Wednesday, March 19, 2014

Kajang Akan Menjadi Pusat Jenayah, Kalau Bukan BN




Kajang, dua anggota Geng 21 ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis berhampiran sebuah tapak pembinaan di Jalan PJU1A/9, Ara Damansara di sini, malam tadi.

Ekoran ini, kita tidak menolak kalau nanti kelompok samseng itu akan bersekutu untuk menyokong calon PKR
di DUN Kajang sebab beranggapan pihak Polis adalah wakil kepada pemerintahan BN yang telah menyusahkan mereka. Kalau ini berlaku, lalu PKR mendapat kemenangan di DUN Kajang. Kamu orang tahu apa yang akan berlaku terhadap Kajang ? Nah itu daerah Kajang akan menjadi pusat kegiatan jenayah, kehidupan masyarakatnya akan pincang, senantiasa di dalam ragu akhirnya Kajang seperti pekan Morelia, Mexico dimana kerajaan adalah boneka kepada kumpulan samseng, pembunuhan berlaku disini sana. 

Kamu orang jangan pandang remeh dengan pendapat ini, kebencian samseng terhadap pemerintah sudah lama tersimpul ditambah dengan tindakan Menteri KDN, Zahid Hamidi yang secara terang terangan mengisytiharkan perang terhadap golongan samseng di seluruh negara. Dan kamu orang kena ingat manifesto PKR di DUN Kajang telah meletakkan agenda menghapuskan samseng berada di tangga kedua terakhir, itu bermakna kalau pun PKR mendapat kemenangan gejala samseng masih mempunyai ruang malah mungkin di bela dari konteks hak asasi manusia, bukan kamu orang tidak tahu ada ramai pemimpin pemimpin PKR yang melebihkan penjenayah daripada anggota keselamatan. Betul tidak ? jangan pula kamu orang lupa pasal kenyataan Tian Chua, dengan sandiwaranya pasal Tanduo dan yang terbaru kenyataan dari pemimpin PKR, Afif Bahardin Yb DUN Seberang Jaya, katanya, tidaklah menghairankan kalau penjenayah membunuh anggota polis, tapi yang menghairankan kalau polis yang membunuh penjenayah (lebih kurang begitulah maksudnya sebenarnya). Kamu orang nampak tak ? 


Undilah calon Barisan Nasional (BN) Chew Mei Fun




#prkkajang 

No comments: