Monday, March 31, 2014

Berakhir Di Lautan Hindi ?


Patut ucapan PM tetap di pertahankan, bahawa penerbangan MH370 "berakhir di lautan hindi" yang boleh membawa maksud yang pelbagai, boleh saja pesawat berkenaan telah terhempas di Selatan Lautan Hindi atau boleh jadi kalau pesawat berkenaan mampu sampai ke daratan walaupun titik terakhir  yang dikenal pasti amat jauh dari daratan atas sebab yang tertentu. Bukan malah bertegas bahwa ucapan PM itu tidak membawa apa apa maksud kalau pesawat berkenaan telah terhempas. 


Lalu bagaimana kalau akhirnya pesawat  MH370 ditemui di Lautan Hindi ?

Jangan terpengaruh dengan persoalan yang di ajukan oleh keluarga mangsa terutamanya dari negara China. Memang begitu semahu mereka, inginkan bukti yang jelas sedangkan usaha mencari MH370 bergantung pada bantuan satelit dan ingat hasilan imej yang di dapat selepas analisis keatas rakaman satelit bukan macam gambar yang kita ambil menggunakan kamera slr atau saja telefon bimbit.

Lagi sakit kalau Perdana Menteri tidak mengumumkan apa apa kemajuan selepas beberapa hari usaha mencari dan menyelamat berlangsung. Dengan itu juga, masyarakat dunia telah tahu bahwa kerajaan Malaysia tidak berdiam diri atau saja lemah. Betul tidak ? maka itu wajar di pertahankan berdasarkan maksud sebenar benarnya yang tersirat.

Pengumuman Perdana Menteri Najib Razak Pasal MH370

Polemik Kerana Pesawat MH370 Tidak Di tembak




Kalau pun nampak ada kelemahan seolah olah kerajaan terlibat dengan insiden MH370 ia hanyalah kesilapan ketika menjawab soalan bertubi tubi dari pihak media barat yang sengaja mencari salah pemerintah atau tidak ada soalan berkaitan yang ditimbulkan semasa sidang media berlangsung. Wal hal  memang pun pada hakikatnya sama sekali kerajaan langsung tidak terlibat. 

Seperti contoh :- Kenapa pesawat MH370 tidak di pintas sedangkan radar TLDM telah mengesan MH370, sewaktu pesawat berkenaan berpusing balik ? (betul tak) Tapi bila jawaban pada persoalan ini dikeluarkan barulah timbul banyak andaian, sedangkan pemerintah telah mengambil keputusan terlebih awal dengan mengalih kawasan pencarian ke Laut Cina Selatan sebab merujuk pada penemuan oleh TUDM. Ekoran tidak ada pihak yang boleh membuat keputusan pada ketika itu untuk menembak pesawat yang dikesan oleh TUDM (seperti mana pendapat segelintir individu).

Jadinya mengalih tempat mencari dan menyelamat adalah cara terbaik daripada melepaskan tembakan yang sudah tentu pasti akan mengundang lebih banyak persoalan. Nah pada persoalan inilah ada ramai kelompok indivdu yang berpolemik, betul tidak ? sampai ada dari kalangan pemimpin PR yang mahu menjadi komander :)

Sunday, March 30, 2014

Nga Kor Ming, DAP Meroyan Selepas Berpolitik Provokasi




Kenyataan Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie yang menyelar tindakan para pemimpin PR sebab telah memburukkan kerajaan Malaysia di mata masyarakat Republik Of China telah mendapat reaksi dari salah seorang pemimpin DAP yakni Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dengan konon membuat laporan Polis sebab tidak berpuas hati :) 


Heng Seai Kie mengesa agar pemimpin berkenaan dikenakan tindakan yang berat sebab sebenarnya telah menderhaka kepada negara bangsa. Dinyatakan para pemimpin DAP dan PKR telah menggunakan rangkaian sosial Wechat dan WeiBo untuk menghantar fitnah ke negara China, pasal kehilangan MH370 yang pada pendapat mereka, Malaysia ada menyembunyikan kebenaran disebalik kehilangan MH370. Ekoran itu jugalah ada dari kalangan keluarga mangsa yang membuat demonstrasi dihadapan pejabat kedutaan Malaysia di negara China tapi telah berjaya di leraikan selepas berlangsung dua jam.

Kalau kita amati betul betul, tidak ada juga keperluanya kenapa pemimpin pemimpin PR perlu berbuat demikian bukan juga ada kepentingan politik PR di negara China tapi pada hakikat yang terniat mereka/PR ingin melihat hubungan dua hala Malaysia dan China tidak harmoni sekaligus menular kepada tindakan ekonomi, dengan itu Malaysia akan berhadapan dengan mungkin krisis ekonomi. Maklum negara China adalah pengimport minyak sawit negara yang paling besar.  Busuk tidak ? 


Kesimpulannya, kewujudan politik PR di negara ini tidak pun membantu dalam memastikan Malaysia terus membangun seiring dengan negara negara jiran, yang mereka tahu hanyalah mencari kuasa politik semata mata. 

Saturday, March 29, 2014

Benar, Strategi Politik PR Adalah Menghina


Kesalahan terbesar penyokong di setiap parti politik di Malaysia ini ialah terlalu saling membenci. Nah bila terlalu membenci, nanti bagimana untuk menilai kebaikan yang telah dibuat oleh mana mana parti politik, sedang awal awal lagi rasa benci telah menguasai diri. Mungkin perkara ini tidak menjadi satu masalah sebab mungkin namanya berpolitik harus ada pihak di nilai sebagai jelek tapi bagaimana pula kita mahu mencari kemenangan dalam politik. Apa dengan cara, sesiapa yang paling ramai pengikut mereka yang membenci sebelah pihak maka dia itulah yang akan mendapat kemenangan ? 

Dan itu bermaksud perjalanan politik di masa depan tidak lagi merujuk pada keboleh mampuan satu satu pemimpin tapi lebih kepada menanam rasa benci, jadi benar sangatlah apa yang di katakan oleh Dr M, bahwa PR mendapat sambutan sebab mereka bijak menghina, begitu ?. Memang ada benarnya tu, sebab kalau kita fikir balik, mana ada kerja kebajikan yang telah dilakukan oleh politik PR selain hanya mengkhabarkan kekurangan pihak lawan sedang perkara yang mereka politikkan itu belum pasti benar fitnahnya. Adeh 

Jelek sungguh politik PR ini ya, hinaan menjadi cara mereka berpolitik, ini baru namanya menghalalkan apapun cara. Betul tidak ? 

Nik Aziz Memohon Maaf Pada Rakyat Kelantan



Kalau kemiskinan seperti di negeri Kelantan tidak mengandung kesalahan kepimpinan, saya ingat itu adalah pendapat yang sangat tidak betul. Dan saya yakin Tuan Guru Nik Aziz sendiri mengakui kekurangannya sepanjang beliau memerintah negeri Kelantan.


Sebab itulah semasa beliau menyampaikan ucapan tazkirahnya di Masjid Pulau Melaka, Kelantan yang berhampiran rumah kediamannya beliau mengeluarkan air mata, sejurus beliau memohon maaf atas kesalahannya sepanjang beliau menjadi pemimpin di negeri berkenaan.

Beliau beranggapan penyakit yang beliau hidapi sekarang adalah kifaarat atas dosa dosa yang telah beliau lakukan sepanjang beliau bergelar pemimpin. 

Pada kebiasaannya, beliau akan membelakangkan jemaah bila beliau menyampaikan takzirahnya tapi kali ini agak berlainan, beliau berhadapan dengan mereka.

Friday, March 28, 2014

Perangai Jelek Politik PR Terhadap Masyarakat



Kamu orang tahukah satu satunya parti politik pembangkang yang ada di muka bumi ini yang betul betul bersikap membangkan yang total  ialah semua parti politik yang ada di dalam kompenan PR. Parti ini tidak kisah dengan kesusahan masyarakat selagi tindakan mereka nanti tidak menguntungkan mereka yakni dilihat sebagai individu pemimpin yang prihatin dengan kesusahan masyarakat sekaligus masyarakat yang terpalit akan memihak mereka. Pokoknya apa pun tindak tanduk mereka pasti bermotifkan "pulitik" dan sebenarnya telah lari dari matlamat politik itu sendiri bukan seperti mana di negara negara maju, berbeza dalam hal politik tapi bersekutu bila perkara yang terjadi melibatkan ketenteraman masyarkat. 

Sebelum ini negara di gegarkan dengan insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu dan yang terbaru insiden kehilangan MH370, sehingga sekarang pesawat berkenaanm masih belum ditemui. Nah dari dua peristiwa besar ini apa kamu orang pernah mendengar kenyataan kasihan terhadap mangsa oleh politik tegar PR ? tidak ada kok itu, malah pula dipusing menjadi propaganda yang menguntungkan mereka.

Insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu mereka kata sebagai sandiwara UMNO sedangkan ia telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan yang juga telah mengakibatkan anggota keluarga mereka hidup tanpa suami dan ayah. Sepatutnya apapun yang di maksudkan oleh Tian Chua pasal insiden penceroboh di Lahad Datu dia tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu sebab secara langsung dia telah menghina kedaulatan negara bangsa Malaysia secara total. Kalau saja kesalahan yang dibuat oleh Tian Chua boleh ditukar kepada konsep melanggar hukum dalam agama Islam, sebenarnya Tian Chua telah murtad dan wajar di hukum bunuh tidak sampai mati pun tidak mengapa

Terbaru, kehilangan pesawat MH370. Ada pula dari kalangan penyokong tegar PR yang berpolemik kononnya pihak kerajaan telah menyembunyikan beberapa kebenaran disebalik insiden MH370 yang menyebabkan pesawat MH370 jauh tersasar hingga  kelautan hindi dan tuduhan itu telah menyebabkan ada dari kalangan keluarga mangsa dari negara China yang mempercayainya jesteru telah mencetuskan kekecohan di kedutaan Malaysia di negara China. Kenyataan  itu juga telah berjaya mempengeruhi segelintir masyarakat Malaysia terutamanya dari kalangan mereka yang mendokong DAP untuk menyalahkan kerajaan. 

Kamu orang nampak tak sejauh mana keprihatinan mereka terhadap masyarakat yang terlibat dengan mana mana insiden yang berlaku di dalam negara ? pada mereka semuanya dusta seolah olah kejadian itu disengajakan. Hello, seburuk manapun pemimpin dan penyokong UMNO mereka tidak akan tegar melakukan hal yang mampu mengorbankan nyawa manusia. Seperti mana juga keyakinan para pemimpin dan penyokong PR terhadap pilot yang terpalit dengan insiden M370,walaupun ada cerita yang tersebar bahwa insiden MH370 ada melibatkan kepimpinan PKR, di tambah portal berita antarabangsa  ada melaporkan kalau kehilangan MH370 adalah disebabkan oleh ketaksuban seseorang terhadap pemimpin politik. Tapi mereka sebagai pendukung politik PR tetap tidak mempercayainya. Berbeza andai portal berita antarabangsa berkenaan mengaitkannya dengan sistem keselamatan negara, pasti akan diputar belit dengan penuh kesungguhan agar sungguh kerajaan ini di nilai sebagai lemah. Alahai 

Thursday, March 27, 2014

Penuntut 20 Perkara Adalah Pemalas



Orang Sabah yang suka berpolemik dengan perjanjian 20 perkara adalah individu yang tidak mampu menyumbang kepada kemajuan masyarakat Sabah itu sendiri mengikut kemampuan mereka. Akal fikir mereka hanya terikat pada satu cara sedang cara itu tidak mungkin menjadi realiti, sebab majoriti masyarakat Sabah berpendapat perjanjian 20 perkara, adalah perjanjian yang sudah tidak relevan memandangkan pembangunan yang mereka kecapi sekarang telah lebih dari cukup walaupun mereka tidak tahu berapa bilion dana yang diterima oleh kerajaan negeri setiap tahun dari federal selain ekonomi yang dijana sendiri oleh kerajaan negeri. Ini juga menunjukkan kepada kita bahwa tuntutan royalti minyak yang di momokkan oleh segelintir masyarakat politik di negeri ini juga tidak relevan untuk diperjuangkan ialah sedang yang ada sudah dirasakan berlebihan jadi untuk apa lagi mendukung tuntutan yang mengada ada. 

Berbeza dengan pemikiran kelompok yang menuntut, kemajuan tetap berlangsung sedang mereka asyik sibuk mempersoal konon kesalahan pemimpin pemimpin terdahulu, mereka tidak tahu, andai mereka hidup di era sebelum perjanjian 20 perkara dimeterai sudah pasti mereka kena sepak terajang sebab tidak memahami kenapa perjanjian berkenaan perlu segera dipersetujui. Atau kalau mereka mempunyai kekuatan politik sudah tentu pasti mereka akan memihak negara jiran untuk memerdekakan negeri Sabah sekaligus menjadi pendukung aliran kiri, dan mungkin sekarang mereka hidup dibawah pemerintahan Indonesia atau saja Philipines. 

Sekarang, mereka sudah boleh meminta puji dengan konon  mempersoal kehadiran pilak/pendatang. Apa mereka tidak terfikir kalau Sabah/Malaysia ini tidak memiliki suasana yang harmoni mana mungkin ia menjadi tumpuan masyarakat jiran untuk datang ke negeri Sabah. Tidak mungkin mereka datang berduyun duyun kalau Sabah ini sama seperti negara leluhur mereka. Nah semua ini datang dari pentadbiran federal yang telah berjaya memakmurkan ekonomi negeri Sabah bukan disebabkan oleh sumber alam semata mata, apa gunanya kaya dengan sumber alam sedang ia tidak boleh ditukar kepada wang ? 

Jangan kamu orang mudah di kasih bodoh bodoh, orang yang sering mengangkat 20 perkara sebagai modal politik adalah individu pemalas yang tidak mahu terlibat dengan arus perubahan perdana, dimana setiap diri dari masyarakat Sabah harus turut bangkit merebut peluang yang diberikan oleh pemerintah. Bukan membayangkan seolah olah perjanjian 20 perkara itu seperti daun emas hanya perlu di kutip untuk ditukar dengan wang ringgit. Perlu juga sumber alam ini di urus dengan penuh kecekapan dan kemahiran seterusnya menghasilkan proses yang boleh menjana ekonomi negeri Sabah. Atau mungkin pemuka pemuka politik murahan ini akan menjual negeri Sabah kepada di Raja England terutamanya dalam memastikan negeri Sabah membangun selepas konon agenda bornenisasi menjadi kenyataan :). Isunya apa ia mendapat persetujuan dari ramai masyarakat Sabah yang terdiri dari pelbagai suku bangsa untuk menjual Sabah kepada negara asing ? sebab itu saya katakan berpolitik ini biarlah realistik barulah nampak sedikit bijak :). 

Dr M Menjadi Pilihan Rakyat Mesir

Dr Mahathir menjadi pilihan masyarakat Mesir untuk memimpin mereka

Masyarakat Mesir ada membuat kira kira mereka sendiri di andaikan mereka dibagi pilihan siapa pemimpin di dunia ini yang paling layak memimpin mereka. Rupanya mereka memilih pemimpin dari kalangan pemimpin pemimpin UMNO/BN yakni Dr Mahathir (M)

Jadi bagaimana dengan pemimpin pemimpin PR, PAS terutamanya, apa mereka tidak dilihat sebagai  pemimpin yang memperjuangkan Islam. Wal hal selama ini mereka bertegas bahawa PAS adalah parti yang mengangkat Islam sebagai addin hingga pada satu ketika mereka sanggup mengkafirkan siapapun yang memihak UMNO, apa lagi isu kafir mengkafir ni berlaku di era pentadbiran Dr Mahathir 

Sebab itulah kita pernah katakan dahulu, UMNO adalah parti politik yang memartabatkan Islam, walaupun perkataan Islam tidak dimasukkan dalam nama organisasi UMNO. Tapi akhirnya terbukti, bila masyarakat Mesir yang terkenal dengan ilmu agama islamnya, telah memilih individu yang bernama Dr M sebagai pemimpin mereka sekaligus sudah tentu pasti untuk memartabatkan Islam. 

Jesteru tindakan Dr M terhadap kebobrokan politik di negara ini sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, adalah menepati kehendak syariat Islam atau paling tidak telah mengelakkan negara ini berada dalam situasi yang tidak harmoni, tidak seperti yang ada sekarang, malah Malaysia menjadi negara Islam contoh kepada negara negara Islam di Timur Tengah, apa lagi negara negara yang ada di benua Afrika. 

Semoga Dr Mahathir Mohamad senantiasa di dalam rahmatNya. 





Peranan DAP Terhadap Masyarakat China Yang Terpalit MH370



Kita tidak menolak insiden MH370 yang melibatkan masyarakat Republik Of China ada di dorong oleh politik DAP untuk mengambil sikap tidak berpuas hati terhadap kerajaan Malaysia.

Mana mungkin masyarakat China bertindak semacam orang yang tidak berakal dengan membuat tuduhan konon kerajaan Malaysia ada menyembunyikan fakta di sebalik kehilangan MH370 sedang negara China juga turut terlibat dalam usaha mencari pesawat MH370, malah menggunakan peralatan canggih yang dimiliki oleh negara berkenaan. sebab itu saya katakan politik DAP ada terlibat dalam mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat China yang terpalit dengan insiden MH370. 

Kita sedia maklum dengan gaya berpolitik DAP, kerap bermain politik provokatif di kalangan masyarakat Malaysia dan ternyata ia berjaya menyatupadukan masyarakat Cina yang memihak PR. Jadinya tidak lah menghairankan kalau ruang dan peluang ini digunakan dengan sepenuhnya agar semua masyarakat Cina yang ada di Malaysia terutamanya, bernaung di bawa panji panji DAP. Barang mustahil mereka tidak mempunyai leluhur di tanah besar yang memiliki dua keterangan diri yang boleh menjadi penyokong kepada politik DAP, andai mereka merasakan DAP prihatin dengan musibah yang menimpah mereka. Betul tidak ? 

Sebab itulah pada masyarakat Malaysia tidak kira apa jenis kaum, bersekutulah dibawah kepimpinan BN demi memastikan negara tetap berada dalam keadaan yang harmoni. Ingat selagi angan angan politik PR tidak tercapai sebagai pemerintah negara, selagi itulah PR/DAP sanggup berbuat apa saja demi konon perjuangan politik yang sebenarnya menuju kepada perpecahan. 

Rusia Dakwa MH370 Di Rampas Oleh Amerika ?

Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"
Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)
Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.

Sumber

Wednesday, March 26, 2014

Penyokong Ikhwanul Muslimin Yang Ada Di Malaysia, Khasnya Penyokong Maya




Apa yang telah berjaya diperjuangkan oleh penyokong/pejuang maya Ikwanul Muslimin khasnya pemilik akaun facebook di negara ini, terbaru kerajaan kudeta Mesir telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap 529 orang pengikut Ikhwanul Muslimin, Mesir sebab konon telah membunuh anggota Polis dan menyerang bangunan keselamatan di negara itu yang ditadbir oleh kudeta tentera (al sisih)  

Awalnya kita telah menilai sokongan yang dibuat oleh penyokong dan pemimpin tegar PR terhadap Ikhwanul Muslimin ekoran kebobrokan yang dilakukan oleh tentera kurita terhadap pemerintahan Mursi, hanyalah cukup sekadar retorik politik biar kelihatan sebagai pembela mereka yang memartabatkan Islam yang memungkinkan akan menarik pengikut baharu di kalangan masyarakat Malaysia untuk memihak PR. 

Itulah pernah masyarakat politik membicarakannya, bahwa untuk membetulkan kebobrokan yang berlaku di luar negara terutamanya negara negara Islam, negara ini perlu terlebih dahulu berada dalam keadaan yang kukuh bukan hanya dari sudut ekonomi tapi juga politik. Nah kalau sudah pentadbiran negara ini asyik sibuk menyelesaikan isu politik yang di sogok oleh politik lawan, apa lagi yang boleh dihulurkan pada kelompok aktivis yang berada di luar negara untuk mempertahankan hak mereka ? 

(Dan tidak lagi saya melihat simbol R4BIA digunakan oleh penyokong maya terhadap Morsi, walaupun 529 pengikut ukhwanul muslimin telah di hukum gantung sampai mati oleh pemerintah kudeta. Beginilah cerita politik di Malaysia dipergunakan oleh segelintir pemimpin PR untuk menguatkan sokongan masyarakat terhadap mereka)

529 Pengikut Ikwanul Muslimin Dihukum Bunuh Dan Konteks Politik Malaysia




Kehakiman negara Mesir telah menghukum seramai 529 pengikut Ikwanul Muslimin sebagai bersalah sebab telah menyebabkan kematian pada anggota polis dan menyerang bangunan polis juga telah di dapati melakukan kekerasan yang lain. Oleh itu mereka telah di kenakan hukuman gantung sampai mati. Mungkin kah mereka mati dalam keadaan syahid atau apa dia ? 


Kamu orang nampak tak, betapa undang undang politik di negara luar sangat tegas dalam memastikan keharmonian yang pada pendapat mereka, agar sentiasa terjamin. Berbeza dengan pejuang politik di negara ini, mereka boleh berbuat apa saja demi namanya konon perjuangan. Masyarakat politik di negara ini boleh menghina sistem perlembagaan negara sesuka hati mereka tanpa memikirkan kesan dari perbuataan tersebut. Kurang dari itu ada malah dari mereka yang sanggup memperlekeh penggunaan kalimah Allah dengan hanya bersandarkan ruang dan peluang yang ada di dalam sistem perlembagaan federal dan negeri. Tuntutan ini kalau berlaku di timur tengah sudah lama penuntut penuntut yang terdiri dari pemimpin dan penyokong tegar PR ni meninggalkan nama. :)


Berbalik pada isu utama, apa pengikut Ikhwanul Muslimin yang dikenakan hukuman gantung sampai mati itu mati dalam keadaan jihad ? 

Masyarakat Mentah Menyikapi Demokrasi


Kamu orang tahukah semua kebobrokan politik datang dari sikap masyarakat itu sendiri, bukannya dari pemimpin semata-mata. 


Sebab itulah ada banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat di era ini hampir tidak menemui jalan penyelesaiannya. Mana boleh selesai kalau masalah yang mereka hadapi datang dari mereka lepas itu berulang ulang. 

Perkara diatas satu hal, hal yang kedua ialah sikap masyarakat politik yang berlumba lumba mengambil kesempatan dari kementahan masyarakat itu sendiri. Kamu orang dikira mentah kalau mengukur kemampuan berpolitik seseorang berdasarkan material, kamu orang dikata mentah kalau kamu orang mengukur kematangan berpolitik berdasarkan bicara semata mata dan bukannya perbuatan, kamu orang dikata sengal kalau kamu orang mengukur kemampuan berpolitik berdasarkan pengalaman semata-mata, kamu orang juga di kira mentah kalau mudah dipuji tanpa ada kerja cemerlang yang pernah kamu orang buat dan kamu orang dikira sangat mentah andai mudah menerima khabar politik tanpa usul periksa. 

Kesimpulannya demokrasi dicipta oleh masyarakat biasa maka masyarakat biasa ini juga yang perlu matang  dalam memainkan sistem demokrasi yang mereka cipta. Ini tidak berlaku, nah demokrasi yang kamu orang momokkkan hanyalah cukup sekadar slogan, hakikatnya kamu orang hidup di dalam sistem feudalisme. :)

PKR Tidak Menghormati Demokrasi Sarawak



Politik pembangkang nampak tidak ikhlas. Pada satu ketika mempersoal konon demokrasi di Malaysia tapi pada masa yang sama tidak menghormati keputusan negeri negeri yang mengamalkan demokrasi.

Maksud saya, perjanjian 18 perkara lahir dari proses demokrasi bagi membentuk Malaysia tapi bila Sarawak melaksanakan apa yang terkandung di dalam perjanjian 18 perkara tidak pula pemimpin pemimpin PKR mengakuinya.

Jadi bertepatan sangatlah tu kalau Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem mencabar Anwar Ibrahim agar Anwar membawa kes larangan terhadap Tian Chua dan Rafizi bagi memasuki negeri Sarawak kemuka pengadilan.

Tian Chua Dan Rafizi Di Larang Memasuki Sarawak. Adenan Satem Cabar Anwar

Dua pemimpin PKR Tian Chua dan Rafizi Ramli tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Tidak dibenarkan sebab dua individu ini sering mencetuskan suasana yang tidak harmoni dikalangan masyarakat umum. Mereka di tahan di Lapangan Terbang Sibu, Sarawak. 


Tian Chua, Naib Presiden PKR  sedang menunggu keputusan Mahkamah sebab pernah mengarahkan kelompok pengikutnya berarak di kawasan yang menjadi larangan kepada awam (PULAPOL). Manakala Rafizi yang juga MP Pandan pula cuba menuduh Ketua Peguam Negara sebagai perasuah pasal isu pengambilan Pulau Batu Putih oleh Singapura tapi mendapat tentangan dari Gani Patail, malah mencabar Rafizi  untuk membuktikannya. Lucunya Rafizi pula tidak ada point untuk meneruskannya. Ini adalah beberapa contoh perbuatan mereka dalam politik yang tidak sihat. Jadinya, apa mereka wajar untuk dibenarkan memasuki negeri Sarawak ? 

Tindakan kerajaan Sarawak (ketua menteri) yang tidak membenarkan dua individu berkenaan memasuki Sarawak adalah rasional. Bukan kerana PKR mempunyai kekuatan politik yang boleh melemahkan BN, tapi risau mereka akan mencetuskan suasana yang tidak harmoni di negeri berkenaan. 


Kita semua harus tahu bahawa untuk menjaga keharmonian, demokrasi bukanlah segala galanya. Adakalanya demokrasi digunakan untuk memburukkan keadaan selepas itu pihak yang tidak bertanggungjawab akan tampil sebagai hero untuk konon membetulkannya. 


Pada masa waktu yang sama ketua pembangkang Anwar Ibrahim menyelar tindakan kerajaan negeri sebagai tidak patut berlaku di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kononnya :) 


Ekoran kenyataan Anwar Ibrahim yang menyelar, Ketua Menteri Sarawak pula mempersoal Anwar Ibrahim sebab tidak menghormati keputusan kerajaan negeri yang jelas ia adalah hak masyarakat Sarawak mengikut perjanjian 18 perkara (Para 6) yang masih di dukung oleh kerajaan negeri malah dilaksanakan. Oleh itu ketua menteri Sarawak, Adenan Satem mencabar Anwar Ibrahim agar membawa isu larangan tersebut kemuka pengadilan yakni mahkamah untuk di adili. Apa Anwar Ibrahim mempunyai keberanian ? 

Keluarga Insiden MH370 Di Kedutaan Malaysia Di Negara China


Betul tu disebabkan masyarakat Republik Of China sudah terbiasa di perlakuan oleh kerajaan China itu sendiri dengan menyembunyikan banyak rahsia yang melibatkan kepentingan mereka, lama kelamaan ia menjadi budaya politik jelek masyarakat negara itu. 

Jadinya geopolitik yang sudah menjadi budaya seharian masyarakat China mudah terbawa bawa dengan membuat pelbagai tuduhan keatas pentadbiran kerajaan Malaysia yang kononnya telah merahsiakan cerita sebenar di sebalik insiden MH370. Sebab itu jugalah kelmarin, ada kita dengar bahwa keluarga penumpang MH370 menunjuk rasa di hadapan bangunan kedutaan Malaysia di negara itu tapi berjaya di tenangkan selepas dua jam mereka berdiri di luar pagar :).

Tidak dinafikan budaya yang jelek ini turut membiak di dalam politik Malaysia yang di ketuai oleh DAP. Nah kan, adeh. 

Tuesday, March 25, 2014

Rumusan Kira Kira PRK Kajang Oleh Bloggers Aspan Alias

Semalam, calon PKR Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 berbanding 6,824 yang dimenangi penyandang kerusi Lee Chin Cheh dalam PRU13 lalu, kurang 1445 undi.

Dua daripada empat kawasan Melayu iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima berjaya dimenangi calon PKR, manakala majoriti kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras berjaya dikurangkan.

Dalam PRU13, calon PKR, Lee mendapat 57.99% undi iaitu 19,571 undi daripada 33,749 undi yang dibuang semasa pilihan raya itu. Dalam PRK kali ini, Dr Wan Azizah mendapat 16,741 undi manakala calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.

Peratusan keluar mengundi hanya 72% kali ini, jatuh 16% berbanding 88% pada PRU13 lalu. Chew mendakwa, beliau berjaya menaikkan peratusan undi Cina daripada 18% dalam PRU13 kepada 24.8% dalam PRK kali ini.

Namun begitu calon Dr Wan Azizah berjaya meningkatkan undinya di kawasan Melayu di samping kawasan pengundi muda.

Dalam PRU13 lalu, calon BN menang 420 undi di Sungai Kantan namun kali ini hanya menang dengan majoriti 225 sahaja.

Di Sungai Sekamat dan Taman Delima, dua lagi daerah mengundi majoriti Melayu, PKR berjaya memenangi kawasan yang selama ini menjadi kubu Umno itu.

Di Sungai Sekamat, PKR menang 45 undi berbanding kalah 239 undi dalam PRU13 lalu. Di Taman Delima pula, PKR menang tiga undi berbanding kalah 123 undi dalam PRU13 lalu.

Di Batu 10 Cheras, majoriti BN berjaya dikurangkan kepada 151 undi sahaja.

Berikut adalah satu analisa oleh Blogger Pro UMNO yang mendedahkan mengapa Calon BN kalah dalam PRK Kajang ini...

Monday, March 24, 2014

Pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak Pasal MH370




Sekitar jam 10pm (24hb Mach 2014) Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bahwa Pesawat MAS #MH370 disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi di sebelah barat Australia - PM Dato' Seri Najib Razak http://t.co/U2wMKiBYYg. Berakhirnya buruan mencari dan menyelamat MH370 dan bersemadinya serpihan pesawat MH370 berserta mereka yang berada di dalam pesawat berkenaan di lautan hindi.

Semoga ahli keluarga pada pilot, anak kapal serta penumpang pesawat MH370 tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya ia adalah takdir dari ilahi. Takziah dan Al Fatihah kepada mereka  yang beragama Islam.
#PRAYERFORMH370

PM STATEMENT ON MH370 – 24/03/14

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

Eleman Di Dalam Politik

Ada beberapa elemen jelek yang ada dalam parti politik. Tetap melihat masyarakat sebagai bodoh dan kedua masyarakat bawahan dan pertengahan dipimpin oleh orang orang yang "bodoh".

Belajar Menerima Kekurangan

Belajar menerima kekurangan, jangan terus mengguna pakai kain yang kotor untuk cuba membersihkan benda yang kotor.

Sunday, March 23, 2014

Disebalik Keputusan PRK Kajang (N25) Andai ?

Keputusan DUN Kajang di PRU13

Ini adalah keputusan pilihanraya ke 13 di DUN Kajang, calon PKR telah mendapat kemenangan dengan majoriti besar sebanyak 6,824 undi, dimana calon BN hanya mendapat 12,747 undi berbanding calon PKR sebanyak 19,571 undi. Itu cerita lama, sekarang ini yang kita mahu, sama ada PKR mampu mempertahankan kerusinya di DUN Kajang kita tunggu jawabannya di malam ini. 

Ingat, andai BN mendapat kemenangan walaupun dengan majoriti yang tipis atau saja PKR yang mendapat kemenangan tapi dengan majoriti yang juga tipis ia adalah petanda besar kalau PKR semakin tidak relevan pada pendapat masyarakat urban dan mungkin akan pupus sebelum tibanya PRU ke 14. Tapi sebaliknya kepada politik pemerintah, UMNO/BN akan dilihat sebagai parti politik yang tetap relevan pada masyarakat urban. Atau senang cerita, asal saja majoriti PKR berkurangan, maka ia juga adalah sejenis kemenangan kepada BN :)

Tapi diandaikan PKR berjaya mempertahankan kerusinya di DUN Kajang dengan kemenangan yang besar, nah sudah tentu pasti ia adalah perkara yang tidak langsung menghairankan maklum Kajang terletak di negeri Selangor yang di perintah oleh PR, betul tidak ? 

Saturday, March 22, 2014

Khalid Samad Menghina Majlis Agama Program Cinta Allah dan Rasul ?





Khalid Samad merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor  memperlekeh majlis agama yang menyanjung junjungan Nabi Muhammad s.a.w ? Ia betul, pada satu ceramah politik sempena kempen PRK Kajang, semalam. Khalid Samad mendakwa bahawa majlis agama yakni program selawat perdana hanyalah retorik semata-mata, seolah olah UMNO langsung tidak memartabatkan Islam. 

Sangat tidak wajar, sudah tentu pemimpin tertinggi UMNO beragama Islam, jadi mana mungkin majlis agama yang mereka anjurkan/hadiri tidak dituntut oleh agama Islam, adakah hanya kerana mereka menceburi lapangan politik maka mereka tidak layak menghadiri majlis agama atau saja menganjurkan majlis agama ? Jadi apa bezanya dengan pemimpin politik organisasi PKR dan PAS, ketika mereka menghadiri majlis agama ? 

Majlis agama dan Majlis politik adalah dua cerita yang sangat berbeza, Majlis agama adalah untuk mendekatkan diri kepada Tuhan sedang Majlis politik bertujuan untuk mencari pengaruh demi kuasa. Soal ikhlas atau tidak itu bergantung pada niat masing masing, hanya tuhan yang mengetahuinya, lalu bagaimana dengan kenyataan Khalid Samad, seolah olah dia bertindak seperti Tuhan, apa ia tidak keterlaluan ?.


Berbeza dengan politik DAP yang juga kompenan PR, pada satu majlis Lim Guan Eng di DAP Wanita Workshop 2009 pada pagi April 25hb, telah mengeluarkan satu kenyataan yang memperlekehkan hukum dan budaya poligami dalam islam, seperti petikan di bawah :- 

"We stand together for equal treatment. There should no double standard. We can't understand why a man can have four wives. Why should there be this type of double standard? I am not encouraging men to have four wives or woman to have four husbands but why should there be a double standard of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?"

Apa kenyataan diatas tidak menghina agama Islam atau saja Nabi junjungan Muhammad s.a.w  sebagai individu yang berpoligami ? dan kenapa sehingga sekarang PAS dan PKR tetap bersekongkol dengan politik DAP yang telah menghina Islam atau saja Muhammad ? 

Berbeza dengan program Selawat Perdana 1435H: Malam Cinta Allah dan Rasul yang berlangsung semalam, dikritik keras, sedang majlis itu menyanjung Nabi junjungan Muhammad s.a.w ? 

Program malam cinta Allah dan Rasul 

Undilah calon Barisan Nasional (BN) Chew Mei Fun. 

.

Sebab Kenapa Wan Azizah Wajar Di Tolak Berbanding Chew Mei Fun


Perbezaan jelas antara Chew Mei Fun dan Wan Azizah. 
Wan Azizah berpolitik semata-mata untuk memperjuangkan nasib Anwar, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh Anwar agak menjengkelkan. Sebelum ini dia melepaskan jawatan sebab memberi laluan kepada Anwar sebagai pemimpin di Permatang Pauh. Selepas Anwar dilepaskan dari penjara pada tahun 2004, dipenjara sebab terlibat dengan salah laku seks dan salah guna kuasa. Dan sekarang giliran Anwar pula yang memberikan laluan kepada Wan Azizah untuk menanggung kekurangan yang di lakukan oleh Anwar, selepas Anwar di dapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan kerana melakukan kerja tidak senonoh bersama Saiful Bukhari Azlan yang menyebabkan Anwar tidak bertanding di DUN Kajang. Bermaksud Wan Azizah mendokong kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin.

Berbanding Chew berkhidmat dengan cemerlang sejak dia menjadi Yb di Petaling Jaya. Meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA sebab tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan MCA, yang tetap mengangkat Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA walaupun terpalit dengan skandal seks. Bermaksud Chew Mei Fun menolak pemimpin yang melakukan kebobrokan. 

Hanya kita berpandukan pada dua peristiwa besar di atas, kita sudah boleh menilai sikap satu satu pemimpin atau kredibiliti pemimpin, dan dalam hal ini individu pemimpin yang wajar di tolak ialah Wan Azizah sebagai calon PKR di DUN Kajang, Selangor. Manakala individu pemimpin yang wajar di angkat sebab berintgeriti lagi mempunyai kredibiliti yang positif ialah Calon Barisan Nasional (BN) CHEW MEI FUN.



Friday, March 21, 2014

Teori Kehilangan MH370 (777) Terbang Di laluan Pesawat SQ68 (Singapura)


Ada pelbagai teori atau saja spekulasi pasal kehilangan MH370 yang kita dengar termasuklah kelibat MH370 yang dilihat oleh masyarakat marhaen di lautan Maldives -dan Hindi. Bagaimana ia berlaku, nah mungkin seperti keterangan di bawah :-

Teori garisan rute yakni laluan pesawat selain MH370. Dijangka MH370 (777) telah melalui laluan sama yang dilalui oleh pesawat SQ68 milik negara Singapura yang menuju ke Barcelona. MH370 terbang di bawah pesawat SQ68 dengan ketinggian yang rendah tujuannya agar pesawat MH370 tidak boleh dikesan oleh radar tentera. Juga menjadi petunjuk jalan kepada MH370.

Rute MH370 yang berjaya dikesan oleh radar tentera ketika membelok, seperti mana garisan yang berwarna ungu adalah kedudukan MH370 ketika berada di belakang pesawat SQ68. Itu kalau menurut Keith Ledgerwood, individu yang mahir dalam hal hal pesawat.

Seterusnya, MH370 tetap berada di belakang SQ68 hinggalah melintasi lautan Andaman ke Teluk Benggala, India untuk meneruskan perjalanannya ke Barcelona sedang MH370 pula mengalihkan laluan ke tempat yang kita masih belum ketahui. Pada pendapat kamu orang, ke mana MH370 itu menuju ? :)




Teori garisan rute yakni laluan pesawat selain MH370. Dijangka MH370 (777) telah melalui laluan sama yang dilalui oleh pesawat SQ68 milik negara Singapura yang menuju ke Barcelona. MH370 terbang di bawah pesawat SQ68 dengan ketinggian yang rendah tujuannya agar pesawat MH370 tidak boleh dikesan oleh radar tentera. Juga menjadi petunjuk jalan kepada MH370.



Rute MH370 yang berjaya dikesan oleh radar tentera ketika membelok, seperti mana garisan yang berwarna ungu adalah kedudukan MH370 ketika berada di belakang pesawat SQ68. Itu kalau menurut Keith Ledgerwood, individu yang mahir dalam hal hal pesawat.






Seterusnya, MH370 tetap berada di belakang SQ68 hingga melintasi lautan Andaman ke Teluk Benggala, India untuk meneruskan perjalanannya ke Barcelona sedang MH370 pula mengalihkan laluan ke tempat yang kita masih belum mengetahui. Pada pendapat kamu orang, ke mana MH370 itu menuju ya?




Ada dimana sekarang ini ?