mereka selepas itu mereka akan diberikan kad yang tercatat password/passkey bagi membolehkan mereka mengakses Internet di hampir 46 ribu tempat penyedia perkhidmatan Wifi di  timur negara itu, tumpuan di berikan di pusat pusat peranginan yang telah dikenal pasti sebagai tumpuan pelancong.

Dan saya berpendapat strategi pelancongan seperti ini semestinya boleh di praktikan di Malaysia umumnya dan khasnya daerah Semporna memandangkan Semporna adalah pusat pelancongan yang terkenal.


Posted via Blogaway

Sunday, June 8, 2014

Chegubard Hilang Kepercayaan Terhadap Pemimpin PKR

Ini yang diri maksudkan dulu lama, namanya politik pembangkang yang sebenarnya lebih tegar melakukan kesalahan yang asas di dalam politik. Hanya mereka yang hipokrat yang pura pura tidak sedar dengan perkara seperti ini. Chegubard adalah seorang ahli PKR yang juga sebenarnya seorang pemimpin PKR.

Dulu lama yang asyik di taring sebagai pelaku kebobrokan politik ialah BN tapi akhirnya terbukti,  ahli PKR sendiri yang mempersoalkannya.

Bukan bermaksud diri mendokong kebobrokan tapi itulah politik. Apa yang penting sekarang ialah kerja kebajikan disemua peringkat, hal ini yang perlu di cari sekaligus di persoalkan agar politik boleh dimanfaatkan.

Jangan hanya macam monyet terloncat loncat sedang kesannya hanya menguntungkan pihak yang berpolitik yakni sokongan yang tidak menguntungkan.


Posted via Blogaway

Thursday, June 5, 2014

Bukan Penerangan Yang Mustahak Tapi Penguatkuasaan GST

Begini bha namanya berpolitik ni. Buat lebih kurang atau lebih sikit pasal penerangan perlaksanaan GST di seluruh negara dengan perbelanjaan yang agak minimum. Semestinya masyarakat ini akan menurut kecuali mereka yang sengal yang berada di dalam politik PR.

Harus mereka yang dipertanggungjawabkan sedar lagi tahu, apapun yang diperbuat oleh politik PR, GST tetap akan di laksanakan, sebab masyarakat telah memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir negara ini. Jadinya ia tidak menjadi soal.

Apa yang penting ialah sistem penguatkuasaan semasa GST di laksanakan, pastikan ia berjalan lancar termasuklah hal hal penyeludupan, pastikan ia berkurangan.

Jangan pula para usahawan yang terdiri dari penyokong penyokong DAP terutamanya,  berjaya memanipulasi ekoran perlaksanaan GST. Selain jentera  propaganda PR, pasti mereka ini  semahunya melihat masyarakat terpalit dengan perlaksanaan GST dengan itu mereka senang di propagandakan. Kalau ini berlaku, ahh ini masalah sikit, sebab perlu di tahu  hanya kerana kemiskinan seseorang itu boleh menjadi syirik.


Posted via Blogaway

Wednesday, June 4, 2014

Murid Sekolah Di Cari Sebab Membuli

Pelajar Sekolah Menengah ini sedang di cari oleh pihak Polis sebab melakukan perbuatan buli di Sekolah mereka.

Dalam kejadian itu seorang budak perempuan yang juga pelajar di sekolah berkenaan telah menjadi mangsa. Mangsa di perlakukan seperti binatang hingga mengundang pelbagai reaksi marah dari kalangan masyarakat.

Pada sesiapa yang mengenali budaya perempuan yang berperangai tidak senonoh ni, silakanlah membuat laporan polis  atau terus saja berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Anda mampu menghalang dari berlakunya kes buli di masa masa yang akan datang.

Ingat hanya masyarakat yang tidak bertamadun kok yang tidak kisah dengan hal seperti ini. Jadi kalau mahu tidak dinilai sebagai orang yang tidak bertamadun dipersilakan turut sama mencegah gejala sosial seperti ini.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Tuesday, June 3, 2014

NGO Minta Kebebasan Beragama Selepas Mualaf

Presiden bersama CENBET, Gan Ping Siew. Berpendapat agar mereka yang berstatus mualaf di boleh kan memilih agama yang mereka percayai selepas mereka memeluk Islam. Bagi mengelakkan berlakunya ketegangan kaum ekoran perselisihan agama, seperti  yang berlaku baru baru ini di negeri Selangor.

Seorang pengantin perempuan India yang beragama Islam, Islam sebab mengikut agama yang di anuti oleh ayahnya setelah  memeluk Islam yakni mualaf telah berkahwin mengikut ritual ugama Hindu dengan lelaki yang beragama hindu.

Pun begitu, saya tidak bersetuju kalau pula pihak JAIS cuba dipersalahkan sebab menghalang majlis perkahwinan berkenaan.

Perbezaan baharu pasal agama yang berlaku di negeri Selangor. Bagaimana untuk menangani persoalan ini ya.?

Diharap akan ada jalan penyelesaiannya yang tidak pun mengganggu gugat keharmonian kaum.


Posted via Blogaway

Monday, June 2, 2014

Contohi Kepimpinan Shafie Apdal

Pemimpin pemimpin negeri di Sabah ini, harus lebih aktif meninjau persoalan yang di hadapi oleh masyarakat yang ada  peringkat akar umbi. Tidak perlu ada protokol rasmi bagi menyambut ketibaan mereka. Apa yang penting ialah berikan perhatian kepada masyarakat yang  telah memberikan mandat.

Harus di tahu negeri Sabah ini agak ketinggalan dari pelbagai aspek pembangunan apa lagi dari konteks persaingan, maka itulah pemimpin pemimpin negeri perlu lebih agresif. Adeh

Contohi sikap Dato Sri Shafie Apdal dalam berpolitik bukan hanya cakap tapi juga melaksanakanya malah membuat tinjauan secara terus ke akar umbi, tinjauan kerja akan beliau buat tanpa pengetahuan mana mana agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu persoalan  yang dihadapi oleh masyarakat akan berada dalam pengetahuannya tanpa melalui orang ketiga, kecuali pada individu tertentu yang beliau telah berikan mandat, itupun tetap melalui tapisan.

Isu semasa yang menghimpit sosial masyarakat angkara gejala syabu, sedang dalam perhatian Dato Sri untuk diselesaikan.

Semasa tinjauan kerjanya ke Semporna yang di buat oleh beliau baru baru ini, beliau sendiri yang mengingatkan Tuan OCPD Semporna agar membenteras gejala penggunaan syabu habis habisan. Tumpukan pada  kawasan kawasan yang telah di kenal pasti, selepas itu nyahkan syabu.

Pada tinjauan kali ini, sempat beliau menegur seorang ahli majlis daerah. "Jangan saja kamu asyik bermesyuarat, laksanakan kerja" merujuk pada keadaan pasar yang tidak terurus. Ini adalah bukti kesungguhan beliau sebagai seorang pemimpin yang yang mementingkan kesejahteraan masyarakat.

Persoalan tapak perkuburan orang orang Islam juga turut berada di dalam perhatian beliau. Apa tapak yang ada sekarang masih boleh menampung, ini yang di persoalkan untuk di selesaikan.

Bermaksud  pemimpin yang hebat seharusnya memiliki komitmen yang jitu  terhadap masyarakat. Dan adalah tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini, bahwa corak kerja politik Dato Sri Shafie Apdal wajar di contohi oleh semua pemimpin pemimpin negeri Sabah. Jangan saja dua atau tiga tahun lagi PRU tiba, baru sibuk turun padang.

Seharusnya kok kerja politik itu tidak nampak dari lapangan politik tapi akhirnya menguntungkan politik.


Posted via Blogaway

Sunday, June 1, 2014

Tinjauan Kerja Shafie Apdal Ke Semporna

Kelmarin 31hb Mei 2014  bersama rombongan Dato Sri Shafie Apdal  tadi meninjau Kampung Sejati, Simunul yang terbakar malam semalam. Selepas itu ke Pasar Ikan dan Sayur dan ke tapak Perkuburan orang orang Islam, usai itu Madrasah/sekolah Agama pula untuk meninjau pembinaan tambahan bilik darjah. Selesai semuanya, sesi bertemu masyarakat di rumah di Dato Sri Shafie Apdal. Dato Sri Shafie Apdal sempat membuat pertemuan dengan OCPD Semporna pasal gejala syabu yang perlu di benteras habis habisan di daerah ini.

Juga, sempat untuk diri mencadangkan pada OCPD Ibu Pejabat Daerah, di hadapan Dato Sri Shafie Apdal dan Tuan Aziz (KP Semporna)  agar Operasi Pembersihan di buat secara berkala supaya kebobrokan gejala syabu dapat di tangani. Seperti mana operasi pembersihan baru baru ini yang kelihatannya membawa kesan positif.

Alhamdulillah.......


Posted via Blogaway

Mengabdikan Kemangkatan Sultan Perak Ke 34

Pada hari ini yang bersamaan 28hb Mei 2014. Sultan Perak yang ke 34 telah meninggal dunia akibat sakit jantung.

Al Fatihah..........


Posted via Blogaway