Saturday, March 15, 2014

Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu - Raja Bomoh

Tonton rakaman ini, sudah jelas tok bomoh ini telah melakukan kerja yang khurafat tapi pula cuba berlagak budiman macam individu tidak melakukan apa apa kesalahan besar yang mampu memalukan negara bangsa.

Mungkin niatnya bertujuan baik tapi ia tetap di salah pada sisi Agama Islam yang boleh membawa kepada hukuman bunuh. Peliknya cerita dari individu yang mengamalkan kekhurafatan seperti ini, pula mendapat sambutan dari agak ramai penyokong PR, apa sebenarnya matlamat mereka ? Ingin melihat negara ini binasa terhina dek kerana masyarakatnya yang melanggar hukum agama. Atau jelas untuk kepentingan politik semata-mata, biar pemerintah kelihatan lemah sebab konon ada pemimpin tertentu dalam pemerintah yang mengajak ritual kebomohan agar pesawat MH370 dapat di temui.

Tidak ada yang boleh dipolemikkan disini, selain ketegasan dari masyarakat agar ia tidak berulang di masa masa yang akan datang. Jangan malah menukarnya kepada cerita politik, mentang mentang lah ia mendapat teguran dari seorang Menteri BN. 

Kalau begitu kemahuannya, kita tukar pula kepalanya kepada kelapa :)











No comments: