Orang Sabah yang suka berpolemik dengan perjanjian 20 perkara adalah individu yang tidak mampu menyumbang kepada kemajuan masyarakat Sabah itu sendiri mengikut kemampuan mereka. Akal fikir mereka hanya terikat pada satu cara sedang cara itu tidak mungkin menjadi realiti, sebab majoriti masyarakat Sabah berpendapat perjanjian 20 perkara, adalah perjanjian yang sudah tidak relevan memandangkan pembangunan yang mereka kecapi sekarang telah lebih dari cukup walaupun mereka tidak tahu berapa bilion dana yang diterima oleh kerajaan negeri setiap tahun dari federal selain ekonomi yang dijana sendiri oleh kerajaan negeri. Ini juga menunjukkan kepada kita bahwa tuntutan royalti minyak yang di momokkan oleh segelintir masyarakat politik di negeri ini juga tidak relevan untuk diperjuangkan ialah sedang yang ada sudah dirasakan berlebihan jadi untuk apa lagi mendukung tuntutan yang mengada ada.
Berbeza dengan pemikiran kelompok yang menuntut, kemajuan tetap berlangsung sedang mereka asyik sibuk mempersoal konon kesalahan pemimpin pemimpin terdahulu, mereka tidak tahu, andai mereka hidup di era sebelum perjanjian 20 perkara dimeterai sudah pasti mereka kena sepak terajang sebab tidak memahami kenapa perjanjian berkenaan perlu segera dipersetujui. Atau kalau mereka mempunyai kekuatan politik sudah tentu pasti mereka akan memihak negara jiran untuk memerdekakan negeri Sabah sekaligus menjadi pendukung aliran kiri, dan mungkin sekarang mereka hidup dibawah pemerintahan Indonesia atau saja Philipines.
Sekarang, mereka sudah boleh meminta puji dengan konon mempersoal kehadiran pilak/pendatang. Apa mereka tidak terfikir kalau Sabah/Malaysia ini tidak memiliki suasana yang harmoni mana mungkin ia menjadi tumpuan masyarakat jiran untuk datang ke negeri Sabah. Tidak mungkin mereka datang berduyun duyun kalau Sabah ini sama seperti negara leluhur mereka. Nah semua ini datang dari pentadbiran federal yang telah berjaya memakmurkan ekonomi negeri Sabah bukan disebabkan oleh sumber alam semata mata, apa gunanya kaya dengan sumber alam sedang ia tidak boleh ditukar kepada wang ?
Jangan kamu orang mudah di kasih bodoh bodoh, orang yang sering mengangkat 20 perkara sebagai modal politik adalah individu pemalas yang tidak mahu terlibat dengan arus perubahan perdana, dimana setiap diri dari masyarakat Sabah harus turut bangkit merebut peluang yang diberikan oleh pemerintah. Bukan membayangkan seolah olah perjanjian 20 perkara itu seperti daun emas hanya perlu di kutip untuk ditukar dengan wang ringgit. Perlu juga sumber alam ini di urus dengan penuh kecekapan dan kemahiran seterusnya menghasilkan proses yang boleh menjana ekonomi negeri Sabah. Atau mungkin pemuka pemuka politik murahan ini akan menjual negeri Sabah kepada di Raja England terutamanya dalam memastikan negeri Sabah membangun selepas konon agenda bornenisasi menjadi kenyataan :). Isunya apa ia mendapat persetujuan dari ramai masyarakat Sabah yang terdiri dari pelbagai suku bangsa untuk menjual Sabah kepada negara asing ? sebab itu saya katakan berpolitik ini biarlah realistik barulah nampak sedikit bijak :).
No comments:
Post a Comment